Miera Hassan. Powered by Blogger.
  • Home
  • About Me
  • Personal
    • Fitness Lifestyle
    • Hyperthyroid
    • Personal
  • Career
    • Engineer's Life
    • Tips
    • Others
  • Outdoors
    • Sg Chiling
    • Gua Batu Maloi
    • 6th Mile Tunnel
    • G.Nuang via Pangsun (1st Time)
    • G.Nuang via Janda Baik
    • Denai 3 Puteri
    • Bukit Apek
    • Sg Lopo
    • Pine Tree Hill
    • G.Pulai Johor
    • Bukit Kutu
    • Tasik Biru Kangkar Pulai
    • 1st Viper Challenge Sepang
  • Travel
    • Travelogue
    • Others
  • Recipe
  • Review
    • Food
    • Beauty
    • Books
    • Others
  • Contact
  • Sitemap
Google+ Facebook Instagram Pinterest Twitter

Miera Hassan

Lifestyle | Review | Events | Food | Travel | Beauty

Hi..
Pada tengah malam yang indah ini, masa ni lah mood nak tulis entry pasal makan muncul. Ni sebab gara-gara nak clear kan gambar kat phone album lepastu nampak gambar makanan.. Lepastu lapar pulak. Lepastu mula nak random;
One two makan laksa,
Oh you apa khabar?

Amboi.. tak kena langsung random pantun 2 kerat tuh. Oh.. jom mula cerita pasal makan. 

Sebenarnya, dah lama teringin nak makan masa lemak cili padi orang nogori. Yela, kita kan peminat makanan pedas. Dari dulu asyik dengar apa kata orang pasal makan di Sabak Salai, jadi kali ni bila dah nak balik KL tu dari JB, ini lah peluang nak makan sini. So lets cekidaut my review ;

Makan Masak Lomak di Sabak Salai Negeri Sembilan

Tak susah pun nak cari sebenarnya sebab kalau daripada tol pedas linggi tu, terus je ke KANAN.. dalam 2km perjalanan dah nampak signboard besar; Sabak Salai. 
Mujur masa kami tiba, dalam jam 11 pagi, so orang takdelah ramai sangat. Alhamdulillah dah siap hidang semua. So, peluang la nak ambil makanan tanpa berebut. Konsep makan di sini ialah layan diri. So beratur la kita..
Rumah salai yang terletak di belakang kedai. 
Tak ramai orang lagi ni..
Di Sabak Salai ni bukan sahaja ada makanan masak lemak cili padi, malah ada tersedia makanan lauk kampung yang lain.
Ni lauk yang kami ambil..  Ikan keli, daging salai, ketam, udang galah dan ulam-ulaman.
Sebab masing-masing nak merasa semua jenis, makanya, eh terlebih-lebih pulak amik.. Tamak eh. Eh tengah makan terlupa ambil itik salai masak lomak dia.. Fuhh. ini la paling best..
Macam mana nak diet kalau makanan sedap? haha
Ini adalah senarai harga dan menu..
Overall, i puas hati.. makan sampai licin la katakan. Suasana tempat makan pun selesa, tak panas dan banyak tempat nak duduk nya.. Harga makanan ok.. Rasa masak lomak pun ok memang sedap dan pedas.. Cumanya ketam tu yang i tak berapa puas hati sikit nak makan (Eh, tapi i komplen dah bagitau tuan kedai la, tak main la nak viral2 kan) hehe

Nah info kalau nak ke sini..
Sabak Salai
Buka setiap hari kecuali tutup pada hari Isnin
10am sehingga 5pm
06-697 0128
Belanja la i makan sini lagi sekali... haha
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Hello, welcome to my beauty entry.
Dah lama tak review produk penjagaan muka ni. Sebab selama ni i dah selesa dengan 1 jenama je. So kali ni, bila moisturizer i dah habis.. So i decided to changed my moisturizer from 'L' brand to Clinelle brand. Alhamdulillah i bukan jenis kulit yang sensitif dan berjerawat (walaupun parut jerawat zaman breakout dulu masih belum pudar sepenuhnya..huhuhu). Jadi, alhamdulillah sekarang i takda lagi masalah tukar produk dari jenama itu ke ini. So.. here is my review girls... 

Clinelle - PureSWISS HYDRAcalm Cream Review

PureSwiss HydraCalm Cream 40ml | RM59.90
(For All Skin Types)

Pro :
  • Cepat meresap ke dalam kulit
  • Kulit terasa ringan dan tak terasa seperti memakai topeng dan tak melekit selepas apply beberapa jam.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit berminyak
  • Kulit tak cepat kering selepas guna walaupun duduk dalam bilik ber-air cond
  • After few days guna, kulit terasa lebih segar dan hydrate. Healthy glow.
  • Clinelle Pure Swiss Hydra Calm ini memiliki formulasi "7 N0s" dan tidak mengandung bahan yang berbahaya yang dapat membuat kulit iritasi dan penuaan, iaitu :
    1. Tanpa pewangi artificial.
    2. Tanpa pewarna astificial.
    3. Tanpa lanolin.
    4. Tanpa minyak mineral.
    5. Tanpa SD-alkohol.
    6. Tanpa kandungan comedogenic.
    7. Tanpa paraben
Cons :
  • Ada sedikit bau wangi apabila dicium (tapi i tak kisah sangat sebab bau ni tak terlalu kuat dan bila pakai tak ada bau pun.
  • So far agak susah nk restock. i pernah jumpa di Guardian dan Watsons je. Tempat lain agak susah nak jumpa. 
  • Mahal sedikit. RM59.90 untuk 40ml. 
  • Ada dua jenis dipasaran, cream or sleeping mask. Both are for moisturizing. Just sleeping mask tu guna malam. So tak sure which one yang patut beli. atau kena beli 2 ke? eh eh
3x Hydracalm Action
Kalau diperhatikan ingredients dalam moisturizing ni, ia mengandungi Natural Phyto Hyaluronic Acid which is. tujuan hyaluronic acid ni memang untuk hydrate kan kulit kita dalam masa yang sama ia akan lock kelembapan yang kita dan applykan pada wajah kita. So, Clinelle PureSwiss Hydracalm Moisturizer ni membantu untuk lock kelembapan kulit kita selama 72jam selepas guna dan juga bertujuan untuk membaiki struktur kulit kita, membentuk lapisan kulit baru dan menjadikan kulit lebih lembut.

Produk Clinelle kali ni ada tambahan PureSwiss Thermal Spring Water sebagai hydra booster untuk kulit kita yang akan melembapkan secara maksimal dan meremajakan kulit wajah serta menjaga level kulit di pH 5.5.

Dan masa yang sama, bau wangi yang i cakap cons pada produk ni pula ialah Bio-Calm Complex iaitu ia bertujuan untuk meredakan, memulihkan, dan mempertahankan kulit dari debu dan asap yang membuatkan kulit kita semakin kusam. So ok la.. bukannya bau wangi apa pun. Ahakss
Anyway, no matter what beauty drinks or whatever available in the market right now, i still strongly stick to taking care of my skin by using a moisturizer. It's a MUST yaww. Dan bagi i, tak guna kalau dah apply macam-macam product pada muka, tapi skip moisturizer dengan alasan, ia tak sesuai. Tak guna ok..! Never skip using a moisturizer. 

This is my honest review without sponsored sebab memang i dah fall in love dengan Clinelle dan ia membuat kulit wajah i better dari sebelumnya. Thank you! ❤

Toodles~
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Oke hai.
Lama tak update perihal peribadi. Bukan hal kahwin pownnnn... hehehe. Camni.. awal tahun haritu i eksiden (lagi?).. Hahaha. Kalau dibilang, ini adalah kali kedua dong. Dan kali ni,, langgar bontot kereta orang (lagi?)

Oke.. ceritanya begini.
IT WAS'NT MY FAULT.!

Ele.. kalau dah salah, mana nak mengaku kan. Orang gila pun tak mengaku giler. Tiber.. Hehe.. yela salah tak salah pun, kalau dah langgar bontot ni kira salah orang belakang jugak lah. So, yeah.. dah kena saman pun. I langgar 2 bontot kete. 1 kete awam, 1 lagi SUV Polis. Accident  tu berlaku pada waktu malam. Masa tu i baru je lepas balik dari rumah kawan. Dalam jam 11.30 malam lah camtu. Baru balik dari bergosip. Biasalah perempuan kan suka bergosip. So keluar dari simpang taman perumahan tu, i susur keluar pelahan-lahan sambil dengar DJ pokpekpokpek kat radio lepastu lagu baru dari Wahyu, Selow tu pun dimainkan.. So selow-selow la i bawak..60km/h gak la. hehe

Dalam selow  i bawak ni, sempat la dengar lirik lagu..

kerna ku selow..
sungguh selow..
sangat selow..
tetap selow.. 
santai..santai.. jodoh ngak akan ke mana..

Tiba-tiba..(fast forward lah)

Ada kereta masuk depan kereta i.. and dia pun drive slow.. So, i pun plan la nak potong dia.. Jeling ke cermin sisi kanan i nak tengok kereta belakang.. masa ni sedikit badan kereta i dah masuk jalan sebelah..

and.. pandang depan balik, terus tekan brek... pommmmm...!!!!
I langgar bontot kereta depan.. kereta depan ni berhenti. Lepas langgar bontot kereta depan, i pulas stereng ke kiri sebab nak elak lebih teruk langgar..

pommmmmm!!!

langgar SUV polis pulak yang tengah berhenti..
Alahai.. terus kereta i stop.. Masa tu rasa menyesal pulak keluar malam. Then, polis datang mintak i keluar kereta dan duduk tepi. Bahaya kalau duduk dalam kereta. Kenderaan banyak. Masa tu i mintak dorang kepakkan pintu kereta i sebab i stuck.. pintu tak boleh bukak. Lepastu dah kepak tu, cepat-cepat cari fon dah jatuh kat bawah seat penumpang dah..
Pintu i kena kepak sebab tak boleh keluar
Kiri pun kena hentam sebab langgar guard rail jalan

Ok.. dah jumpa.. baru keluar. Then i terus call my bf. sebab dia je yg duduk dekat kat kawasan tu. 'Awak, datang jap.. accident'ni'  hehe suara biar control cool.

Lepastu bontot i pulak kena langgar. alahai. Tapi yang langgar bontot i sempat lari. Tak sempat nk amik no plat. Dah la tengah terkejut.
Then ada mamat ni datang tanya, 'akak nak towing ke?' amboi. pantas betul perkhidmatan towing kat Malaysia ni eh. oh rupanya tak.. rupanya yang polis ni stop sebab dia nak jaga kete depan yang accident tengah towing.. and lepas tu aku pulak accident. Dah 2 accident plk. haha. Lepastu ada sorang akak ni pulak datang 'kenapa awak langgar saya?' . I dah blur dah.. akak ni datang dari mana. Rupanya akak ni la kereta depan yang i langgar tu. I cakap 'sory' je.. pastu i tanya balik 'akak ok? ada luka-luka or sakit-sakit hati ke' Hehehe gurau je. mau kena penyepak nak gurau camni. Masa ni akak tu dah cool sikit. Dia pulak tanya i balik. i ok ke. Masa tu nak je marah, yang akak tetiba stop kenapa. Jalan lurus oi.. Eh tak lah. Perang pulak tepi jalan kang. Nasib baik kami dua-dua jenis yang cool tak menangis pun..

Oh lupa pasal mamat yang tanya td.. i terus cakap kat dia 'takpe dik, akak call insurans akak' eksyen gile i. hehehe.. Then amik gambar keadaan kereta i, kereta akak tadi and kereta polis yang i langgar. Macam-macam angle dah amik. Dah puas hati baru i dengan akak tadi tukar no fon and i ajak dia pegi hospital, kot dia terhantuk kepala ke kan.. Tapi dia kata dia ok. So, ok lah. Berpisah. Yang penting dah amik details semua.

Lepastu.. ada datang 2 mamat ni. Tiba-tiba tengok kereta i. Siap tanya. Dah call towing ke. Kenapa boleh accident. Eh, i dah blur.. sape pulak ni. Terus tanya.. 'Err, siapa eh? datang-datang menyibuk' i tak call u pun'.. Dorang pandang i blur balik. Pastu baru cakap.. 'ktorang kawan Raden (my bf). Raden otw so ktorg sampai dulu'

alahai..ada nak kena pelangkung jap lagi. Tak kenal kan diri terus kepochi. hehe.. Pastu dia tanya 'dah call insurans?' ha.. masa ni baru kelam kabut. Eh i pakai insurans apa eh. Nasib gak ada install apps Dropbox and ada simpan cover note insurans dalam tu. So boleh tengok. Etiqa rupanya.

Then dah call.. itupun kelam kabut gak sebab cari no fon emergency and hotline tak jumpa pulak kat internet. Menyumpah dah masa ni. Ada call no tah mana-mana pulak. Pastu tarik nafas, oh jumpa. Terus call mintak antakan towing. So bg la details sikit. Lepas dh call baru la bf i datang... Dia dah macam laki yang bini masuk dewan bersalin dah.. 'ok tak? luka itu ini ke? knp itu ini'.. panjang nak taip tp nak cakap, thanks concern pasal i. hahaha.

Masa tengah tunggu towing tu, ktorg duduk tepi je. Polis yang tadi tu dah jaga bahagian belakang. Kawal trafik pulak. Ktorg duduk tepi jalan berborak jela. Pastu baru teringat, eh tak inform ofis ni. Esok nak kena cuti. uruskan hal ni. Pastu baru teringat nk bagitau family.. Pastu baru another kereta polis sampai.. kali ni ada lampu biru dipasang kat atas kete tu. Pastu baru i perasan, eh apesal kereta polis yang i langgar ni tak pasang lampu biru. Eh banyak pulak pastu. Ha kat sini baru tau, punca siapa.. hehehe
Thanks yang meneman lepak tepi jalan sama-sama tu

So lepas towing angkat je, terus i pegi balai polis trafik untuk buat report bagi keterangan. Masa ni dah jam 1pagi.

Lama gak kat balai. Sebab pegawai yang nak amik keterangan i ni, pegi balik rumah. Alahai.. dah nak 2 pagi baru dia panggil. Lepas bagi keterangan tu, i jumpa balik polis yang i langgar kereta tadi tanya..

'Encik dah berapa lama bertugas?'
'Dah 35 tahun'
'Pernah jadi kes camni? orang langgar kereta polis sepanjang Encik berkhidmat?'
'Ni la pertama kali kena langgaq'

Hahahaha..

Then, memandangkan towing insurans, ofkos dia anta ke bengkel panel kan. So kereta i dihantar ke bengkel Johor Jaya.. Jauh sikit. Terpaksa pinjam kereta orang nak setelkan ke sana. Lepastu pergi keje tumpang orang je. Dalam seminggu la. Lepas seminggu, balik rumah mak.. amik kereta mak pulak. Hehe nasib baik ada kereta extra kat rumah.

Yang penting, semuanya selamat.. Cuma kereta je yang teruk. Masa untuk kereta i siap adalah dalam sebulan jugak. Itupun sebab masa kete masuk bengkel tu, dah nak raya cina. So bengkel tutup beraya.. Kalau ikutkan tak tutup tu, 3 minggu kot dah siap.
Bontot dah cantik dah
Dan macam kereta baru pulak.. ahaks..

Apa yang perlu dibuat kalau korang accident dan langgar kereta orang? Terutama bagi kaum perempuan..

Memandangkan ini adalah kali kedua i accident langgar bontot orang dan kemalangan teruk sehingga perlu claim insurans.. So, baca ni

  1. Relax.. Jangan panik. Tengok keadaan sekeliling. Bahaya atau tidak untuk keluar dari kenderaan. Sebab zaman sekarang ni penjenayah ramai. Kita kena berwaspada. Dan tunggu siapa yang keluar dari kereta kita langgar tu.
  2. Ambil hanfon dan cuba call sesiapa yang kita kenal untuk rasa selamat
  3. Tanya dulu keadaan org yang kita langgar. Takut masa pelanggaran, dia terhentak kepala ke. Tapi maintain cool k.. Professional. Tak guna nak marah or gaduh sebab benda dah jadi pun oi.
  4. Ambil gambar kemalangan dan keadaan kedua-dua kereta atau ketiga-tiga (kes i) kereta yang terlibat.
  5. Bertukar maklumat seperti no. fon.
  6. Call insurans sendiri untuk towing (if necessary). Jangan nak amik ulat towing yang datang tu sebab dorang akan cas mahal. And insurans akan hantar towing dari bengkel panel dorang, so tak perlu bayar dan sign apa-apa.
  7. Buat report polis dalam masa 24jam. 

Masa accident tu, i redha jela.. sebab i rasa ada la tu yg Allah nak uji and mungkin ada yang i terlepas bayar ke kan. Mungkin zakat kurang. Wallahualam..

So.. salah siapa?

I kena saman accident RM300 sebab yela langgar bontot org so automatic salah dan tuntutan insurans pun atas kereta i untuk dua-dua kereta. And sebab i langgar kereta SUV polis, pegawai cakap akan disiasat mengikut Seksyen 43 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. So boleh kena denda mahkamah minimum RM4000.

It's complicated. Now dah almost 3 bulan senyap je. Hopefully takde lah kena saman tu. huhuhu

I blame lagu selow tu. Tiberrr.
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Newer Posts
Older Posts

Total Pageviews

About me

|Malaysia Lifestyle Blogger|

About Me
Hello, my name is Miera Hassan. I'm an Engineer who love's to blog about lifestyle, food, travel and personal stuff. It's my journey to find my voice as well as to find myself, i want to share my story of experience.
Looking forward for any collaborations and reviews. I can easily be reached by email :
nmierahassan@gmail.com

Followers

Follow Me

  • Facebook
  • Instagram
  • Google+
  • Pinterest
  • Bloglovin'
  • Twitter

Press

Majalah Remaja (2011)

Labels

My Story Info love Random uitm study friends Tips Cantik myfitness review other blogger family Tips Sihat foodhunter review beauty travel Events review makan Achievement Engineers travelog misi jelajah indonesia resepi masak Business Hyperthyroid

Popular Posts

  • Resepi Spaghetti yang Ringkas dan Sedap
    Hai everyone! *lambai tangan Hehe.. tiba-tiba nak bagi resepi spaghetti kan..sebab spaghetti ni kan, salah satu daripada jenis makana...
  • Tips Bercuti ke Bandung
    Hai.. Assalamualaikum semua..  ** lambaian tanda ramah. Jadi.. I baru je pulang dari bercuti dari Bandung.. and apa yang I boleh ri...
  • Kerjaya Saya - Bridge Engineer
    Assalamualaikum.! Oke Hai.. Berasa sangat terpanggil untuk bercakap mengenai kerjaya sekarang di blog sendiri sebab nak mengenang, macam ...
  • 5 Don't When You're Sleeping
    Assalamualaikum.! ehem.. *konon sakit tekak I got this from my friend in facebook.. the 5 Don't When You're (ehem.. i mean, We&#...
  • Kurus dengan Detox Water
    Assalamualaikum.. hi everyone..!! sekarang memang tengah famous pasal detox water ni. Haha.. sampaikan Miera pun dah mula terikut buat s...

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2019 (22)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ▼  March (3)
      • Makan Masak Lemak Sabak Salai, Negeri Sembilan
      • Clinelle - PureSWISS HYDRAcalm Cream Review
      • Yang Tak Terduga Awal Tahun
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2017 (69)
    • ►  December (2)
    • ►  November (8)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (11)
    • ►  June (17)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2015 (15)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
  • ►  2014 (10)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  March (2)
  • ►  2013 (10)
    • ►  July (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2012 (32)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (4)
    • ►  January (5)
  • ►  2011 (35)
    • ►  December (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
All Comments
Atom
All Comments

NEWSLETTER

Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose