Kayuhan ke Pendas Bersama JBFoldies

by - Tuesday, March 31, 2020

Before i terlupa segala macam cerita. Eh eh.. 
Sebab dah makin tua. 
Lepastu malas update belog kan..

Assalamualaikum gais..!!

Camni ceritanya..
I kan setiap sabtu akan buat LSD run atau cycling long distance kan. Konon nak ajar sikit stamina jangan malas sangat, amboi dia.

So, hari tu, i ada nampak dalam group kitorang JBFoldies, Abg Enal nak bukak game ke Pendas. Suka-suka katanya.. i pun letak nama la. Dah alang-alang sabtu nak buat long distance kan. Boleh la jumpa geng. Berdebar oi, dah la first time nak jumpa geng ni, lepastu nak sibuk join long distance. Hahaha.. Nasib la dorang ni jenis yang semua ramah dan ok je. 

Sehari sebelum tu, Abg Me dah mesej dah.. Camne basikal. Ready ke tak. Alamak, dah la tak pernah servis. Kelam kabut jugak la balik dari keje terus pegi SSR dekat Johor Jaya tu mintak budak-budak serviskan basikal. Check angin, and everything. Nasib baik basikal ok, so takde buat apa pun. Tak payah bayar pun. haha.. jimat. 

Anyway, enough with mukadimah and here! 

Kayuhan ke Pendas Story!

Ada 2 option nak mula sebenarnya.. 
Abg Enal suggest mula daripada rumah dia di Tampoi. Sebab kalau dari sana ada extra dalam 17km return. Tapi kalau daripada rumah dia, kena gerak dalam jam 7 pagi. Which is, i malas nak kena bersiap bangun awal. Bahahaa..

So, i go for option no.2. Which is berkumpul di Anjung Medini je.
Berkumpul tunggu lagi yang datang dari Pontian.
Total geng ride harini, 9 orang termasuk tukang amik gambar ni.

Kami mulakan perjalanan tepat jam 8.30 pagi. Kedudukan i adalah no.3 dari hadapan. Yela, newbie kan. Yang lain-lain semua support kat belakang and Abg Enal ofkos di hadapan sekali sebab dia leader.

Awal-awal je i memang dah kedepan.. pastu...
i makin kebelakang.

Hahaha.. it was so funny. I kecundang masa naik bukit. Actually laluan yang kitorang lalu ni dah memang laluan harian i pegi balik keje. Masa sebelum start ride ni dah fikir macam-macam. Betul ke nak ikut sebab laluan ni semua berbukit oi.. Tapi tula, degil nak ikut jugak ride. Kan dah kebelakang. Slow-slow je dorang pintas i. hahaha
Nasib baik Abg Me ada kat belakang meneman dengan radio dan speaker dia. Dia kena duduk belakang sebab dia sweeper. hehe.. at least ada la peneman i kan sambil layan radio dia tu.
First checkpoint. Berkumpul menunggu i dan Abg Me sebelum teruskan perjalanan.

haaaa...
Dah puas amik nafas, kitorang teruskan lagi ride. Tapi kali ni, Abg Enal dah siap-siap bagitau.

"Era (nama panggilan i dalam JBF ni) duduk belakang Abg Enal"
"Sebab newbie kan"
"Ha.. ikut je rentak Abg Enal kayuh"

Semangat..!
Lepastu tempuh lagi 1 bukit panjang. Hahaha.. Gradient dia tak lah setinggi yang awal tadi. Tapi distance dia lg panjang. Adalah dalam 1KM menempuh bukit tu. Sumpah tercungap. Kesian. and macam biasa, dorang slow-slow pintas i lagi. Hahahaha. Daripada orang kedua depan, jadi kedua belakang. Yang belakang sekali masih lagi Abg Me dengan speaker radio dia. Bagi semangat kat pompuan ni kayuh.

Eh i tak stop tau. Cuma i kayuh slow je. Takut hilang pace.
Second checkpoint. Hilangkan penat sekejap sebab dah tempuh bukit. 

Then, teruskan perjalanan.
Tapi lepas daripada simpang ni, stamina i dah ok balik. Sebab laluan yang kami tempuh selepas ni dah laluan kampung dan tak berbukit sangat. Macam biasa i training je. Surprisingly, bila check jam, 10km kami tempuh dalam 30min je. Padahal selama ni i training, nak dapat 10km tu dalam 40min. Punya lah laju dorang ni mengayuh. Hahaha

Dah masuk kawasan kampung ni seronok sikit kayuh.
Sambil berborak. Dah more kepada santai. Kawasan ni pun tak banyak kereta. Walaupun ada la jugak terserempak dengan a few lorries yang besar. Tapi semua berhati-hati.

Ride ni buat i belajar, apa sign nak kena bagi selaku orang yg kayuh dihadapan kalau nampak halangan. Kesian Abg Me, awal-awal masa ride kan i tak tau lagi. Ada lubang tapi i tak alert kan dia kat belakang. Tak pasal dia terlanggar lubang sampai jatuh botol air dia. Huhuhu. Nasib baik basikal ok.
After 15minutes ride santai, yeay.. dah sampai.
Kasi layan gambar dulu.
Yeay..!! tahniah Trinxie. Berjaya sampai sini.
Hilangkan peluh sekejap dan lepak tepi laut. Tapi masa ni masing-masing dah kelaparan. haha
Baru boleh singgah pekena Roti Canai Manan.

Dah setel topup energy,
nak balik tu.. Ya Tuhan... berat je kaki nak mengayuh pedal tu. Perut dah kenyang jadi malas pulak. Hahaha.. So untuk balik, i pulak yang ke hadapan. Ececeh.. dah konon tau jalan. 
Tak sedar diri.. camtu lah. hehehe. 

Laluan balik, tempuh jalan yang sama.
Cuma takdelah mendaki sangat. Sebab balik, kami menurun bukit. hehehe.. sebab tulah i duduk depan. Boleh acah-acah terer. 💁
Tapi sebenarnya, tetap tak boleh lawan kelajuan dorang. 
Konon i kedepan tadi kan, lepastu tetap selow kebelakang. Apebenda la stamina pompuan ni. Heh.. 
Padahal, masa ni dah nak sampai Anjung tu balik tau. Tapi rest sekejap sebab daripada kedai makan tu mengayuh tak stop. Hehehe.. 

Kitorang sampai semula di Anjung dalam jam 11 camtu. Dah sampai Anjung pun melepak mamak pulak. Amik nafas.. Penat wooo.. 
And lepas dari Anjung ni, yang mana team Abg Enal tu kena la kayuh lagi balik ke Tampoi. Tapi dorang sempoi, kaki kuat. 

I baru je lepas park my car kat rumah. tetiba dorang whatsapp masing-masing dah sampai Tampoi. Gila cepat la kayuh. Padahal dari Anjung ke Tampoi tu, kalau drive sahaja dah 20min. Dorang sampai dalam 30min camtu je. Ya Tuhan, kaki besi ke hape.

Anyway...
Here's the summary from my jam fitbit
So yeah!
Overall i puas hati dengan ride kali ni. Even though i slow bab bukit, but kepuasan sangat teamwork ni. Lepasni i kena training kat hill jela kot. Bagi kuat sikit kaki dan stamina tu. huhu. I'm so happy with this JBF team. Next ride, InsyaAllah Singapore.!!

Semoga virus Covid-19 ni reda cepat. Dah tak sabar nak mengayuh ramai-ramai =)

Bye~

You May Also Like

0 comments