Day Trip ke Singapore

by - Tuesday, January 29, 2019



Hello.. Hai.
Dah lama tak tulis entry bercuti ni ha. Macam bersawang dalam segala hal bercuti pulak eh. So, now i dah pindah ke Johor Bahru. Kadang ada jugak rasa bosan jalan JB ni, nak ke Singapore pulak kan. Tapi tula.. I dah pernah ke Singapore sebanyak 2x.. Drive kereta ke sana. Dengan tak tau jalan dalam Singapore tu macam mana. Lepastu, kos lebih mahal kalau drive sendiri tau. Eh.. banyak belanja. Silap-silap boleh sesat pulak. 

Lepastu, tiba-tiba seorang rakan blogger Miera ajak jalan ke Singapore.. Memandangkan i daripada Johor, so bajet kali ni teramat rendah. Lets cekidaut..

Day Trip - Bercuti ke Singapore Bersama RAINI Travel

Biasalah anak muda macam i ni (eh perasan), kalau mula baca bercuti menggunakan Travel Agent ni, rasa macam tak berdikari pulak. Acah-acah. Padahal nak buat research semua tu takde masa kan. Lepastu nak jimat pulak ke Singapore. Eh-eh.. Sebab tu kali ni, ON jela nak ke Singapore dengan RAINI Travel ni, sebab dalam 1 day trip pun dah cover 8 tempat menarik. Best kan. Jom tengok 8 tempat menarik yang kami lawati bersama RAINI Travel. Let's exploring~

Pulau Sentosa
Tempat pertama yang kami pergi selepas cop passport ialah ke Pulau Sentosa.
Rugilah kalau jalan ke Singapore tak singgah ke Pulau Sentosa. Pulau ni sebenarnya adalah pulau buatan Singapore. Bayangkan pulau buatan ni yang berkeluasan sebanyak 4.71 km2 ni terdapat banyak betul aktiviti dan tempat lawatan menarik di dalam pulau ni. Antaranya ialah, Universal Studio Singapore (USS). Tapi tak lah i nak masuk USS. Tiket USS pun dah RM200++. Next time lah. Memandangkan i pergi hari Sabtu, jadi kawasan di hadapan globe ni memang ramai orang. Sambil tunggu orang reda bergambar, so boleh la pusing sekitar kawasan ni. Tak perlu nk berebut pun sebenarnya sebab yang lain akan beredar masuk ke USS kan. hehehe... 
Eh sempat tau berposing depan the famous USS Globe ni. Tetap ada seorang yang akan photo bomb.. Bertabah.!!
Fees : Percuma

Merlion Sentosa
So dah puas bergambar di sekitar kawasan globe ni... Kami ke Merlion Sentosa pula.! Masa nak ke sini, kelakar sikit. Ralat sangat amik gambar sana sini, lepastu terpisah pulak daripada rombongan lain. Hahaha.. mujur ada tour guide Raini Travel yang sedar, dan dia bantu cari kami semula. Eleh, amboi menyusahkan. So, lepas puas bergambar di Pulau Sentosa, kami menaiki tram yang disediakan di sini secara percuma untuk ke Merlion Sentosa.
Geng sesat bersama.. haha
People called it "Ibu Merlion" sebab merlion sini besar sangat. Ada juga taman di sini. Again, port OOTD la uols. Yang lain pun dah hilang.. Semua cari port bergambar di sekitar kawasan ni.
Fees : Percuma

Kampung Glam
Dah puas pusing di Pulau Sentosa, kami dibawa terus ke Kampung Glam. Lapaq dah ni..! Jadi, dah alang-alang lunch time ni, kami singgah makan di salah satu restoran terkenal di Singapore ni. Restoran Zam Zam. Menariknya, restoran ni telah dibuka sejak tahun 1908 lagi tau. Dan antara menu yang terkenal di sini ialah murtabak singapore dan nasi briyani.
Order kami.. 
Besar tau portion murtabak ni. Kami makan pun tak habis.. For me, i paling suka murtabak sardin. Sebab rasa sedap berbanding lain. And nasi beriyani pun portion besar eh.. Like it!!
 Harga pun masih berpatutan. Tak payah nak convert kepada RM.. 3 orang cuma S$37.50 sahaja. 

Masjid Sultan
Lepas makan, kebetulan pula dah masuk waktu Zohor. Makanya.. kami singgah Masjid Sultan untuk menunaikan solat. Masjid ni terletak di dalam kawasan Kampung Glam je dan ia merupakan masjid tertua dalam Singapore. Seni bina cantik sangat dalam ni. Bayangkan lah masjid lama di tengah-tengah bandar.. Eh lawa..! Selepas solat, boleh la berjalan sekitar kawasan sini.
Fees : Percuma

Bugis Street
Selepas puas menjamu mata dan perut di Kampung Glam, kami di bawa pula untuk shopping souvenir. Haa.. kat sini lah kawasan nak shopping souvenir dengan murah sekali. Boleh shopping sepuas hati and memang harga pun lebih murah berbanding tempat lain.
Cuba tengok ni. S$3 je oi.. dah alang-alang convert duit nak ke sini, ini lah syurga nak beli souvenir banyak-banyak untuk kawan-kawan dan family.
Fees : Percuma

Merlion Park & Esplanade
Setel bab shopping.. Kemudian, kami dibawa pula ke Merlion Park. Merlion Park ni adalah mercu tanda Singapore tau. Kalau berada di Singapore, memang wajib ke sini. Di sini lah tugu singa dan badan seperti ikan tu. Badan ikan pada tugu ni melambangkan asal usul Singapore sebagai perkampungan nelayan yang dahulunya dikenali sebagai Temasek dan kepala singa pula sebagai ikon Singapore Kota Singa. 

Kat sini memang port untuk OOTD. Dah memang wajib. Percaya lah, 2x Miera masuk Singapore sendiri, tak pernah jumpa jalan nak ke sini. Huhu.. Kali ni baru jumpa oi..!
Ramai sangat kat sini. Tak dapat nak bergambar acah-acah air masuk mulut T_T
Fees : Percuma

Gardens by The Bay
Kemudian, kami dibawa pula melawat Gardens by The Bay. Taman ni adalah taman buatan yang teramat cantik.!! Rupanya pokok belakang yang ni bukan semata tujuan untuk kecantikan dan pembaziran tetapi ianya ialah salah 1 sumber tenaga solar. Bijaknya pembinaan mereka kan.
Ni memang port OOTD la.. and yang kelakarnya, bila i tunjuk gambar i pergi ke sini, ramai jugak kawan yang jeles sebab nak ke sini sebab kalau drive sendiri memang takkan sampai. hehe.. Mujur jugak pergi dengan Raini Travel. Baru lah dapat jejak kan kaki ke sini kan.

Masuk ke sekitar kawasan ni masih lagi percuma. Tapi kalau nak masuk ke taman di dalamnya, perlu bayaran.  Tapi boleh beli tiket di KLOOK. Lebih murah.
Fees : Percuma di kawasan sekitar luar sahaja

Marina Bay - Light & Water Show
Last but not least, pada malam hari sebelum kami bertolak pulak ke JB, kami dibawa masuk ke Marina Bay Sand untuk melihat pertunjukkan 'Light & Water Show'. Pertunjukkan ini diadakan pada jam 8.00 malam. Siap-siap dah tunggu awal di sini. Amik seat pun biar yang boleh nampak jelas pertunjukkan ni.
Seriously, amazing!!!
Show ni pun percuma sahaja cumanya.. kena datang awal sedikit la. At least 15minutes sebelum show bemula. Sebab manusia memang dah ramai.. Takda designated seat tau. So kena cari 'port' sendiri lah.
Fees : Percuma

'Berapa cost untuk trip ke Singapore ni?'

Dengan Raini Travel, i cuma perlu bayar RM99/seorang sahaja untuk pengangkutan termasuk tour guide ke Singapore dan harga ni tak termasuk makan minum dan shopping ye. Tapi RM99 ni hanya untuk yang daripada JB sahaja dan berkumpul di RNR Gelang Patah. Kalau mereka yang daripada KL, perlu membayar sebanyak RM135/seorang sahaja termasuk pengangkutan dari KL ke Singapore dan tour guide. Murah dah kan? Senang.. Tak perlu nak drive ke sana sini pun. Just sit and enjoy your trip. 

Nah itinerary untuk panduan korang yang nak ke Singapore bersama Raini Travel. Itinerary pun RAINI Travel dah sediakan. Tak susah dah kan.
Itinerary ke Singapore bersama RAINI Travel

Tak perlu susah-susah nak drive ke sana. Tak perlu risau sesat didalam Singapore. Tak perlu risau takde masa nak cari semua tempat menarik di Singapore. Apa yang perlu buat, cuma duduk di dalam bas dan enjoy trip bersama tour guide lagi tau. Sesuai untuk kita yang busy kerja yang nak lari kan diri sekejap travel ke negara orang.

Untuk makluman lanjut, boleh ke sini :

Instagram : @rainitravel

Toodles~~

You May Also Like

6 comments

  1. Seronoknya jalan2 Singapore. USS tu tempat wajib kan kalau ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. USS miera tak pergi lagi.. memang nk pegi nanti. wajib

      Delete
  2. Murahnya pakej ni!! Siqah tak pernah lagi ke SIngapore, teringin nak pergi Garden Bay :) Boleh tengok Raini Travel ni. Thanks for sharing jugak Miera :) Siqah nanye suka jugak kalau ikut travel agency. Malas fikir. haha.

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat jalan2 di singappore. Nice picture ~

    http://www.imaginasiklasik.com

    ReplyDelete
  4. Teringin gak nak gi sana...

    http://paanhealersblog.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Best la jalan satu hari mcm nie.. tq sharing.. akak follow sini jugak yer..

    ReplyDelete