Miera Hassan. Powered by Blogger.
  • Home
  • About Me
  • Personal
    • Fitness Lifestyle
    • Hyperthyroid
    • Personal
  • Career
    • Engineer's Life
    • Tips
    • Others
  • Outdoors
    • Sg Chiling
    • Gua Batu Maloi
    • 6th Mile Tunnel
    • G.Nuang via Pangsun (1st Time)
    • G.Nuang via Janda Baik
    • Denai 3 Puteri
    • Bukit Apek
    • Sg Lopo
    • Pine Tree Hill
    • G.Pulai Johor
    • Bukit Kutu
    • Tasik Biru Kangkar Pulai
    • 1st Viper Challenge Sepang
    • White Water Rafting and Waterfall Abseiling
  • Cycling
    • Folding Bike
  • Travel
    • Travelogue
    • Others
  • Recipe
  • Review
    • Food
    • Beauty
    • Books
    • Others
  • Contact
  • Sitemap
Google+ Facebook Instagram Pinterest Twitter

Miera Hassan

Lifestyle | Review | Events | Food | Travel | Beauty

Hello.

Kemain nak tulis calon jodoh bukan pilihan. Bahahaha.. Actually, i ni bukan jenis memilih pun. Tapi tula, nak kawin ni ada banyak faktor nak kena amik kira. Eh eh.. memilih ke tu.

Entah.
Actually, selama hidup ni tak pernah nak tetapkan kriteria itu ini tau. Tapi benda yang "bukan pilihan" ni jadi dalam kehidupan masa kenal orang itu ini. Awal kenal, seronok tu lain. Then bila dah lama-lama baru sedar kan

"This is not what i want with him"

"Nak hidup macam ni, sanggup ke"

Camtulah yang bermain difikiran. Orang kata fikir masak-masak. So pelis la jangan menuduh bab pilih memilih.. Ok, lets stop with all this crap and yeah. Girl talk. Are u ready?

Calon Jodoh Bukan Pilihan yang Pertama
Dia nak orang terima diri dia, tapi dia tak terima diri orang.

Macam ni, previously i ada kenal dengan some guy ni kan. He's big which is i don't mind pun bab body ke whatsoevahhh.. macam mana style dia pun. i terima seadanya. But yang i tak sukanya bila dia, belum apa-apa "eh jaga la makan. Macam mana badan nak hot kalau makan camni" . Ok can understand. So i start balik rutin diet. Then bila i keluar dengan dia "kenapa pakai camni, nampak selekeh. Cuba hot sikit macam hijabista" what? wow.. ok. Nampak tak terima diriku seadanya di situ, Kau siapa nak suruh aku ubah itu ini, sedangkan kau pun keluar pakai seluar pendek paras lutut, tshirt baggy, cap dan beg selimpang kau.

Kat situ dah nampak dia tak terima diri i seadanya tapi bila i saje melawak "Cuba pakai camni, nampak comel sikit sesuai dengan badan u" dia taknak terima pendapat i dan suruh i terima dia. Woahhh

I kena scam ke hape?

Calon Jodoh Bukan Pilihan yang Kedua
Lelaki pemalas.

I pernah kenal dengan 1 guy yang bagi i belum ada apa-apa lagi. Kerja pun jual beger. I tak kisah. seriously masa zaman berkenalan tu, i sendiri pernah tolong this guy berniaga beger sampai lewat malam. Just to take time, to know him better. Kadang i buat sebab dia cakap takde yang nak tolong dia niaga, biz partner takdelah ape lah.. So i rasa, ok la..this time i help him. Actually banyak kali i tolong. Tapi yang buat i potong stim malas nak jadikan calon jodoh pilihan ni, bila dia asyik dengan alasan malas.

"harini terbangun lewat (its 6pm ok, i pun dah balik keje dah) sebab malam tadi main game sampai subuh. So harini takde mood nak niaga"

"Harini malas niaga sebab tak de orang pun."

Ok.. i pun terus malas.

Calon Jodoh Bukan Pilihan yang Ketiga.
Baran. Baran ialah Calon Jodoh Bukan Pilihan yang ketiga.

Awal perkenalan pun kita dah tau orang tu layan kita macam mana. So as a girl, kita pun sebenarnya kena bijak main peranan menguji dia sikit. Dari situ dapat tau perangai sebenar dia macam mana kan. Tak dapat apa yang dia nak, dia mengamuk. Lagi parah kalau dia dah mula angkat tangan. Hmm.. This type of guy, lupakan jela.. 

Calon Jodoh Bukan Pilihan yang Ketiga.
"Esok i nak pergi hiking. Lama tak hiking"
"Eh esok i nak pegi rumah makcik i. I lupa nak bagitau u"
"Eh tapi i dah plan lama benda ni. I dah cakap dari last week. Takpela u pegi jela rumah makcik u"
"No. Esok i nak u ikut i. I nak u follow. Cancel kan je hiking u"

Woah... Selagi tak cakap yes, selagi tu dia akan paksa dan keluar segala mala perkataan dan ayat memujuk. Mendesak. Gila ke.

Walhal i jenis orang yang planning. Bukan jenis adhoc nak buat itu ini. And furthermore, hello.. kalau family tu lain la. Ni belum apa-apa dah desak camni. Penat lah.

I tak jadi diri i yang sebenar.

Lepastu kalau dia mesej, i tak reply. 
"Kenapa tak reply" .. dia akan buzz sebanyak mungkin. Walhal masa tu tengah cirit birit. Nampak mendesak disitu. Then bila kita say sorry cakap tadi cirit birit, terus kena marah. Patutnya henpon bawak sekali dalam tandas. Eh dia ni, terus rasa nak cirit lagi sekali.

Calon Jodoh Bukan Pilihan yang Kelima.
"Hello, birthday i next week, u taknak belikan apa-apa ke"
"Can i have this for my birthday?"

Ok lah. Sebab kita wanita beruang, ada wang, so belikan jugak sebab birthday kan. Asalkan harga tak melampau. Tapi bila tiba bab kita. awal-awal dia dah sent mesej tengah malam

"Happy birthday. Sorry kali ni tak dapat nak belikan apa-apa. Tengah itu ini. Esok pulak itu ini. Nanti kalau bla bla bla...."
Eh cepat kau bagi alasan padahal i tak mintak pape pun. Lepastu bila bab birthday kawan dia, semua dia belikan yang mahal. Bila kita cakap sikit, 

"hadiah birthday i, u lupa. dah 5 bulan dah"
"Eh u ni, i bg kawan i pun u nak jeles."

Nampak kau bukan priority dia. So, berambus jela.

Kesemua sesi perkenalan dan hubungan macam ni buat i give up. Biarlah jodoh datang sendiri. Huhu.. Actually, i tak pernah tetapkan ciri jodoh yang i nak. hello dah dewasa ni bukan masa nak jodoh yang rupa paras mcm ni la, naik honda la.. ape lah.. Sebab semua tu tak menjanjikan pun. Kalau ada honda tapi perangai macam kat atas tu, baik lupakan.

And sebabkan perhubungan yang camni, i tau i nakkan lelaki yang 

"bertanggungjawab"

Because why...
lelaki bertanggungjawab ni, dia akan fikirkan tanggungjawab dia pada keluarga, pasangan dan diri sendiri. Nak malas kerja pun, dia akan fikirkan tanggungjawab dia pada family. Siapa nak bagi anak bini makan. Kalau tau keluarga dia susah pun, dia akan pergi jugak tengok sebab tau tanggungjawab dia pada mak dan keluarga dia. 

Girls..
hentikan la angan-angan nak lelaki yang setia la ape la. Kalau setia tapi jenis yang panas baran dan malas kerja pun susah jugak. Tak kenyang perut dengan kesetiaan. Silap-silap pampers anak pun, dia tak nak beli. Setia di rumah punya pasal.

Itu my point of view la.
Terpulang nak cakap apa. kita ni bukan mudah nak puas kan hati semua orang. As for me, janganlah berkawin hanya kerana takut orang mengata kita anak dara tua, sedangkan kita terima je sesiapa dalam hidup kita. Kawin ni commitment seumur hidup. Biar la kawin lambat daripada kawin dan terus bercerai sebab tak pernah nak tapis dulu

Blehh!
Next topic girl talk , nanti i fikir balik. Hahaha
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Hewwoo..
I guess this month is gonna be a lucky month for me because i can update my blog due to so many free time.? 

Eh no.. sebab kena Restricted Movement Order due to Virus Covid-19. Hehe
Yela, almost a month berkurung, takkan nak main game. Banyak masa free yaww..

Honestly, i didn't want to tell people about my Mandarin learning journey because it's my own choice and i just don't want to have to answer to questions, like why, where, how, blablabla.
I don't want to feel like i have to prove myself or anything.

Learning a new language is really a new kind of learning. Since i started doing this in my 30s, i realise that it's hard to let go of what i know to absorb new stuff.  😭

To be honest...
I dah pernah belajar Mandarin ni masa i zaman study kat UiTM. My third language is Mandarin and i belajar dalam 3 semester tau. But then, i tak practice hape pun, bila berdepan dengan Chinese people, i dah lupa dah. 1 ayat pun tak ingat. Itu yang decide nak belajar balik. And plus.. my project ni, most of the workers comes from China Mainland. So nak cakap bahasa apa, dorang tak faham.. only mandarin je. Communication jadi susah 😭

Mandarin is not my mother tongue. Kita dah biasa cakap bahasa Melayu dan English kan. So, bila mandarin ni, sebutan lain sikit. Tak masuk bab "eh ada 4 nada lah".. Its like, kalau salah nada jadi salah maksud. Ya Allah..~~
Can you tell the meaning of all this?

Seriously..? 

Oh well 💁
Kalau kita punya bahasa, tulisan dan cara cakap pun lebih kurang kan. Sampai i rasa, betullah bahasa paling mudah di dunia ni ialah Bahasa Melayu. Apa yang kita tulis, itu lah sebutannya. Hahaha.. Grammar pun takde hal kot. Bahasa Melayu ni cuma ada uniknya, tetiba ada bahasa pasar, accent setiap negeri lain and dengan tambahan 'oh, ek, hekeleh, kan..'

Even though it is not easy, 
but i really enjoy it. Hehehe..

I daftar belajar kelas Mandarin ni dengan 2 orang office mate i. Rozi and Sam. Seronok bila ada kawan sekelas ni. Yela dah 30 baru nak belajar, kena la ada pembakar semangat. Hahaha senang nak buat homework dan assignment sama-sama. Lepastu get annoyed with each other. 

Bahahaha..

As of now, I consider myself as a beginner. Hahaha.. 
I can understand a few words and can make an easy sentence (a simple one), i can read pinyin which means i can sing a chinese song (with pinyin ofkos) too, it is just i cannot speak mandarin properly and laju macam Chinese people tu. Kalau nak cakap, masih lagi mencari2 vocabs dalam otak ni.. Still struggling. hehe

A small achievement for me tau. 

Actually, i ada exam untuk kelas ni. HSK exam. untuk dapatkan sijil HSK which orang kata boleh guna untuk apply kerja sebab sijil ni dah disahkan legit oleh kerajaan China. Kira macam sijil Muet la. Tapi version Mandarin gitu.  Sepatutnya Exam tu pada 11hb ni. Tapi itulah. kami tengah dalam Restriction of Movement Order. So exam tangguh dulu.

Sekarang ni, kalau pergi site, i boleh la cakap sikit-sikit dengan workers from china yang tak faham English tu.. tapi kalau dorang dah ajak bersembang, i 'zaijian' =bye kan jela. hehe.

As for me,
tak kisah la u dah umur berapa pun, jangan malu untuk belajar. Tau tak, dalam kelas i, ada ramai yang pangkat pakcik makcik pun masih belajar. And for kids, ramai Indian (ofkos Malay pun ramai). Indian pun dah mula hantar anak mereka belajar Mandarin tau. Untung kita rakyat Malaysia hidup berbilang kaum. Semua boleh belajar tanpa had. 

And for those yang rasa nak learning something new, maybe u can start to learn a new language. Just plan your time and financial properly 💓

Bye~

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Before i terlupa segala macam cerita. Eh eh.. 
Sebab dah makin tua. 
Lepastu malas update belog kan..

Assalamualaikum gais..!!

Camni ceritanya..
I kan setiap sabtu akan buat LSD run atau cycling long distance kan. Konon nak ajar sikit stamina jangan malas sangat, amboi dia.

So, hari tu, i ada nampak dalam group kitorang JBFoldies, Abg Enal nak bukak game ke Pendas. Suka-suka katanya.. i pun letak nama la. Dah alang-alang sabtu nak buat long distance kan. Boleh la jumpa geng. Berdebar oi, dah la first time nak jumpa geng ni, lepastu nak sibuk join long distance. Hahaha.. Nasib la dorang ni jenis yang semua ramah dan ok je. 

Sehari sebelum tu, Abg Me dah mesej dah.. Camne basikal. Ready ke tak. Alamak, dah la tak pernah servis. Kelam kabut jugak la balik dari keje terus pegi SSR dekat Johor Jaya tu mintak budak-budak serviskan basikal. Check angin, and everything. Nasib baik basikal ok, so takde buat apa pun. Tak payah bayar pun. haha.. jimat. 

Anyway, enough with mukadimah and here! 

Kayuhan ke Pendas Story!

Ada 2 option nak mula sebenarnya.. 
Abg Enal suggest mula daripada rumah dia di Tampoi. Sebab kalau dari sana ada extra dalam 17km return. Tapi kalau daripada rumah dia, kena gerak dalam jam 7 pagi. Which is, i malas nak kena bersiap bangun awal. Bahahaa..

So, i go for option no.2. Which is berkumpul di Anjung Medini je.
Berkumpul tunggu lagi yang datang dari Pontian.
Total geng ride harini, 9 orang termasuk tukang amik gambar ni.

Kami mulakan perjalanan tepat jam 8.30 pagi. Kedudukan i adalah no.3 dari hadapan. Yela, newbie kan. Yang lain-lain semua support kat belakang and Abg Enal ofkos di hadapan sekali sebab dia leader.

Awal-awal je i memang dah kedepan.. pastu...
i makin kebelakang.

Hahaha.. it was so funny. I kecundang masa naik bukit. Actually laluan yang kitorang lalu ni dah memang laluan harian i pegi balik keje. Masa sebelum start ride ni dah fikir macam-macam. Betul ke nak ikut sebab laluan ni semua berbukit oi.. Tapi tula, degil nak ikut jugak ride. Kan dah kebelakang. Slow-slow je dorang pintas i. hahaha
Nasib baik Abg Me ada kat belakang meneman dengan radio dan speaker dia. Dia kena duduk belakang sebab dia sweeper. hehe.. at least ada la peneman i kan sambil layan radio dia tu.
First checkpoint. Berkumpul menunggu i dan Abg Me sebelum teruskan perjalanan.

haaaa...
Dah puas amik nafas, kitorang teruskan lagi ride. Tapi kali ni, Abg Enal dah siap-siap bagitau.

"Era (nama panggilan i dalam JBF ni) duduk belakang Abg Enal"
"Sebab newbie kan"
"Ha.. ikut je rentak Abg Enal kayuh"

Semangat..!
Lepastu tempuh lagi 1 bukit panjang. Hahaha.. Gradient dia tak lah setinggi yang awal tadi. Tapi distance dia lg panjang. Adalah dalam 1KM menempuh bukit tu. Sumpah tercungap. Kesian. and macam biasa, dorang slow-slow pintas i lagi. Hahahaha. Daripada orang kedua depan, jadi kedua belakang. Yang belakang sekali masih lagi Abg Me dengan speaker radio dia. Bagi semangat kat pompuan ni kayuh.

Eh i tak stop tau. Cuma i kayuh slow je. Takut hilang pace.
Second checkpoint. Hilangkan penat sekejap sebab dah tempuh bukit. 

Then, teruskan perjalanan.
Tapi lepas daripada simpang ni, stamina i dah ok balik. Sebab laluan yang kami tempuh selepas ni dah laluan kampung dan tak berbukit sangat. Macam biasa i training je. Surprisingly, bila check jam, 10km kami tempuh dalam 30min je. Padahal selama ni i training, nak dapat 10km tu dalam 40min. Punya lah laju dorang ni mengayuh. Hahaha

Dah masuk kawasan kampung ni seronok sikit kayuh.
Sambil berborak. Dah more kepada santai. Kawasan ni pun tak banyak kereta. Walaupun ada la jugak terserempak dengan a few lorries yang besar. Tapi semua berhati-hati.

Ride ni buat i belajar, apa sign nak kena bagi selaku orang yg kayuh dihadapan kalau nampak halangan. Kesian Abg Me, awal-awal masa ride kan i tak tau lagi. Ada lubang tapi i tak alert kan dia kat belakang. Tak pasal dia terlanggar lubang sampai jatuh botol air dia. Huhuhu. Nasib baik basikal ok.
After 15minutes ride santai, yeay.. dah sampai.
Kasi layan gambar dulu.
Yeay..!! tahniah Trinxie. Berjaya sampai sini.
Hilangkan peluh sekejap dan lepak tepi laut. Tapi masa ni masing-masing dah kelaparan. haha
Baru boleh singgah pekena Roti Canai Manan.

Dah setel topup energy,
nak balik tu.. Ya Tuhan... berat je kaki nak mengayuh pedal tu. Perut dah kenyang jadi malas pulak. Hahaha.. So untuk balik, i pulak yang ke hadapan. Ececeh.. dah konon tau jalan. 
Tak sedar diri.. camtu lah. hehehe. 

Laluan balik, tempuh jalan yang sama.
Cuma takdelah mendaki sangat. Sebab balik, kami menurun bukit. hehehe.. sebab tulah i duduk depan. Boleh acah-acah terer. 💁
Tapi sebenarnya, tetap tak boleh lawan kelajuan dorang. 
Konon i kedepan tadi kan, lepastu tetap selow kebelakang. Apebenda la stamina pompuan ni. Heh.. 
Padahal, masa ni dah nak sampai Anjung tu balik tau. Tapi rest sekejap sebab daripada kedai makan tu mengayuh tak stop. Hehehe.. 

Kitorang sampai semula di Anjung dalam jam 11 camtu. Dah sampai Anjung pun melepak mamak pulak. Amik nafas.. Penat wooo.. 
And lepas dari Anjung ni, yang mana team Abg Enal tu kena la kayuh lagi balik ke Tampoi. Tapi dorang sempoi, kaki kuat. 

I baru je lepas park my car kat rumah. tetiba dorang whatsapp masing-masing dah sampai Tampoi. Gila cepat la kayuh. Padahal dari Anjung ke Tampoi tu, kalau drive sahaja dah 20min. Dorang sampai dalam 30min camtu je. Ya Tuhan, kaki besi ke hape.

Anyway...
Here's the summary from my jam fitbit
So yeah!
Overall i puas hati dengan ride kali ni. Even though i slow bab bukit, but kepuasan sangat teamwork ni. Lepasni i kena training kat hill jela kot. Bagi kuat sikit kaki dan stamina tu. huhu. I'm so happy with this JBF team. Next ride, InsyaAllah Singapore.!!

Semoga virus Covid-19 ni reda cepat. Dah tak sabar nak mengayuh ramai-ramai =)

Bye~
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum.

To be honest,
Tak tau nak mula macam mana. Bila bercerita bab sakit je, rasa malas nak cerita. But i've too.. since i've received so many question on my email. Huhu..

Ramai sebenarnya antara kita yang terima nasib dan kena penyakit yang sama macam i. Ada yang cerita mata dia dah terlalu bengkak, sampai kedua-dua belah mata dah. Tapi sebab anggap itu normal, so ramai yang terlambat dapatkan rawatan. Ada pulak yang email bagitau kat i, dah mula hilang semangat dan rendah diri lepas dapat tau sakit ni.

Jangan la macam tu.. 
Hmm.. I sampai kadang tak terjawab dah email korang. 

Ok, let me share to you guys, apa perkembangan penyakit i ni sekarang.

Long time ago, i think it was 2 years ago? .. I got diagnosed with Hyperthyroid. 
Well, korang boleh baca di sini : Link

Sebenarnya, Alhamdulillah kesihatan i semakin baik. 
Hormon thyroid i pun dah semakin normal. Selepas setahun on medication dan makan ubat Carbimazole daripada 14 biji sehari, berkurang kepada 8, 6, 2  dan sekarang, alhamdulillah selepas check up pada bulan January 2020 haritu, i dah totally stop makan ubat Carbimazole tu.
Ada yang tanya apa yang i buat untuk sihat semula..?
To be honest, dah banyak kali i cakap yang sama pada semua. Ikut nasihat doktor. Dan jangan skip makan ubat. Benda simple kan. Ye.. makan je ubat yang diberi. Jangan skip dan jangan campur-campur nak makan itu ini. I faham bila ada yang cakap nak usaha ikhtiar lain. Tapi kalau dah campur makan itu ini, macam mana kita nak tau kesihatan kita ni sihat disebabkan apa.

Kita berlawan dengan penyakit hormon yang orang pun tak faham.
So, jangan la nak campur makan itu ini kononnya mampu menyembuhkan. 

Makan banyak ubat doktor boleh merosakkan buah pinggang?
Allahu.. i ni bukan la doktor. Tapi menurut kajian, tahap kesihatan buah pinggang seseorang memang akan berkurang setiap tahun bergantung pada pemakanan. Ubat-ubatan yang kita makan, tak delah terus ke buah pinggang terus. Sekejap je, nanti hormon dah semakin ok, dah tak perlu makan macam i.

Oh well
I faham bila uols mengadu kurang keyakinan diri bila nampak mata besar sebelah. Just like me before. Tapi bersabarlah. I selalu cadangkan pada sesiapa yang email i, disamping buat rawatan Endocrine, sila lah pergi dapatkan rawatan pakar mata di Klinik Mata. Pakar mata akan bantu kita untuk pantau keadaan penglihatan mata kita. Vision dan saiz semua mereka akan pantau. 

Mahal?
I daftar di Hospital Kerajaan. Bayaran cuma RM5 sahaja. 

Masalah kita ialah, urat mata kita ni dah mula membengkak disebabkan hormon thyroid kita. Walaupun hormon kita dah semakin pulih, tapi mata tetap kena pantau jugak. Jangan cepat menyerah kalah.

Keadaan mata i?
Alhamdulillah dah semakin pulih. Perbezaan besar tu dah tak ketara macam sebelum ni.

Cuma.. ada jugak kalau orang tegur, nampak besar la. Itu kadang-kadang. Bukan la macam sebelum ni yang setiap masa nampak besar. Sebab hormon kita dah normal. Cuma yela, urat mata ni belum pulih sepenuhnya. Tapi i dah semakin confident. Kalau dulu asyik pakai spec sebab nak tutup. But now, i dah tak kisah. Sebab mata i. Bila kita confident, orang pun tak nampak itu 1 kekurangan kita. Sampai bila kita nak sembunyi dan taknk berdepan dengan orang.

Even though it's not easy. i understand. But please, enjoy your life. Jangan biarkan keadaan kita ni jadi penghalang kepada semua benda yang kita buat.

I masih lagi ada appointment untuk rawatan kedua-dua Endocrine dan Pakar Mata. Cuma, dah tak kerap macam dulu. Sekarang ni appointment i jadi 6 bulan sekali sahaja. Dan kalau next appointment ni (tanpa mengambil apa-apa ubat sekarang) hormon i ok lagi, means i dah sihat la tu. Hehehe

All the best to you all! Let's rekindle our fire 💓

Ok bye~
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Assalamualaikum.. Hewwo people..!
Anyway.. lama gila sebenarnya tak blogging. Boring betul.

Kalau nak tau, yang post semalam cerita pasal white water rafting pun dah lama ada dalam senarai kepam. Muahahaha.

Well actually, hidup ni takdelah bosan sangat ponn. I had a very interesting lifestyle. Hidup single ni, i can do anything i want. Dari bangun tido, sampai ke sebelum tido sentiasa ada perkara baru yang menceriakan. Wee~~ Alhamdulillah.  So much has happened but i jadi malas nak share and when i do share, i jadi malas nak explain 😅
It's so weird.

Because the "me" that i used to know and be, used to not mind explaining and telling a story from beginning to the end. Even if it means repeating myself many times. I enjoyed talking. Now, i just summarise and if orang tu faham, then good. Kalau dia tak faham, i won't repeat or explain further. I just biar je. haha

Anyway people..
I sekarang dah kurangkan aktiviti outdoors i for a few reasons. So, awal tahun haritu, i decided nak beli basikal. Nak mulakan hidup berbasikal gicheww. Sebab nampak macam fun kan. And furthermore, ramai yang i kenal berjaya turunkan berat badan dengan cycling. Hehe.. Since i cannot afford liposuction (yes, i considered it! bahahaha!!) and gym and personal trainer and whatever online coaching, so i have to workout. And being a pear shape, memang bottom half ni la paling susaaaaaahhhh nak turun.

So, lepas dah tanya pendapat sana sini dan dihasut oleh Daniel, akhirnya i decided to starts my cycling journey with

Folding Bike

Tapi, masa ni bajet i tight jugak la. Setelah puas mencari sana sini, and again Daniel sebagai penasihat i pasal basikal ni since dia pun Mountain Biker dah 10 tahun, dia lagi faham pasal basikal kan. So i decided to buy a second hand folding bike only. Bukan tak mampu ke hape.. hahaha tapi sebab i taknak kalau beli beria mahal-mahal nanti i punya minat pudar. Sekejap je excited nak cycling. Lepastu jadi tukun kat rumah pulak. Ni pun keputusan selepas banyak kali consult dengan Daniel pasal basikal. 
Ini lah ghupanya basikal selepas dilipat. Sebab tu nama dia basikal lipat.

I dapat basikal ni dengan harga RM300 je. Well actually i beli dengan my brother in law. Saje duk melawak dengan dia pasal basikal lipat. Sambil tu mintak tolong dia survey harga. Tiba-tiba dia cakap camnih 

"I used to be a foldies.. once ago"
"Oh really.. then why you stop?
"Takde masa.. sebab sibuk. Basikal tu jadi tukun sekarang kat rumah. Amik lah"

Rezeki kan. Tengah mencari, rupanya depan mata ada. Tapi i tak amik for free la. I bayar jugak sebab i tau harga new bike jenama Trinx ni pun bukan murah. RM300 tu pun murah jugak i bagi, tapi itu yang dia bg harga sebab dia cakap its better jual pada i daripada jual pada orang lain.

Oh well.

Basikal dia cantik lagi. Masih macam baru sebab dia pun pakai tak lama. Cuma sayangnya basikal ni dah terbiar almost 2 years takde yang bawak. Ini jenis basikal yang i beli. My first bike gicheww.
Brand : Trinx
Model : Da2007
Shimano 7 speed
20"*305mm Alloy Folding
52T Chainring
Tyre : Kenda 20" x1.5 
Wheelset : 406

Puas hati. Tak payah dah nak upgrade banyak. Sebab ini pun dah ok untuk beginner macam i. Actually memang plan nak upgrade chainring. Tapi bila tengok chainring dia dh besar, tak payah la. Hahaha.. cuma nak upgrade sikit kat wheelset je nanti. Nak tukar 451. hehe.. I pun tak sangka, dah almost 3 bulan cycling dengan folding bike ni, dah makin suka. Kemain nak upgrade dah sekarang padahal niat sebelum tu cuma nak riadah petang-petang je. hehe..

Dalam seminggu i akan cycling dalam 3x. Hari Selasa, Khamis and Jumaat. Normal distance 15km to 25km sebab balik dari kerja kan. So dapat la dalam sejam lebih je cycling. Kalau sabtu baru buat LSD running.
Before ni, i mulakan cycling cuma 8km je. That was my first day cycling la. Kira speed pun cuma 13km/h je. Slow yakmat. Yela, first time kan. I really thought that cycling is so easy. Because we just had to push the paddle. Tapi susah ya. Sakit peha dan kaki. Sebab nak bawak badan lagi..

But surprisingly,
now i dah boleh bawak long distance dah. Speed pun dah increase daripada 13km/h ke 17km/h. Seronok. Dah terus syok bawak basikal. Sekarang dah join group folding bike dah, macam-macam benda dapat belajar. Daniel pun terkejut, dia ingat i ni tak serius nak cycling. Cuma untuk riadah, tiba-tiba i cakap kat dia i nak kumpul duit, nak beli yang jenama sikit. Maybe Brompton. Hahaha..
Then tiba-tiba i cakap i dah join group JB Foldies and dah start pergi event.

Eh..eh perempuan ni.
Tapi i tau perangai i ni jenis, kalau i dah start sesuatu, i'll give my commitment on that. 

Bulan kedua bawak basikal sebenarnya dah tergolek dan pitam tepi jalan. Masa tu pagi. Dalam KM5 tergolek. Puncanya sebab i tak perasan lubang. Kesian basikal. Terus calar balar. Termasuk lengan. Dah la masa i tergolek tu, kawasan tu pagi dan takde orang. Pitam sekejap tepi jalan. I rasa padangan gelap.
Tapi yang kelakarnya, dah lepas sedar dari pitam, i teruskan kayuh. Eh 25km pulak kayuh. Tak heran dah gear shifter patah, tayar gelong. Balik tu baru start rasa berdenyut kat lutut dan badan sakit-sakit. Hehe tapi puas jugak sebab dapat achieved first 25km in life.

As for me, berbaloi sebenarnya kalau u baru nak start cycling amik folding bike. Tak kisah la jenama apa. Kalau beli jenama mahal pun bukan penentu kaki u kuat mengayuh kan. Sebab i ada je jumpa yang jenama biasa-biasa (bukan jenama bangsawan) tapi kaki dia kalau kayuh, power gila.

Oh well, ada a few reasons kenapa folding bike ni jadi pilihan i, tapi sebab utama ialah mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana. 

I lipat je basikal ni dan letak dalam bonet kete i. Senang kalau i pegi mana-mana tempat dan nak cycling, just keluarkan je. Lagi-lagi bila balik dari kerja. I tukar je baju siap-siap kat ofis, then balik terus singgah Puteri Harbour dan cycling kat situ. Tak perlu la i susah payah nak balik rumah dlu dan amik basikal kan. 
Doakan la i kurus. haha

So as usual,
my awkward sign off,
Toodles~
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hello..!
Kadang kadang kena jugak cuba buat aktiviti selain dari hiking kan. Badan pun agaknya dah tepu dengan hiking ni sampai rasa bosan. So kali ni, i join aktiviti yang melibatkan air pulak

White Water Rafting dan Waterfall Abseiling, Gopeng Perak

Sebenarnya dah konfius nak letak tajuk.. Sebab kalau letak tajuk BM, lain pulak bunyinya.. Orang tak google "Arung Jeram dan Abseiling Air Terjun" kan.. So letak tajuk BI, content blog melayu. Aci kan? hahaha.. ok stop melalut.

Kami memulakan perjalanan ke Gopeng, Perak dari seawal pagi selepas subuh. Tapi biasalah, kalau gerak ramai-ramai ni, planning nak gerak awal jadi lambat jugak. Sudahnya kami breakfast di dalam kereta jela beli roti.. huhu. Kami tiba di Gopeng pada jam 8.40 pagi dan terus menyusur masuk ke dalam kawasan kampung. Kawasan untuk aktiviti ni terletak di Sungai Kampar.  Berkumpul di parkir kereta sambil menunggu kawan-kawan yang lain sampai. Di kawasan letak kereta, kami diberi taklimat serba sedikit dan juga waktu perjalanan kami nanti. Aktiviti pertama yang kami akan buat ialah Waterfall Abseiling dan seterusnya barulah White Water Rafting

Dah sampai.. kita tunggu peserta lain pulak. Nak gerak sama-sama ke tempat aktiviti.

brush-fonts
Aktiviti pertama yang akan kami lakukan ialah Waterfall Abseiling. Katanya jarak dari parking kereta ke air terjun tu jauh. So, naik lori ramai-ramai lah..
Dah macam pelarian pulak eh semua. Haha tapi seronok. Dalam perjalanan ke sana, kami banyak ambil gambar dan berkenalan. Lepas dah bosan, menyanyi pulak. Eh eh.. tengah ada banyak tenaga, macam tu la. Perjalanan dari parking kereta ke air terjun tu tak jauh, dalam 20min je. Tapi disebabkan laluan nak ke sana tu agak sempit, kalau banyak kereta semua nak masuk, dah sesak pulak dalam kawasan tu nanti kan.

Sebelum memulakan aktiviti, kami dengar dulu taklimat keselamatan daripada pihak urusetia. Sambil tu, setiap orang kena belajar cara nak pakai harness di badan dan cara pergerakan yang betul ketika aktiviti untuk mengelakkan berlakunya kemalangan. 
Nampak muka aku tengah khusyuk dengar taklimat tu 
Kami ada seramai 20 orang. Di atas kawasan air terjun tu nanti, hanya 2 peserta sahaja yang dibenarkan. Takkan nak semua naik kan. Karang tak pasal-pasal jadi benda lain. So, kami yang lain ni mandi manda dan bergambar dulu di bawah air terjun. 
Giliran aku pulak nak turun. Geng kat bawah dah ready amik gambar. Hehe.. yang bestnya, sebab aku pegi dengan team Rapid Quest, so dorang pun siap-siap prepare amik gambar daripada tepi. Boleh simpan buat kenangan. 
Amacam? Ada gaya kan? hahaha. Cayalah Rapid Quest. Gambar ni la buat bukti kat anak cucu nanti. Eceh.
Yang penting, tolong lah pakai kasut yang sesuai. Sebab nak turun batu ni kan. Mestilah tapak kaki kena mencengkam. Aku beli kasut murah je. Kasut adidas kampung. Ha senang. Tak payah nak risau basah ke hape. Dh la getah mencengkam. hewhew.. 
Setel dah. Jom pegi makan lunch. Lepastu get ready untuk ke White Water Rafting pulak yaw.

brush-fonts
Selepas lunch di tepi sungai, ecewah.. kami bergerak ke kawasan untuk aktiviti white water rafting pulak. Tak jauh pun, dalam 5minit perjalanan dah sampai. Macam biasa, taklimat keselamatan akan diberikan dahulu oleh instructor kami. Instructor akan ajar teknik paddling dan hand signal di dalam bot.
Kami akan menyelusuri Sungai Kampar sejauh 6km. Walaupun 6km je, tapi disebabkan banyak alur jeram (rapid) jadi ia akan memakan masa selama 2jam. Nasib baik masing-masing dah makan banyak oi. 2jam nak redah jeram, jangan sampai penat la. hehehe

So, kami mulakan dulu dengan water confident. Bagi aku, ni memang wajib sebab ada orang nampak je ready, tapi bila di dalam air, dia akan panik. So masa ni la sesi untuk kita biasakan diri dulu dengan air dan belajar teknik-teknik menyelamat yang akan digunakan.
Terapung sorang sambil berangan. Sedar-sedar orang panggil suruh tangkap tali. Hahaha.. hoi orang suruh training menyelamat, aku pegi berangan dalam air. Syok oo..
1 rakit hanya dibenarkan 5 orang sahaja. So kitorang dah susun kedudukan siap-siap. Sape kena duduk depan dan sisi. Setiap kedudukan ni ada peranan masing-masing dan setiap rakit akan ada 1 orang instructor yang akan duduk di bahagian belakang. Untuk rakit kitorang, abg lanun jadi instructor. Best dengan dia ni. Kelakar gila.

Kalau sesiapa ada gopro kena bagitau awal sebab nanti dorang akan beri safety helmet yang khas untuk letak kamera gopro atas tu. 
Lets go bebeh.!
Aku paling suka bila ada jeram yang dalam. Sebab nanti jadi laju speed dia. Seronok je. hehe
 Ni gambar aku dah tergolek masuk. Mujur lah abg lanun duduk belakang sempat sambut. Kalau tak tersangkut la aku kat celah jeram. hahaha
Nasib abg lanun la kena angkat yang berat macam aku ni ha. hehe
Steady je muka dorang depan kamera kan. Aku yg kat belakang tu dah tertelan air dah 

Setelah bertungkus lumus melawan jeram, kami akan berhenti rehat dulu. Itupun kalau jumpa kawasan yang takde arus kuat lah. Ada a few checkpoint rehat. So masa ni, kalau rasa nak tenaga, kami semua diberi biskut dan air masak. Sekadar makan biskut jela untuk recovery. Air tak minum, sebab dah puas minum air sungai. Haha. Bila rehat, biasalah.. aktiviti bergambar dan main air. 
Dah puas rehat, teruskan lagi. Ada banyak lagi jeram nak kena tempuh ni. Kalau tak, tak balik semua orang nanti. 
Entah apa la yang abg lanun kitorang bagi arahan tu. Semua muka steady je. Lepas rehat la katakan. Hehe
Yang seronoknya, kami ada perang tau. So mana-mana team yang lepas rakit sesiapa je, mesti kena simbah air dengan paddle. Saje nak bagi masing-masing terminum air. Setiap team ada sorakan sendiri. Macam kami, guna sorakan terlajak laris. Eh mengarut je. Hahaha but it is fun. Barulah masing-masing semangat. Kalau dah setel je daripada lepas jeram, abg lanun akan suruh kitorang pukul paddle kat air. 
Kami berjaya habiskan aktiviti dalam jam 4 camtu. Lama jugak la rasanya buat White Water Rafting ni. Abg lanun cakap, masa ni bukan musim hujan, jadi tak delah terasa cabaran sangat. Tapi kalau musim hujan, akan lebih lama sebab arus deras. Apa pun, beruntung kami dengan organizer yang berpengalaman macam ni. Semua aspek keselamatan dijaga dan dititik beratkan. 
We had so much fun today.!! yeay!!

Dari pagi buat aktiviti air. Hehehe. Tau tak, penghujung sungai kampar tu, dah nak sampai tempat parking kereta kami. Hahaha. Alahai. Jalan kaki sikit terus mandi dan tukar baju di kawasan tu. Mujur parking area lengkap dengan tandas dan tempat tukar baju. Next time, InsyaAllah we planned untuk buat lagi aktiviti ni, Tapi lepasni maybe di Kuala Kubu Bahru. Lebih mencabar katanya. Hehe.. 

Puas sangat sebab aku berjaya tunaikan 2 wish list aku dalam 1 hari. Kononnya wish list before 30 la kan. Hehehe.. dua-dua dapat. So korang, yang suka aktiviti lasak, aku cadangkan cuba la aktiviti ni. Sekali seumur hidup pun takpe. Its a good experience kan.

Kalau korang nak join aktiviti yang sama, boleh contact organizer yang aku bagi ni. Seriously korang akan puas hati. Harga pakej berpatutan including makan tengah hari yang sedap, dan termasuk dengan tools dan guide lagi. Ni bukan entry review, tapi sebab pengalaman aku kan. So aku suggest yang the best la bagi aku. Hahaha karang korang cakap aku ni kena bayar pulak..

For more info check out 
Rapid Quest FB


Toodless~~
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

Total Pageviews

About me

|Malaysia Lifestyle Blogger|

About Me
Hello, my name is Miera Hassan. I'm an Engineer who love's to blog about lifestyle, food, travel and personal stuff. It's my journey to find my voice as well as to find myself, i want to share my story of experience.
Looking forward for any collaborations and reviews. I can easily be reached by email :
nmierahassan@gmail.com

Followers

Follow Me

  • Facebook
  • Instagram
  • Google+
  • Pinterest
  • Bloglovin'
  • Twitter

Press

Majalah Remaja (2011)

Labels

My Story Info love Random uitm study friends Tips Cantik myfitness review other blogger family Tips Sihat foodhunter review beauty travel Events review makan travelog Achievement Engineers misi jelajah indonesia resepi masak Business Hyperthyroid

Popular Posts

  • Resepi Spaghetti yang Ringkas dan Sedap
    Hai everyone! *lambai tangan Hehe.. tiba-tiba nak bagi resepi spaghetti kan..sebab spaghetti ni kan, salah satu daripada jenis makana...
  • Tips Bercuti ke Bandung
    Hai.. Assalamualaikum semua..  ** lambaian tanda ramah. Jadi.. I baru je pulang dari bercuti dari Bandung.. and apa yang I boleh ri...
  • Kerjaya Saya - Bridge Engineer
    Assalamualaikum.! Oke Hai.. Berasa sangat terpanggil untuk bercakap mengenai kerjaya sekarang di blog sendiri sebab nak mengenang, macam ...
  • 5 Don't When You're Sleeping
    Assalamualaikum.! ehem.. *konon sakit tekak I got this from my friend in facebook.. the 5 Don't When You're (ehem.. i mean, We&#...
  • Kurus dengan Detox Water
    Assalamualaikum.. hi everyone..!! sekarang memang tengah famous pasal detox water ni. Haha.. sampaikan Miera pun dah mula terikut buat s...

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2020 (7)
    • ▼  April (2)
      • Girl Talk 1: Calon Jodoh Bukan Pilihan
      • My Mandarin Learning Journey
    • ►  March (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2019 (22)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2017 (69)
    • ►  December (2)
    • ►  November (8)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (11)
    • ►  June (17)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2015 (15)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
  • ►  2014 (10)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  March (2)
  • ►  2013 (10)
    • ►  July (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2012 (32)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (4)
    • ►  January (5)
  • ►  2011 (35)
    • ►  December (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
All Comments
Atom
All Comments

NEWSLETTER

Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose