Langkah Bendul

by - Saturday, December 09, 2017

Assalamualaikum w.b.t

10.35 p.m. I know i should be sleeping right now, since i dah lama tak dapat tidur yang lena sebab teramat bizi kerja kan.. wuwuwu.! eh malam masih muda la. Tapi esok hiking wei!! well..

Anyway,

recently alhamdulillah, my lil sis dah berkahwin dengan kasih sayang dia dan dua dua pun dah berPDA secara halal. muahahhaa! So disebabkan my only lil sis ni dah kawin, ramai pulak yang menyibuk nak tanya "u bila lagi migha mercedes oi" (amboi) - doakan la jodoh untuk i. hikhik

Bila adik yang dah kawin dulu sebelum kakaknya, inilah yang dipanggil langkah bendul dalam perumpamaan melayu. Kiranya i ni bendul la ye.. T_T
Well, bila dah kata langkah bendul ni, mesti akan ramai tanya.. "dapat hadiah langkah bendul apa?" (wahwah..) Dapat kereta sebijik la.. rumah 2 bijik. Gituww.. hehe

Mengikut sumber di SINI
langkah bendul itu maksudnya ‘melangkau aturan, atau memotong susunan/giliran’ (bendul itu juga lambang bagi aturan). Jadi, mengikut susunan, sepatutnya yang tua berkahwin dulu. Adik berkahwin dulu adalah sesuatu yang menyentuh perasaan bagi sesetengah kakak. Yalah, terpaksa menjawab soalan bertalu-talu orang lain “Bila nak kahwin? Adik sudah” – dan bermacam lagi yang ditanggung. Maka diadakan satu bentuk aturan kebiasaan (adat resam), iaitu adik berilah hadiah kepada kakak sebagai tanda penghormatan.

Itu menurut maksud adat la.. i tak tau la kan. Tapi 1 thing yang i setuju ialah bab menyentuh perasaan kakak. Hmm.. takdelah i nak cakap i ni terasa bila orang tanya i bila nak kawin. Sebab i suka je bila orang tanya macam tu, i boleh selit mintak orang doakan yang baik-baik untuk i. hehe..
Cumanya yang menyentuh perasaan tu sebab i dengan adik i, sangat rapat. We travel together, we lepak together, eat together, (dia pencuri baju i) and everything together.. Bila i dapat tau my sis dah nak kawin, i rasa sedih yang teramat. TERAMAT.. macam dia akan jauh dari i. Macam-macam i fikir. She's my twinnie walaupun berbeza umur. Tapi kami banyak persamaan. Paham tak sedih tu macam mana.? huhu..
And yes.. memang la hadiah tu tak boleh gantikan perasaan ni. Tapi sekurangnya, i rasa happy sebab ada yang sudi bagi i hadiah. Hehehe.. Jadi, daripada i rasa terpaksa melepaskan adik i.. terus i rasa redha. Macam mata duitan kan, dah kena sogok hadiah baru nak bagi. Wakakaka.. Bukan gitu la. Ia adalah semacam perasaan, happy. hahahaha. ok la.. Well, kita tak boleh nak jadi selfish kan. Setiap orang ada kebahagian dia tersediri. Macam tula.. jangan la labelkan i ni kakak yang pentingkan diri dan pentingkan kebendaan pulak. Amboi mulut.

Sekian. Doakan yang baik-baik untuk i keyh.. Mekasih =P

You May Also Like

10 comments

  1. i pun sma..adik i pun dah langkah bendul..doakan untuk i gak..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn.. semoga ada jodoh terbaik untuk kita

      Delete
  2. Miera,
    Akak dulu pun dilangkah bendul juga. Memang sedih sebab rapat sgt ngan Adik.
    Tapi Insha Allah, jodoh kan rahsia Allah. Miera akan dapat yang terbaik Allah janjikan.
    Insha Allah.

    ReplyDelete
  3. I feel u.. ai pun rapat sangat dengan lil sister. Bila dia kahwin dulu terasa gak lah kehilangan. huhuhu

    ReplyDelete
  4. Sis pun sedih bila adik-beradik kawen terasa macam diaorang akan diambil orang lain apatah lagi Miera yang rapat dengan adik.. Sis doakan semoga Miera dapat jodoh yang sepadan dan terbaik untuk Miera..

    ReplyDelete
  5. Insha Allah si kakak pun akan dapat kahwin juga tak lama lagi. Fikirkan yang baik-baik nanti dapat suami baik.

    ReplyDelete
  6. amin...terima kasih atas semua doa yang baik-baik..

    ReplyDelete
  7. muka sama kot.in shaa ALLAH nnti kak miera pulak kawen. Jodoh tengah sesat tu.

    ReplyDelete