Carousell Meraikan Wira Malaysia - #MYLocalWira

by - Wednesday, August 14, 2019

Hello semua..

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-62 pada 31hb Ogos ini, Carousell, salah satu daripada pasaran mudah alih terbesar dan paling pantas berkembang di dunia akan menganjurkan usaha pro-sosialnya di seluruh negara dengan kempen,

#MYLocalWira

Kempen ini berlangsung sepanjang bulan Ogos ini sehingga 31hb Ogos. Bagi meraikan acara ini, #MYLocalWira menyeru semangat keprihatinan rakyat Malaysia, dengan sokongan beberapa individu hebat dan terkenal antaranya ialah Dato' Nicol David, pejuang seni mempertahankan diri campuran (ONE MMA) wanita yang pertama di Malaysia dan duta Global Citizen Ann Osman, model antarabangsa dan usahawan fesyen serta kecantikan Amber Chia, atlet pemotoran professional dan 'Ratu Drift' Malaysia Leona Chin, penerjun kelas dunia Leong Mun Yee serta gimnas nasional Farah Ann.
Setiap individu ini telah menyumbangkan beberapa item peribadi untuk dijual di Carousell dimana hasilnya akan disalurkan untuk tujuan amal.
Model antarabangsa dan usahawan fesyen serta kecantikan Amber Chia yang telah memberi sumbangan jualan barangan peribadi beliau di Carousell

"Ramai rakyat Malaysia cukup bertuah dikurniakan lebih dari apa yang diperlukan, sementara yang lain memerlukan bantuan. Dengan kempen #MYLocalWira, kami berkerjasama dengan beberapa individu hebat dengan menjual item pra-suka mereka di Carousell dalam satu tindakan mulia 'memberi semula' kepada rakyat Malaysia yang menyokong mereka bertahun-tahun lamanya. Kami juga mengharapkan peminat akan mendapati betapa bermaknanya untuk memiliki item peribadi yang memainkan peranan penting dalam karier hero mereka. Dengan #MYLocalWira, kami memberikan semua dan seterusnya berharap contoh yang diberi dapat memberikan inspirasi kepada yang lain untuk mencapai kejayaan,"  En Tang Siew Wai, Ketua Serantau, Carousell Malaysia.
Hasil kutipan penuh dari jualan barang-barang ini akan dimanfaatkan untuk Parents without Partners, sebuah organisasi amal yang ditubuhkan bagi membantu ibu bapa tunggal yang memerlukan. Dana yang dikumpulkan oleh organisasi ini terutamanya adalah melalui penjualan barangan pra-suka di kedai simpanan mereka, Jumble Station, yang bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai dan hasil daripada #MYLocalWira akan menyokong perbelanjaan seperti sewa, barangan runcit dan bekalan sekolah.

Dari Rakyat Malaysia, Untuk Rakyat Malaysia

Dapatkan senarai penuh personaliti Malaysia beserta item untuk dijual di website atau melalui aplikasi Carousell; setiap pembelian akan membantu rakyat Malaysia yang memerlukan.

Untuk informasi lanjut dan perkembangan terkini, ikuti Carousell di:
Instagram : @carousell.my
Muat turun aplikasi Carousell menerusi Apple Store atau Google Play Store

Fact about Carousell :
Carousell is a mobile classifieds app that makes selling as easy as taking a photo, buying as simple as chatting. Launched in August 2012, Carousell began in Singapore and has spread to 19 cities araound the world. With over 100 million listing, there are one of the world's largest and fastest growing marketplaces. Carousell has been ranked as the top Lifestyle and Shopping app in Singapore, Taiwan dan Hong Kong, and is backed by leading International Venue Capitalists Sequoia India, Rakuten Ventures, 500 Startups, Golden Gate Ventures and QuestVC. In Malaysia, Carousell has a diverse range of products in 28 categories, including fashion & beauty, lifestyle gadgets and muslimah fashion.

You May Also Like

0 comments