So, i thought i should blog about this hiking activities because i already spammed so much of the photos on my instagram. =P
Tapi tetap nak tulis kat blog. Senang nak bagi panduan pada yang lain. Misi kali ni (kemain) untuk menawan 2 puncak terus. So kali ni, team Puncak Hikers jalankan misi
HIKING PINE TREE HILL & TWIN PEAK
Beria dorang ajak i.. Asalnya i taknak join sebab i nak gerak ke Johor hari Isnin, tapi memandangkan ini mungkin misi terakhir i sebelum ke Johor, so gagahkan diri jugak dengan harapan kaki tak jem. Haha. Ok enough dengan segala mala karutan. Kemain intro nya woi. Ni kalau exam karangan ni, cikgu dah bebel dah. Ok. Stop. Off topic meta deh. Hahaha
Ok, sebelum mulakan bercerita, meh nak bagi mukadimah. Untuk trekking ke Pine Tree Hill ni perlukan permit ye. Pine Tree ni dibawah authority Pejabat Hutan Daerah Raub. Dah banyak kes orang kena halau sebab main redah je.
Ok, sebelum mulakan bercerita, meh nak bagi mukadimah. Untuk trekking ke Pine Tree Hill ni perlukan permit ye. Pine Tree ni dibawah authority Pejabat Hutan Daerah Raub. Dah banyak kes orang kena halau sebab main redah je.
Di sebabkan perjalanan nak naik ke Bukit Fraser tu berliku-liku dan takut ada yang tak larat dan pening masa pendakian, kami semua decide untuk bermalam je di Homestay Fraser Hill. Sebab nak mula hiking awal pagi. Jadi kalau gerak awal pagi sangat takut ada team yang tak cukup rehat. Dapatlah tido lena dengan sejuk dan 4 bantal. hehehe..
Kami memulakan pendakian selewat 8.30 pagi melalui Pine Tree trail. Sebenarnya ada beberapa trail tapi trail Pine Tree ni yang paling femes la. Memandangkan kami tak pernah ke sini lagi, jadi nak ke trail ni kami ke Rumah Api dulu dan ambil peta Frasel Hill. So, Pine Tree Trail ni terletak di sebelah TM Resort. Nak mudah, waze la dulu siap-siap TM Resort tu.

Kat depan trail ni, ada seorang uncle dah tunggu. Tapi dia bukan nak check permit pun. Uncle ni memang tunggu hikers smpai untuk beri briefing tentang kesedaran mengekalkan kelestarian alam.. hehe maknanya please keep clean.. dan please jangan buang sampah merata-rata dalam hutan. Kalau ada nampak sampah tu, sambil hiking sambil kutip la sampah tu sekali. Baiklah uncle. Tq. hehe..

Permulaan trek memang landai. Macam jungle trekking je. Trek pun jelas. Laluan terus je. Masa ni siap boleh berborak pasal next mission lagi. Lepas beberapa minit layan trek landai, dah mula layan trek menurun.. tangga.. dan menurun lagi. Wei, masak la nak balik nanti. Hahaha.. Trek mendatar hanya dlm 15% sahaja ..lain lain menuruni tangga memanjat tangga..panjat akar menyusuri akar..terjun sikit dan sebagainya..
1jam 30 minit layan trek turun naik akan jumpa checkpoint gua akar. Sebenarnya ni cuma akar pokok je tapi ia membentuk gua. Ni kira checkpoint pertama la.. Kat sini kemain amik masa gak nak bergambar. Hahaha.. Lupa pulak, perjalanan jauh lagi. =P
Selepas Gua Akar, perjalanan di teruskan dengan trek mendaki dan menurun. Mostly selepas Gua Akar memang trek mendaki jela yang banyak tapi takdelah pacak mana pun. hehe. Tapi tetap kejam. huhu.. Masa kami hiking ni, jumpa ramai hikers dari Puncak Alam. Ada 2 team (Team LOPA dan Team Tagar). Kiranya team kami, Puncak Hikers ni team yang ketiga la dari Puncak Alam. Hehe.. jumpa orang kampung dalam hutan pulak.





Habislah nak balik nanti. Kena panjat pulak. huhu

Masa daki ni sebenarnya i dah gayat sebab i terpandang bawah. Nasib baik ada kawan lain yang bantu navigate i.. Nak pijak mana.. Penting sebenarnya bantuan dari kawan ni sebab kita tak nampak apa yang kita tengah pijak kan.. Pegang tali kuat-kuat. Dah la i hiking dengan kasut running. Tapak tak sesuai, lepastu licin dengan lumut. I tergelincir. Tapi mujur jugak sempat berpaut pada tali. huhuhu..masa ni dah takut wei. Geng yang kat bawah dah terjerit. Mujur selamat. Hahaha.. Pastikan pakai gloves. Supaya tangan tak licin nak pegang tali tu.

Cerun pacak ni tak delah panjang pun. Dalam 10meter dah sampai puncak Pine Tree.

Perjalanan ke Twin Peak perlu disegerakan. Risau sebab nampak macam nak hujan.. Kami melalui denai berbatu yang licin. I kena peka lebih dan berhati-hati.. Risiko tergelincir memang tinggi. Nasib baik bawak stick. Boleh la jalan sambil pacak ke tanah. Huhuhu.
Mendaki dan terus mendaki..akhirnya dengan pace yg konsisten kami sampai di Twin Peak dlm masa 45 minit...
Total masa pendakian kami sampai ke Twin Peak = 3 jam setengah. Lari setengah jam lewat dari target kami 3jam sebab banyak berhenti dan bergambar. Hehehe. Kawasan di Twin Peak ni tak besar mana pun. Memang tak sesuai untuk camping. Rehat la sekejap. Memandangkan team kami je yang ada masa ni, jadi kami ambil peluang untuk bergambar.
View di Twin Peak lebih cantik dari di Puncak Pine Tree. Cumanya kawasan tu lapang sedikit, jadi akan panas la. Tapi masa kami sampai, tengah mendung. Sejuk je kat atas masa ni. Hahaha.. lagila risau nak hujan ni. Kena cepat turun. Kalau tak, susahlah nak turun dengan kasut licin dan kawasan yang pacak tu. Bahaya.






Alhamdulillah dengan izin Allah semua keluar dengan selamat.. Walaupun ada ahli yang tercedera namun dgn semangat yg tinggi, kami berjaya keluar sebelum gelap. Total jarak perjalanan misi kali ni, 12km. Kalau ikut berat badan i, total kalori burn 3500kcal. Banyakkan. Hahaha.. sebab tu balik macam hilang tenaga sekejap.
Alhamdulillah misi Pine Tree dan Twin Peak selesai.. tahniah Puncak Hikers..👍👍👍
Next misi kemana pulak ye? Ada idea? hehe.. share la di komen.
Take nothing but pictures,
Next misi kemana pulak ye? Ada idea? hehe.. share la di komen.


Sekadar cadangan.. It's better kalau selepas hiking uols bermalam di mana-mana homestay di sini. Sebab kemungkinan keluar trek pada waktu malam adalah sangat tinggi. Kalau dah penat sangat, nak drive pun susah kan. Dengan bau badan yang hancus lagi. Hahaha.. Cuma cadangan.
Take nothing but pictures,
Leave nothing but footsteps.
Level : Moderate to Challenging (7/10)
Happy Exploring!
24 comments
Bestnya tengok hiking gitu.. Tak pernah try lagi
ReplyDeletejom la join sama lepasni yunk.. best
DeleteBestnya! One fine day bila anak dah boleh tinggal, akak nak try hiking pula
ReplyDeletetakpe..nanti anak dah besar sikit boleh ajak dia sama2 hiking
Deletesyioknye buat aktiviti gini
ReplyDeletesyok sebab burn banyak kalori. hehe
Deletedulu suka giler hiking2 ni..sekrg tunggu anak besarla
ReplyDeletetakpe..anak dah besar boleh ajak sama-sama. hehe
Deleteseronok kalau lepas penat hiking boleh tgk pemandangan lawa mcm tu
ReplyDeletebetul..dengan sejuknya.. rasa berbaloi
DeleteTak pernah hiking tapi suka tengok orang post gambar hiking..
ReplyDeleteThanks Miera for sharing this story..
ok sis.. ada masa, boleh kite pergi sesama... untuk merasa. pergi kat bukit je pun ok sis
Deletepine tree ni pn org kata best. power la kak mieraaa.
ReplyDeletebest...banyak kali pewai jugak ni.. nnti kecik boleh la ke sini.
DeleteKalau saja-saja jalan 5.5 km kat jalan rata pun dah penat inikan pula jalan naik turun 5.5 km dalam hutan. Hebat!
ReplyDeletehehe.. thanks
Deleteseronoknya..lama dah tak hiking..
ReplyDeleteSeronoknya dpt hiking.. entah bila la mampu buat mcm ni.
ReplyDeleteHi, boleh share nama home stay yang you duduk tu? Terima kasih
ReplyDeletehai..sori dah tak ingat.. mungkin boleh gugel je.. insyaAllah ada banyak pilihan
Deletebagaimana cara prosedur nak naik pine tree ni? bole kongsikan detail A-Z tak? hehe
ReplyDeletesori.. sy follow je gogo team saya yang uruskan..hehe
DeleteSalam..nak tanya, hike PT & TP ni kan apply permit dari jabatan Perhutanan Raub kan, then hike sndiri2 dgn kwn atau ade guide/ranjer kat situ?
ReplyDeleteWasalam,
DeleteYup apply permit situ.. Then hike sndiri.. takde guide/renjer unless kalau awak amik guide sndiri.