Pengeluaran Akaun Kedua KWSP untuk Bayaran Pendidikan dan PTPTN

by - Monday, February 04, 2019

Hi.
Panjang sungguh tajuk. Bolowtttt keyword google nampaknya.. hahaha


Memang la orang kata, hidup tak ceria tanpa hutang. Tah siapa la yang berani keluarkan statement macam ni. Sebab bagi i, hidup lebih ceria kalau takde hutang. Tak sakit kepala. Tak sakit jantung. Muka lebih muda. Tiberr.. 

So.. nak la cerita.. 

Alhamdulillah.. end of 2018, i dah berjaya selesaikan beberapa hutang yang selama ni i bayar bertahun. Hewheww.. 

Biasalah kalau hujung tahun, kerajaan dan PTPTN akan buat offer untuk sesiapa yang melangsaikan hutang kan.. and tahun ni, offernya ialah 20% diskaun untuk bayaran penuh.. Masa ni lah i ambil peluang nak bayar loan PTPTN. Tapi nak bayar full, duit simpanan takde lah banyak pun. So, kekdahnya.. i bayar guna simpanan KWSP akaun dua je. Dah alang-alang akaun kedua pun memang boleh buat pengeluaran bayaran pelajaran kan. Inilah dia;

Proses Pengeluaran Akaun Kedua KWSP Untuk Bayaran Pendidikan dan PTPTN


Basically, ini adalah beberapa dokumen yang diperlukan untuk pengeluaran akaun kedua;
  • Surat pengesahan baki terkini pinjaman PTPTN
  • Sijil tamat pengajian / sijil transkrip pelajaran
  • Kad pengenalan
Sumber gambar : google

First of all.. kena dapatkan dulu baki terkini pinjaman pelajaran berapa. Tak kira la meminjam dari PTPTN atau institusi kewangan mana kan. Macam i, terus ke PTPTN di cawangan berdekatan dan minta mereka checkkan balance terkini. Lepastu bagitau pegawai PTPTN tu, yang i nak setelkan pinjaman pelajaran i dengan pengeluaran akaun kedua KWSP. So nanti pegawai akan tanya dulu..

"dah check balance akaun kedua berapa tinggal"

tak payah la nak bagitau berapa duit korang tuh.. jujur sangat. Kalau dah, cakap dah. Kalau belum.. pegi check dulu. Sekarang tak susah pun, kan dah boleh semak melalui i-akaun KWSP kan. Tapi make sure daftar dulu la i-akaun tu.

Then.. pegawai akan bagitau berapa baki terkini dan kalau nak setelkan sepenuhnya, akan dapat pengurangan sebanyak 20%. So,balance yang after less 20% tu berapa lagi. Lepas dh setuju, pegawai PTPTN akan keluarkan surat permohonan daripada PTPTN untuk selesaikan bayaran dengan KWSP. So.. setel step 1. 

Next.. 

Dah dapat surat permohonan daripada PTPTN, terus pergi ke cawangan KWSP yang berdekatan. Selalunya tamat tempoh surat permohonan tu dalam 1minggu je sebab taknak nanti kelulusan KWSP lambat.. nanti kalau lambat, lagi lambatlah proses kelulusan, takut terlepas yang diskaun 20% tuh. Dah la diskaun tu akhir tahun jerrr...

Sebelum pergi ke cawangan KWSP, make sure, korang bawak sekali sijil tamat pengajian dan transkrip pelajaran (copy dan original). Ini bertujuan untuk pengesahan pihak KWSP yang korang memang betul dah tamat pelajaran. Then, nanti pegawai KWSP akan uruskan permohonan korang. Tak lama pun. lepas pegawai KWSP dah cop tanda penerimaan dan setuju.. So, siap dah permohonan.

Eh jap.. ada lagi 1 step. Tapi steps ni depends pada pegawai PTPTN pulak..

hehe.. untuk step last ni (akhirnyaaaaa).. surat permohonan yang pegawai KWSP dah sign and cop tadi boleh bawa semula kepada PTPTN untuk penyerahan yang memberitahu, KWSP dah mulakan proses permohonan.. Okey, kenapa i cakap depends pada pegawai PTPTN tadi, sebab untuk kes i, i mintak no fon pegawai PTPTN dan alamat emel dia siap-siap. Sebab i malas nak ulang alik bagi surat. So, i emel je surat permohonan td untuk rujukan. Tp, pegawai PTPTN i pulak baik.. dia cakap, amik gambar and whatsapp je gambar surat tu dah di sign. Alahai..senang sangat. Apa pun, depends pada pegawai korang la. hehehe.. 

After a few weeks... dapatlah emel, 
lalala.. dah selesai.. So lepasni dah tak payah fikir pasal loan PTPTN dah.. serabut kan. Boleh la check baki pinjaman anda di website PTPTN selepas itu. hehe.. senang kan.. sebenarnya proses ni sama jugak untuk bayaran pinjaman pelajaran lain. Sebab i pun gunakan cara sama untuk langsaikan hutang pinjaman pelajaran kerajaan Selangor i since i pun amik pinjaman pelajaran Selangor untuk degree kan. So ulang steps yang sama je.

selamat membayar hutang. 

You May Also Like

0 comments