Kucing Suka Berak Depan Rumah


Topik ni ditulis bukan sebab I tak suka kucing.. bukan..bukan..
Sebab I sendiri pun bela kucing (Mr.Ogoshi dirumah).. Tapi since I mula pindah kat rumah sewa, masalah I hadapi ialah..

Kucing jiran membuang air depan pintu rumah


Ok. Memang masalah besar.! Bukan air kecik je.. Air besar pun ada. OMG!!
besar sangat dah masalah ni. So un-ladylike. 
Mungkin masalah ni nampak remeh bagi sesetengah orang. Yela, kucing ni, kita tak boleh nak kawal bontot dia nak berak kat mana kan. Tapi masalahnya, kalau dah setiap hari. Balik kerja je nak masuk rumah, stress nak!! Kalau tak cuci, baunya menekup hidung. Terpaksa cuci. Nasiblah belum ada anak, jadi sebelum ngadap punggung anak, hadap la ini dulu.. wuwuwu. 

Dah cuba tips taknak bagi kucing kembali berak depan rumah? - tanya netizen.

So far, yang I pernah try tak menjadi lagi. I pernah cuba, lepas cuci je tetahiks tu, tabur serbuk cili dan serbuk kari. Tak menjadi! masih lagi ada tetahiks tu esok lusanya.
Lepastu, I try tabur lada hitam yang ditumbuk dikawasan bekas tetahiks. Esok lusanya ada lagi. Baiklah, sungguh degil.
Adik bagi tips lain, lepas cuci, siram dengan air panas supaya bau bekas tetahiks takde dan kucing tak dapat bau lagi. This one pun tak jadi..! ok fine.
And.. paling femes, letak botol air jernih depan rumah. Konon-konon kucing nanti nampak  pantulan muka dia, lepas tu shy-shy cat dan tak jadi nak melabur. Ini tak berkesan jugak. 

Nampak tak, banyak jugak tips dah cuba.. Belum berkesan. Tapi.. 1hari, idea ni datang menerpa.
*ting* idea menerpa kotak pikiran. *ting* bunyik roti dah keluar toaster untuk sarapan. 

Cuci bekas tetahik / najis kucing dengan sabun basuh kain. Lepas tu mop atau bilas semula dengan air cuka.

haa.!! seriously.. belum ada tanda-tanda kucing akan kembali membuang didepan pintu rumah setelah I mencuba tips ni. Hehehe.. Kenapa cuba tips ni? Sebab I ada terbaca dalam 1 blog. Bunyinya begini..

Air kencing kucing mengandungi Urea, Urobilin, Uric asid, Sodium, Elektrolit, Creatinie, Pheromones dan lima jenis bakteria. Wahh! bahasa sains gitu. Jadi nak cuci najis kucing perlulah menggunkan pencuci yang ada enzim supaya komponen-komponen dalam air kecing kucing dapat hilang. Bukan  pencuci yang mengandungi ammonia. Sebab kalau dengan ammonia, ia akan mengaktifkan lagi bau. Sebab tu, kucing akan datang semula selepas tanda kawasan dia. 
Ecewah!! Terms sains akak bagi ni. Eh, baca elok-elok.

Jadi.. Kalau tengok pada pencuci kain kita, atau dengar iklan pencuci kain tu, dorang suka mention 'mengadungi co-enzim' apekejadah tu kan.. Sebab tu I cuba cuci dengan sabun pencuci kain. Selepas tu, baru I akan tuang cuka.. renjis-renjiskan sikit kat kawasan tu supaya bau tu akan natural. Jadi..begitulah tips macam mana nak elak kucing dari berak atau kencing semula di kawasan rumah kita yang I dah cuba.

pegilah cuba, try, test.!

Good Luck!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...