Fasa Menyesuaikan Diri

by - Monday, November 06, 2017

Hi.. Lama tak tulis entry macam ni.. 

luahan perasaan.

Macam semua orang tau (eh sape amik tau tah, kepochi la i ni), i kan dah pindah Jaybee (JB) sebab pertukaran kerja dan kerjaya. Yela, dulu kerja kat Puncak Alam as a Structural and Bridge Engineer dengan consultant. Now dah tukar kerja kat JB as a Project Engineer dengan Developer. Memang totally tukar kerja la kan. wuwuwu.. Lepastu tukar tempat tinggal terus. Kalau dulu, dekat je dengan mak.. Now jauh dan. hehe, dasar anak tak pandai berdikari. Dah 27tahun kot. So, sekarang ni i memang totally tengah fasa menyesuaikan diri di Johor.
Heh.. duduk Penang 6 tahun, duduk Johor mungkin dalam 3 tahun je kot.. T_T

Dulu : Masuk kerja jam 9.30 pagi. Keluar ofis pun jam 9.25 pagi. Ofis dekat je kot. hehe
Sekarang : Masuk kerja jam 8.30 pagi. Keluar nak pergi ofis jam 7.30 pagi. Takut jem kena la keluar awal. Lepastu sampai ofis pun dalam 8.10 pagi. Ada masa dalam 20minit untuk melayan diri dulu. 

Dulu : Lunch bawak bekal. Hari-hari masak sebab dalam proses diet.
Sekarang : Tak sempat nak masak pagi sebab masih belum sempat nak setup dapur dan makanya itu, belum berkesempatan bawak bekal. Hari-hari makan luar. Sekarang kawal kalori intake je..Susah nak eat clean sendiri.. huhu

Dulu : Setiap malam pergi gym fitness.
Sekarang : Fitness buat kat rumah je. Itupun kalau rajin. Kalau malas, makanya, berfitness atas katil. Tak sempat. Balik keje jam 5.30 tapi kadang-kadang balik lewat. So, malam memang tak sempat la. Weekend je.

Dulu : Ofismate tak ramai. Pakai baju sama ulang-ulang pun orang tak kisah. Haha. Ke ofis pun baju kurung je.
Sekarang : Mula dah nak bergaya. Hahaha.. company besar dah. Setiap hari jumpa ramai orang. Time ni la nak cari jodoh kan. hehe

Dulu : Weekend balik rumah mak. Keluar lepak dengan adik or kawan-kawan kat kedai mamak.
Sekarang : Weekend jalan sensorang ke shopping mall. Belum jumpa member yang sekepala nak ajak lepak lagi. Huhu. Rindu teh ais kat sana.

--------------------------
Part kerja..
Dulu : Kerja buat design je.. Design jambatan je. Sampai nak muntah buat jambatan. Mengadap AutoCAD dan calculation. 
Sekarang : Kena belajar semua. Rasa macam bodoh pulak sebab banyak yang i belum tau. T_T

Tak cakap pasal expense lagi. Rasanya duduk JB kalini, susah nak berjimat sebab hari-hari makan luar. Tempat kerja jauh sikit so expense lebih kat minyak. Begitulah. Tengah fasa nak sesuaikan diri dengan jadual baru.
Tapi sebenarnya, i teringat.. Dulu i pernah minta kat Allah i nak kerja kat bidang project management dengan developer. Alhamdulillah, dalam tak sedar sebenarnya Allah dah tunaikan. So, kena hadapi dengan tenang. Dia lebih tau mana yang tebaik untuk kita kan. Doakan i. hehe

You May Also Like

1 comments

  1. moga dipermudahkan, kalau IQ jadi miera pun IQ blur bila masuk bidang yang agak2 baru nak mula balik...eh...miera civil gak ek? sep!

    ReplyDelete