Parking jimat ke KLIA dan KLIA 2


Hai korang..
Inilah entry yang dibawakan khas dari I untuk traveller yang tak tau cara jimat nak parking untuk ke KLIA / KLIA 2. Dah beberapa kali ke KLIA 2 pun lupa nak update. T_T

Kita ni kalau travel bukannya pergi sehari dua. Mesti berhari-hari. Lepas tu gelabah la nak cari solution macam mana cara nak ke KLIA / KLIA 2 kan. Nak minta tolong orang hantarkan, kau amik tiket promo Air Asia yang tarikh tu rupanya masa orang berkerja. 1 thing dah susahkan orang pulak nantikan. Antara cara lain, kau parking kat tempat parking KLIA 2 je. Tapi, tidak jimat disitu pulak sebab harga parking di KLIA 2 tu RM 46 untuk sehari untuk 3 hari yang pertama dan RM 20 sehari berikutnya.


Well, still think that it is too pricey for you? Fret not! Here’s another option for you.

Untuk mendapatkan parking yang jimat dan murah, biasanya I akan park kereta I di Park N Ride, Putrajaya Sentral sebelum ke KLIA 2. Parking di Putrajaya Sentral ni pula berbumbung. Ada 1700 petak parking dan ia ada 3 level. Parking rate di Putrajaya sentral pun tak mahal. Masa I ke Padang, Indonesia baru-baru ni, untuk 4 hari 3 malam, kereta I cuma perlu bayar RM20 sahaja. Murahkan.!! Ini rate parking di Putrajaya Sentral 

So kiranya kalau 1 hari park tu RM6 jela. 

Had limit park kereta di sini adalah 14 hari. I tak tahu bagai mana pengiraan sekiranya kita park melebihi 14 hari. Mungkin secara manual. Tapi kalau nak park lebih dari 14hari, informlah pada pegawai bertugas di sana. 

Daripada Putrajaya Sentral ke KLIA,  boleh naik ERL yang stesen nya cuma sebelah je daripada car park tu. Gunakan laluan berbumbung yang bersambung di aras 3 and wallah, dah sampai ke KLIA Transit. (easy..easy..easy). 



Ini harga tiket untuk ke KLIA / KLIA 2 menggunakan ERL.


 Masa perjalanan dari Putrajaya Sentral ke KLIA 2 cuma 20minit sahaja dan ada 2 stesen sahaja sebelum sampai ke KLIA 2 iaitu Salak Tinggi dan stesen KLIA .


Untuk jadual perjalanan, sila ke SINI
Stesen KLIA Transit ni betul-betul terletak di dalam KLIA2 di aras Mall. Sampai je, boleh terus naik escalator dan ke balai berlepas. Mudah dan jimat masa.. Bab parking pula, dah jimat kan. hehe


Ok.. Happy holiday uols. Semoga tips ini membantu.
Oh ya.. you're welcome.

xoxo


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...