Girl Talk 1: Calon Jodoh Bukan Pilihan

by - Wednesday, April 01, 2020

Hello.

Kemain nak tulis calon jodoh bukan pilihan. Bahahaha.. Actually, i ni bukan jenis memilih pun. Tapi tula, nak kawin ni ada banyak faktor nak kena amik kira. Eh eh.. memilih ke tu.

Entah.
Actually, selama hidup ni tak pernah nak tetapkan kriteria itu ini tau. Tapi benda yang "bukan pilihan" ni jadi dalam kehidupan masa kenal orang itu ini. Awal kenal, seronok tu lain. Then bila dah lama-lama baru sedar kan

"This is not what i want with him"

"Nak hidup macam ni, sanggup ke"

Camtulah yang bermain difikiran. Orang kata fikir masak-masak. So pelis la jangan menuduh bab pilih memilih.. Ok, lets stop with all this crap and yeah. Girl talk. Are u ready?

Calon Jodoh Bukan Pilihan yang Pertama
Dia nak orang terima diri dia, tapi dia tak terima diri orang.

Macam ni, previously i ada kenal dengan some guy ni kan. He's big which is i don't mind pun bab body ke whatsoevahhh.. macam mana style dia pun. i terima seadanya. But yang i tak sukanya bila dia, belum apa-apa "eh jaga la makan. Macam mana badan nak hot kalau makan camni" . Ok can understand. So i start balik rutin diet. Then bila i keluar dengan dia "kenapa pakai camni, nampak selekeh. Cuba hot sikit macam hijabista" what? wow.. ok. Nampak tak terima diriku seadanya di situ, Kau siapa nak suruh aku ubah itu ini, sedangkan kau pun keluar pakai seluar pendek paras lutut, tshirt baggy, cap dan beg selimpang kau.

Kat situ dah nampak dia tak terima diri i seadanya tapi bila i saje melawak "Cuba pakai camni, nampak comel sikit sesuai dengan badan u" dia taknak terima pendapat i dan suruh i terima dia. Woahhh

I kena scam ke hape?

Calon Jodoh Bukan Pilihan yang Kedua
Lelaki pemalas.

I pernah kenal dengan 1 guy yang bagi i belum ada apa-apa lagi. Kerja pun jual beger. I tak kisah. seriously masa zaman berkenalan tu, i sendiri pernah tolong this guy berniaga beger sampai lewat malam. Just to take time, to know him better. Kadang i buat sebab dia cakap takde yang nak tolong dia niaga, biz partner takdelah ape lah.. So i rasa, ok la..this time i help him. Actually banyak kali i tolong. Tapi yang buat i potong stim malas nak jadikan calon jodoh pilihan ni, bila dia asyik dengan alasan malas.

"harini terbangun lewat (its 6pm ok, i pun dah balik keje dah) sebab malam tadi main game sampai subuh. So harini takde mood nak niaga"

"Harini malas niaga sebab tak de orang pun."

Ok.. i pun terus malas.

Calon Jodoh Bukan Pilihan yang Ketiga.
Baran. Baran ialah Calon Jodoh Bukan Pilihan yang ketiga.

Awal perkenalan pun kita dah tau orang tu layan kita macam mana. So as a girl, kita pun sebenarnya kena bijak main peranan menguji dia sikit. Dari situ dapat tau perangai sebenar dia macam mana kan. Tak dapat apa yang dia nak, dia mengamuk. Lagi parah kalau dia dah mula angkat tangan. Hmm.. This type of guy, lupakan jela.. 

Calon Jodoh Bukan Pilihan yang Ketiga.
"Esok i nak pergi hiking. Lama tak hiking"
"Eh esok i nak pegi rumah makcik i. I lupa nak bagitau u"
"Eh tapi i dah plan lama benda ni. I dah cakap dari last week. Takpela u pegi jela rumah makcik u"
"No. Esok i nak u ikut i. I nak u follow. Cancel kan je hiking u"

Woah... Selagi tak cakap yes, selagi tu dia akan paksa dan keluar segala mala perkataan dan ayat memujuk. Mendesak. Gila ke.

Walhal i jenis orang yang planning. Bukan jenis adhoc nak buat itu ini. And furthermore, hello.. kalau family tu lain la. Ni belum apa-apa dah desak camni. Penat lah.

I tak jadi diri i yang sebenar.

Lepastu kalau dia mesej, i tak reply. 
"Kenapa tak reply" .. dia akan buzz sebanyak mungkin. Walhal masa tu tengah cirit birit. Nampak mendesak disitu. Then bila kita say sorry cakap tadi cirit birit, terus kena marah. Patutnya henpon bawak sekali dalam tandas. Eh dia ni, terus rasa nak cirit lagi sekali.

Calon Jodoh Bukan Pilihan yang Kelima.
"Hello, birthday i next week, u taknak belikan apa-apa ke"
"Can i have this for my birthday?"

Ok lah. Sebab kita wanita beruang, ada wang, so belikan jugak sebab birthday kan. Asalkan harga tak melampau. Tapi bila tiba bab kita. awal-awal dia dah sent mesej tengah malam

"Happy birthday. Sorry kali ni tak dapat nak belikan apa-apa. Tengah itu ini. Esok pulak itu ini. Nanti kalau bla bla bla...."
Eh cepat kau bagi alasan padahal i tak mintak pape pun. Lepastu bila bab birthday kawan dia, semua dia belikan yang mahal. Bila kita cakap sikit, 

"hadiah birthday i, u lupa. dah 5 bulan dah"
"Eh u ni, i bg kawan i pun u nak jeles."

Nampak kau bukan priority dia. So, berambus jela.

Kesemua sesi perkenalan dan hubungan macam ni buat i give up. Biarlah jodoh datang sendiri. Huhu.. Actually, i tak pernah tetapkan ciri jodoh yang i nak. hello dah dewasa ni bukan masa nak jodoh yang rupa paras mcm ni la, naik honda la.. ape lah.. Sebab semua tu tak menjanjikan pun. Kalau ada honda tapi perangai macam kat atas tu, baik lupakan.

And sebabkan perhubungan yang camni, i tau i nakkan lelaki yang 

"bertanggungjawab"

Because why...
lelaki bertanggungjawab ni, dia akan fikirkan tanggungjawab dia pada keluarga, pasangan dan diri sendiri. Nak malas kerja pun, dia akan fikirkan tanggungjawab dia pada family. Siapa nak bagi anak bini makan. Kalau tau keluarga dia susah pun, dia akan pergi jugak tengok sebab tau tanggungjawab dia pada mak dan keluarga dia. 

Girls..
hentikan la angan-angan nak lelaki yang setia la ape la. Kalau setia tapi jenis yang panas baran dan malas kerja pun susah jugak. Tak kenyang perut dengan kesetiaan. Silap-silap pampers anak pun, dia tak nak beli. Setia di rumah punya pasal.

Itu my point of view la.
Terpulang nak cakap apa. kita ni bukan mudah nak puas kan hati semua orang. As for me, janganlah berkawin hanya kerana takut orang mengata kita anak dara tua, sedangkan kita terima je sesiapa dalam hidup kita. Kawin ni commitment seumur hidup. Biar la kawin lambat daripada kawin dan terus bercerai sebab tak pernah nak tapis dulu

Blehh!
Next topic girl talk , nanti i fikir balik. Hahaha

You May Also Like

0 comments