Miera Hassan. Powered by Blogger.
  • Home
  • About Me
  • Personal
    • Fitness Lifestyle
    • Hyperthyroid
    • Personal
  • Career
    • Engineer's Life
    • Tips
    • Others
  • Outdoors
    • Sg Chiling
    • Gua Batu Maloi
    • 6th Mile Tunnel
    • G.Nuang via Pangsun (1st Time)
    • G.Nuang via Janda Baik
    • Denai 3 Puteri
    • Bukit Apek
    • Sg Lopo
    • Pine Tree Hill
    • G.Pulai Johor
    • Bukit Kutu
    • Tasik Biru Kangkar Pulai
    • 1st Viper Challenge Sepang
    • White Water Rafting and Waterfall Abseiling
  • Cycling
    • Folding Bike
  • Travel
    • Travelogue
    • Others
  • Recipe
  • Review
    • Food
    • Beauty
    • Books
    • Others
  • Contact
  • Sitemap
Google+ Facebook Instagram Pinterest Twitter

Miera Hassan

Lifestyle | Review | Events | Food | Travel | Beauty

Assalamualaikum w.b.t

10.35 p.m. I know i should be sleeping right now, since i dah lama tak dapat tidur yang lena sebab teramat bizi kerja kan.. wuwuwu.! eh malam masih muda la. Tapi esok hiking wei!! well..

Anyway,

recently alhamdulillah, my lil sis dah berkahwin dengan kasih sayang dia dan dua dua pun dah berPDA secara halal. muahahhaa! So disebabkan my only lil sis ni dah kawin, ramai pulak yang menyibuk nak tanya "u bila lagi migha mercedes oi" (amboi) - doakan la jodoh untuk i. hikhik

Bila adik yang dah kawin dulu sebelum kakaknya, inilah yang dipanggil langkah bendul dalam perumpamaan melayu. Kiranya i ni bendul la ye.. T_T
Well, bila dah kata langkah bendul ni, mesti akan ramai tanya.. "dapat hadiah langkah bendul apa?" (wahwah..) Dapat kereta sebijik la.. rumah 2 bijik. Gituww.. hehe

Mengikut sumber di SINI, 
langkah bendul itu maksudnya ‘melangkau aturan, atau memotong susunan/giliran’ (bendul itu juga lambang bagi aturan). Jadi, mengikut susunan, sepatutnya yang tua berkahwin dulu. Adik berkahwin dulu adalah sesuatu yang menyentuh perasaan bagi sesetengah kakak. Yalah, terpaksa menjawab soalan bertalu-talu orang lain “Bila nak kahwin? Adik sudah” – dan bermacam lagi yang ditanggung. Maka diadakan satu bentuk aturan kebiasaan (adat resam), iaitu adik berilah hadiah kepada kakak sebagai tanda penghormatan.

Itu menurut maksud adat la.. i tak tau la kan. Tapi 1 thing yang i setuju ialah bab menyentuh perasaan kakak. Hmm.. takdelah i nak cakap i ni terasa bila orang tanya i bila nak kawin. Sebab i suka je bila orang tanya macam tu, i boleh selit mintak orang doakan yang baik-baik untuk i. hehe..
Cumanya yang menyentuh perasaan tu sebab i dengan adik i, sangat rapat. We travel together, we lepak together, eat together, (dia pencuri baju i) and everything together.. Bila i dapat tau my sis dah nak kawin, i rasa sedih yang teramat. TERAMAT.. macam dia akan jauh dari i. Macam-macam i fikir. She's my twinnie walaupun berbeza umur. Tapi kami banyak persamaan. Paham tak sedih tu macam mana.? huhu..
And yes.. memang la hadiah tu tak boleh gantikan perasaan ni. Tapi sekurangnya, i rasa happy sebab ada yang sudi bagi i hadiah. Hehehe.. Jadi, daripada i rasa terpaksa melepaskan adik i.. terus i rasa redha. Macam mata duitan kan, dah kena sogok hadiah baru nak bagi. Wakakaka.. Bukan gitu la. Ia adalah semacam perasaan, happy. hahahaha. ok la.. Well, kita tak boleh nak jadi selfish kan. Setiap orang ada kebahagian dia tersediri. Macam tula.. jangan la labelkan i ni kakak yang pentingkan diri dan pentingkan kebendaan pulak. Amboi mulut.

Sekian. Doakan yang baik-baik untuk i keyh.. Mekasih =P
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
So, i thought i should blog about this hiking activities because i already spammed so much of the photos on my instagram. =P

Tapi tetap nak tulis kat blog. Senang nak bagi panduan pada yang lain. Misi kali ni (kemain) untuk menawan 2 puncak terus. So kali ni, team Puncak Hikers jalankan misi

HIKING PINE TREE HILL & TWIN PEAK

Beria dorang ajak i.. Asalnya i taknak join sebab i nak gerak ke Johor hari Isnin, tapi memandangkan ini mungkin misi terakhir i sebelum ke Johor, so gagahkan diri jugak dengan harapan kaki tak jem. Haha. Ok enough dengan segala mala karutan. Kemain intro nya woi. Ni kalau exam karangan ni, cikgu dah bebel dah. Ok. Stop. Off topic meta deh. Hahaha

Ok, sebelum mulakan bercerita, meh nak bagi mukadimah. Untuk trekking ke Pine Tree Hill ni perlukan permit ye. Pine Tree ni dibawah authority Pejabat Hutan Daerah Raub. Dah banyak kes orang kena halau sebab main redah je. 

Di sebabkan perjalanan nak naik ke Bukit Fraser tu berliku-liku dan takut ada yang tak larat dan pening masa pendakian, kami semua decide untuk bermalam je di Homestay Fraser Hill. Sebab nak mula hiking awal pagi. Jadi kalau gerak awal pagi sangat takut ada team yang tak cukup rehat. Dapatlah tido lena dengan sejuk dan 4 bantal. hehehe..

Kami memulakan pendakian selewat 8.30 pagi melalui Pine Tree trail. Sebenarnya ada beberapa trail tapi trail Pine Tree ni yang paling femes la. Memandangkan kami tak pernah ke sini lagi, jadi nak ke trail ni kami ke Rumah Api dulu dan ambil peta Frasel Hill. So, Pine Tree Trail ni terletak di sebelah TM Resort. Nak mudah, waze la dulu siap-siap TM Resort tu.
Kat depan trail ni, ada seorang uncle dah tunggu. Tapi dia bukan nak check permit pun. Uncle ni memang tunggu hikers smpai untuk beri briefing tentang kesedaran mengekalkan kelestarian alam.. hehe maknanya please keep clean.. dan please jangan buang sampah merata-rata dalam hutan. Kalau ada nampak sampah tu, sambil hiking sambil kutip la sampah tu sekali. Baiklah uncle. Tq. hehe..
Permulaan trek memang landai. Macam jungle trekking je. Trek pun jelas. Laluan terus je. Masa ni siap boleh berborak pasal next mission lagi. Lepas beberapa minit layan trek landai, dah mula layan trek menurun.. tangga.. dan menurun lagi. Wei, masak la nak balik nanti. Hahaha.. Trek mendatar hanya dlm 15% sahaja ..lain lain menuruni tangga memanjat tangga..panjat akar menyusuri akar..terjun sikit dan sebagainya..
1jam 30 minit layan trek turun naik akan jumpa checkpoint gua akar. Sebenarnya ni cuma akar pokok je tapi ia membentuk gua. Ni kira checkpoint pertama la.. Kat sini kemain amik masa gak nak bergambar. Hahaha.. Lupa pulak, perjalanan jauh lagi. =P
Selepas Gua Akar, perjalanan di teruskan dengan trek mendaki dan menurun. Mostly selepas Gua Akar memang trek mendaki jela yang banyak tapi takdelah pacak mana pun. hehe. Tapi tetap kejam. huhu.. Masa kami hiking ni, jumpa ramai hikers dari Puncak Alam. Ada 2 team (Team LOPA dan Team Tagar). Kiranya team kami, Puncak Hikers ni team yang ketiga la dari Puncak Alam. Hehe.. jumpa orang kampung dalam hutan pulak.


Habislah nak balik nanti. Kena panjat pulak. huhu

Akhirnya.. ini yang di cari. Selepas sejam setengah, akan nampak cerun kegemaran hikers. The 80 degree cerun. Hahaha.. Jangan nak mengeluh ye bila nampak cerun ni. Sebab memang ini cabaran yang di cari bila hiking pine tree kan. Tapi sebab ramai yang turun, jadi kami kena tunggu dulu turn sebelum naik. Boleh la nak lepas lelah sekejap. 
Masa daki ni sebenarnya i dah gayat sebab i terpandang bawah. Nasib baik ada kawan lain yang bantu navigate i.. Nak pijak mana.. Penting sebenarnya bantuan dari kawan ni sebab kita tak nampak apa yang kita tengah pijak kan.. Pegang tali kuat-kuat. Dah la i hiking dengan kasut running. Tapak tak sesuai, lepastu licin dengan lumut. I tergelincir. Tapi mujur jugak sempat berpaut pada tali. huhuhu..masa ni dah takut wei. Geng yang kat bawah dah terjerit. Mujur selamat. Hahaha..  Pastikan pakai gloves. Supaya tangan tak licin nak pegang tali tu.
Cerun pacak ni tak delah panjang pun. Dalam 10meter dah sampai puncak Pine Tree. 
Kat puncak Pine Tree ni, bergambar kenangan sekejap dan teruskan ke misi Twin Peak. Mulanya i memang taknak teruskan sebab i dah risau dengan keadaan kasut ni. Dah la jalan licin dengan lumut. Lepastu berlopak. Memang paling risau bab kasut. Padan muka kan. Tapi sebab tengok team Puncak Hikers semua bersemangat nak tawan Twin Peak, rasa rugi pulak kalau tak join. Bukannya selalu pun kan. So, teruskan perjalanan ke Twin Peak selama 45minit.

Perjalanan ke Twin Peak perlu disegerakan. Risau sebab nampak macam nak hujan.. Kami melalui denai berbatu yang licin. I kena peka lebih dan berhati-hati.. Risiko tergelincir memang tinggi. Nasib baik bawak stick. Boleh la jalan sambil pacak ke tanah. Huhuhu.
Mendaki dan terus mendaki..akhirnya dengan pace yg konsisten kami sampai di Twin Peak dlm masa 45 minit...
Total masa pendakian kami sampai ke Twin Peak = 3 jam setengah. Lari setengah jam lewat dari target kami 3jam sebab banyak berhenti dan bergambar. Hehehe. Kawasan di Twin Peak ni tak besar mana pun. Memang tak sesuai untuk camping. Rehat la sekejap. Memandangkan team kami je yang ada masa ni, jadi kami ambil peluang untuk bergambar.
View di Twin Peak lebih cantik dari di Puncak Pine Tree. Cumanya kawasan tu lapang sedikit, jadi akan panas la. Tapi masa kami sampai, tengah mendung. Sejuk je kat atas masa ni. Hahaha.. lagila risau nak hujan ni. Kena cepat turun. Kalau tak, susahlah nak turun dengan kasut licin dan kawasan yang pacak tu. Bahaya.
Trek balik memang menguji mental.. dalam fikiran asyik cakap, bila nak sampai ni.. Jauhnya rasa. Sebabkan masa pergi tadi banyak menurun, bila balik, mendaki jela. Tangga tak habis-habis!! Jalan depan sikit, ada tangga. Jalan sikit kawasan landai, ada tangga lagi. Hahaha.. Panjat la slow-slow..
Memang jauh rasanya. 5.5km jalan kaki. Masa balik, air memang tak cukup. 3Litre air i bawak, habis sebelum selamat sampai ke pintu masuk. Kalau masa pergi ambil masa 3jam setengah. Balik mencabar sampai 5 jam. Pace i memang slow masa balik. First team dah kedepan sebab kena kejarkan masa untuk check out homestay. Hahaha. I balik dengan pace slow sambil menemani Kak Ina yang dah injured terseliuh. Team lagi 1 tu, dah selamat keluar pada jam 4.30pm. I keluar jam 6.00pm.

Alhamdulillah dengan izin Allah semua keluar dengan selamat.. Walaupun ada ahli yang tercedera namun dgn semangat yg tinggi, kami berjaya keluar sebelum gelap. Total jarak perjalanan misi kali ni, 12km. Kalau ikut berat badan i, total kalori burn 3500kcal. Banyakkan. Hahaha.. sebab tu balik macam hilang tenaga sekejap.

Alhamdulillah misi Pine Tree dan Twin Peak selesai.. tahniah Puncak Hikers..👍👍👍
Next misi kemana pulak ye? Ada idea? hehe.. share la di komen.
Sekadar cadangan.. It's better kalau selepas hiking uols bermalam di mana-mana homestay di sini. Sebab kemungkinan keluar trek pada waktu malam adalah sangat tinggi. Kalau dah penat sangat, nak drive pun susah kan. Dengan bau badan yang hancus lagi. Hahaha.. Cuma cadangan. 

Take nothing but pictures,
Leave nothing but footsteps.

Level : Moderate to Challenging (7/10)
Happy Exploring!
Share
Tweet
Pin
Share
24 comments
Newer Posts
Older Posts

Total Pageviews

About me

|Malaysia Lifestyle Blogger|

About Me
Hello, my name is Miera Hassan. I'm an Engineer who love's to blog about lifestyle, food, travel and personal stuff. It's my journey to find my voice as well as to find myself, i want to share my story of experience.
Looking forward for any collaborations and reviews. I can easily be reached by email :
nmierahassan@gmail.com

Followers

Follow Me

  • Facebook
  • Instagram
  • Google+
  • Pinterest
  • Bloglovin'
  • Twitter

Press

Majalah Remaja (2011)

Labels

My Story Info love Random uitm study friends Tips Cantik myfitness review other blogger family Tips Sihat foodhunter review beauty travel Events review makan travelog Achievement Engineers misi jelajah indonesia resepi masak Business Hyperthyroid

Popular Posts

  • Resepi Spaghetti yang Ringkas dan Sedap
    Hai everyone! *lambai tangan Hehe.. tiba-tiba nak bagi resepi spaghetti kan..sebab spaghetti ni kan, salah satu daripada jenis makana...
  • Tips Bercuti ke Bandung
    Hai.. Assalamualaikum semua..  ** lambaian tanda ramah. Jadi.. I baru je pulang dari bercuti dari Bandung.. and apa yang I boleh ri...
  • Kerjaya Saya - Bridge Engineer
    Assalamualaikum.! Oke Hai.. Berasa sangat terpanggil untuk bercakap mengenai kerjaya sekarang di blog sendiri sebab nak mengenang, macam ...
  • 5 Don't When You're Sleeping
    Assalamualaikum.! ehem.. *konon sakit tekak I got this from my friend in facebook.. the 5 Don't When You're (ehem.. i mean, We&#...
  • Kurus dengan Detox Water
    Assalamualaikum.. hi everyone..!! sekarang memang tengah famous pasal detox water ni. Haha.. sampaikan Miera pun dah mula terikut buat s...

recent posts

Blog Archive

  • ►  2020 (7)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2019 (22)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (3)
  • ▼  2017 (69)
    • ▼  December (2)
      • Langkah Bendul
      • Hiking Pine Tree Hill, Bukit Fraser
    • ►  November (8)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (11)
    • ►  June (17)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2015 (15)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
  • ►  2014 (10)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  March (2)
  • ►  2013 (10)
    • ►  July (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2012 (32)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (4)
    • ►  January (5)
  • ►  2011 (35)
    • ►  December (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
All Comments
Atom
All Comments

NEWSLETTER

Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose