Renew CIDB Green Card (Persendirian)

by - Saturday, November 04, 2017

Hai.
Disebabkan i baru je tukar my career field daripada designer (consultant firm) kepada project management (developer), so i dah kena ada green card. Ala, dulu zaman study dah memang ada, tapi dah expired lama dah sebab bila kerja kat consultant ni, tak pergi site langsung. Maka kad hijau i pun dah hilang.. But this time, terpaksa renew hoi.. Nak masuk site nanti. So, memandangkan i baru je lepas renew my CIDB green card, dan i mengalami masalah 

SUSAH NAK RENEW GREEN CARD CIDB SEBAB TAK BERKERJA DENGAN MAJIKAN BERDAFTAR DENGAN CIDB

Tah apesal nak capslock tah. Saje sebenarnya nak highlight.. Ini adalah masalah yang i hadapi masa nak renew secara online. Sebab previous company, adalah consultant. Memang tak berdaftar dengan CIDB pun. So, ini ada sedikit perkongsian untuk mereka yang sama masalah dengan i, dan nak renew secara online menggunakan ID Individu.

Basically, ini adalah panduan online menggunakan ID individu.

1. Pergi ke website http://cimsapp.cidb.gov.my
yang mana belum daftar online, buat dulu pendaftaran.

2. Pergi ke Construction Personnel. Kat sini akan keluar maklumat kita melalui semakan ic yang kita masukkan.
3. Isi maklumat yang diminta. Diingatkan ada beberapa dokumen yang memerlukan awak semua upload. Contohnya maklumat dalam 'education'. Dia akan minta upload sijil yang ada. So, make sure ready dulu semua dalam soft copy. Senang nak uruskan.
4. Masalah untuk mereka yang ada masalah sama macam i highlightkan di atas adalah di page kedua (dalam kotak merah). Memandangkan sebelum ni i belum pernah berkerja di site atau bersama kontraktor, part ni memang masalah besar (3 minggu duk pikir wei)..
 
So, solutionnya mudah sahaja :- 
            i) Tick pada 'Self-Employer'
           ii) Download surat akuan bersumpah CIDB yang anda berkerja sendiri di link sini : Lampiran Surat Akuan Bersumpah


             iii) Isi borang akuan ni dan dapatkan cop pengesahan daripada Pesuruhjaya Sumpah.
             iv) Upload document di ruang yang dia perlukan.

5. Boleh teruskan mengisi seperti biasa (jangan lupa dokumen yang dia minta untuk diupload)
6. Dah selesai isi, tunggu pengesahan daripada pihak CIDB (selalunya 3hari masa berkerja, tapi i dapat sehari je pengesahan). Mereka akan email dan SMS pada kita pengesahan menerima.
7. Dah dapat pengesahan dari pihak CIDB, login semula dan pilih cara pembayaran dan nak ambil kad hijau di cawangan mana.

I pilih pembayaran di kaunter CIDB Johor. Bayar je terus dapat Green Card i.. Tak sampai sejam pun. Kalau pembayaran online, nanti dia akan SMS kita kena ambil selepas seminggu pembayaran dibuat.

Mudah je sebenarnya. Tapi bila dah stuck kat 1 tempat tu, memang pening kepala. I try call hotline CIDB, memanjang takde yang jawab. Stress wei. 3 minggu fikir. Ni pun ada staff CIDB yang ajarkan i. Tapi ini pendaftaran secara personal menggunakan ID Individu. Ada yang bagitau, ada company yang boleh bantu daftarkan pekerja dia menggunakan ID Majikan. Macam i, i kena selesaikan urusan sebelum i mula kerja dengan company baru. Semoga membantu dan boleh dijadikan panduan. 

You May Also Like

0 comments