Yang Ramai Tak Sedar - Penyakit Thyroid

by - Sunday, January 20, 2019

Hi..

Since ramai yang dah tau i menghidap Thyroid Eye Disease (TED) sejak bulan 10 tahun 2017.. Apa yang i boleh katakan sebenarnya i dah redha dan pada masa yang sama i bersyukur sebab Allah beri peluang pada i untuk detect awal penyakit ni..

"Thyroid Bukan Penyakit Biasa"

Most of the people i jumpa, dorang asalnya pandang i pelik sebab bola mata i sebelah ni besar berbanding yang sebelah lagi. Well,I'm not going to blamed them. Sebab sesiapa yang pandang pun mesti akan pelik and curious nak tau.. Tapi pada masa yang sama semua segan nak tanya sebab takut i kecik hati. hehehe..

So, January adalah Thyroid Disease Awareness Month. I've posted this on my social media and surprisingly, ada beberapa wanita juga yang PM dan DM i ceritakan penyakit yang kami hadapi adalah sama. Hyperthyroid. Memandangkan January adalah bulan untuk kempen kesedaran ni. lets cekidaut.. serba sedikit mengenai penyakit Thyroid. 

Apa itu Thyroid?

Tiroid adalah satu kelenjar endokrin yang mengeluarkan hormon tiroksin atau T4  dan triodotiromin atau T3. Tiroid terletak di pangkal leher dan di depan saluran pernafasan atau trakea  dan saluran makanan. 
Thyroid ini adalah hormon yang mengawal metabolisme manusia. Jika thyroid ini tidak berfungsi dengan sempurna ia akan memberi kesan terhadap aspek kesihatan seperti badan akan menjadi letih dan mengantuk. Penyakit ini akan berlaku jika aras hormon thyroid tinggi (hipertiroidisme) dan jika aras hormon terlalu rendah (hipotiroidisme). Penyakit ini selalunya lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki.

So, basically.. semua orang ada hormon thyroid dalam badan ni. Cuma apa yang membezakan ialah sama ada paras hormon ni normal atau pun tidak. Macam i, hormon thyroid terlalu tinggi dan i dikira sebagai Hyperthyroidism. So hormon thyroid ni dihasilkan oleh kelenjar butterfly (ni bahasa mudah la eh) kat tengkuk kita ni. Dan bila hormon ni terover hasil, maka antibody badan i cuba melawan. Dan malangnya.. antibody ingatkan mata i ni adalah benda asing. So dia lawan dan akhirnya dia membesarkan bola mata. Itu yang dipanggil auto-immune disease. Amboi bahasa senang sangat nak bagi orang faham.
Ini adalah apa yang i alami. Dikenali sebagai Thyroid Eye Disease. boleh baca pengalaman i di sini

Ada banyak symptom-symptom mereka yang menghidapi penyakit thyroid tapi.. disebabkan kurang pendedahan, kebanyakkan mereka (almost 70%) tak tau mereka menghidapi sakit Thyroid.

Tanda-tanda atau Symptom Menghidap Sakit Thyroid

Ada beberapa symptom penyakit thyroid hadapi.. Yang i share ni bukan untuk Hyperthyroid sahaja tetapi untuk yang Hypothyroid jugak.

Tanda-tanda orang yang menghidapi hyperthyroid:

  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata terbonjol
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang otot
  • Oesteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
  • Suhu badan naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik

Tanda-tanda orang yang menghidap Hypothyroid:

  • Keletihan
  • Kelesuan atau pergerakan lambat
  • Depresi mental
  • Mengalami masalah ingatan
  • Berat badan meningkat
  • Sembelit
  • Intoleran sejuk
  • Rambut dan kulit menjadi kering
  • Kelihatan bengkak di sekeliling mata
  • Haid yang banyak
Untuk kes i, masa awal i didiagnosed kena thyroid, ada a few symptoms je yang i kena. Bukan la semua yang tersenarai ni i ada. Ini yang i alami :
  • Weight gain. Seriously.. i pelik. Selalunya yang kena hyperthyroid ni berat badan menyusut walaupun tak diet. Tapi.. i diet dan workout. I have a very active lifestyle. Tapi i disahkan menghidap hyperthyroid. Terbalik pulak kan. ish ish ish. Berat pulak naik.
  • Hair loss. Masa ni memang banyak rambut i gugur. Sampaikan i ingat i kena leukimia. Hahaha. nasib tak botak. Eh, adalah 1 kawasan ni yang botak
ingatkan kena leukimia. Hahahaha..lol. Alhamdulillah lepas beberapa bulan rawatan, rambut dah lebat balik.. wee~

  • Jantung berdegup kencang. Ini i kena masa i baring nak tidur. Tiba-tiba akan berdegup kencang. Ingatkan sebab i terover workout. So i slowkan activity senam i.. Tapi jantung berdegup ni datang sekejap-sekejap je. Bukan setiap masa. Masa datang tu, selawat la.. ingatkan dah nak mati T_T
  • Bola mata besar. Ini paling ketara and punca i dapat kesan yang i kena thyroid.
  • Period tak teratur. Ingatkan ini adalah normal. Sebab i pernah alami dulu.. bila buat blood test, i takde thyroid. cuma doctor kata i punya hormon estrogen yang tak stabil. Tapi masa ni rupanya i terkena sakit mistik. So bila period i tak stabil lagi untuk kali kedua (6 bulan tak datang period) ingatkan kena sakit mistik lagi since i suka masuk hutan and hiking.. Hahaha tah pape..rupanya masa ni dah kena thyroid.
Frankly speaking.. awal-awal kena dulu i memang jadi low self esteem. I malu jumpa orang. Kalau jumpa pun, i akan sorok-sorok dari buat eye contact. Sebab bola mata i nampak besar sebelah walaupun tak ketara. Tapi sebenarnya.. i lebih suka kalau orang tanya kenapa. Supaya i boleh terangkan apa yang i alami dan supaya orang lain lebih peka. 

Gitulah konsepnya..
So, basically nak bagitau.. yang kadang-kadang tak semua symptom ni kita akan kena dan walaupun ada beberapa symptom tak kena, tapi bila ada salah 1.. cepat-cepat la check. Buat blood test. Perkara paling penting kalau ada rasa tak kena pada badan, cepat-cepat jumpa doktor. Biasanya tanda-tanda ni bukan keluar serentak tapi beransur-ansur. Macam kes i, bola mata besar baru i tau i kena thyroid. Ada beberapa kes yang i baca, kedua-dua bola mata dia besar sampaikan nampak macam dia tengah merenung orang. 

Selain dari blood test.. ada 1 cara penting yang perlu kita tau.. Ini adalah basic. Tolong check leher / goiter anda sendiri.
Macam yang awal i cakap tadi.. Tak semua orang ada bengkak goiter pada leher. Sebab i sendiri tak ada dan bila buat ultrasound pun i punya normal. Ini adalah langkah pertama sebab goiter besar ni, boleh mengakibatkan lebih serius. Tapi, kalau awak semua ok yang ini, check semula tanda-tanda yang i dah bagi di atas. If yes, then.. cepat-cepat jumpa doktor ok.! 

Please..please..! Tolong la check. Sebab thyroid ni sebenarnya bukan sakit biasa.  Kalau tak dirawat, boleh menjadi kanser. Worst thing pulak.. takut anda terkena 'Thyroid Storm' yang mana ia boleh membawa maut.

Bukan nak takutkan korang lah. 

Paling penting (amboi, semua i tulis penting).. bertenang. Takde sakit dalam dunia ni yang tiada ubatnya kecuali mati. Jika anda disahkan menghidap Thyroid.. smile first. Allah takkan uji jika kita tak mampu nak hadapi. Dan mulakan rawatan seperti apa yang doktor sarankan. Makan ubat jangan lupa and enjoy our life.. 

Hoyeahh..~~

Tipulah cakap i tak down. Hahaha tak down amende kalau tengok cermin nampak mata besar sebelah.. Lepastu orang tegur. Rasa nak jadi lanun je tau pakai penutup mata. Tapi i bersyukur, ada keluarga dan kawan-kawan yang supportive. Siap lawakkan pulak mata ni. Hahaha.. Sentiasa positive. Jangan disebabkan sakit ni, kita hilang semangat nak hidup. Sakit thyroid bukan bermakna hidup kita dah berakhir. Tapi itu adalah permulaan. 


Kalau ada insan sekeliling kita yang menghidap pesakit thyroid.. Cuba fahami mereka dulu. Jangan cepat menghukum 'buat kerja sikit dah penat'.. atau 'sikit-sikit tacing'.. atau 'cepatnya marah. PMS ke' No..no!.Pesakit thyroid bukan sengaja nak jadi manja macam ni. Tapi ini la yang mereka hadapi. We're trying to push ourself. Hati nak buat, otak nak teruskan, cuma badan dah tak larat.. Apa yang kita nampak,mereka tu limitkan apa yang mereka nak buat, hakikatnya itu lah cabaran mereka setiap hari. Please support them. Baca balik diatas, hormon thyroid berkaitan dengan hormon metabolism.

Setiap hari, pesakit thyroid struggle melawan penyakit yang orang tak nampak (invisible illness) 

You May Also Like

14 comments

  1. sepupu saya pun ada penyakit thyroid ni. nampak macam okay boleh borak semua. then tiba tiba kalau kena attack, kesian sangat.

    semoga semua orang yang menghidap penyakit ini diberi kekuatan dan kesembuhan aamiin :D fighting!

    jemput join segmen saya :)
    http://www.sayidahnapisah.com/2019/01/8-juta-special-bloglist-sayidah-napisah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. semoga sepupu pun sihat seperti biasa. huhuhu

      Delete
  2. Cerita pasal thyriod.. mmm,
    saya juga da thyriod bahagian leher.
    Tapi allahamdullilah so far okay juga.
    Thank your for sharing.
    Nanti saya baca.

    Selamat pagi http://www.imaginasiklasik.com/2019/01/3-kelebihan-membaca-untuk-penulis_19.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siyes ke? huhuhu.. dah check dengan doctor? get well soon dear

      Delete
  3. Memandangkan saya study bio jadi adalah belajar tentang penyakit ni sikit-sikit. Terima kasih untuk perkongsian mungkin ada yang masih belum tahu tentang penyakit ni. Semoga terus tabah dalam menghadapi dugaan dalam hidup.

    ReplyDelete
  4. sekarang ni memang bermacam penyakit yang kita sendiri tak pasti. Apapun kalau ada tanda-tanda yang tidak sihat tu memang terus jumpa doktor.

    Hug for you Miera :)

    ReplyDelete
  5. thx sharing
    ada jugak mmber mata besar
    tp sebleh lg kecik.
    pyakit ni ke ek.. hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. better mintak dia check.. mana kita nak tau kan.. huhuhu..
      semoga takde apa-apa pada dia.. aminn

      Delete
  6. Nice sharing.. Banyak sangat informasi pasal thyroid dapat diketahui. Nak kena check juga ni risau kalau terlambat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. ramai kurang peka.. huhu. thanks sudi baca

      Delete
  7. Allahu. terima kasih atas perkongsian. sangat bermanfaat dan bermakna kepada bacaan saya :)

    ReplyDelete