Makan Masak Lemak Sabak Salai, Negeri Sembilan

by - Sunday, March 31, 2019

Hi..
Pada tengah malam yang indah ini, masa ni lah mood nak tulis entry pasal makan muncul. Ni sebab gara-gara nak clear kan gambar kat phone album lepastu nampak gambar makanan.. Lepastu lapar pulak. Lepastu mula nak random;
One two makan laksa,
Oh you apa khabar?

Amboi.. tak kena langsung random pantun 2 kerat tuh. Oh.. jom mula cerita pasal makan. 

Sebenarnya, dah lama teringin nak makan masa lemak cili padi orang nogori. Yela, kita kan peminat makanan pedas. Dari dulu asyik dengar apa kata orang pasal makan di Sabak Salai, jadi kali ni bila dah nak balik KL tu dari JB, ini lah peluang nak makan sini. So lets cekidaut my review ;

Makan Masak Lomak di Sabak Salai Negeri Sembilan

Tak susah pun nak cari sebenarnya sebab kalau daripada tol pedas linggi tu, terus je ke KANAN.. dalam 2km perjalanan dah nampak signboard besar; Sabak Salai. 
Mujur masa kami tiba, dalam jam 11 pagi, so orang takdelah ramai sangat. Alhamdulillah dah siap hidang semua. So, peluang la nak ambil makanan tanpa berebut. Konsep makan di sini ialah layan diri. So beratur la kita..
Rumah salai yang terletak di belakang kedai. 
Tak ramai orang lagi ni..
Di Sabak Salai ni bukan sahaja ada makanan masak lemak cili padi, malah ada tersedia makanan lauk kampung yang lain.
Ni lauk yang kami ambil..  Ikan keli, daging salai, ketam, udang galah dan ulam-ulaman.
Sebab masing-masing nak merasa semua jenis, makanya, eh terlebih-lebih pulak amik.. Tamak eh. Eh tengah makan terlupa ambil itik salai masak lomak dia.. Fuhh. ini la paling best..
Macam mana nak diet kalau makanan sedap? haha
Ini adalah senarai harga dan menu..
Overall, i puas hati.. makan sampai licin la katakan. Suasana tempat makan pun selesa, tak panas dan banyak tempat nak duduk nya.. Harga makanan ok.. Rasa masak lomak pun ok memang sedap dan pedas.. Cumanya ketam tu yang i tak berapa puas hati sikit nak makan (Eh, tapi i komplen dah bagitau tuan kedai la, tak main la nak viral2 kan) hehe

Nah info kalau nak ke sini..
Sabak Salai
Buka setiap hari kecuali tutup pada hari Isnin
10am sehingga 5pm
06-697 0128
Belanja la i makan sini lagi sekali... haha

You May Also Like

4 comments

  1. Aduhai, tetiba rasa nak call mak minta tolong masakkan. Huhuhuhu.
    Environment tempat ni nampak tenang untuk pi makan.
    Masuk dalam wishlist la nampaknya.

    ReplyDelete