Menjejak Air Terjun di Sungai Lopo, Pangsun

by - Thursday, November 16, 2017

Cuti Deepavali tak buat apa kan. Dah la cuti tengah minggu (rabu), so apa lagi.. Team Puncak Hikers ni memang jenis tak reti duduk diam. Nak jugak buat outdoor, cuma kali ni outdoor secara santai mandi air terjun je. Santai ye.. SANTAI..!! dah kenapa nak capslock ni T_T

AIR TERJUN SUNGAI LOPO, HULU LANGAT

Misi menjejak air terjun di Sungai Lopo ni bermula di Asli Adventure Base Camp (AABC) di Hulu Langat. 1 laluan yang sama ke Gunung Nuang cuma ada simpang yang memisahkan. So, boleh google lokasi Asli Adventure Base Camp kalau nak ke sini.
Simpang kiri ke Asli Adventure Base Camp (AABC) dan kalau terus ke Gunung Nuang

Kami tiba di Base Camp ni pada jam 9.00 pagi. Untuk parking dikenakan bayaran sebanyak RM5 untuk 1 kereta dan boleh parking di tepi-tepi jalan tu je. Akan ada pakcik-pakcik yang akan jaga area parking tu, dan kena tulis nama dan no ic peserta di Kedai Runcit berdekatan sebelum memulakan ekspedisi.
Biasalah awal-awal belum mula, muka tengah cantik mekap, meh la amik group photo dulu.
Sebelum mulakan misi, carbo loading dulu. 2 jam nak jalan lepasni. So makan nasi lemak.
Mulakan perjalanan melalui anak Sungai Lopo. Nasib baik i pakai kasut adidas kampung. Hahaha..tak risau sangat basah. Lepasni nak jalan jauh lagi.

Jarak perjalanan ke air terjun daripada Asli Adventure Base Camp adalah sejauh 4km sehala dan akan mengambil masa sekitar 2 jam untuk hiking. Trek nak ke Air Terjun ni mudah je. Di awal perjalanan, anda akan melalui beberapa laluan separuh bersimen untuk kegunaan motosikal penduduk di situ ke kebun. Pastikan ikut laluan tersebut dan abaikan lorong-lorong kecil sepanjang laluan.
Sebenarnya, permulaan trek pun dah mula mendaki. Ni yang buat tergelak sebab kononnya nak riadah santai cuma trekking je, tapi rupanya mendaki dah. Hehe tapi treknya takde la pacak. Manja-manja gitu. Kawasan landai pun sikit je. Awal-awal i dah mengah dah. Tak ku sangka treknya begini. Haha
Dalam 30minit berjalan, akan jumpa kawasan pokok buluh. Dalam 10minit berjalan, baru akan sampai ke kawasan kebun getah. Laluan memang mudah sebab trek ni memang digunakan oleh penduduk untuk ke kebun mereka. Masa ni dah fikir, gigihnya la mereka ke sini dengan keadaaan mendaki. Oh lupa, ofkos la dorang nak motor hoi. Kalau tak, memang mengah la. haha
Jalan lagi dan kena lalu kayu balak melintang

Selepas 1 jam trekking dan hiking, akan sampai di 1 kawasan berakar kayu. Kat sini, berhenti rehat dulu. Pewai awal pulak. hehehe
Sempat amik gambar gaya ucapan Deepavali di dalam hutan.
Teruskan berjalan dalam 30min dan akan jumpa dengan batang paip besar ni. Ni paip utama. Jumpa ni, terus je follow sehingga jumpa 1 kawasan 'master' dalam mendaki di sini. Haha, laluan pacak sedikit. T_T
Macam ni la anglenya. Pacak sikit je.
Korang..please tarik i. I dah pewai ni. haha

Laluan pacak ni tak lama pun. Dalam 10 ke 15minit masa mendaki sahaja. Tipsnya mudah je, jangan pandang atas. Daki sambil pandang bawah je, tiba-tiba eh..dah sampai pulak ke atas. So, selepas laluan ni, jalan dah mula landai.. Cuma perlu trekking sikit dalam 10minit macam tu, sebelum berjumpa dengan pondok kosong. Jumpa je pondok ni, dah boleh tarik nafas lega sebab cuma beberapa meter je dah nak sampai..
Pondok kosong.

Mungkin sebab kami pilih tarikh tak sesuai. Public holiday. Ramai gila orang terutama di kawasan sliding ni. Kecewa pulak rasa bila tengok ramai sangat. Penat wei hiking tadi, pastu ramai pulak orang. Takpelah, amik gambar kenangan depan tempat sliding tu.
Jadi terpaksa lah cari tempat lepak yang dibawah sedikit dari air terjun ni. Tapi, sebabkan ramai yang kat kawasan air terjun, rupanya kat bawah ni lagi best mandi. Sebab tak ramai orang. Ada 1 kawasan ni, ada la air terjun kecik. tapi sebab takde orang, kami la yang konker. Hehe.. Barulah boleh BBQ dan mandi dengan tenang. Puas sikit sebab tak perlu nak berebut dan berasak ramai-ramai.
 Air jernih. Sejuk.

Bila dah masuk dalam air, rasa taknak balik dah. Haha.. puas main air.

Jam 4.30petang, kami bersiap untuk pulang. Masa turun tu, laju la sikit. Sebab tak perlu nak panjat. Hehehe. Kemain naik 2 jam, turun cuma 1jam je. Lagi 1 jam awal tadi hilang ke mana hoi! hahaha. Masa balik, kami semua bilas mandi dan tukar baju di tandas yang ada di bawah. Bayaran masuk cuma 50sen sahaja. Ada 2 kawasan tandas. 1 di belakang kedai runcit yang kita tulis nama awal tadi. 1 lagi di kawasan tapak homestay. I tukar di tapak homestay. Lebih selesa dan luas.
***
1 pesanan ringkas, kepada sesiapa yang terbaca blog ni dan nak explore air terjun, bawa la siap-siap plastik hitam dan tolong bawa turun sampah anda sendiri. Takde majlis perbandaran yang akan naik untuk kutip sampah anda ye. Jangan jadi macam manusia perangai monyet baru masuk hutan macam ni ye.. Sakit mata tengok longgokan sampah di kawasan air terjun. Eh, i membebel.
Take nothing but pictures,
Leave nothing but footsteps.

Level : Moderate (5.5/10)
Happy Exploring!

You May Also Like

6 comments

  1. Part berendam didalam air paling best. Badan yang panas kembali sejuk hilang rasa penat meredah denai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. Memang rasa hilang penat mendaki

      Delete
  2. Bestnya menjejak sungai lopo ni beramai-ramai. Mandi sejuk jer kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. pegi ramai-ramai seronok. macam-macam perangai. haha

      Delete