Berpindah Dari Hospital Swasta ke Hospital Kerajaan

by - Tuesday, January 15, 2019

Hai..
Entry ni ditaip sewaktu sedang menunggu giliran di Hospital Kerajaan. Eh amboi mukadimah.

Entry sebelum ni, i pernah bagitau yang i dapatkan rawatan di Hospital Gleneagles Medini masa disahkan menghidap penyakit Hyperthyroidism - Thyroid Eye Disease. Boleh baca entry lama kalau sudi.
Hehehe.. So after a few month, insurans pun cuma cover 3 bulan medication after hospitalised haritu, makanya kita kena berpindah daripada Hospital Gleneagles Medini ke Hospital Sultanah Aminah pulak. And i have to. Sebab.. penyakit thyroid ni adalah disebabkan hormon dan ia kena dipantau setiap masa.. jadi untuk jimatkan kos rawatan setiap bulan, i kena ubah tempat menerima rawatan.. Jadi kawan-kawan.. ini adalah entry untuk tips dan cara..

Bagaimana Proses Penukaran Rawatan dari Hospital Swasta ke Hospital Kerajaan

Panjang sungguh headline entry. Bolot keyword google nampak.. haha. Ramai sebenarnya yang tak tau macam mana cara nak ubah tempat rawatan.. dan kebanyakan yang i tanya.. semua akan cakap, kalau dari swasta ke kerajaan, bayaran fees akan dikenakan sama macam masa dapat rawatan di hospital swasta. Sedangkan fees untuk menerima rawatan di hospital kerajaan adalah teramat rendah, cuma RM1 atau mungkin tak dikenakan langsung dan kalau rujuk pakar pun cuma RM5 sahaja. So, here the tips..

Dapatkan surat rujukan (referral letter) daripada doktor yang merawat anda
Sebelum GL (guarantee letter) insurans anda tamat, mintak refferal letter dari doktor anda dan semua rekod perubatan yang boleh dibawa sekali untuk ke hospital kerajaan nanti. Ini penting ye supaya di hospital kerajaan nanti, mereka dah tau apa jenis ubat yang anda sedang ambil sekarang. 

Dapatkan rujukan ke Klinik Kesihatan terlebih dahulu
Ramai yang skip ini sebab dorang ingat dah dapat refferal letter dari hospital boleh terus ke Hospital Kerajaan. Yes memang boleh, tapi untuk yang menerima rawatan daripada rujukan luar dari pegawai perubatan kerajaan, akan dikenakan cas RM30 untuk kali pertama datang menerima rawatan. Dan follow up RM5 tidak termasuk lain-lain cas rawatan siasatan seperti ujian darah atau ujian lain. Sebab ramai yang tak tau ini, jadi bila dikenakan cas, ramai terkejut dan tak sangka. So harga rawatan sama je dengan di hospital swasta. Kurang jimat. 

Tapi sebenarnya.. kalau melalui klinik kesihatan, rawatan adalah percuma dan lebih jimat. Boleh rujuk carta ini
Di klinik kesihatan ni, doctor atau MA akan refer pada surat rujukan kita dan dia akan buat surat rujukan baru untuk kita yang mana disahkan oleh pegawai kesihatan kerajaan. Tak lama pun kat sini. Lepastu boleh terus bawa ke hospital.

Hospital Kerajaan
Lepas dapat surat rujukan dari Klinik Kesihatan, boleh lah terus set appointment untuk buat follow up di hospital kerajaan. Daftar mcm biasa dan boleh  berjumpa dengan nurse untuk set appointment bila. Tapi biasalah.. hospital kerajaan ni lama sikit sebab ramai. And.. tempoh untuk appointment pun agak lambat. Untuk yang macam i ni sakit yang perlukan follow up setiap masa, lepas dapat surat rujukan dari klinik kesihatan, terus buat appointment ke hospital. Sebab kita taknak nanti masa appointment akan drag terlalu lambat.. ok.?

Untuk pertama kali i nak set appointment dengan doktor pakar, tak dikenakan apa-apa bayaran pun. Kemudian, first appointment pun masih percuma. Tapi untuk appointment seterusnya, i dikenakan bayaran RM5 termasuk segala jenis test yang dijalankan.. Masih jimat kan. RM5 SAHAJA.

Itu je benda nak share dengan korang. Ye memang ada rasa fedup jugak menunggu. Sampai i tertido di kerusi la. Tapi nak buat macam mana, dorg ada SOP masing-masing dan pesakit memang ramai. Jadi.. bersabar la k.. Kalau larat untuk bayar swasta, boleh la ke swasta. Cuma sebab i ni perlu pantau setiap masa, mana larat nak bayar fee, ubat lagi, dan kos untuk test yang lain. huhu

Bye.

You May Also Like

10 comments

  1. perkongsian yg bagus ni. boleh membantu mereka-mereka yang nak dapatkan info tukar hospital ni

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan segalanya buat Miera..good sharing

    ReplyDelete
  3. Ye, kadang kala terpaksa akur dengan kos yang tinggi. kena sabar tunggu next appointment GH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula..nak tunggu next appointment, memang lambat. kadang ambil masa berbulan.. sabar jela

      Delete