Mendaki Gunung Pulai, Johor

by - Friday, March 02, 2018

Hai,
Sejak dah berpindah ke Johor ni, aktiviti hiking tu dah kurang sikit. Maklumlah baru pindah sini, susah sikit nak cari member yang sekepala nak hiking. huhu.. Tapi mujur jugak i duduk di Pontian, dan berdekatan dengan Gunung Pulai. Kiranya untuk practice stamina tu, boleh la hiking kat sini setiap minggu. hahaha.. kerlas kau setiap minggu. So, ini adalah entry

Pengalaman Hiking Gunung Pulai Johor

Sebenarnya geram tengok Gunung Pulai Johor ni sebab setiap hari ulang alik lalu untuk ke ofis di Senai Airport tu. Rasa macam memanggil untuk didaki pulak. Hehe..lepastu, jenuh jugak mencari info pasal Gunung Pulai ni sebab baru tau kat Malaysia ni ada 2 buah gunung pulai. 1 di Kedah dan 1 lagi di Johor. hahahadoi la.

Ketinggian Gunung Pulai di Johor ni ialah 654m dari paras laut. Takdelah tinggi sangat kan. Dan untuk ke puncak ada 2 trail ; 1 di trek jalan tar dan 1 lagi di trek jalan hutan. Memandangkan i seorang, so nak masuk jalan hutan memang tak berani la. Hehe, so untuk pengalaman kali ni, kita gunakan trek jalan tar sahaja.
Ini adalah gerbang pintu masuk ke Gunung Pulai. Pandu sejauh 300m je then akan jumpa kaunter untuk bayaran masuk. Bayaran ni sebenarnya untuk parking. Yela kita kan dah parking di kawasan rumah orang dan akan ada budak yang tengok dan jagakan kenderaan kita. Kiranya sewa tapak jela. Hehe. Ok la takde nak kena bayar permit kan.

Kereta : RM 3.00
Motor : RM 1.00
Bas/Lori : RM 6.00

Pendakian ke puncak dimulai dengan memanjat pagar. I is so tak faham (ececeh) kenapa la tak dibuka je pagar ni.. huhuhu. Tak pasal-pasal dah buat aktiviti lasak pulak. Padahal nak hiking santai je. huhu. Tapi panjat sikit je pun. Kat bahagian tepi pagar tu. 
Jaga-jaga Cik Salmah. Eh!

Updated 2 May 2018 : pintu kecik kat sebelah tu dah bukak la sekarang. Lebih senang tak payah nak panjat beria.heheh

Permulaan trek tak pacak sangat. Masih landai. Tapi tonggek bontot tu adalah jugak. Sikit je. 
Dalam 200m mendaki, akan jumpa persimpangan jalan.
Kalau ke kiri, ke kawasan air terjun. Ke kanan untuk ke puncak.
Memandangkan Gunung Pulai ni jalan bertar, kita akan terserempak dengan ramai orang yang turun dan naik dari pelbagai lapisan umur. Ada uncle tua pun masih larat tau. Kalau ikut cakap Jeff (member ofis i), ramai runner yang buat training kat sini. So bukan alasan tak nak hiking sini sebab takde orang ye. Hehehe T_T
Kat Gunung Pulai ni, tak de kawasan rehat yang khusus tau.. So, kalau penat mendaki tu, boleh la rehat kat tepi. Duduk sekejap. Cumanya pada ketinggian 360m akan jumpa kawasan rehat yang ada bangku.
Kalau jumpa kawasan selekoh tajam dan ada penghadang concrete disebelah kiri, dan sebelah kanan ada crib wall, maknanya dah nak sampai dah ni. Come on!! dah berjalan sejauh 3.73km.. Sikit je lagi. Oh ye, kalau ikut jam i, jarak naik ke puncak ialah 5km. Jarak mendaki. Kebanyakkannya adalah pacak. Jangan ingat jalan bertar dan bukan jalan hutan tak mencabar ye. Semput i sebab banyak pacak. huhu
kawasan selekoh tajam. Sikit je lagi.
1.3km lagi.. Come on!!

Tadaa.!!
Ini adalah kawasan look out yang tak ditutup dengan apa pun. Kat sini je kawasan pemandangan yang kita boleh tengok di Gunung Pulai. Tapi ini bukan puncak gunung lagi. Sikit je lagi nak sampai. Dan sebelum ke puncak (lepas je kawasan ni, pacak sikit dalam 200m)
Tadaa (lagi).. Selepas mendaki selama 1jam 30minit, ini lah puncak Gunung Pulai Johor. Yang sebenarnya cuma ada menara komunikasi je dan ia dikawal oleh askar. So, sampai sini je boleh amik gambar. Kalau amik kat atas sikit kena jerit nanti, abang askar marah. 
Thanks yang sudikan ambilkan gambar i dan untuk peneman i sepanjang pendakian kali ni, botol air 2 litre tu. Oh botol air, tahniah awak sampai ke atas dah.!!  

Kepada yang nak cuba mendaki Gunung Pulai Johor ni, selamat mendaki. InsyaAllah ada jodoh kita jumpa ontrek k.. Sebab i memang akan hiking Gunung Pulai ni kalau takde tempat lain nak pergi. So far dah jejak 3x sejak duduk Johor 5 bulan ni.. Sebagai training hiking. Hehe..


Level : Moderately Challenging (5/10)
Selamat Mendaki!

You May Also Like

7 comments

  1. memang minat hiking memang sesuai buat aktiviti cemni.. kalo akak ni surrender dah. sampai 200m pertama je cungap2.. air satu tong tu terus habis minom hehehe..

    ReplyDelete
  2. Best nya pegi mendaki gunung, lama dah tak mendaki ni last mendaki tahun lepas...stamina pon dah tiada ni huhuh

    ReplyDelete
  3. I x pernah trekking kat sini walaupun dah lama dok johor. Kalau dapat jogging 3 round kat desa harmoni dah terasa mencabar. Inikan pulak jalan menaik atau banyak pacak lagilah penat.

    ReplyDelete
  4. Does this place is safe if only 2 ppl go? Advise me what is the best time for hiking at this place pls. Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. so far i pergi ramai je orang. Kalau weekend lagi la ramai. If you're using jalan tar, it is safe.. coz, i'm always used that track.

      Delete
  5. Berape jam utk habiskan trek ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk trek jalan, kalau mendaki around 1 1/2 jam dah sampai peak..

      Delete