Drive Test Honda 2019 dan Menang Kereta Sempena 900k Milestone

by - Tuesday, September 03, 2019

Hello everyone.
First time rasanya buat tajuk blog panjang sangat demi nak bolot keyword google.. Muahaha. 

So, Rabu lepas 28th Ogos 2019, I dan beberapa JB Bloggers dijemput oleh pihak Honda Malaysia untuk drive test kereta Honda sempena 900k Milestone Honda di Jalan Raya. Untuk makluman, Honda 900k ini merupakan kempen yang dijalankan oleh Honda Malaysia sempena meraikan sebanyak 900,000 model Honda yang telah terjual sehingga kini.

Untuk program kali ini, kami diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman memandu kereta model Honda CR-V, Honda HR-V dan Honda Civic daripada Johor Bahru ke Batu Pahat. I feel so excited sebab salah 1 daripada kereta yang I pandu uji ni sebenarnya memang kereta idaman dari awal model ni keluar tau iaitu Honda CR-V.

Bloggers Drive Test Honda 2019

Program kali ni berlangsung di Setia Eco Flora, Johor Bahru. Sebelum kami semua diberi peluang untuk memulakan pandu uji kereta Honda, kami mendengar sendiri penerangan daripada wakil Honda mengenai ciri-ciri yang ada pada kenderaan yang bakal kami pandu.

Honda CR-V (2019)

Honda CR-V merupakan salah satu model kereta Honda jenis SUV yang paling laku di Malaysia. Walau bagaimanapun, pada kali ini, Honda telah mengeluarkan model Honda CR-V yang terbaru dan lebih berinovasi. Antara advance technology yang ditambah pada model Honda CR-V yang terbaru kali ini ialah :

  • Honda Sensing

Honda Sensing ini adalah sistem keselamatan ketika memandu yang dipertingkatkan oleh Honda sesuai dengan persekitaran di Malaysia. Honda Sensing akan memberi amaran kepada pemandu apabila ada risiko akan berlakunya kemalangan di hadapan kenderaan kita dan akan memperlahankan sendiri kenderaan kita.
  • Driver Cruising Aid
Untuk driving cruising aid ni, ada 2 jenis features yang ditambah, iaitu Adaptive Cruise Control (ACC) dan Low Speed Follow (LSF). Kedua-dua features yang ditambah ini adalah untuk pemandu mendapatkan jarak selamat dihadapan tanpa perlu melajukan atau memperlahankan kenderaan secara manual. It's automatic cruise ya know..! hehe.. I suka features ni pada CR-V terbaru ni sebab i kan selalu drive jauh, jadi kalau penat drive, I can sets my speeds between 30km/h and 180km/h. Then i can relax my feet. Sistem ni akan drivekan kereta i secara automatic mengikut speed yang i dah set kan.

Bahaya tak kalau ada kenderaan di hadapan?

Tak lah. Sebab sistem ni dilengkapi dengan kedua-dua ACC dan LSF yang mana, bila ada je kenderaan lain masuk dihadapan kereta kita, atau ada halangan lain, sistem ni akan memperlahankan kenderaan kita dan maintain jarak selamat kereta kita dan halangan di hadapan. Cool kan?
Bawa 160km/h di lebuh raya pun siap boleh relax kan kaki lagi..

  • 1.5L VTEC Turbocharged Engine
Enjin 1.5L tapi perform seperti enjin 2.4L. Inovasi Honda pada kali ini bertujuan untuk memastikan pengguna merasa kelajuan dan kehebatan enjin 2.4L tapi pada masa yang sama menjimatkan penggunaan minyak. Ratio penggunaan minyak bagi 100km hanyalah bersamaan dengan 7.0L penggunaan minyak sahaja.. Jimat kan. Masa kami pandu uji ke Batu Pahat pun, minyak macam tak berusik. Sesuai betul untuk perjalanan jauh. 
7.0L / 100km
  • Spacious
Yang i suka, kereta Honda pada kali ini memberi pengguna boot space yang sangat besar. Kerusi pada bahagian tempat duduk belakang juga boleh di turunkan dan menjadikan boot space yang lebih besar. Kalau macam ni, bawa masuk almari pun relax je bawak balik kampung kan. hehe
 404Litre spaces boot tanpa menurunkan tempat duduk belakang
991Litre spaces boot apabila menurunkan tempat duduk belakang

  • Comfort & Styling
Design Honda yang terbaru juga diinovasikan sesuai dengan perkembangan teknologi pada masa kini.
Ketiga-tiga model Honda yang kami pandu uji sebenarnya mempunyai inovasi yang terkini dan ada kelebihan tersendiri. Secara keseluruhannya, I sangat berpuas hati dengan inovasi yang dilakukan oleh Honda. Thank you Honda for this opportunity. Rasa macam nak terus tukar kereta je tau lepas pandu uji. 

Efficient, Effective and Perform
Terus rasa nak beli lepas pandu uji Honda dari Johor Bahru sampailah ke dalam bandar Batu Pahat. Kedua-dua jenis jalan raya i dah pandu uji. Memandu Honda CR-V di kedua-dua jalan raya sangat selesa.

Tapi.. sebenarnya kan.. Sempena Honda 900K Milestone ni, korang semua boleh memenangi Honda secara percuma. ye.. PERCUMA.!! terdapat 9 jenis model Honda yang akan diberikan kepada 9 orang rakyat Malaysia yang bertuah. Kempen ini adalah sebagai tanda Honda menghargai sokongan padu yang telah di berikan oleh rakyat Malaysia sedari Honda Malaysia ditubuhkan.

Kempen Honda 900,000th Milestone di Jalan Raya

Kempen ini akan berjalan di semua 90 pusat jualan Honda di seluruh negara serta menerusi Road to 900,000 Unit Milestone Campaign nationwide dari bulan Ogos hingga September 2019. Kempen ini juga turut mendapat sokongan daripada Tealive Malaysia, station radio Astro dan TM Unifi.
Untuk menyertai kempen ini, korang boleh lah pergi ke mana-mana pusat jualan Honda dan lakukan setiap aktiviti yang mudah di sana. Setiap 1 penyertaan aktiviti di Pusat Jualan Honda, akan mendapat peluang 1 tiket.
Seriously.. aktivitinya tak susah pun.. 
Di sebabkan ada collaboration bersama Tealive, maka korang pun boleh sertai kempen ni apabila membeli mana-mana minuman di Tealive. Semudah 1,2,3 je dah siap masuk penyertaan menang Honda.
Beli mana-mana jenis Tealive, amik gambar bersama standee ni, dan whatsapp sahaja. Mudah kan?
Station Radio Astro juga melalui apps Syok pun turut bersama dalam collaboration ini. Caranya mudah juga;
Pergi ke laman web syok. Kemudian hanya perlu isi borang sahaja. And it is DONE!! 

Bagi pengguna Unifi pun tak ketinggalan jug. Korang boleh menyertai kempen ni dengan mudah.
Ha nampak tak, Honda memang betul-betul bermurah hati nak bagi kereta Honda kepada rakyat Malaysia ni. Semua cara sangat mudah. Rugi kalau tak join. Lebih banyak tiket yang korang dapat, lagi tinggi peluang korang nak memang Honda. 9 pemenang bertuah tu akan mendapat salah 1 daripada model kereta Honda seperti Jazz, City, BR-V, HR-V, City Hybrid, HR-V Hybrid, Civic, CR-V dan Accord

Untuk mendaftar atau makluman lanjut mengenai Kempen 'Road to 900,000th Unit Milestone Campaign' boleh ke sini :

You May Also Like

2 comments

  1. Jangan lepaskan peluang mendaftar, mana tau rezeki kita kan..
    Sis sudah, anda bila lagi? Hehehehe

    ReplyDelete
  2. sentiasa menjadi kereta idaman hati. hehehe

    ReplyDelete