Menjejak Tasik Biru, Kangkar Pulai Johor

by - Thursday, September 20, 2018

Assalamualaikum,
Hi korang.. sekarang i dah tak duduk Pontian. Kalau dulu, masa tinggal kat Pontian, almost every month akan hiking Gunung Pulai Johor nun sampai dah bosan. Hahaha.. So since dah pindah ke Gelang Patah ni, nak discover tempat baru pulak dan ternampak pulak kat instagram pasal

Menjejak Tasik Biru, Kangkar Pulai, Johor

First time ke sini, gunakan khidmat kawan yang pernah ke sini la. Sebab baca banyak sangat info pun, takut sesat jugak.. So, hiking kali ni ialah pada Hari Merdeka sebab semua cuti dan boleh la nak berkumpul. Hik..hik (ala manja nya cara gelak tuh). 

Kami memulakan pendakian kami pada jam 8.00pagi. Geng hiking kalini cuma seramai 4 orang sahaja dan pendakian kami diketuai oleh Naqib selaku tuan badan yang pernah ke sini beberapa kali termenung nasib mengenangkan jodoh. Eh, melalut. Disebabkan ramai yang tanya dan PM tepi tanya macam mana i ke sini, maka lahirnya entry kepam dan malas khas untuk korang. Hehehe.. 

Nak ke sini, tak la susah mana rupanya cuma sebab ia adalah kawasan terlarang dan ianya sedikit tersorok di sebalik bukit. Meh i tunjuk 'tutorial' nak ke sini dulu. Untuk ke sini, boleh waze "Bandar Baru Kangkar Pulai"
Ha..dah betul la kat dalam ni..

Masuk dalam 200meter akan jumpa simpang mati. Eh tak, jalan terus je sampai jumpa simpang ini
Ok.. follow kereta ni sampai korang jumpa simpang berpalang ini,
Dari sini, korang akan melalui simpang ladang kelapa sawit dalam 100m sahaja sebelum jumpa simpang 3 dihadapannya. Jangan menggatal nak ke kanan sebab ke kanan adalah kawasan kuari.. Perhatikan tanda ini ya.
It's so important sebab kawasan kuari ni ada buat letupan kuari. So, diharapkan korang dapat menjauhkan diri dari kawasan ini sewaktu letupan sedang dijalankan.. Safety first ok.! Jalan terus sikit dalam 300m, korang akan nampak kawasan tanah merah ini. Kat sini pun dah banyak kereta park.. 
Disinilah pengembaraan bermula.! ecewah
Lepas daripada titi kecik ni, akan ada 2 simpang ke kanan dan ke kiri.
Awalnya dalam kereta Naqib dah tanya, nak trek pendek ke panjang? hahaha.. kitorang semua pilih nak trek pendek. Sebab tak sabar nak tengok tasik biru punya pasal. So, trek pendek ke kanan ye.. Untuk trek kiri tu,  panjang. Ini i cerita end entry la. Sebab i ikut trek kiri ni masa kali kedua i ke sini masa balik.
Adalah trekking sikit. Hahaha masa ni i dah pikir, kalau laluan camni je, memang best...jimat tenaga.. Sekali...
Omak..!! mendaki. huhuhu.. hiking la sikit. I masa ni malas betul nak hiking sebab baru je balik hiking last week, so kononnya kali ni nak santai-santai.. hadap jela. Kata nak trek pendek kan..
Mujur ada tali yang disediakan. 
Bila tengok balik catatan masa, yup.. dalam 10minit mendaki trek pacak ni, dah sampai kat first checkpoint..
Ok, amik nafas jap sambil layan view. Subhanallah. Biru sangat airnya. Terbayang air pepsi biru tu.
Kami teruskan pendakian.. Ala, sikit je lagi, dalam 5minit macam tu dah sampai checkpoint ke-2. Kat sini tarik nafas lagi. 
Memandangkan masa ke sini adalah Merdeka Day, geram pulak dengan Jalur Gemilang kat bahagian bawah tu. Target memang nak ke situ sebab view lebih cantik.. Tapi, nak ke sini bukannya mendaki ye.. Lagi menurun bukit. Lega sikit.
Hati-hati cik kak..

And tadaa!!!! here we are.. Jom ambil gambar dengan bendera dibahagian bawah bukit..
Hiking sempena merdeka kan.

Total masa nak sampai sini dalam 20minit sahaja.. Itu pace i la.. pace korang mesti lagi padu kan.. tapi bergambar kat sini, kemahin lama oi.. Hahaha.. 
Sila berhati-hati ye.. Cerun ni curam sangat. Dan diingatkan, tasik biru ni adalah kawasan tasik yang dalam..!! dalam ye.! Cerun ni pulak curam dan tinggi. Nak bergambar tu, hati-hati la.. takut tersilap step. Banyak betul ayat hati-hati i ni. Ok, hati-hati.! Mungkin sebab tu la kawasan ni masih jadi kawasan larangan dan bukan tempat perlancongan.. hmmmm,mungkin.

Masa nak balik, again Naqib tanya lagi.. nak trek jauh ke nak dekat. Haruslah pilih yang dekat dan pendek masa sebab tujuan utama nak tengok tasik je bukan nak berfitness bagai. Hehe.. So, nak dekat turun la trek yang sama tadi. Senang kan.. Tak sampai 10min dah ada kat bawah. 
Happy nau muka nak balik.Oh ini trek pendek ye.. I tak tau la kalau trek panjang tu lalu kat mana.. 

"Eh kak, trek panjang tu macam mana?", tanya Ahmad Netizen.

Trek panjang tu yang ada nampak kolam tadahan air SAJ.. And laluan hutan cenggitu la.. Entahlah Ahmad Netizen oi.. i baca sumber lain je. Tapi i pun tak jumpa trek tu. Next time i explore k. Beria i menerangkan. Hahaha. So boleh kata trek yang i lalu ni takde cabaran sangat sebab pendek dan mendaki sajoo.. 

Update : 
Next weeknya i pergi dengan Sam and his friend. Ala, acah-acah la kita dah pernah pergi kan, so kali ni jadi gogo member la.. Masa pergi, kami naik ikut laluan sama. Cuma balik tu kami ikut laluan yang pisah dua sebelum nak turun bukit tu..
kalau terus akan ke kawasan yang turun tu, tapi balik kami pilih trek ke kiri sebab kawan kami sakit lutut nak turun ikut trek hiking tadi. So, meh explore kawasan ni turun ke mana. Ikut sini..
Yup..laluannya lebih landai..tapi jauh sedikit dari trek hiking bertali tadi. And kalau guna laluan ini, tak akan nmpk langsung checkpoint tasik tu. Sampaikan i jumpa orang kat trek ni, dia tanya mana tasik. tak nampak.. Memang la, ini kawasan ladang kelapa sawit dah.
And guess what, rupanya trek ni akan keluar semula di simpang awal selepas titi tu, tapi muncul di kiri (yela, trek hiking tu kat belah kanan).. Tu la i boleh conclude, trek balik ni, panjang sedikit, sedikit landai dan takde jumpa tasik cuma ladang kelapa sawit. So, pilih la trek memasing.

Apa pun, tetap nak bagitau.. Tasik Biru Kangkar Pulai memang cantik. Rasa macam berada kat dunia lain. Eh, bukan dunia bunian. Bukan..bukan.. huhu. Jadi, selain dari Gunung Pulai, this place will be my every weekend outdoor session lah. Kalau agak-agak rindu bau hutan, ke sini la.. Dekat dengan rumah dah dan tak ambil masa lama untuk hiking. Plus, view pun cantik. Hehehe, Gunung Pulai dah jauh dari rumah dah.
"I go to nature to be soothed and healed, and to have my senses put in order", John Burroughs

Terima kasih sudi baca. Kalau nampak i ontrek kat mana-mana tegurlah.. i tak sombong.hehe

Level : Easy (3.5/10)
Happy hiking. Jaga kecantikan alam dan jaga keselamatan diri.

You May Also Like

0 comments