Eh..lama tak update pasal hiking. Banyak betul entry kepam (busuk ah!)
Sebenarnya hiking di Denai 3 Puteri, Kota Damansara ni adalah seminggu selepas hiking Gunung Nuang. Tiba-tiba Kak Su ajak. Lama tu..tapi tak sempat update sebab setiap minggu (ececeh) i ada outdoor activities dengan team Puncak Hikers. meh!! T_T
HIKING DENAI 3 PUTERI, KOTA DAMANSARA



Sebenarnya dah janji nak jumpa jam 7.30am. Ingatkan dah sampai jam 7.15am tu kira dah awal dah. Rupanya, dah ramai orang. Park yang tepi jalan pun dah banyak kereta. Terpaksa la i park jauh sikit. Huhu.. diingatkan uols, kalau datang, biarlah awal sikit ok. Supaya nanti dapat park pun tak jauh sangat.
Hiking di sini sebenarnya banyak sangat laluan. Bercabang dan ada yang mengelirukan. So, i memang dah prepare amik gambar map siap-siap. Konfius sebab ada beberapa trail yang nampak macam laluan, tapi sebenarnya bukan 'jalan sebenar'.. Mujur Kak Su pernah pergi. Jadi, adalah sedikit keyakinan bila masuk ke dalam.





Bermula di trail Denai 3 Puteri ni ada cabaran sedikit. Kalau sebelum ni kita cuma trekking yang ada sedikit je turun naik laluannya, tapi di sini, kena mendaki sedikit

So laluan mendaki ni, awak akan jumpa dalam 3 ke 4 tempat ye.
Ni la view dari puncak Denai 3 Puteri yang orang nak sangat bergambar tu. Pemandangan highway NKVE. Kat atas ni, dah ramai jugak yang dah sampai. Jadi, kami berpiknik dulu. Dalam sejam, makan dan berborak di bawah pokok, then baru turun semula.

Piknik sambil mengira kereta dan lori.
Untuk balik, kami gunakan laluan yang sama. Menghala ke Sek.10.

Masa balik tu, i terpisah dengan my team sebab i terlambat. Ada geng yang mintak i amikkan gambar dorang kat kayu balak melintang tu.huhuhu.. So memang i balik seorang. Luckily ada peta, so i baca peta. Trail ke Denai 3 Puteri ni mudah sebab ada tanda yang dah ditinggalkan oleh hikers sebelum ni.
Update 25 Ogos 2018 :
Dah ada riben biru yang diikat pada pokok di setiap simpang.. Lebih memudahkan.. Semoga takde la yang tanggalkan.

So, weekend boleh lah ajak kawan-kawan yang baru nak mula hiking ke sini ok. Sesuai untuk beginners dan mereka yang nak bersantai.
Level : Easy (3/10)
Happy Exploring!
13 comments
macam lawaaa je view dari puncak tu. tk pena lg hiking sini. nanti boleh try!hehe
ReplyDeletelawa sangat. Kalau hiking malam lagi cantik view lampu-lampu dari kereta
DeleteBoleh ke hiking malam kak??
Deleteboleh tapi better follow yang berpengalaman.. sebab takut keliru dengan trek
DeleteKenapa nama dia Denai Tiga Puteri... Btw nice view dan menyegarkan...
ReplyDeletepuncak dia mesti lawa kan kalau malam.
ReplyDeletelawa sangat kecik.. try la
Deleteeveryday ramai orang naik ke? sebab tak pernah naik sini dan x tahu laluannya. kalau ada hiker lain, boleh join sekali
ReplyDeleteyup..ramai. xpe, ramai jugak yang tak pernah naik lg.. baru-baru ni saya pergi lagi, follow je mana-mana yang dah pernah pergi. insyaAllah tak sesat.
DeleteHi, thank you for sharing, Ahad ni Insha Allah nak hiking similar😉
ReplyDeleteSalam. berapa lama ea ambil masa naik dan turun.
ReplyDeletewasalam.. bergantung pada pace orang.. tak boleh nak jangka. ada yang 2jam
Deletesaya berminat untuk pergi hiking tapi x de kawan .boleh join ur team
ReplyDelete