Coastal Dimsum Halal dan Sedap

by - Thursday, January 17, 2019

Alahai, cepatnya masa berlalu..
tup-tup dah masuk tahun baru. Lepastu dah nak raya cina pulak. Eh..eh.. time macam ni la tiba-tiba nak makan chinese food tapi tak nak makan yang so fancy sangat tapi nak makan yang simple tapi yang senang dapat.. eh banyak betul tapinya.. 

So, haritu kan, i ada makan kat 1 restoran cina muslim ni. Sape yang suka makan Chinese food, mesti akan order dim sum sekali sebagai pembuka selera atau untuk menu minum petang kan. Betul tak? Tapi itu lah.. makan dim sum kat kedai, lain rasanya.. sebab semua pun berebut nak makan.. lepastu kalau 1set dim sum (3 biji) pun harga dah mahal, nak order banyak pun tengok dompet balik.. Susah betul nak makan dim sum nih. So, terus cari kat internet..

Oh, ini pun adalah berita baik kepada peminat dim sum yang nak cari dim sum frozen.. Tadaaahhhh..!

Frozen Dim Sum Halal dan Sedap

Coastal Dim Sum ni sebenarnya dijual secara frozen..

Asalnya, i pun risau nak beli sebab takut la beli frozen nak dapatkan macam mana kan sebab nak cari frozen dim sum yang betul sedap dan halal memang susah.. Rupanya dim sum ni ada stokis di seluruh Malaysia.. Kalau kawasan yang takde agent pun, mereka akan hantar melalui courier dan terus ke rumah kita. Siap dengan ice box lagi untuk kekalkan kesegaran dim sum ni. Patutlah dah dapat pengiktirafan dari MeSTI dan GMP. Kiranya berkualiti la untuk kita yang membeli. Ye dak..
Coastal Dim Sum ni ada 3 jenis combo. I bolot ketiga-tiga ye. Sebab harga pun berpatutan dan 1 family suka, amik jela 3 set ni.. 
Combo ayam. Dalam combo ni, ada mushroom, blackpepper, button mushroom and chicken.
Combo seafood. Dalam ni ada salted egg, crab meat, seafood, crab. 
Mix combo. Combo ni ada blackpepper, chicken, crab and seafood.

Dalam 1 pack ni ada 16 biji.. Dan harga 1 pack ni cuma RM16.90 sahaja. Ha, makan la sampai puas. Macam biasa, kalau makan 1 mana cukup, sorang je dah 6 biji. Nasib baiklah dim sum ni makanan diet oi.. Tak lah rasa nak gemuk sangat. Hahaha.. (alasan nak sedapkan hati).. Eh tapi betul la kan, dim sum boleh dijadikan makanan diet sebab kan cara penyediaan yang kukus dan penuh protein.

Oh ya.. sos dijual berasingan. Tapi, sos manis dia, wajib try k.. Makan dengan Coastal Dim Sum, sedap sangat. 

Sebenarnya kan.. awal-awal i nak try Coastal Dim Sum ni sebab packaging dia yang lawa superb macam international prouct. Gitewww... "Memang dasar judge punya manusia.".. Eh tak. Sebab packaging Coastal Dim Sum ni nampakkan dim sum tu kemas je. Takde lah dim sum i baru nak makan dah terkelepet kemek sana sini kan. Lepastu, hidang kat orang boleh la nak bangga "aah ni dim sum baru, fresh lagi".. mak mentua pun jeling kegembiraan.
kan masih cantik bila dah siap di kukus.. Bentuk tak berubah pun. Isi padat hokey. Fresh gitueww
Contoh dim sum biasa yang dibungkus bertindih vs Coastal Dim Sum apabila di kukus. Bentuk masih kekal cantik kan Coastal Dim Sum ni. Orang Perak kata "Barulah semegah sikit yop" 

Ha.. giteww... mudah dan senang. Sebab terus boleh beli online je. Lepastu nanti dah boleh simpan stok dim sum kat rumah.. bila-bila masa boleh makan ikut cara kita. hehe.. Eh ini dah macam penutup perenggan. Jap eh. Ni senarai harga Coastal Dim Sum.
Nak dapatkan stok frozen Coastal Dim Sum di mana?
Boleh contact no HQ Coastal Dim Sum di talian 
019-980 0769

Penghantaran seluruh Malaysia tau. Jangan risau sangat, agen dan stokis pun ada di seluruh Malaysia.

Toodles~~

Lepasni peminat dim sum macam i takdelah nak merungut dim sum susah nak dapat. Kan dah jumpa frozen dim sum halal. Jangan cakap i tak share eh.

Ok.. ni baru betul Toodles. Toodles :)

You May Also Like

8 comments

  1. alamak lama tak makan dimsum, dulu kakak no 3 ada jual, tapi sekarang dia tak de pembantu...yg special dim sum dia tu dia letak habbatussauda..mmg terbaikk

    ReplyDelete
  2. nampak Comel :)

    saya follower yang ke #1207

    http://www.imaginasiklasik.com/

    ReplyDelete
  3. Sedapnya dimsum. Hadap makan sorang pun boleh habis ni

    ReplyDelete
  4. Ingatkan kedai. Hihi. Baca bab dimsum teringat pula dimsum di Hatyai :D Boleh order dimsum ni nanti, baru tahu wujudnya DImsum Halal. Thanks for sharing Miera :)

    ReplyDelete