Masih Dalam Warranty? You should be more alert y'know.

by - Wednesday, July 31, 2019

Hai..

2 tahun lepas ada la beli laptop, kononnya nak guna untuk rajinkan diri berblog disamping beli sebagai reward untuk diri lah kan.. Tapi, main untuk game je. Alah bukannya game apa pun..The Sims je. Sampaikan bila kawan tanya ada laptop buat apa, segan nak cakap berblog, sebab blog pun bersawang.. Nak cakap buat kerja, software pun takde. Ye cerita dia, main game sahaja di sini..

Ok berbalik pada kisah.

Disebabkan laptop hanya guna main game, maka penggunaan laptop ni sangat lah kurang. Tapi.. tapi... bila diamati.. Bahagian atas laptop ada kesan retak. Awalnya ingatkan sebab ada terjatuh, tapi hei mana lah pernah jatuh. Sayang kot. Tetap ada. makin lama makin panjang. Alahai kesiannya.. 
1
Ini tanda-tanda parah ni.

Try call adik ipar sebabkan adik ipar i dulu memang keje HP bahagian repair-repair ni. Dia kata, ni kalau nak tukar dia boleh buatkan tp i kena carik sendiri barang beli online. Tak ghuna nyaa... tengok harga semua mahal.. Lepastu, tiba-tiba.. (ting! bunyi mentol lampu keluar dari kepala)..

Teringat lah.. Kan kalau beli laptop kan ada warranty. Tapi i sebenarnya dah lupa bila tarikh beli. Rasa macam dah lama.. Kemain la mencari resit. Sana sini i punggah. File-file resit pun i carik. Rasa macam ada simpan. Pastu jumpa. Nasib baik.! Terselit celah beg. Terus call Customer Service HP. Bila dorang checkkan no.siri, alhamdulillah warranty untuk hardware masih ada.. Fuhh..

Tapi warranty tinggal lagi sebulan je. Fuhh..

Failkan terus masalah i.. including gambar.. Tak sampai seminggu HP get back balik dan set appointment untuk technician HP dtg repair. Disebabkan i duduk menyewa dan rumah bujang perempuan.. So set appointment jumpa dekat Anjung Medini.
Hai.. ingatkan tak kawin lagi. Rupanya dah. Hahahaha.. eh menggatal. 
Problem solved.! Tukar cover keypad ni. Rupanya punca sebab hinged i dah jd terlalu ketat. So bila bukak tutup je, lama-lama dia retak menanti belah lah. Dia cakap, kos kalau kat luar untuk barang HP ni dalam RM800. Tak termasuk kos upah. Adoi.. Masa nak tukar tu, dia check kan sekali, bateri i dah kembung.  Patutlah bila on laptop bateri cepat drained. Rupanya dah tak bape herlok.. Tapi disebabkan warranty bateri cuma setahun, so i tak dapat lah nak tukar free. T_T.. kena beli and tukar nanti jela.
Ha lain kali alert. Nasib baik tak melayang duit.

You May Also Like

2 comments

  1. alhamdulillah. NAsib baik sempat calim warranty. kalau tidak, banyak jugak nak kena bayar tu.

    ReplyDelete
  2. Alamak, seram plak bila tang bateri jadi kembung tu.

    ReplyDelete