Mencuba Kari Kambing 40 Hari, Johor

by - Monday, November 05, 2018

Hi.

Selalu sangat lalu depan Restoran Kari Kambing 40 Hari tapi tak pernah dapat singgah. Yela selalu lalu sebab restoran ni duduk kat tepi highway jehh.. tapi tak tau nak masuk ke restoran ni macam mana.. Karang nak park terpi highway lepastu langkah barrier tu dah 1 hal pulak bahaya. Menitik jela air liur tuh bila orang tanya "duduk JB takkan tak pernah makan sini".. Hei..hei.. alasan tak tau jalan tu alasan lapuk. Padahal boleh waze je kan.. hahaha

Lepastu.. haritu terdetik la nafsu perut nak makan kat situ jugak, padahal nak buktikan pada orang yang "hei, aku dah makan la situ". Ok, Terjah masa on the way ke KL.

Kari Kambing 40 Hari, Johor

Kari Kambing 40 Hari ni dibuka seawal jam 7.30 pagi sehingga jam 3.30 petang pada setiap hari..  Gituew.. Siap bold kan untuk korang tau. hehe.. Masa i sampai tu dah jam 1 tengah hari, memang tengah ramai (rasanya setiap masa ramai).
Tudia.. start beratur dah..
Ruang kedai memang besar. Tempat duduk pun banyak.
Ada disediakan ruang makan untuk yang nak bersila ramai-ramai.

Kenapa nama Kari Kambing 40 Hari?

Since ramai yang tanya, meh nak gosip.. Dalam 1 interview yang pernah dijalankan antara tuan kedai dan wartawan, sebenarnya, nama Kari Kambing 40 Hari ni diambil mengikut pelbagai peristiwa dalam agama Islam yang dikaitkan dengan 40 hari. Bukannya sebab kambing yang dimasak tu berumur 40 hari ke apa.. Hehehe.. Pandai marketing depa noh.. Buat semua tertanya-tanya..

Menu dan Harga

Menu makanan yang disediakan tak banyak pun.. Cuma nasi arab je.. yang berlaukkan kambing atau ayam sajo.. and boleh pilih antara dua, hidang dulang atau makan hidang pinggan..
Menu berdulang. RM48.00. Untuk menu berdulang akan dapat percuma 1 jag air (boleh pilih nak air apa). Bergantung pada orang, bagi i 1 dulang ni boleh makan untuk 4 orang. Pinggan untuk yang nak ceduk dan makan berdulang ni, boleh amik disebelah kaunter je.
Untuk menu makan pinggan pula, harga sepinggan Nasi Arab Kambing atau Ayam, cuma RM13.00. Harga kedua-dua lauk tetap sama. Walaupun orang kata ayam lebih murah, tapi ayam dia potong 4 hokey.. jadi besar la untuk makan.. I punya, ofkos pilih menu kambing. 

Untuk menu pinggan, air berasingan. so boleh order air masa bayar.
Sebenarnya.. selain dari menu nasi arab ada je menu lain macam roti canai dan mee rebus. Jadi ada pilihan lain, cuma tak banyak. dan menu utama di sini ialah nasi arab.
Semangkuk kari kambing: RM7.00. Sumber gambar : Foto Kari Kambing 40 Hari.

Set dulang (ayam/kambing ) : RM 48.00 percuma air 1 jag
Menu pinggan (ayam/kambing) : RM13.00

Konsep makan kat sini ialah layan diri ye.. Beratur ambil makanan dahulu, kemudian boleh order air dan bayar di kaunter sebelah ni baru boleh makan. Bagi i, cara ni bagus sebab kedai ni kan sentiasa ramai orang. Jadi takdelah pekerja terkejar-kejar nak ambil order la, kemas meja la.. And kita pun takdelah nak tunggu makanan lama sangat.
Sedap sangat..!!! Recommended sangat nasi arab kambing dia. Nasi dan daging kambing dia lembut (sambil taip ni terbayang kesedapan.. telan air liur). Cumanya bagi i yang tak berapa pandai masak ni, ini bukan la kari kambing. Macam masak kuzi tu.. Eh, macam la dia tau masak kuzi tu ape. hehehe camtulah.. Bagi  i, sedap. Memang kena ngan nasi arab tu.
jilat jari nampaknya ya...!
Siap tapau balik ke KL okeyh..  Supaya tak rindu-rinduan..

Bye.

You May Also Like

0 comments