Tarikan Terbaru Lost World of Tambun

by - Saturday, October 14, 2017

hokie. dokie. i'm home. at last.

Last week, i dengan fews bloggers sempat la bercuti bersama-sama. So, this time kami ke LOST WORLD OF TAMBUN bebeh!! Percutian kali ni cuma 2hari 1malam. Gitueww...2 hari yang penuh makna. hehe.. Actually, ni kali pertama i ke sini. It tooks us 2 hours to go to Ipoh from KL. Tak jauh pun kan.. Selama ni memang dengar jela cerita orang kan..Selama ni orang cerita kalau ke Lost World of Tambun, cuma ada taman tema air, kolam air panas, theme park tu, dan zoo. Rupanya ada banyak lagi tarikan menarik yang ada di sini. So, pengalaman pertama ni buat i rasa nak abadikan (ecewah) kat blog ni..

Anyway.
LOST WORLD OF TAMBUN. it was soooo much fun! So, read this ladies and gentleman.

TARIKAN TERBARU DI LOST WORLD OF TAMBUN


GLAMOROUS GLAMPING

Inilah penginapan kami. Hehe.. Sebenarnya, glamping ni merupakan salah satu tarikan terbaru di Lost World of Tambun. Berkhemah dengan konsep glamour. Macam tula kiranya. Glamping ni berbeza dengan perkhemahan biasa sebab di Lost World of Tambun ni, semua kemudahan yang disediakan lengkap macam duduk di sebuah bilik hotel. Aktivti glamping ni sangat sesuai untuk mereka yang inginkan sebuah percutian yang adventure, sambil menikmati keindahan alam semulajadi dengan gaya hidup yang selesa.
Ruang dalaman. 1 khemah yang luas ni boleh menempatkan 4 orang dewasa. Ada disediakan 2 katil single dan 1 katil Queen size. Glamping di Lost World of Tambun ni, tak perlu risau panas dan ada nyamuk ke tak. Sebab kat dalam ni, ada disediakan kipas dan kawasan sekeliling pun dikelilingi dengan serai wangi dan batu-batu kapur. Semuanya secara nature. Sesuai yang nak bawa 1 keluarga ke sini.
Pemandangan di waktu senja.
Buat masa ni cuma ada 1 glamping sahaja di atas air. Yang lain semua khemah di sekeliling tasik sahaja. Tapi pemandangan pun tetap cantik. Blogger perempuan, haruslah tido di glamping atas air. Hahaha.. bertambah glamour tau.

Maklumat lanjut mengenai pakej Glamping boleh ke sini https://sunwaylostworldoftambun.com

HIPPO KINGDOM

Di hippo kingdom, kami diperkenalkan dengan Juwita, badak air yang terkenal di sini. Di sini, kami dapat banyak sangat info mengenai badak air dan cara mereka bernafas. Ada 1 ruang khas yang disediakan untuk pengunjung melihat akiviti badak air dan buaya didalam air.
Bukan itu sahaja, kami juga dapat melihat sendiri dubuk / hyena live uols.. Hehehe.. selama ni tengok kat cite katun je. Rupanya hyena ni suka bila orang datang. Dia akan datang kearah kita konon nak minta perhatian.
Manja.
Oh ya, rusa disini pun dibiar berkeliaran bebas. Jadi, boleh la merasa sendiri pengalaman bermesra dan memberi makan rusa-rusa ni sendiri.
Semoga dia tak konfius antara lobak dan jari gemuk i

HAUNTED CHAMBER

Ini adalah antara tempat wajib pergi di Lost World of Tambun. Diketuai oleh nenek kebayan yang akan menjemput (muka scary woo) sampai la ke hujung rumah yang penuh dengan pontianak. Semua hantu-hantu kat Malaysia la. Hehehe.. Masa ni la nak cabar ketakutan dalam diri. Tiket masuk RM10 sahaja dan hanya boleh masuk 6 orang sahaja sekali masuk.

MINUM PETANG DI DULANG TEA HOUSE

Petang tu kami dibawa minum petang dengan gaya orang Perak.
First time i makan roti tumbuk dan dicampur dengan gula merah dan kelapa. So yummy dan rare sangat. Menariknya di sini, tea house ni di dalam gua. Hahaha.. Cantik sangat. Hiasan dalaman pun gaya design lama tu. I paling suka makan roti cicah kari ayam. Dagingnya sangat lembut.. Berebut la makan dengan semua.
Tea house dalam gua. Menarik kan..

AKTIVITI LASAK UNTUK PENGGEMAR SUKAN OUTDOOR

At first, i macam frust jugak sebab sepatutnya i ada aktiviti hiking masa i ke sini. U know how much i loooove outdoor activities.. Tapi tiba-tiba bila di beri tahu, kami ada activity lasak, i was like...YEAY!!!!.. hehe.. Rupanya di Lost World of Tambun, bukan aktiviti bermain air sahaja, malah memang disediakan pelbagai aktiviti outdoor untuk penggemar outdoor macam i ni.

So, kali ni, kami semua diberi peluang untuk merasa salah satu aktiviti outdoor disini iaitu trekking dan caving di 6th Mile Tunnel.
Kena lintas 2 lintasan tasik untuk ke tunnel ni.
Tunnel ni sebenarnya adalah bekas laluan komunis zaman dulu.. Panjang tunnel ni adalah sepanjang 1.8km. Masa perjalanan pergi dan balik melalui tunnel ni pula dalam 2jam lebih. Memang penat. Penat sebab laluan dalam gua bukan macam jalan kat shopping mall. Tapi berbatu tajam. Kena berhati-hati. Apapun, memang mencabar. Oh, estimated calories burn kat aktiviti ni (kemain i tengok jam kalori i) dalam 850kcal bagi berat macam i. hahahaha..best kan..
Banyak lagi aktiviti lasak yang boleh dibuat rupanya..
Berjaya sampai ke penghujung tunnel. Yeay!! Ok, now, patah balik... T_T

BREAKFAST DI WETLANDS

Keesokkan paginya, awalnya i terkejut jugak sebab buggy bawa kami terus ke Petting Zoo.. Kata ada breakfast, takkan terus tengok binatang kot..huhu. Rupanya kami dibawa breakfast di Wetland yang terletak di dalam Petting Zoo tu.. Pemandangannya, cantik sangat.. Macam dibawa ke dalam 1 lagi kawasan yang berasa di dunia luar. Berkonsepkan Back to Nature, breakfast kami pada pagi ni di atas 1 pelantar kayu yang dikelilingi paya dan batu kapur.
Kedatangan kami disambut oleh staff yang sangat peramah dan manis dengan senyuman. Kawasan di sini sejuk dan tenang sangat. Makan breakfast gaya buffet sambil di temani muzik yang menenangkan..
Semuanya fresh. Chef terus masakkan breakfast kita, air buah yang fresh dan manis tanpa gula.

PETTING ZOO

Ini adalah zoo untuk haiwan yang jinak dan comel dan haiwan yang boleh dibela.. kat zoo ni, ada lebih dari 55 spesis haiwan yang boleh dibela. Manja semua (including the tapirs, hahaha).

Hello Mr. Tapir yang comel tapi kalau kencing jauh. Why so cute ha?

Menariknya di sini, kita boleh sentuh dan beri makan pada semua haiwan disini. Zoologi pun akan ikut dan terangkan semuanya kepada kita. Zoologi di sini semua peramah. Disini ada Tarantula Alley, Girrafe, Rabbit Wonderland, Ruby and Friends, Tortoise Kingdom, Bird Paradise, Marmoset Tree House, Serpentium dan sebagainya.. Kalau bawak anak kecil, lebih seronok sebab dorang dapat tengok sendiri semua binatang ni dan dapat pegang lagi dengan pengawasan Zoologi yang terlatih.
Cik Ruby yang comel. Aummm.. (Eh! ape aumm pulak)

CATOPIA

Last but not least, sebelum balik, i sempat singgah di salah 1 tarikan yang menarik.. Khas untuk peminat kucing,

CATOPIA.
Kucing kat sini gebu gebas uols.. geram je. Bulu lebat dan gemuk. Hoi.. rasa nak culik bawak balik.

Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti menarik yang disediakan di Lost World of Tambun. Sangkaan pertama i tentang tempat ni, meleset sama sekali (gituu ayat). Bukan sekadar taman tema air dan taman tema mainan tu jela uolss.. ada bermacam-macam aktiviti kat dalam ni. Rasanya bercuti 2 hari 1 malam memang tak puas. I akan repeat ke sini dengan my family pulak. Dari pagi sampai malam full of activities, nak bercuti mana lagi kan..
Fuhh..
Sabar ye hati.! wajib datang lagi.!!!

Info lanjut, boleh ke sini
LOST WORLD OF TAMBUN
Theme park tel: +605 542 8888
Hotel tel: +605- 540 8888
Fax: +605- 542 8899
Email: lostworldoftambun@sunway.com.my

You May Also Like

7 comments

  1. one day nnt nak dtg la, thnaks for sharing miera

    ReplyDelete
  2. kalau suka aktiviti outdoor mesti enjoy dtg sini

    ReplyDelete
  3. terbaiklah bermalam ala ala camping..malam2 dengar dendangan alam huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. sejuk pulak tu. yang penting selesa

      Delete
  4. Seronoknya tengok view alam semulajadi macam ni. Terus rasa hidup jadi sihat gitu

    ReplyDelete