Great Eastern Viper Challenge Night Trak Sepang

by - Monday, May 20, 2019

Hello..!
Actually, Viper Challenge Night Trak ni masa bulan 2. Tapi tu lah.. dalam draft kepam. Eekeke..
Aku ni takdelah berapa nak suka sangat dengan aktiviti running ni semua. Yela debab macam aku ni, jarang jumpa yang minat lari kan. Paling-paling pun, aku join event running 10km je. Tapi tiba-tiba terjoin pulak Viper Challenge ni. Ni semua sebab adik ipar aku yang pegi register dan bayarkan. Lepastu dia suruh carikkan team.. (tepuk dahi). Ya Allah, dah la tak terer lari lepastu kena cari team. Yang nak join pun pikir banyak kali. Haha. Nama team pulak Food Hunting. Dah join pun akan pikir balik.

Sebabkan register awal, jadi dapatlah harga 'burung awal'. Sebab Viper ni, tiket dia makin hari makin naik. Harga burung awal pun dalam RM75 jugak la kena. huhu.. So terus cepat-cepat whatsapp dalam group hiking. Terus berpusu-pusu dorang register. Dalam 1 day, setel dapat team. hehe.. Now, ada lagi 4 bulan untuk training. 4 bulan.. Tapi tula, rasa sekejap sangat sebab training tak training sangat pun. Pemalas.!

Memandangkan Viper Challenge ni adalah waktu malam dan di Sepang sahaja, so aku dengan the others gerak sendiri jelah. Sebelum mula flag off, main dulu challenge di luar trak. Boleh dapat free gift.
Flag off time - 12 pagi 
tapi kami semua datang register awal, dan wave jam 9.30 malam. hehe
Distance untuk Viper Challenge Night Trak kali ni cuma 8km dengan 12 obstacle.
Awal trek dah kotor seluar sebab merangkak. Jadi, ini adalah sebahagian cabaran yang kami lalui. Kebanyakkan obstacle ialah memanjat. Jadi kekuatan upper body sangat penting selain daripada lower body untuk 8km trak tu. Aku tempek gambar jela. Ini pun tak cukup 12 obstacle gambar.
 
Menyempat amik gambar eh. kahkahkah.. adik aku cakap, kan jarang-jarang masuk litar sepang. Apo lagi.. Kalau waktu biasa, lumba kete pulak kan. Hihihi
Untuk Viper Challenge ni, training aku setiap hari ialah jogging. Sehari dapat 2km pun takpe. And sebabkan aku kerja di site yang kadang-kadang aku kena buat site walk jalan kaki di tengah panas dalam 4km, bila petang dah penat tak pegi jogging pun. It depends pada waktu sibuk. Dan alhamdulillah.. untuk pertama kalinya join Viper Challenge ni, i did it..!!
Nak join lagi ke?
InsyaAllah.. sebab kan aku ni pemalas nk lari. haha.. Ini kan lari sambil ada obstacle. Eh padahal aku tak lari pun. Hehehe cuma brisk walk je. Adik aku siap tengok siaran bola lagi, masa tu JDT lawan ape tah. Nampak tak kemalasan di situ. Santai je. Apa pun, aku puas hati sangat. Bagi aku, Viper Challange ni ok lah event dia tapi aku harap dorang boleh limited kemasukan orang. Sebab terlampau sesak nak buat obstacle bila ramai orang.

Well, yeah.!! Bucket list before 30's checked!

Boleh la cerita dekat anak nanti,
"Mummy dulu join Viper Challenge tau nak.."  tiber~

You May Also Like

0 comments