Miera Hassan. Powered by Blogger.
  • Home
  • About Me
  • Personal
    • Fitness Lifestyle
    • Hyperthyroid
    • Personal
  • Career
    • Engineer's Life
    • Tips
    • Others
  • Outdoors
    • Sg Chiling
    • Gua Batu Maloi
    • 6th Mile Tunnel
    • G.Nuang via Pangsun (1st Time)
    • G.Nuang via Janda Baik
    • Denai 3 Puteri
    • Bukit Apek
    • Sg Lopo
    • Pine Tree Hill
    • G.Pulai Johor
    • Bukit Kutu
    • Tasik Biru Kangkar Pulai
    • 1st Viper Challenge Sepang
  • Travel
    • Travelogue
    • Others
  • Recipe
  • Review
    • Food
    • Beauty
    • Books
    • Others
  • Contact
  • Sitemap
Google+ Facebook Instagram Pinterest Twitter

Miera Hassan

Lifestyle | Review | Events | Food | Travel | Beauty

Hi.

Selalu sangat lalu depan Restoran Kari Kambing 40 Hari tapi tak pernah dapat singgah. Yela selalu lalu sebab restoran ni duduk kat tepi highway jehh.. tapi tak tau nak masuk ke restoran ni macam mana.. Karang nak park terpi highway lepastu langkah barrier tu dah 1 hal pulak bahaya. Menitik jela air liur tuh bila orang tanya "duduk JB takkan tak pernah makan sini".. Hei..hei.. alasan tak tau jalan tu alasan lapuk. Padahal boleh waze je kan.. hahaha

Lepastu.. haritu terdetik la nafsu perut nak makan kat situ jugak, padahal nak buktikan pada orang yang "hei, aku dah makan la situ". Ok, Terjah masa on the way ke KL.

Kari Kambing 40 Hari, Johor

Kari Kambing 40 Hari ni dibuka seawal jam 7.30 pagi sehingga jam 3.30 petang pada setiap hari..  Gituew.. Siap bold kan untuk korang tau. hehe.. Masa i sampai tu dah jam 1 tengah hari, memang tengah ramai (rasanya setiap masa ramai).
Tudia.. start beratur dah..
Ruang kedai memang besar. Tempat duduk pun banyak.
Ada disediakan ruang makan untuk yang nak bersila ramai-ramai.

Kenapa nama Kari Kambing 40 Hari?

Since ramai yang tanya, meh nak gosip.. Dalam 1 interview yang pernah dijalankan antara tuan kedai dan wartawan, sebenarnya, nama Kari Kambing 40 Hari ni diambil mengikut pelbagai peristiwa dalam agama Islam yang dikaitkan dengan 40 hari. Bukannya sebab kambing yang dimasak tu berumur 40 hari ke apa.. Hehehe.. Pandai marketing depa noh.. Buat semua tertanya-tanya..

Menu dan Harga

Menu makanan yang disediakan tak banyak pun.. Cuma nasi arab je.. yang berlaukkan kambing atau ayam sajo.. and boleh pilih antara dua, hidang dulang atau makan hidang pinggan..
Menu berdulang. RM48.00. Untuk menu berdulang akan dapat percuma 1 jag air (boleh pilih nak air apa). Bergantung pada orang, bagi i 1 dulang ni boleh makan untuk 4 orang. Pinggan untuk yang nak ceduk dan makan berdulang ni, boleh amik disebelah kaunter je.
Untuk menu makan pinggan pula, harga sepinggan Nasi Arab Kambing atau Ayam, cuma RM13.00. Harga kedua-dua lauk tetap sama. Walaupun orang kata ayam lebih murah, tapi ayam dia potong 4 hokey.. jadi besar la untuk makan.. I punya, ofkos pilih menu kambing. 

Untuk menu pinggan, air berasingan. so boleh order air masa bayar.
Sebenarnya.. selain dari menu nasi arab ada je menu lain macam roti canai dan mee rebus. Jadi ada pilihan lain, cuma tak banyak. dan menu utama di sini ialah nasi arab.
Semangkuk kari kambing: RM7.00. Sumber gambar : Foto Kari Kambing 40 Hari.

Set dulang (ayam/kambing ) : RM 48.00 percuma air 1 jag
Menu pinggan (ayam/kambing) : RM13.00

Konsep makan kat sini ialah layan diri ye.. Beratur ambil makanan dahulu, kemudian boleh order air dan bayar di kaunter sebelah ni baru boleh makan. Bagi i, cara ni bagus sebab kedai ni kan sentiasa ramai orang. Jadi takdelah pekerja terkejar-kejar nak ambil order la, kemas meja la.. And kita pun takdelah nak tunggu makanan lama sangat.
Sedap sangat..!!! Recommended sangat nasi arab kambing dia. Nasi dan daging kambing dia lembut (sambil taip ni terbayang kesedapan.. telan air liur). Cumanya bagi i yang tak berapa pandai masak ni, ini bukan la kari kambing. Macam masak kuzi tu.. Eh, macam la dia tau masak kuzi tu ape. hehehe camtulah.. Bagi  i, sedap. Memang kena ngan nasi arab tu.
jilat jari nampaknya ya...!
Siap tapau balik ke KL okeyh..  Supaya tak rindu-rinduan..

Bye.
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Oke, hai. Berasa terpanggil untuk bercerita,

Lama i senyap. FB personal pun senyap je tapi ig story tetap bising setiap hari sampaikan kawan tegur 'Kau update setiap hari tanpa jemu dan gagal ye?' Eh..eh eh.. aku hide terus. Hahahaha.. Ok, ceritanya begini... jeng..jeng..jeng..

Kita guna ayat rempit jela ehh..

I disahkan kena Grave's Disease. Bukan penyakit kubur. Lempang karang T_T

Mata i besar sebelah. Sebenarnya ia bermula dari i bangun tidur. Masa tu dah nampak macam

'apesal kelopak mata aku ni macam tebal sebelah.. And sebelah tu normal.' 

Yela, nampak macam bengkak gila. Actually, malam tu i memang nangis gila-gila.. Ala biasalah wanita ni ada mood tiba-tiba nak emosi sensorang kan. So, lepas tgk cermin tu, i assume yang mata i ni mungkin bengkak je sebab nangis.. Sampai lah seminggu, nampak besar sebelah sikit. Tetap rasa tak ada apa-apa. hehehe

Then, bila balik kampung mak. Emak tanya, 'kenapa kelopak mata kakak sebelah macam jatuh'.. Actually takdelah jatuh pun, cuma mak cakap jatuh sebab mata yang sebelah terlebih besar. Semua takut i kena mild strok sebab i kan kerja kat site dan musim panas. So, i pun decided, dah almost 2 weeks mata macam ni, i pergi jumpa doktor. But the doctor said "Its nothing. Cuma bengkak". Itu sajoo.. huhu

Selepas 2 bulan, masih bengkak sebelah. Sampaikan i rasa segan nak jumpa orang lain. Mata besar sebelah. Semua tanya, nak cari jodoh pun tak sempat. Ahaks.. Tapi masalah i ni, bila nak pergi jumpa doctor malas.. sebab takut buang masa tak ada apa-apa.. Tapi baiklah, kita pergi kali kedua.

Kali kedua, i jumpa doktor di Taman Universiti. Sebab dia klinik panel company i. Senang sikit bab bayaran. Doktor ni, tak tau pulak kenapa mata i nampak besar sebelah, jadi dia buat referral letter untuk jumpa pakar. Ok, after a week dapat referral letter masih tak jumpa lagi pakar sampai 1 hari ni, budak ofis tegur, mata macam makin besar sebelah and asyik berair.. Itulah kemuncak redha nak jumpa doctor pakar.
So, kali ni i jumpa Ophtalmologist di Hospital Gleneagles Medini, Dr.Shobana. Dah check and all dengan Dr.Shobana, first assumption dia, I ada ketumbuhan belakang mata yang menyebabkan mata i terkeluar. Terus kena admit wad ye untuk buat MRI test dan Blood Test. Masa ni dalam hati, Tuhan je yang tau.. I ni nampak je berani tapi kalau bab operate ni, lemah.. takut membayangkan pisau kat badan and muka kita oi.. Sebab kan i jumpa doc pun dah petang, so I warded jam 8 malam la itupun sebab i kan duduk sini (Johor) seorang, so nak kemas baju la.. dan barang semua lagi. Take times kan.. Gigih check in sorang siap update status konon ni cuma short vacay je..Alolo..
Nasib baik ada bantal dalam kereta boleh guna untuk peluk.

So, first thing first in a morning, dah kena panggil untuk buat MRI Test.
Serius takut tengok ini..haha

Pengalaman jugak buat MRI ni.. I cuma scan pada kepala sahaja.. so lab assistant memang suruh i tido je.. 1 jam lebih tau kena baring tak boleh gerak langsung. kebas tengkuk ni. Tido tak nyenyak sangat la sebab MRI kan bunyi tu kuat.. Kalau nyenyak rasanya result pun tak betul sebab berlawan dengan bunyi dengkur i. hahaha.. Bila result dah keluar, alhamdulillah.. Ok positive takde ketumbuhan apa pun dibelakang mata. 
Darah kena amik malam. Jenis deep vain, so amik darah kat sini setelah 3x kena cucuk tak de darah. Ni kalau nyamuk tengok ni, menitik air liur lah..haha

Tapi masa tu, result darah pulak keluar and guess what, hormon thyroid i teramat tinggi..  So kebesaran mata i ni adalah disebabkan hormon thyroid yang hasil terlalu banyak dan bila antibodi cuba melawan semula, antibody ingatkan mata i ni adalah benda asing.. Jadi bukan mata i ni yang tertolak keluar.. Tapi, bola mata i membesar..!! So inilah yang dipanggil Graves Disease.
Luckily, i masih belum terlambat. Sebab kalau ikut pada info google, ramai pesakit yang lebih teruk dan terlewat sampaikan kedua-dua mata dia besar macam terbeliak..

Kenapa i cakap belum terlambat sebab... result test i menunjukkan yang hormon thyroid i hampir ke tahap maximum.. Contoh la ye.. setiap badan manusia memang ada hormon thyroid ni. Tapi ada limit dalam darah. Tak boleh lebih dari 60. Contoh la.. Dan i punya dah 50. Means hampir reach limit. Gitu lah. Sebab tu i takde keluar apa-apa tanda atau symptom Thyroid langsung.. Tapi tiba-tiba biji mata besar sebelah. Ha... (padahal itu pun dikira symptom..haha)

Jom kenal sikit, apa tu Grave's Disease..
So far, i masih makan ubat yang doktor bagi.. Untuk bantu kawal hormon ni dari terlebih-lebih pulak kau nak keluar eh ah...eh ah.. eh apeni melalut. Sebenarnya i dulu memang tak suka ubat (eh sape yang suka memang pelik lah).. Tapi tulah, Allah nak uji.. Hambek, makan ubat thyroid ni seumur hidup. Sebab tu orang tua cakap, jangan benci sangat nanti lama-lama bersama. okeyh.! 3 malam tido dekat wad (Memang betul short vacay kan). Sumpah taknak wish sakit lagi. Huhuhu.. 

Doc cuba bagi ubat mata yang bantu kecilkan semula mata ni. tapi maksimum makan ubat ni cuma 6bulan sahaja dan kalau tak baik, doc kata REDHA .. sebab hormon ni dah ganggu besarkan bola mata kan. At the same time, ubat thyroid wajib ambil dan ianya seumur hidup sebab thyroid ni adalah hormon.. Jadi ia memang nakal dan kalau dah baik pun, tapi tinggalkan ada possibility untuk kena semula. Hormon kan.. I pun ada cuba buat perubatan Islam. Kita cuba yang termampu..

okeys.
Ini adalah hasil makan ubat selama 3minggu..
Alhamdulillah walaupun ada yang tegur lagi kenapa sebelah mata besar tapi it looks much more better than before kan.. Kita usaha lagi lah k..
Nampak tak, bila i pandang bawah mata sebelah ni macam tak pandang bawah. Macam terangkat.

Ada juga kawan-kawan yang i jumpa kat ig yang kena sakit ni.. Memang tak ramai yang kena graves disease ni, tapi Alhamdulillah teknologi sekarang ni, mudahkan kita berhubung dengan mereka yang lain.. Ini salah seorang pesakit yang buat i lebih yakin mata i akan baik sepenuhnya seperti asal..
untungnya dia kena dua belah mata jadi tak nampak sangat kan perbezaan.

Kesimpulannya, kalau rasa pelik-pelik sakit kat badan tu lebih dari 2 minggu, pegi la jumpa pakar. Sekian episod luahan perasaan 

'Aku si pesakit Hyperthyroidism dan Grave's Disease'

Short vacay la sangat. Tapi makanan hospital Gleneagles Medini sedap oi. Nurse semua baik. Oh dan my doctor, sangat-sangat baik dan membantu menerangkan pada i. I ni kan banyak sangat baca benda kat internet. Nanti i masuk lagi sini untuk bercuti k. Haha
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Assalamualaikum,
Hi korang.. sekarang i dah tak duduk Pontian. Kalau dulu, masa tinggal kat Pontian, almost every month akan hiking Gunung Pulai Johor nun sampai dah bosan. Hahaha.. So since dah pindah ke Gelang Patah ni, nak discover tempat baru pulak dan ternampak pulak kat instagram pasal

Menjejak Tasik Biru, Kangkar Pulai, Johor

Amaran : Kawasan disekitar tasik ni adalah kawasan private sebenarnya. Dan ada yang kata boleh masuk. Ada yang kata tak boleh. Apa pun, sebarang kemungkinan, saya takkan bertanggungjawab. 

First time ke sini, gunakan khidmat kawan yang pernah ke sini la. Sebab baca banyak sangat info pun, takut sesat jugak.. So, hiking kali ni ialah pada Hari Merdeka sebab semua cuti dan boleh la nak berkumpul. Hik..hik (ala manja nya cara gelak tuh). 

Kami memulakan pendakian kami pada jam 8.00pagi. Geng hiking kali ni cuma seramai 4 orang sahaja dan pendakian kami diketuai oleh Naqib selaku tuan badan yang pernah ke sini beberapa kali termenung nasib mengenangkan jodoh. Eh, melalut. Disebabkan ramai yang tanya dan PM tepi tanya macam mana i ke sini, maka lahirnya entry kepam dan malas khas untuk korang. Hehehe.. 

Nak ke sini, tak la susah mana rupanya cuma sebab ia adalah kawasan terlarang dan ianya sedikit tersorok di sebalik bukit. Meh i tunjuk 'tutorial' nak ke sini dulu. Untuk ke sini, boleh waze "Bandar Baru Kangkar Pulai"
Ha..dah betul la kat dalam ni..

Masuk dalam 200meter akan jumpa simpang mati. Eh tak, jalan terus je sampai jumpa simpang ini
Actually kat sini pun dah ramai yang dah parking. Boleh je park sini dan jalan kaki sedikit. Jadi kereta takde lah kotor sangat..Ok.. follow kereta ni sampai korang jumpa simpang berpalang ini,
Dari sini, korang akan melalui simpang ladang kelapa sawit dalam 100m sahaja sebelum jumpa simpang 3 dihadapannya. Jangan menggatal nak ke kanan sebab ke kanan adalah kawasan kuari.. Perhatikan tanda ini ya.
It's so important sebab kawasan kuari ni ada buat letupan kuari. So, diharapkan korang dapat menjauhkan diri dari kawasan ini sewaktu letupan sedang dijalankan.. Safety first ok.! Jalan terus sikit dalam 300m, korang akan nampak kawasan tanah merah ini. Kat sini pun dah banyak kereta park.. 

Update 25 Dec 2018 : 
Kat sini dah jadi laluan utama lori yang angkut tanah dan batu dari kawasan belakang tu ke kawasan kuari. Sila berhati-hati terutama kepada mereka yang park kenderaan di sini dan gunakan laluan ini. Faham jela lori ni besar. Sebarang kemalangan, jangan cakap i tak beritahu ye. Utamakan keselamatan diri dan harta benda dahulu.
Disinilah pengembaraan bermula.! ecewah
Lepas daripada titi kecik ni, akan ada 2 simpang ke kanan dan ke kiri.
Pilih ke kanan tau
Adalah trekking sikit. Hahaha masa ni i dah pikir, kalau laluan camni je, memang best...jimat tenaga.. Sekali...
Omak..!! mendaki. huhuhu.. hiking la sikit. I masa ni malas betul nak hiking sebab baru je balik hiking Bukit Kutu last week, so kononnya kali ni nak santai-santai.. hadap jela. Kata nak trek pendek kan..
Mujur ada tali yang disediakan.

Bila tengok balik catatan masa, yup.. dalam 8 minit mendaki trek pacak ni, dah sampai kat first checkpoint..
Ok, amik nafas jap sambil layan view. Subhanallah. Biru sangat airnya. Terbayang air pepsi biru tu.
Mengah ke cik kak oi? hahaha

Kami teruskan pendakian.. Ala, sikit je lagi, dalam 5 minit macam tu dah sampai checkpoint ke-2. Kat sini tarik nafas lagi. 
Memandangkan masa ke sini adalah Merdeka Day, geram pulak dengan Jalur Gemilang kat bahagian bawah tu. Target memang nak ke situ sebab view lebih cantik.. Tapi, nak ke sini akan ada 2 simpang di puncak. Sama ada nak melalui denai dan jalan jauh sepanjang 3 km (mengikut GPS jam i). Untuk jalan singkat, kita boleh ke kanan. Kalau nak melalui denai yang panjang tu, boleh terus.. Here's the map.
I pilih ke kanan untuk turun bukit dahulu. Nak cepat sampai.. Lega sikit.
Hati-hati cik kak..

And tadaa!!!! here we are.. Jom ambil gambar dengan bendera dibahagian bawah bukit..
Hiking sempena merdeka kan.

Total masa nak sampai sini dalam 15 minit sahaja.. Itu pace i la.. pace korang mesti lagi padu kan.. tapi bergambar kat sini, kemahin lama oi.. Hahaha.. 
Sila berhati-hati ye.. Cerun ni curam sangat. Dan diingatkan, tasik biru ni adalah kawasan tasik yang dalam..!! dalam ye.! Cerun ni pulak curam dan tinggi. Nak bergambar tu, hati-hati la.. takut tersilap step. Banyak betul ayat hati-hati i ni. Ok, hati-hati.! Mungkin sebab tu la kawasan ni masih jadi kawasan larangan dan bukan tempat perlancongan.. hmmmm,mungkin.

Masa nak balik, again Naqib tanya lagi.. nak trek jauh ke nak dekat. Haruslah pilih yang jauh pulak. Kalau trek dekat, boleh lalu trek tadi. Kiranya patah balik je laluan tadi. Sebab kali ni dah fikir burn kalori banyak sikit, jom balik ikut trek lain.. Trek kali ni keluar melalui jalan denai pulak.
Tadaaa.. jumpa kolam tadahan air SAJ. Ada ikan tau di sini. Tapi behati-hati. Jangan cemarkan pulak air sini
Tadi tasik biru. Kat sini hijau pulak.
Hampir melepak kat sini. hewhew.. balik la oi

Jalan lagi.. sambung perjalanan.. Dah lapar nasi ni. Sebab dah nak lunch time. Hehehe. So ikut je laluan yang ada, akan sampai ke kawasan mendaki.. Dah macam feeling masa i naik Pine Tree Hill pulak. Balik je, jumpa tangga. Cehh... Naik je la labu.

Bila dah sampai atas.. Pandang bawah balik.. ini view i naik tadi ye. hahaha.. tinggi la jugak
Tips nak hilang penat dan tak perasan kau dah daki jauh, masa daki pandang je kaki kau.. Pandang steps. Nanti tiba-tiba.. eh dah sampai ye. Di puncak ni pun akan ada 2 simpang. Kalau terus akan air terjun. Eh bukan la air terjun pun. Cuma air yang dari empangan tadi turun melalui culvert dan air tu macam turun bertingkat. Boleh la nak hilangkan penat berjalan kan. Kalau ke kiri, terus trekking hutan nak balik. Here's the map.
Trekking hutan dah mudah. Follow ikatan ni. Bukan ikatan pertunangan dan pernikahan. Eh melalut.
1 km trekking hutan, keluar sini.
Balik tu, turun balik yang kita daki tadi.
Happy nya muka nak balik. Banyak betul eh tenaga korang

Apa pun, tetap nak bagitau.. Tasik Biru Kangkar Pulai memang cantik. Rasa macam berada kat dunia lain. Eh, bukan dunia bunian. Bukan..bukan.. huhu. Jadi, selain dari Gunung Pulai, this place will be my every weekend outdoor session lah. Kalau agak-agak rindu bau hutan, ke sini la.. Dekat dengan rumah dah dan tak ambil masa lama untuk hiking. Plus, view pun cantik. Hehehe, Gunung Pulai dah jauh dari rumah dah.
"I go to nature to be soothed and healed, and to have my senses put in order", John Burroughs

Terima kasih sudi baca. Kalau nampak i ontrek kat mana-mana tegurlah.. i tak sombong.hehe

Level : Easy (4/10)
Happy hiking. Jaga kecantikan alam dan jaga keselamatan diri.
Meh nak tegur :
Semasa hiking, walaupun korang gunakan trek pendek pun, sila pakai pakaian yang sesuai. Nama pun hiking diknon oi. Jangan la pakai selipar atau skirt. Itu sajo.

Toodles~
Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
Newer Posts
Older Posts

Total Pageviews

About me

|Malaysia Lifestyle Blogger|

About Me
Hello, my name is Miera Hassan. I'm an Engineer who love's to blog about lifestyle, food, travel and personal stuff. It's my journey to find my voice as well as to find myself, i want to share my story of experience.
Looking forward for any collaborations and reviews. I can easily be reached by email :
nmierahassan@gmail.com

Followers

Follow Me

  • Facebook
  • Instagram
  • Google+
  • Pinterest
  • Bloglovin'
  • Twitter

Press

Majalah Remaja (2011)

Labels

My Story Info love Random uitm study friends Tips Cantik myfitness review other blogger family Tips Sihat foodhunter review beauty travel Events review makan Achievement Engineers travelog misi jelajah indonesia resepi masak Business Hyperthyroid

Popular Posts

  • Resepi Spaghetti yang Ringkas dan Sedap
    Hai everyone! *lambai tangan Hehe.. tiba-tiba nak bagi resepi spaghetti kan..sebab spaghetti ni kan, salah satu daripada jenis makana...
  • Tips Bercuti ke Bandung
    Hai.. Assalamualaikum semua..  ** lambaian tanda ramah. Jadi.. I baru je pulang dari bercuti dari Bandung.. and apa yang I boleh ri...
  • Kerjaya Saya - Bridge Engineer
    Assalamualaikum.! Oke Hai.. Berasa sangat terpanggil untuk bercakap mengenai kerjaya sekarang di blog sendiri sebab nak mengenang, macam ...
  • 5 Don't When You're Sleeping
    Assalamualaikum.! ehem.. *konon sakit tekak I got this from my friend in facebook.. the 5 Don't When You're (ehem.. i mean, We&#...
  • Kurus dengan Detox Water
    Assalamualaikum.. hi everyone..!! sekarang memang tengah famous pasal detox water ni. Haha.. sampaikan Miera pun dah mula terikut buat s...

recent posts

Blog Archive

  • ►  2019 (22)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ▼  2018 (8)
    • ▼  November (2)
      • Mencuba Kari Kambing 40 Hari, Johor
      • Disahkan Mengidap Grave's Disease, Hyperthyroid
    • ►  September (1)
      • Menjejak Tasik Biru, Kangkar Pulai Johor
    • ►  August (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2017 (69)
    • ►  December (2)
    • ►  November (8)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (11)
    • ►  June (17)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2015 (15)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
  • ►  2014 (10)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  March (2)
  • ►  2013 (10)
    • ►  July (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2012 (32)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (4)
    • ►  January (5)
  • ►  2011 (35)
    • ►  December (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
All Comments
Atom
All Comments

NEWSLETTER

Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose