Selepas 2 Tahun Menghidap Penyakit Hyperthyroid - Grave Disease

by - Sunday, March 29, 2020

Assalamualaikum.

To be honest,
Tak tau nak mula macam mana. Bila bercerita bab sakit je, rasa malas nak cerita. But i've too.. since i've received so many question on my email. Huhu..

Ramai sebenarnya antara kita yang terima nasib dan kena penyakit yang sama macam i. Ada yang cerita mata dia dah terlalu bengkak, sampai kedua-dua belah mata dah. Tapi sebab anggap itu normal, so ramai yang terlambat dapatkan rawatan. Ada pulak yang email bagitau kat i, dah mula hilang semangat dan rendah diri lepas dapat tau sakit ni.

Jangan la macam tu.. 
Hmm.. I sampai kadang tak terjawab dah email korang. 

Ok, let me share to you guys, apa perkembangan penyakit i ni sekarang.

Long time ago, i think it was 2 years ago? .. I got diagnosed with Hyperthyroid. 
Well, korang boleh baca di sini : Link

Sebenarnya, Alhamdulillah kesihatan i semakin baik. 
Hormon thyroid i pun dah semakin normal. Selepas setahun on medication dan makan ubat Carbimazole daripada 14 biji sehari, berkurang kepada 8, 6, 2  dan sekarang, alhamdulillah selepas check up pada bulan January 2020 haritu, i dah totally stop makan ubat Carbimazole tu.
Ada yang tanya apa yang i buat untuk sihat semula..?
To be honest, dah banyak kali i cakap yang sama pada semua. Ikut nasihat doktor. Dan jangan skip makan ubat. Benda simple kan. Ye.. makan je ubat yang diberi. Jangan skip dan jangan campur-campur nak makan itu ini. I faham bila ada yang cakap nak usaha ikhtiar lain. Tapi kalau dah campur makan itu ini, macam mana kita nak tau kesihatan kita ni sihat disebabkan apa.

Kita berlawan dengan penyakit hormon yang orang pun tak faham.
So, jangan la nak campur makan itu ini kononnya mampu menyembuhkan. 

Makan banyak ubat doktor boleh merosakkan buah pinggang?
Allahu.. i ni bukan la doktor. Tapi menurut kajian, tahap kesihatan buah pinggang seseorang memang akan berkurang setiap tahun bergantung pada pemakanan. Ubat-ubatan yang kita makan, tak delah terus ke buah pinggang terus. Sekejap je, nanti hormon dah semakin ok, dah tak perlu makan macam i.

Oh well
I faham bila uols mengadu kurang keyakinan diri bila nampak mata besar sebelah. Just like me before. Tapi bersabarlah. I selalu cadangkan pada sesiapa yang email i, disamping buat rawatan Endocrine, sila lah pergi dapatkan rawatan pakar mata di Klinik Mata. Pakar mata akan bantu kita untuk pantau keadaan penglihatan mata kita. Vision dan saiz semua mereka akan pantau. 

Mahal?
I daftar di Hospital Kerajaan. Bayaran cuma RM5 sahaja. 

Masalah kita ialah, urat mata kita ni dah mula membengkak disebabkan hormon thyroid kita. Walaupun hormon kita dah semakin pulih, tapi mata tetap kena pantau jugak. Jangan cepat menyerah kalah.

Keadaan mata i?
Alhamdulillah dah semakin pulih. Perbezaan besar tu dah tak ketara macam sebelum ni.

Cuma.. ada jugak kalau orang tegur, nampak besar la. Itu kadang-kadang. Bukan la macam sebelum ni yang setiap masa nampak besar. Sebab hormon kita dah normal. Cuma yela, urat mata ni belum pulih sepenuhnya. Tapi i dah semakin confident. Kalau dulu asyik pakai spec sebab nak tutup. But now, i dah tak kisah. Sebab mata i. Bila kita confident, orang pun tak nampak itu 1 kekurangan kita. Sampai bila kita nak sembunyi dan taknk berdepan dengan orang.

Even though it's not easy. i understand. But please, enjoy your life. Jangan biarkan keadaan kita ni jadi penghalang kepada semua benda yang kita buat.

I masih lagi ada appointment untuk rawatan kedua-dua Endocrine dan Pakar Mata. Cuma, dah tak kerap macam dulu. Sekarang ni appointment i jadi 6 bulan sekali sahaja. Dan kalau next appointment ni (tanpa mengambil apa-apa ubat sekarang) hormon i ok lagi, means i dah sihat la tu. Hehehe

All the best to you all! Let's rekindle our fire 💓

Ok bye~

You May Also Like

1 comments