Hang Ingat Hang Terer?
Assalamualaikum. Hai.
Nak tanya ni, awak dah terbang ke berapa negara? Pandai bawak kapal terbang tak? Eh..eh.. Suka travel tak bermakna akan berpeluang memandu kapal terbang kan? Walaupun dah terbang berapa banyak serata dunia pun belum tentu hang terer nak terbangkan kapal terbang supaya tak langgar cabaran-cabaran yang mendatang. Eh?! Takde kena mengena pulak travel dengan bawak kapal terbang kak oi. Ada!!
Sebenarnya tengah cakap pasal new contest daripada Traveloka sempena Chinese New Year ni. Amboi kalau cakap pasal contest, comel lote kiut miut semua bagi kat I la sebab I memang suka mengomel panjang hasut orang join contest sambil menang travel serata dunia (dengan harapan bawa lah daku sekali) wuhuu..
TRAVELOKA FLY & WIN CNY CONTEST
Tak. Jangan risau. Tak perlu susah-susah nak cari tagline atau cari location gempak-gempak untuk buat video klip dengan depakan tangan macam kau tengah terbang dengan lagu background I’m flying without wings tu! Ataupun buat koir ramai-ramai dengan background kapal terbang. Eh suka terpesong pulak. Ehehe.. contestnya senang sebab hanya perlu terbangkan kapal terbang anda dan elakkan daripada terkena halangan dengan hanya menggunakan jari. Baiklah. Susah nak membayangkan. Jadi, meh meh.. I tunjuk cara I main. Teruja ni ha.
Guna jari jerrrr

Kalau terer, elak la dari langar semua cabaran yang mendatang. (ayat kau T_T).

Alah, game budak-budak je, rugi tak main untuk menang. Suruh budak mainkan pastu ambek hadiah bagi pihak diorang pun boleh. Hikhikhik. Cakap besar kan. Eh, kan budak-budak zaman sekarang terer main game macam ni kan. Tapi, make sure budak yang nak dia mainkan tu tak kenal apa itu dunia travel. Kalau tak jenuh nak berebut hadiah. hehehe
OMG.!! Comelkan contest ni. Ingatkan kena menari macam lagu viral Baby Shark tapi versi kapal terbang tuh! Rasa macam nak MELANCONG 1 DUNIA bukan?! Bukan?! Habis tu hadiahnya apa? Jap lagi I bagitau. Saje nak bagi suspen.
Saje buat suspen kan Miera? Tapi sebelum join tu kena daftar masuk dulu. Guna facebook je senang. Sebab nanti markah tinggi boleh la kita share dekat orang kampong yang ramai-ramai tengah menghadap facebook sambil bergosip tuh. Show off la sikit. Daripada dorang bergosip, kita ajak dorang lawan main terbang dengan kita. Sapa lagi terer. Kan kita gunakan tagline ‘The more the merrier’


Kan dah cakap melancong.!!
Eh sapa kata tadi suka melancong. Baik hang join contest ni. Kalau cukup terer boleh la menang HADIAH UTAMA : 6D5N Tiket Flight dan Penginapan ke Seoul Korea. Apa dia? Melancong ke Korea.? Dapat jumpa oppa? Ya! Ni hadiah utama.! Gempak kan? Takkan la Traveloka nak bagi hadiah biasa-biasa kot diknon oi. Untuk 2 orang ye.

Kalau tak terer sikit, boleh menang HADIAH KEDUA : 5D4N Tiket Flight dan Penginapan ke Phuket. Saja nak highlight tak terer tapi hadiah masih lagi gempak. Yang menang hadiah kedua pun, boleh la kalau nak offer I sekali. (memandangkan I belum jumpa lagi pelakon Thai. Ehehehe). Oh sebab untuk 2 orang, lagi sorang boleh bawak i. haha
Lepastu kalau tak terer sikit lagi, menang la HADIAH KETIGA : 4D3N Tiket Flight dan Penginapan ke Langkawi. Langkawi hokey. Dah la dapat sponsor tiket flight, pastu penginapan. Untuk 2 orang. (saje nak highlight yang part untuk 2 orang tuh dengan harapan, bawalah daku sekali. hahaha)
Amacam adik-adik, kekakak (amende kekakak) dan abang-abang? Gempak kan hadiah semua. Kalau tak dapat hadiah pertama sampai ketiga pun masih boleh menang hadiah saguhati. Baucer Traveloka bernilai RM1,000. Berbaloi kan. Rugilah tak join.
Bila pertandingan ni nak bermula Kak Maria Carey (pun boleh..!!) hehe..
Pertandingan bermula dari 22 Januari 2018 sehingga 28 Februari 2018. Sempat la nak ajak sedara mara, adik abang dan kakak untuk join dan tolong masukkan contest sekali. Maklumlah tangan orang lain kadang-kadang luck lebih baik daripada kita. Hahaha. Tapi hanya yang berumur 18tahun keatas je boleh daftar. hehe .. Nah! Cepat klik ke sini kalau nak cuba nasib :
Kalau menang melancong tu, jangan lupa datang balik kan blog Miera dan cakap
“Thanks Miera Hassan. Sebabkan entry blog awak ajak saya join contest main-main kapal terbang, akhirnya saya menang hadiah pertama dan nak bagi awak hadiah ni dengan ucapan terima kasih dan selamat melancong. Semoga bertemu jodoh di sana”. Hewhewwheww..
Oh ya..! You’re welcome.
More info mengenai tempahan hotel dan penerbangan murah (mana la tau nak jugak pergi melancong tapi tak terer menang contest. Eh!) boleh ke sini :
‘Dengan TRAVELOKA, tempahan dari hotel dan penerbangan semuanya ada disini’
18 comments
nak tengok kt mana tu .. tk nmpk pun ada game tu kt web traveloka. ke guna apps traveloka
ReplyDeletekat bawah tu ada link.. CNY Contest
Deletemain game pastu dapat hadiah bercuti..bestnyaa
ReplyDeleteaah best kan.. gamenya pun tak susah.. senang je
DeleteNak download laa game tu.. mana tau ada rezeki nak travel. hehehe.
ReplyDeletetak cuba lagi...takut menang nanti payah jugak dapat jumpa oppa baru..hehe
ReplyDeletehahaha.. apa salahnya mencuba.. kalau taknak hadiah, meh pas kat miera. haha
Deletesebenarnya takut tak menang jugak...pastu nk cari bucu katil nak nangis hahaaa
DeleteWow terrernya,Zumal tak lepaih 20 pun... Nak kena praktis lagi ni moga dapat pi Korea
ReplyDeletehahaha.. all the best.
DeleteKena berguru dengan Miera ni
Deleteboleh tahan jugak game nya , jemput singgah ke vitaminwawa.com ,sekian terima kasih ...
ReplyDeletegame nya seronok sebab senang. hehe.. thanks singgah blog miera. Nanti miera balas kunjungan ye
DeleteRitu ada juga cuba main games nie tp ssh la nak menang xreti haha
ReplyDeletehahaha.. kena suruh budak yang mainkan.. mesti lepas.
Deletehope menang. hahaha
ReplyDeleteBarulah sis faham, selama ni dok tengok kapal terbang Traveloka tu ingat sesaja main game, rupanya CNY Contest.. Baguslah sambil main game berpeluang menang percutian.. Kalau Miera atau rakan bloggers lain participate dalam peraduan ni, sis ucapkan good luck!
ReplyDeletetry gak main hari tu tapi ahahaha give up. asyik jatuh je markah tak tinggj pun..
ReplyDelete