Hiking Bukit Apek, Cheras

by - Sunday, November 12, 2017

Holla,
Ini tak taulah pengalaman yang kelakar atau seksa. Hahaha.. gelak dulu.

Ok, planningnya nak naik Bukit Saga kat Ampang tu.. tapi disebabkan tak pernah pergi, kami decide nak join dengan Esther, kawan ofis Kila.. Sebab i memang tak pernah sampai dan memang nak hiking ke sini dengan my friends. So, kami pun gerak dari Shah Alam menuju ke Cheras.

Tiba dalam jam 7.30 dan mulakan pendakian di Taman Awana, Cheras. Hahaha.. dalam hati dah pelik. Rasanya baca kalau nak hiking ke Bukit Saga, melalui Taman Saga. Apesal ke Cheras ni.  Again.! Confident itu penting. Bergerak lah kami mulakan pendakian.
Masuk melalui perumahan. Takpela, sebabkan Esther pernah hiking sebelum ni kan.. So she lead us. Awal pendakian, dah mencanak. Tapi manja-manja gitu. Adalah kawasan landainya lagi.
Hiking dan trekking dalam hutan sikit untuk 15minit, barulah kami sampai ke kawasan bukit yang dah botak. Kawasan ni dah dibotakkan sebab TNB nak pasang transmission line dan pencawang.
Selepas daripada kawasan ni, barulah cabaran mendaki bermula. Masa mendaki, i terserempak dengan ramai hikers cina. Seriously, no malay or indian at all.. Then, bila dah mendaki jauh, baru perasan kat batang pokok tulis,

BUKIT APEK, CHERAS

Haha, patutlah ramai Chinese turun naik. Bukannya kami ni hiking Bukit Saga, rupanya bukit lain. Itulah yang lawaknya. hehe.. Bukit ni sebenarnya adalah Bukit Putih, tapi lebih familiar dengan nama Bukit Apek sebab memang warga tua berbangsa cina selalu hiking kat sini.

Permulaan trek Bukit Apek ni ada 2 tau. Eh penat membebel, baru nak cerita permulaan trek. Wakakaka.. So, trek A, lebih landai dan trek B pula lebih memacak tapi kedua-duanya akan bertemu di puncak yang sama sebenarnya. Kalau ikutkan hati, dan kalau i memang tau jalan, i akan pilih trek A sebab kami semua ni beginners. Tapi, disebabkan tak tau jalan dan percaya kat Esther, dia bawa kami ke trek B.. Hahahaha.. pacak woi.
Eh tak nampak pacak pun. Haha.. silap angle la..
Ha.. macam ni la.. Senyum jela dalam gambar kan.
Bukit Apek ni ada 6 stesen untuk pendaki berehat. Setiap stesen ada peniaga yang akan menjual air dan puncaknya adalah stesen ke-6 sebelum meneruskan perjalanan ke puncak Bukit Saga. Sebelah je sebenarnya. 

Melalui trek B sebenarnya jalan lebih singkat sebab cuma perlu bertembung dengan beberapa stesen sahaja. Dari permulaan bukit botak tu, akan terus naik ke Stesen 2. I tak jumpa pun Stesen 1 iaitu anak sungai. Haha. Laluan ke Stesen 2 ni bukan mudah sebab trek memang memacak. Jangan kata nak jumpa jalan landai. Nan hado. Panjat la kaki korang ke atas dalam 30min sebelum tiba di Stesen 2.
Update la muka berlemuih di Stesen 2.  Rehat lama sikit. 
Daripada Stesen 2 akan ada 2 simpang lagi untuk pilih nak laluan yang mana. Again, Esther pilih laluan yang singkat iaitu ke kiri. Sebab cuma perlu jumpa 2 stesen je.  Stesen 4 dan terus ke Stesen 6. Yes... memang sikit dan singkat tapi 80% jalannya adalah memacak! 80% beb.. Lagi 20% landai masa kat stesen berehat. Hahaha, i dah rasa macam naik Nuang dah ni ha. Tapi baby Nuang la sebab ni kan bukit T_T . Kaki memang berkerja lebih sikit.
Sampai Stesen 4, rehat lama gila. 
Siap beli air 100+ pulak. 1 tin RM3.00

Ok, teruskan perjalanan ke Stesen 6.
Dari stesen 6, boleh terus potong ke Puncak Bukit Saga atau teruskan ke air terjun. Jika ambil simpang ke kiri, akan menuju ke Bukit Saga dan jika ambil simpang ke kanan akan menuju ke waterfall. Air terjun ni terletak ditengah-tengah antara bukit. Nak ke air terjun ni, trail mudah je. Landai macam rasa jalan kat kebun je. Hahaha.. Eleh sekejap je, then akan mula menurun.
Yes.!! menurun gaya pacak. Imagine jela naik nanti. Tapi sebabkan kami dah lalui dari awal tadi sebelum naik, so redha jela.. Sebab nak jugak mandi kat air terjun ni. Tak boleh mandi berenang pun. Basah-basah pun ok dah kan.
At first, memang terkejut la sebab "APESAL RAMAI NI?! KORANG NAIK DARI MANA?" yela, awal kami naik kan takde langsung jumpa melayu and budak muda. Yang kami jumpa cuma uncle dan auntie chinese je.. Tetiba.. eh.. Oh lupa.. dorang naik dari Bukit Saga la (yang kami kengkonon nak daki tu) haha.. ok baiklah.

Dalam sejam mandi dan rendam kaki di air terjun yang sejuk, kami pun meneruskan pendakian untuk pulang. Kali ini, Esther bawa kami guna laluan lain. Yang lebih landai dan tak terlalu mencanak sebab bila kami turun, mana ada curam sangat T_T, apesal la Esther tak bawa kami dari laluan ni masa daki tadi hoi. Trek kali ni, kami jumpa Stesen 5, Stesen 3A, Stesen 3 dan terus ke Stesen 1. 
Stesen 3A yang femes sebab ada banyak peralatan bersenam di sini. Untuk mereka yang hiking dan singgah workout di sini.
Laluan balik santai sedikit tapi masih ada juga yang mencanak cuma tak sebanyak di Trek B tadi.. Yang nak menangisnya, sebab kan banyak simpang dan ada trail macam orang lalu, kami sesat sebelum ke Stesen 3. Menangis wei. haha.. Menangis nak kena patah balik, dan mendaki balik ke Stesen 3. Nasib baik setiap kali hiking i dan kila akan guna apps map my hike. So kami tau la bila dah tersasar jauh daripada trail. (Dah tau tersasar pun tetap teruskan jalan. Sebab yakin dengan Esther. hahahaha.. adoi.. entry paling banyak gelak)

Disebabkan masa mendaki banyak berehat dan di air terjun pun lama, jadi masa lalu kawasan Bukit Botak yang dekat pencawang elektrik tu, dah jam 12 tengah hari. Matahari tengah atas kepala. Mencabar betul pendakian kali ni. Tengah panas dikawasan lapang pulak. Pewai mendaki dari pagi tak hilang lagi, tambah sesat, dan kepanasan. Menguji keimanan sangat. Huhu. 
Tengah hari panas lalu sini T_T
Sampai je bawah, dalam jam 1 tengah hari. Separuh hari pendakian yang mencabar. Tapi lega la boleh pekena air kelapa fresh di kedai apek bawah bukit ni. Lega sangat rasa. Fuhh
My advice, Bukit Apek mencabar untuk beginner. Betul orang kata, nak ke Nuang, ramai yang training di Bukit Apek. Laluan memang baby Nuang sangat. hehehe.. Jangan pandang rendah pada bukit ye. Oh, toilet takde tau. So, tukar baju kat stesen Shell ok.
Nah peta untuk sesiapa yang nak mencuba hiking Bukit Apek.

Level : Moderate to Challenging (6/10)
Happy Exploring!

You May Also Like

2 comments

  1. Bestnya penat2 pastu mandi air trjun , sekali je pernah hiking , lepas tu xsmpat dah haha

    ReplyDelete
  2. Done ronda sini. Lamanya tak hiking. Rindu pulak aihh nk panjat bukit

    ReplyDelete