Hello..!
Kadang kadang kena jugak cuba buat aktiviti selain dari hiking kan. Badan pun agaknya dah tepu dengan hiking ni sampai rasa bosan. So kali ni, i join aktiviti yang melibatkan air pulakWhite Water Rafting dan Waterfall Abseiling, Gopeng Perak

Kami memulakan perjalanan ke Gopeng, Perak dari seawal pagi selepas subuh. Tapi biasalah, kalau gerak ramai-ramai ni, planning nak gerak awal jadi lambat jugak. Sudahnya kami breakfast di dalam kereta jela beli roti.. huhu. Kami tiba di Gopeng pada jam 8.40 pagi dan terus menyusur masuk ke dalam kawasan kampung. Kawasan untuk aktiviti ni terletak di Sungai Kampar. Berkumpul di parkir kereta sambil menunggu kawan-kawan yang lain sampai. Di kawasan letak kereta, kami diberi taklimat serba sedikit dan juga waktu perjalanan kami nanti. Aktiviti pertama yang kami akan buat ialah Waterfall Abseiling dan seterusnya barulah White Water Rafting
Dah sampai.. kita tunggu peserta lain pulak. Nak gerak sama-sama ke tempat aktiviti.


Aktiviti pertama yang akan kami lakukan ialah Waterfall Abseiling. Katanya jarak dari parking kereta ke air terjun tu jauh. So, naik lori ramai-ramai lah..

Dah macam pelarian pulak eh semua. Haha tapi seronok. Dalam perjalanan ke sana, kami banyak ambil gambar dan berkenalan. Lepas dah bosan, menyanyi pulak. Eh eh.. tengah ada banyak tenaga, macam tu la. Perjalanan dari parking kereta ke air terjun tu tak jauh, dalam 20min je. Tapi disebabkan laluan nak ke sana tu agak sempit, kalau banyak kereta semua nak masuk, dah sesak pulak dalam kawasan tu nanti kan.
Nampak muka aku tengah khusyuk dengar taklimat tu


Giliran aku pulak nak turun. Geng kat bawah dah ready amik gambar. Hehe.. yang bestnya, sebab aku pegi dengan team Rapid Quest, so dorang pun siap-siap prepare amik gambar daripada tepi. Boleh simpan buat kenangan.
Amacam? Ada gaya kan? hahaha. Cayalah Rapid Quest. Gambar ni la buat bukti kat anak cucu nanti. Eceh.
Yang penting, tolong lah pakai kasut yang sesuai. Sebab nak turun batu ni kan. Mestilah tapak kaki kena mencengkam. Aku beli kasut murah je. Kasut adidas kampung. Ha senang. Tak payah nak risau basah ke hape. Dh la getah mencengkam. hewhew..
Setel dah. Jom pegi makan lunch. Lepastu get ready untuk ke White Water Rafting pulak yaw.

Selepas lunch di tepi sungai, ecewah.. kami bergerak ke kawasan untuk aktiviti white water rafting pulak. Tak jauh pun, dalam 5minit perjalanan dah sampai. Macam biasa, taklimat keselamatan akan diberikan dahulu oleh instructor kami. Instructor akan ajar teknik paddling dan hand signal di dalam bot.
Kami akan menyelusuri Sungai Kampar sejauh 6km. Walaupun 6km je, tapi disebabkan banyak alur jeram (rapid) jadi ia akan memakan masa selama 2jam. Nasib baik masing-masing dah makan banyak oi. 2jam nak redah jeram, jangan sampai penat la. hehehe

So, kami mulakan dulu dengan water confident. Bagi aku, ni memang wajib sebab ada orang nampak je ready, tapi bila di dalam air, dia akan panik. So masa ni la sesi untuk kita biasakan diri dulu dengan air dan belajar teknik-teknik menyelamat yang akan digunakan.
Terapung sorang sambil berangan. Sedar-sedar orang panggil suruh tangkap tali. Hahaha.. hoi orang suruh training menyelamat, aku pegi berangan dalam air. Syok oo..
1 rakit hanya dibenarkan 5 orang sahaja. So kitorang dah susun kedudukan siap-siap. Sape kena duduk depan dan sisi. Setiap kedudukan ni ada peranan masing-masing dan setiap rakit akan ada 1 orang instructor yang akan duduk di bahagian belakang. Untuk rakit kitorang, abg lanun jadi instructor. Best dengan dia ni. Kelakar gila.
Kalau sesiapa ada gopro kena bagitau awal sebab nanti dorang akan beri safety helmet yang khas untuk letak kamera gopro atas tu.
Kalau sesiapa ada gopro kena bagitau awal sebab nanti dorang akan beri safety helmet yang khas untuk letak kamera gopro atas tu.
Lets go bebeh.!
Aku paling suka bila ada jeram yang dalam. Sebab nanti jadi laju speed dia. Seronok je. hehe
Ni gambar aku dah tergolek masuk. Mujur lah abg lanun duduk belakang sempat sambut. Kalau tak tersangkut la aku kat celah jeram. hahaha
Nasib abg lanun la kena angkat yang berat macam aku ni ha. hehe

Steady je muka dorang depan kamera kan. Aku yg kat belakang tu dah tertelan air dah
Setelah bertungkus lumus melawan jeram, kami akan berhenti rehat dulu. Itupun kalau jumpa kawasan yang takde arus kuat lah. Ada a few checkpoint rehat. So masa ni, kalau rasa nak tenaga, kami semua diberi biskut dan air masak. Sekadar makan biskut jela untuk recovery. Air tak minum, sebab dah puas minum air sungai. Haha. Bila rehat, biasalah.. aktiviti bergambar dan main air.
Dah puas rehat, teruskan lagi. Ada banyak lagi jeram nak kena tempuh ni. Kalau tak, tak balik semua orang nanti.

Entah apa la yang abg lanun kitorang bagi arahan tu. Semua muka steady je. Lepas rehat la katakan. Hehe


Kami berjaya habiskan aktiviti dalam jam 4 camtu. Lama jugak la rasanya buat White Water Rafting ni. Abg lanun cakap, masa ni bukan musim hujan, jadi tak delah terasa cabaran sangat. Tapi kalau musim hujan, akan lebih lama sebab arus deras. Apa pun, beruntung kami dengan organizer yang berpengalaman macam ni. Semua aspek keselamatan dijaga dan dititik beratkan.

We had so much fun today.!! yeay!!
Dari pagi buat aktiviti air. Hehehe. Tau tak, penghujung sungai kampar tu, dah nak sampai tempat parking kereta kami. Hahaha. Alahai. Jalan kaki sikit terus mandi dan tukar baju di kawasan tu. Mujur parking area lengkap dengan tandas dan tempat tukar baju. Next time, InsyaAllah we planned untuk buat lagi aktiviti ni, Tapi lepasni maybe di Kuala Kubu Bahru. Lebih mencabar katanya. Hehe..
Puas sangat sebab aku berjaya tunaikan 2 wish list aku dalam 1 hari. Kononnya wish list before 30 la kan. Hehehe.. dua-dua dapat. So korang, yang suka aktiviti lasak, aku cadangkan cuba la aktiviti ni. Sekali seumur hidup pun takpe. Its a good experience kan.
Kalau korang nak join aktiviti yang sama, boleh contact organizer yang aku bagi ni. Seriously korang akan puas hati. Harga pakej berpatutan including makan tengah hari yang sedap, dan termasuk dengan tools dan guide lagi. Ni bukan entry review, tapi sebab pengalaman aku kan. So aku suggest yang the best la bagi aku. Hahaha karang korang cakap aku ni kena bayar pulak..
For more info check out
Toodless~~
0 comments