Gunung Nuang via Janda Baik

by - Saturday, April 06, 2019

Hai..
Dah lama tangguh cerita. Dulu pernah cuba hiking Gunung Nuang via Pangsun. Masa tu pertama kali hiking, failed. Tak sampai puncak cuma sampai Kem Pacat je. So, i dengan team lama decided nak naik Nuang pulak dan kali ni kami naik via Janda Baik. Mana tau naik via Janda Baik boleh sampai puncak kan sebab orang kata via Janda Baik lebih mudah treknya. Memandangkan i pun dh lama tak hiking gunung, so on jela.

Gunung Nuang via Janda Baik

Kami berkumpul beramai-ramai di RNR Genting Sempah. Di sini, masing-masing mula kumpulkan ration. I sempat la singgah Mc'D untuk beli sarapan dan ration naik ke atas nanti.. Around 7.00pagi, kami bertolak ke Janda Baik. Kalau dari RNR Genting Sempah ni senang je nak ke sana. Cari Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU). Banner ada di sepanjang jalan. Nanti akan jumpa ILMU di sebelah kanan. Ha, kira betul dah la tu. Lepas je ILMU tu, drive dalam 2km, akan jumpa tempat parking disebelah kanan jugak..atau kalau terus pun boleh, park kat kawasan sebelah sungai je. Tapi masa kami pergi, parking tu full. 

Tips : Memandangkan tempat parking adalah limited, di galakkan korang untuk carpool dengan kawan-kawan je.. Lagi mudah. And kalau tak sempat nak beli makanan, boleh beli di sepanjang laluan kampung Janda Baik ni. Ada beberapa gerai menjual sarapan pagi. Boleh la melantak nasi lemak di atas puncak tu. 
Selepas membaca doa dan sedikit warming up, baru kami bergerak beramai-ramai. Jauh sikit nak menapak. Takpelah anggap jelah untuk warming up kaki. hehe
Sebelum masuk ke kawasan kebun penduduk sini, kena lintas air sungai ni dulu. Jaga-jaga kasut. Kalau boleh elak basah its better la. Takut kaki krem nanti. So, pijak la batu. hehehe. Perjalanan sebenar bermula selepas air sungai ni sebab kat sini akan lalu kawasan kebun orang asli, dan di sini dah bermula trek menaik.. Kami mulakan pendakian dari sini pada jam 8.00pagi.
Amboi kalau berdua ni.. haha.. romantik sokmo.

Tiba di first check point. Nak ke check point ni pun amik masa dalam 20min slow hike.. Laluan dah mula mendaki sewaktu melalui kawasan kebun dan kawasan rumah orang asli. Di check point pertama ni, kami stop sekejap amik nafas sebelum mulakan perjalanan.
Muka steady dulu.. Padahal separuh nafas dh ni.

Dari sini, akan ada 2 trail yang konfius. So, amik trail yang kanan sekali. Naik ke atas.
Beginning of the jungle trail
Selepas 1 jam akan jumpa checkpoint air terjun. Sebelum sampai ke air terjun ni, yang i perasan trek semakin menurun. Dah sampai checkpoint air terjun Chemperoh.. Ok isi bekalan air dan cuci muka bagi segar. Walaupun sejam je trek nak kesini daripada checkpoint pertama, tapi tetap penat..

Tips : Jangan lupa untuk topup bekalan air di sini.. Sebab ini je sumber air yang ada di trek ini. 
Untuk ke puncak, kami letak target, paling lewat sampai jam 2 petang. Maknanya ada masa dalam 4 jam je untuk kami hiking sampai ke puncak. Leader terpaksa letak cut-off time ke puncak sebab nak elak kami semua dari keluar dari hutan pada waktu malam. The real journey is begin here..
Yes.. Start daripada air terjun adalah permulaan mendaki tanpa henti.. Up..up.. and up.. Semasa mendaki ada jumpa ramai jugak team yang tengah training trail run. Mencik tau masing-masing berlari. Jeles i yang gemok ni masih tercungap cari pace. haha.. Semua training nak ke Gopeng Ultra Trail 2019 (GUT2019). Trek jalan masa ni agak licin dan berselut. 
 Dari simpang Bukit Repin ni, ada lagi dalam 1 jam untuk ke puncak.. depends pada pace seseorang.
Dah nak tiba ke puncak ni, keadaan dah banyak batu.. Masa nak sampai puncak, i memang dah tak larat. Hampir give up sebab mendaki tak habis-habis.. Masa ni tak tau pun dah nak sampai peak. Setiap kali tanya orang yang turun je, semua cakap sikit lagi.. tapi biasalah itu ayat menipu. hahaha.. Bertabah lah.. Nasib ada abg sweeper yang membantu menemankan layan pewai i. Sama-sama layan krem kaki. Bila fikir balik, semangat nak naik kan.. Takkan nak gagal lagi macam naik via pangsun tu. So, kali ni, nekad.. kena sampai puncak jugak walaupun banyak kali berhenti dan kaki krem bersama sweeper.

Masa mendaki, sikit-sikit i pandang atas. Rasa macam pokok makin meruncing.. dan dah berdiri di kawasan atas pokok je rasa. Ya Allah, pendakian yang macam takde penghujung. Untuk ke puncak, akan jumpa 1 batu yang besar. Selepas batu besar tu, akan mula stage 4, iaitu memanjat. 
Kawasan mossy. Kawasan atas ini dah mula sejuk. Mungkin sebab itu ianya tumbuh mossy kan.. Sikit je lagi nak sampai tu.....
After 6 hours hiking... Finally.. Alhamdulillah. Sampai juga... Relax and makan.. Tapi bila dah penat ni, memang tak lalu nak makan la. Beger mekdi yang i konon beli tu, tak makan pun. Tak larat oi.. Rasa nak tido je dengan angin yang sejuk atas ni. Masa i sampai, i lewat beberapa minit dari yang lain. Masa ni pun mental jugak sebab tak jumpa dengar suara sesiapa pun. Mujur makin lama, makin dengar suara mereka bg semangat kat i untuk teruskan lagi. Masa ni masing-masing sebenarnya dah lebih dari cut-off time. Target sampai jam 2 ptg, tapi geng depan yang lain sampai jam 3 ptg di puncak. I pulak sampai dalam jam 3.20ptg.

Bergambar kenangan..
Yeay we did it..!!

Masa balik, i stay lama sikit di atas puncak dengan guide and sweeper.. Geng lain dah gerak dulu. Konon i ni nak amik mood. Penat tak hilang lagi.. Tepat jam 3.40ptg, i start turun dari puncak. Untuk masa turun, tak amik masa yang lama macam mendaki. Sebab kita menurun je kan. Jadi laju la sikit. Lari pun takpe. Hehehe.. Sampai di air terjun, terserempak dengan geng i yang awal tadi. Tapi dorg baru nak gerak. I dengan guide stop rehat jap untuk bersolat dan rendam kaki.
Sejuk.. sedap sangat kaki. Hilang penat.  Mujur bawa extra stokin, jadi masa ni boleh tukar kepada stokin baru sebab stokin dah kotor kena selut. At least takdelah sejuk sangat kaki. Dah puas berehat, dalam 6.15 ptg baru gerak keluar. Alhamdulillah sampai semula di kawasan kebun orang asli sebelum gelap. Jam 6.40 dah selamat keluar. 

Tips: Dalam keadaan penat, kebun pun kadang-kadang boleh konfius. Ada geng depan i sesat termasuk jalan lain sebab konfis di simpang 3 ni. So, amik jalan yang tengah-tengah tu ye.. 
Guide dan sweeper yang super ohsem tak jemu layan i membebel dan mengeluh kepenatan..  Hahaha.. Thank you for your guide and support

Sampai di car park, biasalah kalau ada Abg Harris as a leader, mesti ada buah durian yang beli dari orang asli sini. Dapatlah carbo loading jap. Amik tenaga sebelum masing-masing bersiap mandi di bilik air yang disediakan
Kesimpulan i, hiking Gunung Nuang ni, either via Pangsun or via Janda Baik pun, dua-dua tetap mencabar mental dan kejam..!! I tetap rasa Nuang lebih kejam dari Bukit Kutu sebab trek dia lebih jauh dan mencanak. Tapi i bangga sebab i berjaya juga sampai ke puncak. hehe.. Alhamdulillah. 80% trek adalah mencanak naik, 10% sahaja yang landai dan 10% sahaja yang menurun. 

Untuk mereka yang nak cari gogo untuk hiking ke mana-mana, boleh cuba contact gogo i ke mana-mana sahaja. Seriously, sangat puas hati.. sentiasa ada dan membantu bila memerlukan..

Gogo Abg Wan DJ Bera
019-939 1790

Level : Challenging (9.5/10)
Happy Hiking

Take nothing but pictures,
Leave nothing but footsteps.

You May Also Like

0 comments