Disahkan Mengidap Grave's Disease, Hyperthyroid

by - Friday, November 02, 2018

Oke, hai. Berasa terpanggil untuk bercerita,

Lama i senyap. FB personal pun senyap je tapi ig story tetap bising setiap hari sampaikan kawan tegur 'Kau update setiap hari tanpa jemu dan gagal ye?' Eh..eh eh.. aku hide terus. Hahahaha.. Ok, ceritanya begini... jeng..jeng..jeng..

Kita guna ayat rempit jela ehh..

I disahkan kena Grave's Disease. Bukan penyakit kubur. Lempang karang T_T

Mata i besar sebelah. Sebenarnya ia bermula dari i bangun tidur. Masa tu dah nampak macam

'apesal kelopak mata aku ni macam tebal sebelah.. And sebelah tu normal.' 

Yela, nampak macam bengkak gila. Actually, malam tu i memang nangis gila-gila.. Ala biasalah wanita ni ada mood tiba-tiba nak emosi sensorang kan. So, lepas tgk cermin tu, i assume yang mata i ni mungkin bengkak je sebab nangis.. Sampai lah seminggu, nampak besar sebelah sikit. Tetap rasa tak ada apa-apa. hehehe

Then, bila balik kampung mak. Emak tanya, 'kenapa kelopak mata kakak sebelah macam jatuh'.. Actually takdelah jatuh pun, cuma mak cakap jatuh sebab mata yang sebelah terlebih besar. Semua takut i kena mild strok sebab i kan kerja kat site dan musim panas. So, i pun decided, dah almost 2 weeks mata macam ni, i pergi jumpa doktor. But the doctor said "Its nothing. Cuma bengkak". Itu sajoo.. huhu

Selepas 2 bulan, masih bengkak sebelah. Sampaikan i rasa segan nak jumpa orang lain. Mata besar sebelah. Semua tanya, nak cari jodoh pun tak sempat. Ahaks.. Tapi masalah i ni, bila nak pergi jumpa doctor malas.. sebab takut buang masa tak ada apa-apa.. Tapi baiklah, kita pergi kali kedua.

Kali kedua, i jumpa doktor di Taman Universiti. Sebab dia klinik panel company i. Senang sikit bab bayaran. Doktor ni, tak tau pulak kenapa mata i nampak besar sebelah, jadi dia buat referral letter untuk jumpa pakar. Ok, after a week dapat referral letter masih tak jumpa lagi pakar sampai 1 hari ni, budak ofis tegur, mata macam makin besar sebelah and asyik berair.. Itulah kemuncak redha nak jumpa doctor pakar.
So, kali ni i jumpa Ophtalmologist di Hospital Gleneagles Medini, Dr.Shobana. Dah check and all dengan Dr.Shobana, first assumption dia, I ada ketumbuhan belakang mata yang menyebabkan mata i terkeluar. Terus kena admit wad ye untuk buat MRI test dan Blood Test. Masa ni dalam hati, Tuhan je yang tau.. I ni nampak je berani tapi kalau bab operate ni, lemah.. takut membayangkan pisau kat badan and muka kita oi.. Sebab kan i jumpa doc pun dah petang, so I warded jam 8 malam la itupun sebab i kan duduk sini (Johor) seorang, so nak kemas baju la.. dan barang semua lagi. Take times kan.. Gigih check in sorang siap update status konon ni cuma short vacay je..Alolo..
Nasib baik ada bantal dalam kereta boleh guna untuk peluk.

So, first thing first in a morning, dah kena panggil untuk buat MRI Test.
Serius takut tengok ini..haha

Pengalaman jugak buat MRI ni.. I cuma scan pada kepala sahaja.. so lab assistant memang suruh i tido je.. 1 jam lebih tau kena baring tak boleh gerak langsung. kebas tengkuk ni. Tido tak nyenyak sangat la sebab MRI kan bunyi tu kuat.. Kalau nyenyak rasanya result pun tak betul sebab berlawan dengan bunyi dengkur i. hahaha.. Bila result dah keluar, alhamdulillah.. Ok positive takde ketumbuhan apa pun dibelakang mata. 
Darah kena amik malam. Jenis deep vain, so amik darah kat sini setelah 3x kena cucuk tak de darah. Ni kalau nyamuk tengok ni, menitik air liur lah..haha

Tapi masa tu, result darah pulak keluar and guess what, hormon thyroid i teramat tinggi..  So kebesaran mata i ni adalah disebabkan hormon thyroid yang hasil terlalu banyak dan bila antibodi cuba melawan semula, antibody ingatkan mata i ni adalah benda asing.. Jadi bukan mata i ni yang tertolak keluar.. Tapi, bola mata i membesar..!! So inilah yang dipanggil Graves Disease.
Luckily, i masih belum terlambat. Sebab kalau ikut pada info google, ramai pesakit yang lebih teruk dan terlewat sampaikan kedua-dua mata dia besar macam terbeliak.. 


Kenapa i cakap belum terlambat sebab... result test i menunjukkan yang hormon thyroid i hampir ke tahap maximum.. Contoh la ye.. setiap badan manusia memang ada hormon thyroid ni. Tapi ada limit dalam darah. Tak boleh lebih dari 60. Contoh la.. Dan i punya dah 50. Means hampir reach limit. Gitu lah. Sebab tu i takde keluar apa-apa tanda atau symptom Thyroid langsung.. Tapi tiba-tiba biji mata besar sebelah. Ha... (padahal itu pun dikira symptom..haha)

Jom kenal sikit, apa tu Grave's Disease..
So far, i masih makan ubat yang doktor bagi.. Untuk bantu kawal hormon ni dari terlebih-lebih pulak kau nak keluar eh ah...eh ah.. eh apeni melalut. Sebenarnya i dulu memang tak suka ubat (eh sape yang suka memang pelik lah).. Tapi tulah, Allah nak uji.. Hambek, makan ubat thyroid ni seumur hidup. Sebab tu orang tua cakap, jangan benci sangat nanti lama-lama bersama. okeyh.! 3 malam tido dekat wad (Memang betul short vacay kan). Sumpah taknak wish sakit lagi. Huhuhu.. 

Doc cuba bagi ubat mata yang bantu kecilkan semula mata ni. tapi maksimum makan ubat ni cuma 6bulan sahaja dan kalau tak baik, doc kata REDHA .. sebab hormon ni dah ganggu besarkan bola mata kan. At the same time, ubat thyroid wajib ambil dan ianya seumur hidup sebab thyroid ni adalah hormon.. Jadi ia memang nakal dan kalau dah baik pun, tapi tinggalkan ada possibility untuk kena semula. Hormon kan.. I pun ada cuba buat perubatan Islam. Kita cuba yang termampu..

okeys.
Ini adalah hasil makan ubat selama 3minggu..
Alhamdulillah walaupun ada yang tegur lagi kenapa sebelah mata besar tapi it looks much more better than before kan.. Kita usaha lagi lah k..
Nampak tak, bila i pandang bawah mata sebelah ni macam tak pandang bawah. Macam terangkat.

Ada juga kawan-kawan yang i jumpa kat ig yang kena sakit ni.. Memang tak ramai yang kena graves disease ni, tapi Alhamdulillah teknologi sekarang ni, mudahkan kita berhubung dengan mereka yang lain.. Ini salah seorang pesakit yang buat i lebih yakin mata i akan baik sepenuhnya seperti asal..
untungnya dia kena dua belah mata jadi tak nampak sangat kan perbezaan.

Kesimpulannya, kalau rasa pelik-pelik sakit kat badan tu lebih dari 2 minggu, pegi la jumpa pakar. Sekian episod luahan perasaan 

'Aku si pesakit Hyperthyroidism dan Grave's Disease'

Short vacay la sangat. Tapi makanan hospital Gleneagles Medini sedap oi. Nurse semua baik. Oh dan my doctor, sangat-sangat baik dan membantu menerangkan pada i. I ni kan banyak sangat baca benda kat internet. Nanti i masuk lagi sini untuk bercuti k. Haha

You May Also Like

3 comments

  1. Thank you sebab share story ni. Boleh memberi panduan kepada mereka yang turut ada penyakit yang sama juga

    ReplyDelete
  2. Semoga kembali pulih dan dipermudahkan segalanya yer...

    ReplyDelete