Mencegah dan Merawat Parut dengan Rawatan Dermapen di Dr Medispa and Wellness

by - Friday, April 26, 2019

Hai.. Hello...!!
So, here it is!

To be completely honest, i had this one really bad skin period. My skin was rough, clogged and has an acne deep scar (macam kawah tu). It started since i was working as an Engineer and obviously, ia berpunca dari environment. I was either in the office (air-conditioned and fully carpeted), or the construction site area (dusty and had flying particles/debris). Lepastu bila kulit dah start tumbuh jerawat sikit, terus gatal tangan nak kopek kan.. 

Disebabkan oleh kulit wajah yang tak berapa nak licin macam kulit telur ni, i cuba rawatan kulit yang tengah famous sekarang ni, Dermapen. Mulanya ofkos la i agak takut, sebab orang kata rawatan dermapen ni akan gunakan jarum kat muka.. pastu berdarah-darah lah.. Tapi demi kulit cantik.. apa salahnya. Lagipun.. rawatan Dermapen/ microneedling sudah lama berada di pasaran. So, untuk rawatan Dermapen ni, i buat di Dr Medispa and Wellness yang terletak di Jalan Reko, Kajang.

Mencegah dan Merawat Parut dengan Rawatan Dermapen di Dr Medispa and Wellness

Untuk pengetahuan semua, i pilih untuk cuba rawatan dermapen di Dr. Medispa and Wellness ni sebab rawatan dan nasihat yang dijalankan semuanya daripada doktor yang bertauliah dan Medispa ni adalah kepunyaan Dr Azirawaty iaitu seorang Doktor Aestetik dan pengamal perubatan di mana menjadi salah seorang Panel Perunding Tetap di majalan Pa&Ma.
Interior dalam Dr.Medispa & Wellness yang kemas dan teratur
Sebelum memulakan rawatan, i diberi penerangan serba sedikit mengenai rawatan dermapen yang akan dijalankan. So takdelah nak blur-blur kan apa yang dia akan buat pada kulit i. hehe.. kurang sikit neves tu..(apeni, nak cantik pun neves)
Bilik rawatan yang cozy dan tenang. Untuk korang yang datang bawa pasangan, ruang untuk menunggu juga disediakan di dalam kawasan bilik rawatan. Jadi tak perlu risau kalau pasangan atau yang bawa anak hilang ke mana-mana kan. Hehe..

Apa itu Dermapen Facial Treatment?

Rawatan Dermapen atau Microneedle Treatment ni adalah rawatan yang digunakan untuk merawat dan mengurangkan parut jerawat, kedutan dan hyperpigmentasi pada kulit. Ianya berupa pen yang didatangkan bersama jarum micro boleh laras mengikut kesesuaian kedalaman rawatan kulit.

Jarum-jarum mikro ini akan menembusi lapisan permukaan kulit yang akan mencederakan kulit dengan menghasilkan luka-luka halus seterusnya akan memecahkan kolagen lama elastin di dalam lapisan kulit seterusnya merawat dan meremajakan kulit. Kiranya ia adalah bertujuan untuk melukakan kulit muka kita (dengan cara selamat) supaya dapat mengaktifkan dan membebaskan collagen yang sedia ada dalam kulit supaya dia boleh bekerja dan membaiki kulit muka yang rosak tu. 

Dermapen Facial Treatment ni sesuai untuk siapa?

Rawatan dermapen sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah deep acne scar macam i ni. Tapi, tak semestinya kena tunggu deep scar dulu. Dermapen Facial Treatment juga sangat sesuai untuk mreka yang mempunyai masalah kulit seperti ini:-
  • Parut Hitam
  • Parut Berjerawat
  • Parut Berlubang
  • Muka Kekurangan Kolagen
  • Muka Berjeragat
  • Kedutan Halus mahupun Tebal
Untuk pengetahuan, hampir kesemua parut-parut jerawat dan berlubang yang dialami oleh wanita boleh dibaiki dengan menggunakan rawatan dermapen. 
I jenis boxcar. 

Kelebihan Dermapen Facial Treatment

  • Menghilangkan parut jerawat dan segala jenis parut dengan cepat dan berkesan (seawal rawatan pertama dah boleh nampak perubahan)
  • Menghilangkan parut berlubang, jeragat dan kedutan
  • Menghasilkan sel kulit baru yg lebih lembut & menghaluskan liang roma kasar/ terbuka
  • Memperbaiki tekstur kulit dan tona kulit tak sekata 
  • Menghasilkan kolagen kulit, membuang sel-sel kulit mati & mencerahkan kulit
Selepas deep cleansing, i diberi pilihan sama ada nak mulakan rawatan menggunakan Numbing Cream atau makan pil tahan sakit. So, i pilih numbing cream. Numbing cream di sapu merata ke seluruh wajah dan muka akan ditekapkan dengan plastik supaya cream yang diletakkan itu akan sekata pada seluruh wajah.

Sakit ke Dermapen Facial Treatment ni?

Kesakitan adalah bergantung kepada kedalaman jarum-jarum micro menembusi kulit muka. Memandangkan i dah pakai numbing cream, jadi takde lah rasa sakit pun. Rasa nak tidur pulak masa rawatan dijalankan. 

Semasa proses rawatan dermapen, muka i turut di letakkan serum. Tujuannya ialah supaya muka dapat menyerap serum ni dengan lebih baik ke dalam luka-luka halus yang terjadi daripada rawatan dermapen disamping mengaktifkan pembentukan kolagen baru. Tapi, serum dan teknik ni bergantung atas keadaan kulit seseorang. Macam i lebih kepada masalah bekas jerawat dan hyperpigmentasi.. So, untuk serum ni, Dr sendiri yang akan tentukan dulu.
Akhir sekali, rawatan Led Mask Therapy dilakukan untuk membantu mematikan segala bakteria yang ada diwajah dan membantu mempercepatkan pengkatifan kolagen.
Proses downtown selalunya mengambil masa selama seminggu. Tapi ada juga yang tak sampai seminggu. Untuk 3 hari pertama, kulit memang sensitif. Jadi kena kurangkan aktiviti yang terdedah dengan cahaya matahari terlalu lama. Macam i, hari ke-3 dah mula mengelupas. Masa proses downtown ni, geram pulak dengan kulit yang mengelupas tu. Tapi.. sehari je. So tak payah korang risau lebih sebab itu menunjukkan yang kulit baru akan terbentuk. Hari ke-4 dah beransur ok. 
Warna kecerahan kulit bergantung pada faktor pengcahayaan. Apa yang i nak tekankan di sini ialah struktur kulit i yang dah semakin halus dan parut jerawat dah semakin pudar sangat. Betul la sekali rawatan pun dah nampak perbezaan.

Rawatan kali pertama, perubahan kulit dapat dilihat sehingga 20% ke 30%
Rawatan kali kedua, perubahan kulit dapat dilihat sehingga 30% ke 40%
Rawatan ketiga, perubahan kulit dapat dilihat sehingga 40% ke 60%

Apa pun, result berbeza pada setiap orang dan ianya bergantung pada kedalaman parut jerawat di kulit. Dan i sangat berpuas hati dengan rawatan dermapen ni.

Nak ulang buat rawatan lagi?
Mestilah nak.. Kan nak dapatkan kulit selicin kulit telur. hehe. Maybe lepas ni i nak cuba rawatan lain pulak. 
Di Dr.Medispa & Wellness ni sebenarnya ada pelbagai jenis rawatan kecantikan dan mereka merupakan medispa yang pertama di Malaysia yang menawarkan Pregnancy Massage yang diiktiraf dari UK & Ireland Federation of Holistic Theraphy (FHT, United Kingdom & Ireland.) Antara rawatan kecantikan yang boleh dijalankan di sini ialah Hydradermabersion Facial, Whitening, Anti-aging treatment, Pregnancy Massage dan sebagainya. Ok nah.. Ini senarai harga untuk rujukan korang. 
Oh ya.. Before i terlupa.. Sekarang ni, Dr. Medispa & Wellness tengah buat promo sempena Raya Aidilfitri 2019. Bagi yang nak mencuba rawatan dermapen yang i buat ni, dapat penjimatan sebanyak RM200 bagi 2 kali sesi rawatan. Berbaloi sangat untuk dapatkan kulit yang licin macam telur sebelum raya ni.
Ingat, kulit adalah bahagian tubuh yang paling sensitif dan mudah dijangkiti bakteria oleh setiap individu. Oleh itu, pilihlah tempat dan nasihat dari yang pakar sekiranya membuat rawatan dermapen kerana adalah mustahak dan penting bagi mengelakkan isu kesihatan dan kebersihan yang tidak diingini berlaku. Sebelum korang nak terjah Dr.Medispa & Wellness ni, boleh hubungi mereka dan tetapkan temujanji supaya urusan jadi lebih mudah. 

DR MEDISPA & WELLNESS
No 6-1, Jalan Reko Sentral 6
Reko Sentral, Jalan Reko
Kajang, Selangor
013-770 6708 (Whatsapp)
011-1112 3494 (Whatsapp)
03-8733 1980 (Call)


Toodles~~

You May Also Like

0 comments