Macam biasa, tajuk haruslah seperti membolot keyword google kan. Hemehemeheme. Kali ni, i nak review 1 product cat litter khas untuk pencinta kucing. Yang tak cinta pun takpe, boleh la amik tau pasal ni kan.
KAWAN Tahu Cat Litter Review
Macam yang kita tau, di pasaran ada banyak sangat cat litter kan. Ada jenis pinewood, crystal, bentonite dan macam-macam lagi. So untuk cat litter daripada tofu atau tauhu ni actually baru je kat Malaysia dan masih ramai lagi antara team makpak kucing yang belum tahu lagi apa pro and cons menggunakan tofu ni. Since i pun dah cuba macam-macam jenis litter untuk Jerry Daboba Tea sayang tu, and so far i berpuas hati dengan jenis tofu ni.
KAWAN Tahu Cat Litter : RM18/bag
KAWAN Tahu Cat Litterni ada 4 jenis bau. Original soya, Jagung, Green Tea dan Coffee. I paling suka bau Green Tea dan Jagung. Sebab baunya manis. Bila tuang di Litter Box Jerry, bau dia memang sedap. Rasa nak makan je. huhu. Nasib la tempat untuk kucing berak hoi..
TIDAK BERDEBU I mula beli pasir jenis tahu ni masa Jerry kecik lagi sakit mata. Masa tu dah almost 1 week I bawa Jerry ke vet untuk sakit mata dia, tapi masih tak baik. So, kebetulan i pergi ke pet shop, i nampak litter ni. And pet shop recommend i guna ni, sebab salah 1 punca kenapa Jerry punya sakit mata tak baik-baik ialah debu. Daripada litter masa dia kuis kan. And i sendiri masa nak bersihkan litter box Jerry pun selalu terbatuk kena debu. So bertukar ke jenis tofu Alhamdulillah, cepat je mata Jerry baik.
BEST ODOR CONTROL
Disebabkan Jerry ni duduk dalam bilik dengan i, so i perlukan litter yang baik dalam mengawal bau. Taknak lah bau busuk dalam bilik kan. Tahu cat litter ni, menyerap bau yang tak menyenangkan yang datang daripada kuih kucing. Happy je bila kawan masuk bilik, dia sendiri cakap takde bau pasir kucing dalam bilik i. Cuma, ada kawan i bilik sebelah pun cuba guna, tapi dia beli jenama lain. And yang tak bestnya, bau tofu dia masam walaupun dia baru guna. So, take my advice.. so far i cuma percayakan jenama KAWAN ni sahaja. Takde masalah bau masam pun..
CLUMPING
Untuk pengetahuan you all, tofu ni tak clumping pada kuih tau. Tapi.. pada air kencing sahaja. Untuk kuih, ia akan serap moist yg ada pada kuih dan bau. Nanti kuih akan jadi berketul sahaja. So, boleh scoop sahaja kuih kucing dan clumping air kucing tu
Air kencing yang dah clumping
SELAMAT PADA KUCING KALAU TERMAKAN
Sebabkan ia diperbuat daripada tofu, jadi ianya selamat untuk kucing. Berbanding pasir jenis bentonite/clay yang melekat pada bulu kucing, kalau kucing jilat untuk bersihkan bulu, pasir akan masuk ke dalam usus kucing dan boleh menyebabkan usus kucing tersumbat. Tapi tak payah risau dengan tofu ni. Ianya selamat.
TAK BERSEPAH
I suka pada saiz dia. Tak macam pasir biasa. Tofu ni saiznya besar, panjang dan lembut dipijak. Kaki kucing pun tak cedera dan paling best, ia takkan melekat pada kaki kucing. Jadi bila Jerry keluar je dari litter box, ia hanya tinggalkan sedikit sahaja kesan bersepah. So nak kemas pun mudah, sapu bahagian itu je.
LARUT DALAM AIR
Kalau nak mencuci pun mudah. Litter ni boleh dibuang terus ke dalam lubang jamban. Tak perlu risau kalau jamban tersumbat. Sebab ia melarut ke dalam air. Particle tofu ni akan cepat pecah jika dia masuk dalam air, dan terkena pusaran.
Tapi, i tak pernah buat la. Sebab sebenarnya walaupun ia melarut tapi najis kucing ni adalah beracun. So nanti akan terkena ke dalam air, dan hidupan air makan.. boleh mengganggu eco system ikan. Jauh betul fikir. Hahaha
HARGA
Ini cons untuk Tahu Litter Cat ni.. Harganya sedikit mahal berbanding litter yang lain. Harga untuk 1 bag ni RM18 untuk 7litre. 1bag ni cukup untuk 1bulan bagi yang ada 1 ekor kucing. Tapi kalau ada 2, 3 tak sesuai la nak guna melainkan bajet lebih.
Sekian sahaja cerita pasal tofu cat litter. Jumpa lagi di lain entry pasal kucing. Eh?
Hari sabtu minggu lepas, rumah i gempar sikit. Riuh rendah sikit rumah bila ada seekor anjing betina beranak dalam kawasan rumah kami. Ye, dalam kawasan pagar rumah!
Ceritanya begini..
Ada seekor anjing betina ni, (kitorang namakan Jenny) memang ada sentiasa di depan rumah kitorang. Dari awal i pindah masuk rumah ni, i dah perasan ada seekor anjing betina ni suka duduk depan rumah jiran i. Awalnya i ingat dia bela sebab anjing ni ada collar dan tak berganjak pun dari rumah tu. Tapi bila jiran i balik, jiran i akan halau. Lepastu dia akan pergi. Tapi sekejap je, akan datang balik dan tido kat depan rumah jiran i tu. Until 1 day, jiran i ni pindah dan ada jiran baru pulak masuk. Keadaan sama berlaku. Anjing ni setia depan rumah ni. So i pun tanya lah jiran yang lain,
"Uncle anjing siapa ni?"
"Anjing ni dulu ada jiran lama ni bela, Lepastu dia tinggal je anjing ni. Sebab tu anjing ni setia depan rumah ni walaupun dan pindah orang lain"
Faham tak perasaan kesian tu slow-slow datang..
Since that la i akan beri anjing ni makan. Bukan i je.. tapi housemate i pun sama. Dia anjing yang sangat baik. Dengar cakap. Pandai dengar arahan. Kalau kitorang balik kerja mesti dia kejar kereta. Lapar kot. And sejak tu kitorang namakan Jenny.
Jenny si juling air
At first i tengok dia, i cakap ngan housemate. Kononnya rasa-rasa dia ni dah dimandulkan sebelum dibuang lah. Sebab sejak i pindah i ada la nampak dia dengan a few male dogs, tapi dia tak pernah beranak. So masa ni lega la. Sebab memang ingatkan dia dah dimandulkan. Until 1 fine day, kawan Unn (housemate i) datang dari KL. Dia yang tegur, anjing ni macam pregnant sebab nipples dia nampak tegang. Kitorang tak berapa nak percaya sebab perut dia memang tak macam pregnant pun. Herlok je..
Tiba-tiba.. 1 malam after maghrib..
I terdengar suara anak-anak kucing. I ingatkan kucing yang beranak depan rumah i.. Sebab suara kecik sangat.. So i pun keluar.. Rupanya si Jenny dah beranak.. Di kawasan rumput dalam pagar rumah i.
9 ekor gais..! Tula, lambat potong rumput lagi.
Kitorang kelam kabut gila. Anjing beranak dalam kawasan rumah. What to do? Jenny yang selama ni diam pun aggresif. Kucing i lintas pun dia menyalak. Dah la depan pagar je. Kitorang cuba panggil jiran depan. Luckily keliling rumah ni non-muslim. Tapi dorang pun tak berani dekat sebab Jenny tengah aggresive. Jadinya, kami biarkan dulu. Tapi i bagi dulu dada ayam dan sediakan air untuk Jenny minum. Kesian dia, mesti keletihan lepas beranak kan.
Ni gambar pagi i ambil sebelum Jenny pindahkan anak-anak dia bawah kereta housemate i. Kesian dia keletihan lagi. I keluar pegi beli ayam je untuk dia..
Anak-anak dah dipindahkan di bawah kereta. Much better la sebab takdelah panas sangat kan.
And hari tu i bizi gila uruskan hal Jenny. Sana sini i cari contact number untuk dog rescue. Call JPAM, dorang taknak dan minta i call Majlis. I have a reason why i refused nak call majlis. huhuhu.. Sebab majlis ni, kalau dorang tangkap anjing liar atau stray cat bila dapat aduan dari orang ramai, dorang akan letak dalam tempoh tertentu sebelum dorang 'tidurkan'.. Ofkos la i taknak sebab kami dah sayang Jenny ni.. huhuhu
I tried to contact a few shelter di Johor yang ada misi menyelamatkan anjing. Malangnya, kebanyakkan mereka semua dah tak terima sebab dalam shelter mereka pun ada banyak anjing. So i cuba contact team sayangi haiwan jalanan, and Alhamdulillah.. ada terima respon yang sangat baik. Semua mereka saling membantu berikan details shelter-shelter dan share untuk geng lain rescue.
Alhamdulillah.. after a few times tried to call the given number.. Finally..
Alhamdulillah.. Ada yang sanggup nak membantu.
Tapi, Mr Vishnu and friends tak dapat nak ambil dia hari yang sama sebab kerja. Jadi sementara i tunggu dia datang ambil.. i jaga je Jenny and her babies. Malangnya sebab baby kecik memang susah nak besar, 2 daripada 9 ekor babies mati.
Mr.Santhi dan Mr.Vishnu dah datang ambil..
Elok je Jenny duduk dalam kereta ni. Macam tau-tau je dia nak pergi ke tempat yang lebih baik.
Good bye Jenny.. Till we meet again..
Lepas je Jenny pergi, kami 1 rumah menangis. Sedihnya berpisah. Selalu dia yang ada depan rumah.Tunggu kitorang balik. Manja. And now she's gone.
Sekarang ni, Jenny and her babies di jaga oleh Mr.Sathis di rumah dia. Buat masa ni, babies akan dijaga sehingga putus susu, sebelum mereka di carikkan foster home. While Jenny pulak, akan dimandulkan dahulu sebelum dicarikan foster home. Alhamdulillah, now Jenny dah lebih sihat. Lebih bahagia. Tempat tido pun dah selesa. Tak macam dulu, berhujan panas. Tido pun takut-takut. Makan pun tak menentu. Kalau kami ada kat rumah, boleh la beri dia makan. Kalau kami balik kampung, harapkan jiran jela.. huhu
Amboi.. emak sangat kau ni.
My advise, kalau ada yang hadapi situasi sama macam i.. Please cari dahulu shelter yang ada di Malaysia ni. Ramai team pencinta haiwan di Malaysia ni yang sanggup membantu.. Kalau boleh, elakkan la buat aduan dengan majlis dahulu. Sebab kalau ditangkap majlis, haiwan-haiwan ni akan dikurung dan bila tamat tempoh penjagaan, mereka akan 'ditidurkan'. I tak skeptikal pun sebab kena faham, majlis pun kekurangan dana untuk jaga dalam tempoh yg lama..
Tak kira binatang apa pun, walaupun anjing, jangan lah sakiti haiwan. Dia tetap makhluk ciptaan Tuhan. Berkasih-sayang lah sesama binatang. Anjing haiwan yang sangat comel dan manja sebenarnya. Kalau dia garang tu, mungkin masa tu dia rasa terancam dan takut. Jangan la pulak pegi baling batu ke apa. Didik la anak-anak untuk sayang binatang.
Spay atau Neuter kan haiwan anda. Tak kira la kucing atau anjing. Sebab kalau tak berniat nak jaga anak-anak dia, lepastu dibuang di pasar menjadi stray, kehidupan mereka lebih mencabar. Jadi, jom sama-sama bantu kawal populasi haiwan jalanan.
Jerry Daboba Boi ni sebenarnya anak angkat I. Dah 4 bulan dah i ambil dia jadi anak angkat. Dah makin besar dan gemok dia tu. Sebenarnya, i dah lama dah teringin nak amik anak angkat. Selalu bagi makan stray cat je, bila ada yang bela je mesti hilang sebab selalu amik yang besar, lepastu dia nak kebebasan. Bila bagi keluar sekejap mesti hilang.
Until 1 fine day.. I ingat lagi.. Masa tu, i tengah jalan dengan perut kenyang yakmat, tiba-tiba datang seekor anak kucing kat i. Bulu warna Ginger. Kecik je badan dia.. Tapi bunyi mulut kuat. I suspek dia ni kena buang. Tetiba je nak suspek bagai kan. Huhu.. Then i tanyalah orang kedai dekat2 situ..
and yes..
dia kena buang dari semalamnya.. Cuma dia dibuang 2 ekor tapi lagi seekor takde dah dari pagi. So i pun gigih mencari lagi seekor. Sebab i kesian, kalau betul dia kena buang, i akan amik jadi anak angkat. Tapi tak jumpa. So i pesan dekat orang kedai tu call i balik kalau yg lagi seekor tu jumpa and i amik anak kucing ni, jadi anak i terus. Terus pergi pet shop berdekatan beli barang kucing. Demi anak angkat seekor, habis dalam RM100 jugak la 1 malam beli itu ini termasuk susu dan makanan dia. Mujur lah i ada pernah lengkapkan barangan kucing yang sebelum ni i ada bela Jadi tak delah nak risau sangat cage dia.
Ni Jerry Daboba Boi masa awal-awal i jumpa. Kalau dukung, alahai ringan sangat. Memang kurus.
I bawak Jerry masuk rumah senyap-senyap. Sebab taknak housemate i bising i bawak kucing balik. So i terus siapkan cage dia dalam bilik i. Dah la bilik kecik. Susun la ruang dia kat penjuru bilik.
Fancy kan cage dia i susun. Sengaja i letak artificial grass sebagai lapik supaya sedap mata i memandang. Haha.. Masa ni nak litter train Jerry. So kena kurung dia dalam cage ni sambil litter box dia di sebelah. Sebab awal-awal bawak masuk bilik, dia dah berak atas karpet. Huhu.. Jenuh i nak bersihkan.
Awal-awal Jerry masuk je, dia terus melepak dalam litter box. Memang taknak keluar. I bagi minum susu pun kena paksa, tapi dia tetap taknak minum. Bagi kibbles RC babycat pun dia taknak makan. Akhirnya i bagi makan ayam rebus dan ikan rebus je. Itu baru lahap makan. Tak kisah la nak, asalkan kau makan. Jerry ni, malam-malam dia akan merengek bising. Lagi-lagi masa hujan. I rasa sebab dia ni trauma kot sebab kena buang. So, setiap kali i nak tido dah, dia akan baring dulu kat perut i, usap sampai dia tido lena baru la i letak dia dalam cage balik. In case dia nak berak kencing dah senang sebabnya i pernah terlupa nak letak dia balik and i tertido. Bangun awal subuh, hambek.. bau popo dia. Dia terbuang atas lantai. Tak sempat nak ke litter box agaknya.
After a few days, baru housemate i tanya.. Ada dengar bunyi anak kucing tapi tak tau ke mana. Sebab bila i pergi kerja i memang kurung Jerry dalam cage and dalam bilik. So masa tu la buat pengakuan. Hahaha.. Nasib baik housemate semua sporting.
Tengok la tu.. Pemalasnya Ya Rabbi.. Minum air camtu je eh kau.
Dia tak suka duduk dalam kereta tapi dia sangat behave.. Dia akan diam je. Kalau tiba-tiba dia tak selesa, dia akan duduk kat bahu i.
Dia ni ada perangai.. Suka duduk kat bahu. Kalau i balik keje pun, dia akan bising naik bahu dulu. Bila dah naik, kasi usap manja sikit, baru lah dia akan turun. Mana la i tak rindu bila pergi keje. Manja sangat. Setiap petang lepas manja wajib bagi dia main kat luar. Sebab i kesian dia terperap dalam bilik. Oh ye, dalam bilik memang tak kurung pun. I cuma kunci pintu je.. Tapi tingkap i buka sikit untuk pengudaraan. Semua persiapan dia i siapkan sebelum ke kerja. Litter box pun i letak dalam bilik. Bilik bau kucing? Tak langsung..!! hahaha ni daripada apa yang orang cakap bila masuk bilik i. Bilik i langsung takde bau kucing. Wangi lagi adalah. Nanti i share cam mana i buat untuk kekalkan bau dan udara bersih dalam bilik. Nak cerita banyak dalam ni, panjang entry.
First time jejak kaki ke tanah. Pijak rumput pun dia takut.. Tapi sekarang, pantang nampak tanah.
Jerry Daboba Boi ni dah full vaksin and deworm setiap bulan. Alhamdulillah sihat. Cumanya dia ni ada perangai suka main lompat-lompat kat tangga. Dalam 4 bulan ni, dah 2 kali dia jatuh tangga. Geram je i. Buat risau je sebab dia ni pandai merajuk. Dia yang jatuh sendiri, pastu merajuk taknak mami dia pujuk. Menyampah.. T_T
Sekarang Jerry dah besar. Baru 4 bulan i bela, berat dia dah naik kepada 2.8kg. Memang berat. Doktor cakap, badan dia ni berat padu. Hahaha.. Masa i adopt dia, dia baru 2 bulan. Now, baru 6 bulan. Berat dah camni. Kalau dukung pun terasa berat dia. Ni belum neuter kan lagi ni. Kalau dah neuter ni, entahlah.. hahaha..
Cumanya dia ni picky eater. I dah cuba macam-macam jenis makanan dah. Kibbles daripada RC babycat tukar ke RC kitten, Blackwood kitten and currently tengah bagi dia makan Bravery kitten, pun makan taknak. Kadang membazir je beli. Masa beli pack trial 400g tu makan lahap, tapi bila beli yang besar 2kg dia taknak pulak. Tak luak, sampai i kena bagi orang. Yang dia nak cuma ikan rebus atau ayam rebus je. Bravery kitten ni i terpaksa ajar jugak, sebab susah nak hantar ke pet hotel kalau dia tak makan kibbles.
I tak pernah berenggang dengan dia. Ke mana-mana i akan bawa. Unless kalau i nak jalan jauh, i akan tinggalkan dia kat pet hotel. Ataupun, i tinggal je dia dalam bilik. Nanti housemate i akan tengokkan. hehe..
Jerry Daboba Boi is like my baby okay. Didukung diberi makan dimandikan seperti anak sendiri. I rasa bertuah sangat i dipilih untuk jaga dia. Sebab dia ni sangat tak menyusahkan orang. Dengar cakap. Kalau tengah main kat luar, tiba-tiba dia berlari masuk semata nak buang air dalam litter box dia. Sangat mesra dengan orang dan kucing lain. Suka ajak kucing lain main walaupun kucing lain garang kat dia. Anjing pun dia ajak main. Setiap petang bagi main kat luar, i akan pesan, "pukul 9 mami nak Jerry balik" and yes.. pukul 9 dia akan tunggu depan pintu rumah i. Dah balik. I tak dapat bayangkan kalau tiba-tiba dia hilang atau mati. huhu.. ni la roomate i yang dah dengar macam-macam jenis dengkuran i hasilkan. Hahaha..
First time rasanya buat tajuk blog panjang sangat demi nak bolot keyword google.. Muahaha.
So, Rabu lepas 28th Ogos 2019, I dan beberapa JB Bloggers dijemput oleh pihak Honda Malaysia untuk drive test kereta Honda sempena 900k Milestone Honda di Jalan Raya. Untuk makluman, Honda 900k ini merupakan kempen yang dijalankan oleh Honda Malaysia sempena meraikan sebanyak 900,000 model Honda yang telah terjual sehingga kini.
Untuk program kali ini, kami diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman memandu kereta model Honda CR-V, Honda HR-V dan Honda Civic daripada Johor Bahru ke Batu Pahat. I feel so excited sebab salah 1 daripada kereta yang I pandu uji ni sebenarnya memang kereta idaman dari awal model ni keluar tau iaitu Honda CR-V.
Bloggers Drive Test Honda 2019
Program kali ni berlangsung di Setia Eco Flora, Johor Bahru. Sebelum kami semua diberi peluang untuk memulakan pandu uji kereta Honda, kami mendengar sendiri penerangan daripada wakil Honda mengenai ciri-ciri yang ada pada kenderaan yang bakal kami pandu.
Honda CR-V (2019)
Honda CR-V merupakan salah satu model kereta Honda jenis SUV yang paling laku di Malaysia. Walau bagaimanapun, pada kali ini, Honda telah mengeluarkan model Honda CR-V yang terbaru dan lebih berinovasi. Antara advance technology yang ditambah pada model Honda CR-V yang terbaru kali ini ialah :
Honda Sensing
Honda Sensing ini adalah sistem keselamatan ketika memandu yang dipertingkatkan oleh Honda sesuai dengan persekitaran di Malaysia. Honda Sensing akan memberi amaran kepada pemandu apabila ada risiko akan berlakunya kemalangan di hadapan kenderaan kita dan akan memperlahankan sendiri kenderaan kita.
Driver Cruising Aid
Untuk driving cruising aid ni, ada 2 jenis features yang ditambah, iaitu Adaptive Cruise Control (ACC) dan Low Speed Follow (LSF). Kedua-dua features yang ditambah ini adalah untuk pemandu mendapatkan jarak selamat dihadapan tanpa perlu melajukan atau memperlahankan kenderaan secara manual. It's automatic cruise ya know..! hehe.. I suka features ni pada CR-V terbaru ni sebab i kan selalu drive jauh, jadi kalau penat drive, I can sets my speeds between 30km/h and 180km/h. Then i can relax my feet. Sistem ni akan drivekan kereta i secara automatic mengikut speed yang i dah set kan.
Bahaya tak kalau ada kenderaan di hadapan?
Tak lah. Sebab sistem ni dilengkapi dengan kedua-dua ACC dan LSF yang mana, bila ada je kenderaan lain masuk dihadapan kereta kita, atau ada halangan lain, sistem ni akan memperlahankan kenderaan kita dan maintain jarak selamat kereta kita dan halangan di hadapan. Cool kan?
Bawa 160km/h di lebuh raya pun siap boleh relax kan kaki lagi..
1.5L VTEC Turbocharged Engine
Enjin 1.5L tapi perform seperti enjin 2.4L. Inovasi Honda pada kali ini bertujuan untuk memastikan pengguna merasa kelajuan dan kehebatan enjin 2.4L tapi pada masa yang sama menjimatkan penggunaan minyak. Ratio penggunaan minyak bagi 100km hanyalah bersamaan dengan 7.0L penggunaan minyak sahaja.. Jimat kan. Masa kami pandu uji ke Batu Pahat pun, minyak macam tak berusik. Sesuai betul untuk perjalanan jauh.
7.0L / 100km
Spacious
Yang i suka, kereta Honda pada kali ini memberi pengguna boot space yang sangat besar. Kerusi pada bahagian tempat duduk belakang juga boleh di turunkan dan menjadikan boot space yang lebih besar. Kalau macam ni, bawa masuk almari pun relax je bawak balik kampung kan. hehe
404Litre spaces boot tanpa menurunkan tempat duduk belakang
991Litre spaces boot apabila menurunkan tempat duduk belakang
Comfort & Styling
Design Honda yang terbaru juga diinovasikan sesuai dengan perkembangan teknologi pada masa kini.
Ketiga-tiga model Honda yang kami pandu uji sebenarnya mempunyai inovasi yang terkini dan ada kelebihan tersendiri. Secara keseluruhannya, I sangat berpuas hati dengan inovasi yang dilakukan oleh Honda. Thank you Honda for this opportunity. Rasa macam nak terus tukar kereta je tau lepas pandu uji.
Efficient, Effective and Perform
Terus rasa nak beli lepas pandu uji Honda dari Johor Bahru sampailah ke dalam bandar Batu Pahat. Kedua-dua jenis jalan raya i dah pandu uji. Memandu Honda CR-V di kedua-dua jalan raya sangat selesa.
Tapi.. sebenarnya kan.. Sempena Honda 900K Milestone ni, korang semua boleh memenangi Honda secara percuma. ye.. PERCUMA.!! terdapat 9 jenis model Honda yang akan diberikan kepada 9 orang rakyat Malaysia yang bertuah. Kempen ini adalah sebagai tanda Honda menghargai sokongan padu yang telah di berikan oleh rakyat Malaysia sedari Honda Malaysia ditubuhkan.
Kempen Honda 900,000th Milestone di Jalan Raya
Kempen ini akan berjalan di semua 90 pusat jualan Honda di seluruh negara serta menerusi Road to 900,000 Unit Milestone Campaign nationwide dari bulan Ogos hingga September 2019. Kempen ini juga turut mendapat sokongan daripada Tealive Malaysia, station radio Astro dan TM Unifi.
Untuk menyertai kempen ini, korang boleh lah pergi ke mana-manapusat jualan Honda dan lakukan setiap aktiviti yang mudah di sana. Setiap 1 penyertaan aktiviti di Pusat Jualan Honda, akan mendapat peluang 1 tiket.
Seriously.. aktivitinya tak susah pun..
Di sebabkan ada collaboration bersama Tealive, maka korang pun boleh sertai kempen ni apabila membeli mana-mana minuman di Tealive. Semudah 1,2,3 je dah siap masuk penyertaan menang Honda.
Beli mana-mana jenis Tealive, amik gambar bersama standee ni, dan whatsapp sahaja. Mudah kan?
Station Radio Astro juga melalui apps Syok pun turut bersama dalam collaboration ini. Caranya mudah juga;
Pergi ke laman web syok. Kemudian hanya perlu isi borang sahaja. And it is DONE!!
Bagi pengguna Unifi pun tak ketinggalan jug. Korang boleh menyertai kempen ni dengan mudah.
Ha nampak tak, Honda memang betul-betul bermurah hati nak bagi kereta Honda kepada rakyat Malaysia ni. Semua cara sangat mudah. Rugi kalau tak join. Lebih banyak tiket yang korang dapat, lagi tinggi peluang korang nak memang Honda. 9 pemenang bertuah tu akan mendapat salah 1 daripada model kereta Honda seperti Jazz, City, BR-V, HR-V, City Hybrid, HR-V Hybrid, Civic, CR-V dan Accord
Untuk mendaftar atau makluman lanjut mengenai Kempen 'Road to 900,000th Unit Milestone Campaign' boleh ke sini :
Hello, my name is Miera Hassan. I'm an Engineer who love's to blog about lifestyle, food, travel and personal stuff. It's my journey to find my voice as well as to find myself, i want to share my story of experience.
Looking forward for any collaborations and reviews. I can easily be reached by email : nmierahassan@gmail.com