Day Trip ke Singapore dari CIQ Johor

by - Wednesday, January 01, 2020

I dah beberapa kali ke Singapore menaiki kereta dan travel agent. Yela sebab duduk pun kat JB je kan. Bukan jauh sangat pun nak pergi. Antara rajin and malas je. Hehehe.. So, kali ni, i nak share my itinerary dengan cara bajet ke Singapore untuk day trip dengan hanya menggunakan public transport sahaja. Actually tujuan kali ni bukan sebab nak melancong sangat pun. Cuma masa ni, Johor tengah ada public holiday. So, i quite bosan. Tu yang nak berjalan sana pula. Terus ajak my friends, Sam sebab Sam je pandai bab jalan kat sana dengan public transport. So, Sam jadi tour guide i lah. hehe

Oh ye.. ni day trip je tau. Trip bajet. Tapi fokusnya ialah cover hampir semua tempat wajib pergi di sana. Okeyh.. Nak ke Singapore ni, kalau daripada JB, boleh melalui Larkin Sentral atau GP Sentral jugak. Tapi, i taknak share yang tu. Sebab kali ni, i explore Singapore daripada CIQ, Johor Bahru. (eh kenapa i kena explain nihh..)

Day Trip ke Singapore dari CIQ Johor Menggunakan Public Transport

Disebabkan trip kali ni hanya nak gunakan public transport, so i cuma tukar duit sikit je. Bukan trip nak pergi shopping oi. I cuma tukar RM150 sahaja. Mujur dapat jumpa cash converter yang murah. So dapatlah SGD50. Hahaha.. agak-agak cukup ke bawak SGD50 ni?  Jeng..jeng..jeng..

i'm gonna share the places i go. Okeyh.. =)

brush-fonts
Tak tak.. CIQ bukan tempat berjalan. Tapi ni permulaan. Kami keluar rumah ke CIQ seawal pagi dalam 9.00am sebab takut terlambat nak sampai ke Woodlands tu. 'White form' pun siap-siap isi masa tengah breakfast sebab nak elakkan daripada kesesakan nanti di Immigration Singapore (ele.. padahal masa breakfast baru teringat hewhewhewww..). Sampai je di CIQ, masing-masing terus rushing scan passport sebab nak tunggu bas pulak. Jadual bas nak ke Sentosa Island ni pulak sejam sekali sahaja tau. Kalau lambat, terpaksa tunggu next bas.

Dari CIQ, kami naik bas TS8. Bas ni akan menuju terus ke hati awak. Eh mengadanya.. Terus menuju ke Sentosa Island, Singapore. Nah i bagi terus jadual bas TS8. Ni jadual hanya untuk Sabtu, Ahad dan Public Holiday je.
CIQ Johor ke Sentosa Island - Bas TS8
Tiket : RM7.00

Masamnya muka kak.. Kena tinggal bas ke?

Disebabkan urusan di Immigration Singapore tu lama, so kami tersadai selama sejam jugak la menunggu bas yang sama. Masa ni baru la tau, "oh bas hanya dibenarkan menunggu penumpang cop passport selama 15min je." Disebabkan dah over-time so kena la tunggu next bas TS8 yg lain pulak. Takpe, janji destinasi yang sama ke Sentosa Island. oh yeah--! 😊

brush-fonts
Bas sampai je, terus naik. Mujur ada seat. Kalau tak, rasa sia-sia je tunggu. Bas TS8 ni akan terus ke akan bawah parking di Sentosa Island. Naik escalator je terus sampai di hadapan globe USS. Apa yang menariknya di sini ialah, Sentosa Island ni la terletaknya pelbagai attraction Singapore antaranya Universal Studio Singapore, Sentosa Merlion, dan pelbagai tarikan yang menarik di sini. So memang wajib ke sini dulu. Bergambar disekitar pulau ni dulu.

brush-fonts
Kemudian, kami naik Sentosa Express Monorail menghala ke Imbiah Station. Monorail nak ke sini FREE tau sebab memang disediakan untuk di dalam Sentosa Island. Actually boleh je jalan kaki nak ke sini. Tapi sebab nak jimat tenaga (macam orang tua yee), so naik monorail jela. Masa i pergi, ada lagi Sentosa Merlion ni. Tapi dengar kata after a week i pergi tu, Sentosa Merlion dah diruntuhkan dan akan diganti dengan new attraction. Even though Big Merlion tu dah takde, tapi  masih ada lagi attraction lain di sini.
Sentosa USS Globe ke Imbiah Station
Tiket : Free

Dah puas bergambar di Sentosa Island, kami naik semula Express Monorail tu untuk ke Vivo City. Ye, tambang dari Sentosa Island masih lagi free. Tapi dari Vivo City untuk ke tempat tarikan lain, kena naik MRT. Jadi, kena la jugak beli tiket kan. Nak mudahkan diri tak perlu nak ke mesin tiket setiap kali tukar MRT, i siap-siap beli tiket Easy Link di kaunter. Harga kad ni cuma $12 sahaja. Tapi dalam ni ada siap-siap nilai $7.
Easy Link tiket : $12

brush-fontsDaripada Harbour Front Station@Vivo city, kami ambil MRT menghala ke Bugis Station. Kat sini perlu berjalan kaki sedikit, melalui celah-celah kota untuk terus ke Arab Street. Disebabkan kami pun tiba di sini pada tengah hari, jadi kami singgah lunch dulu di Restoran Zam-Zam.
Restoran Zam-Zam ni famous di Singapore sebab dah dibuka berzaman di sini. Menu tarikan kat sini ialah murtabak singapore dan briyani. So untuk menu lunch i, i pilih makan ini sahaja.
Briyani Claypot (Mutton) : $7
Air Kopi O Ais : $1.50
Total expense makan = $8.50

Murtabak Rusa, Nasi Goreng dan Milo Dinasour tu kawan i yang punya order. Harga murtabak rusa $10, milo dinasour tu $3.50.
After lunch, setelkan solat Zohor dan Asar sekali di Masjid Sultan. Lepas solat baru sambung bergambar di Arab Street dan Haji Lane. Actually, semua ni dalam 1 kawasan je tau. So senang nak berjalan dan bergambar. Cuma kena plan masa. Sebab, dalam itinerary banyak lagi oi nak berjalan. Haji Lane dan Arab Street ada banyak street art. Semua tempat cantik bergambar. Port masuk instagram ni
 Kemain kalau bergambar

Harbour Front Station@Vivo City ke Bugis Station
Stored Value Card: $1.22 (adults), $0.56 (children/students), $0.82 (senior citizens and disabled persons), dan $0.95 (workfare concession).
Standard tiket (ticketing machines): $1.90.

brush-fonts
Bugis street ni adalah tumpuan untuk membeli souvenir. Kat sini, harga boleh tahan murah lah. Actually i takde pun nak beli apa-apa souvenir. Sebab i datang pun takde bagitau orang kampung. Hahaha, cuma kami ke sini sebab port bergambar.!! Ala.. dah datang tempat orang, takkan taknak bergambar. Bugis Street ni kan salah satu attraction place.

Oh ya. I beli air buah je. Air buah kat gerai ni jual fresh. Sedap. Eh itu pun nak masuk blog ke?

Untuk ke sini, hanya perlu berjalan kaki sahaja daripada Arab Street tu. Boleh rujuk maps jarak perjalanan. Sebabkan hanya gunakan kaki, so modal kat sini cuma air mineral je =P

Arab Street ke Bugis Street
Tambang : Free (jalan kaki)
brush-fonts
Daripada Bugis Street, kami menuju ke Merlion Park.!! Jumpa merlion lagi. tehehe...Tapi ni merlion kecik je. Kat sini agak struggle jugak nak bergambar sebab ramai gila orang. Kena pandai ambil peluang dan ikut creativity bergambar. Actually, dari Merlion Park ni boleh jalan kaki ke Marina Bay atau Gardens by the Bay. Tapi ni nanti i cerita next trip. Sebab kami semua plan nak shopping perfume. So nak ke Orchard Road.
Untuk ke Merlion Park ni, dari Bugis Station boleh terus naik MRT ke Raffles Station. Tapi.. tetap kena berjalan sikit. Melalui tepi sungai dan jambatan yang cantik. Worth for instagram post.

Bugis Station ke Raffles Place Station
Stored Value Card: $0.93 (adults), $0.43 (children/students), $0.62 (senior citizens and disabled persons), and $0.72 (workfare concession).
Standard ticket (ticketing machines) : $1.70

brush-fonts
Orchard Road ni kawasan tumpuan untuk membeli belah. Ada banyak mall yang cantik di sekitar ni. I sampai Orchard ni pun dah malam. Dapatlah layan view lampu malam. Sambil ambil angin di bandar Singapore. Terasa macam kat KL pulak. Eh. Sebenarnya ke Orchard Road ni sebab nak beli perfume. Itu sajoo.. Tapi kalau uols taknak ke Orchard Road, boleh jugak jalan kaki terus ke Gardens by The Bay. Untuk ke Gardens by the Bay, adalah trip i yang ke-2 ke Singapore dengan Public Transport. Itu i akan buat entry lain. hehe

Raffles Place Station to Orchard Station
Stored Value Card: $0.93 (adults), $0.43 (children/students), $0.62 (senior citizens and disabled persons), and $0.72 (workfare concession).
Standard ticket (ticketing machines): $1.70

brush-fonts
Untuk pulang semula ke JB, hanya perlu naik semula MRT daripada Orchard Road to Kranji Station.  Dan daripada Kranji Station tu, boleh naik bas CW1 untuk pulang ke CIQ. Tadaa.. dah berjaya pusing Singapore kan. 1 day trip sajoo.. Eh faham kan? Faham, bagus. hehe. I rasa my entry kali ni, deserve untuk korang belanja i minum kopi ais lah. Hahaha

Orchard Station ke Kranji Station
Stored Value Card: $1.84 (adults), $0.59 (children/students), $0.88 (senior citizens and disabled persons), and $1.46 (workfare concession). 
Standard ticket (ticketing machines): $2.50.


Kranji Station ke CIQ, Johor Bahru - Bas CW1
Tambang : $1.00

So, kalau kirakan semua expense lunch and tambang, tak habis pun SGD50 yang i bawa tu. Sebab ni memang trip bajet. I rasa i banyak habiskan pada beli air dan keropok sebab berjalan sepanjang hari, dengan cuaca panas, so banyak betul masuk 7-Eleven. hehe.. Itu pun sebab shopping perfume dan coklat kat Orchard Road, adalah jugak terguna. Kalau setakat jalan je, memang tak luak agaknya.. T_T

Ada yang i baca suggest untuk beli Singapore Tourist Card macam ini :
Boleh je kalau nak beli kad ni.. Caranya korang perlu pergi ke mana-mana kaunter tiket MRT, dan beli. Cuma... tourist pass ni, perlu bayar deposit $10 dan perlu pulangkan semula sebelum keluar dari Singapore. Kalau tak pulangkan, deposit tu kira burn la. Harga sewaan bermula dari $10-1 day, $16-2 day dan $20-3 day. Menariknya kalau travel guna tourist kad ni, tak perlu dah risau berapa harga tiket untuk naik MRT, LRT atau bas sebab dikira unlimited. Pakai je la kad ni untuk ke mana pun, tak payah risau balance dalam kad pun. Untuk maklumat lanjut boleh ke website Singapore Tourist Pass.

Tapi, kenapa i tak guna pass ni je berbanding Easy Link Ticket?

Sebab i akan masuk Singapore lagi sekali dan lagi dan lagi dan lagiiiii.. hahaha kan duduk sebelah je. Kalau ikut kiraan, harga tambang i tak sampai pun $7. Even keluar pun ada lagi dalam $2 camtu. So total kos i, beli kad easy link dengan tambang dalam $10 je. Berbanding kalau i beli tourist pass, i kena bayar deposit $10+harga sewa 1 day $10. Cam gitueww....

Apa-apa pun, terpulang pada korang. Ini cuma guide yang i guna sahaja. Ikut keselesaan mana korang nak guna untuk travel. Okeyh..  Dah boleh belanja i minum kopi ais ni. ehem..!


brush-fonts

You May Also Like

0 comments