Yang Tak Terduga Awal Tahun

by - Wednesday, March 20, 2019

Oke hai.
Lama tak update perihal peribadi. Bukan hal kahwin pownnnn... hehehe. Camni.. awal tahun haritu i eksiden (lagi?).. Hahaha. Kalau dibilang, ini adalah kali kedua dong. Dan kali ni,, langgar bontot kereta orang (lagi?)

Oke.. ceritanya begini.
IT WAS'NT MY FAULT.!

Ele.. kalau dah salah, mana nak mengaku kan. Orang gila pun tak mengaku giler. Tiber.. Hehe.. yela salah tak salah pun, kalau dah langgar bontot ni kira salah orang belakang jugak lah. So, yeah.. dah kena saman pun. I langgar 2 bontot kete. 1 kete awam, 1 lagi SUV Polis. Accident  tu berlaku pada waktu malam. Masa tu i baru je lepas balik dari rumah kawan. Dalam jam 11.30 malam lah camtu. Baru balik dari bergosip. Biasalah perempuan kan suka bergosip. So keluar dari simpang taman perumahan tu, i susur keluar pelahan-lahan sambil dengar DJ pokpekpokpek kat radio lepastu lagu baru dari Wahyu, Selow tu pun dimainkan.. So selow-selow la i bawak..60km/h gak la. hehe

Dalam selow  i bawak ni, sempat la dengar lirik lagu..

kerna ku selow..
sungguh selow..
sangat selow..
tetap selow.. 
santai..santai.. jodoh ngak akan ke mana..

Tiba-tiba..(fast forward lah)

Ada kereta masuk depan kereta i.. and dia pun drive slow.. So, i pun plan la nak potong dia.. Jeling ke cermin sisi kanan i nak tengok kereta belakang.. masa ni sedikit badan kereta i dah masuk jalan sebelah..

and.. pandang depan balik, terus tekan brek... pommmmm...!!!!
I langgar bontot kereta depan.. kereta depan ni berhenti. Lepas langgar bontot kereta depan, i pulas stereng ke kiri sebab nak elak lebih teruk langgar..

pommmmmm!!!

langgar SUV polis pulak yang tengah berhenti..
Alahai.. terus kereta i stop.. Masa tu rasa menyesal pulak keluar malam. Then, polis datang mintak i keluar kereta dan duduk tepi. Bahaya kalau duduk dalam kereta. Kenderaan banyak. Masa tu i mintak dorang kepakkan pintu kereta i sebab i stuck.. pintu tak boleh bukak. Lepastu dah kepak tu, cepat-cepat cari fon dah jatuh kat bawah seat penumpang dah..
Pintu i kena kepak sebab tak boleh keluar
Kiri pun kena hentam sebab langgar guard rail jalan

Ok.. dah jumpa.. baru keluar. Then i terus call my bf. sebab dia je yg duduk dekat kat kawasan tu. 'Awak, datang jap.. accident'ni'  hehe suara biar control cool.

Lepastu bontot i pulak kena langgar. alahai. Tapi yang langgar bontot i sempat lari. Tak sempat nk amik no plat. Dah la tengah terkejut.
Then ada mamat ni datang tanya, 'akak nak towing ke?' amboi. pantas betul perkhidmatan towing kat Malaysia ni eh. oh rupanya tak.. rupanya yang polis ni stop sebab dia nak jaga kete depan yang accident tengah towing.. and lepas tu aku pulak accident. Dah 2 accident plk. haha. Lepastu ada sorang akak ni pulak datang 'kenapa awak langgar saya?' . I dah blur dah.. akak ni datang dari mana. Rupanya akak ni la kereta depan yang i langgar tu. I cakap 'sory' je.. pastu i tanya balik 'akak ok? ada luka-luka or sakit-sakit hati ke' Hehehe gurau je. mau kena penyepak nak gurau camni. Masa ni akak tu dah cool sikit. Dia pulak tanya i balik. i ok ke. Masa tu nak je marah, yang akak tetiba stop kenapa. Jalan lurus oi.. Eh tak lah. Perang pulak tepi jalan kang. Nasib baik kami dua-dua jenis yang cool tak menangis pun..

Oh lupa pasal mamat yang tanya td.. i terus cakap kat dia 'takpe dik, akak call insurans akak' eksyen gile i. hehehe.. Then amik gambar keadaan kereta i, kereta akak tadi and kereta polis yang i langgar. Macam-macam angle dah amik. Dah puas hati baru i dengan akak tadi tukar no fon and i ajak dia pegi hospital, kot dia terhantuk kepala ke kan.. Tapi dia kata dia ok. So, ok lah. Berpisah. Yang penting dah amik details semua.

Lepastu.. ada datang 2 mamat ni. Tiba-tiba tengok kereta i. Siap tanya. Dah call towing ke. Kenapa boleh accident. Eh, i dah blur.. sape pulak ni. Terus tanya.. 'Err, siapa eh? datang-datang menyibuk' i tak call u pun'.. Dorang pandang i blur balik. Pastu baru cakap.. 'ktorang kawan Raden (my bf). Raden otw so ktorg sampai dulu'

alahai..ada nak kena pelangkung jap lagi. Tak kenal kan diri terus kepochi. hehe.. Pastu dia tanya 'dah call insurans?' ha.. masa ni baru kelam kabut. Eh i pakai insurans apa eh. Nasib gak ada install apps Dropbox and ada simpan cover note insurans dalam tu. So boleh tengok. Etiqa rupanya.

Then dah call.. itupun kelam kabut gak sebab cari no fon emergency and hotline tak jumpa pulak kat internet. Menyumpah dah masa ni. Ada call no tah mana-mana pulak. Pastu tarik nafas, oh jumpa. Terus call mintak antakan towing. So bg la details sikit. Lepas dh call baru la bf i datang... Dia dah macam laki yang bini masuk dewan bersalin dah.. 'ok tak? luka itu ini ke? knp itu ini'.. panjang nak taip tp nak cakap, thanks concern pasal i. hahaha.

Masa tengah tunggu towing tu, ktorg duduk tepi je. Polis yang tadi tu dah jaga bahagian belakang. Kawal trafik pulak. Ktorg duduk tepi jalan berborak jela. Pastu baru teringat, eh tak inform ofis ni. Esok nak kena cuti. uruskan hal ni. Pastu baru teringat nk bagitau family.. Pastu baru another kereta polis sampai.. kali ni ada lampu biru dipasang kat atas kete tu. Pastu baru i perasan, eh apesal kereta polis yang i langgar ni tak pasang lampu biru. Eh banyak pulak pastu. Ha kat sini baru tau, punca siapa.. hehehe
Thanks yang meneman lepak tepi jalan sama-sama tu

So lepas towing angkat je, terus i pegi balai polis trafik untuk buat report bagi keterangan. Masa ni dah jam 1pagi.

Lama gak kat balai. Sebab pegawai yang nak amik keterangan i ni, pegi balik rumah. Alahai.. dah nak 2 pagi baru dia panggil. Lepas bagi keterangan tu, i jumpa balik polis yang i langgar kereta tadi tanya..

'Encik dah berapa lama bertugas?'
'Dah 35 tahun'
'Pernah jadi kes camni? orang langgar kereta polis sepanjang Encik berkhidmat?'
'Ni la pertama kali kena langgaq'

Hahahaha..

Then, memandangkan towing insurans, ofkos dia anta ke bengkel panel kan. So kereta i dihantar ke bengkel Johor Jaya.. Jauh sikit. Terpaksa pinjam kereta orang nak setelkan ke sana. Lepastu pergi keje tumpang orang je. Dalam seminggu la. Lepas seminggu, balik rumah mak.. amik kereta mak pulak. Hehe nasib baik ada kereta extra kat rumah.

Yang penting, semuanya selamat.. Cuma kereta je yang teruk. Masa untuk kereta i siap adalah dalam sebulan jugak. Itupun sebab masa kete masuk bengkel tu, dah nak raya cina. So bengkel tutup beraya.. Kalau ikutkan tak tutup tu, 3 minggu kot dah siap.
Bontot dah cantik dah
Dan macam kereta baru pulak.. ahaks..

Apa yang perlu dibuat kalau korang accident dan langgar kereta orang? Terutama bagi kaum perempuan..

Memandangkan ini adalah kali kedua i accident langgar bontot orang dan kemalangan teruk sehingga perlu claim insurans.. So, baca ni

  1. Relax.. Jangan panik. Tengok keadaan sekeliling. Bahaya atau tidak untuk keluar dari kenderaan. Sebab zaman sekarang ni penjenayah ramai. Kita kena berwaspada. Dan tunggu siapa yang keluar dari kereta kita langgar tu.
  2. Ambil hanfon dan cuba call sesiapa yang kita kenal untuk rasa selamat
  3. Tanya dulu keadaan org yang kita langgar. Takut masa pelanggaran, dia terhentak kepala ke. Tapi maintain cool k.. Professional. Tak guna nak marah or gaduh sebab benda dah jadi pun oi.
  4. Ambil gambar kemalangan dan keadaan kedua-dua kereta atau ketiga-tiga (kes i) kereta yang terlibat.
  5. Bertukar maklumat seperti no. fon.
  6. Call insurans sendiri untuk towing (if necessary). Jangan nak amik ulat towing yang datang tu sebab dorang akan cas mahal. And insurans akan hantar towing dari bengkel panel dorang, so tak perlu bayar dan sign apa-apa.
  7. Buat report polis dalam masa 24jam. 

Masa accident tu, i redha jela.. sebab i rasa ada la tu yg Allah nak uji and mungkin ada yang i terlepas bayar ke kan. Mungkin zakat kurang. Wallahualam..

So.. salah siapa?

I kena saman accident RM300 sebab yela langgar bontot org so automatic salah dan tuntutan insurans pun atas kereta i untuk dua-dua kereta. And sebab i langgar kereta SUV polis, pegawai cakap akan disiasat mengikut Seksyen 43 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. So boleh kena denda mahkamah minimum RM4000.

It's complicated. Now dah almost 3 bulan senyap je. Hopefully takde lah kena saman tu. huhuhu

I blame lagu selow tu. Tiberrr.

You May Also Like

4 comments

  1. cik nor pun langgar bontot kte orang gak thun leps..walaupon org dpan tiba2 bhnti mengejut tpi kita yg langgar ni ttp salah. Dah la kna bayar kete org..kete kita nak kna baiki lg..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal.. tak pasal-pasal je kan.. padahal bukan kita yang berhenti tiba-tiba. jalan lurus.. huhuhu

      Delete
  2. Kalau i, confirm dah gigil cuak tak tau nak buat apa. So, kena simpan step2 u ni. Mana tau berguna di masa akan datang. Malang tak berbau, kan. Tapi kalau boleh, minta dijauhkan la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintak dijauhkan.. huhu, tapi kalau terjadi, sila ingat semula steps k. hehehe

      Delete