New Helper - Kleenso

by - Thursday, September 07, 2017

When it comes to cleaning up, I’ll try pretty much anything to save time! Semua nak jimat masa je sekarang kan sebab dilema masa terlalu sibuk dengan kerja kan. Tapi semua urusan yang tak boleh ditinggalkan is membersihkan rumah.. Walaupun bizi. 

Ya. I ada kulit yang sensitif sangat. Tak boleh kalau rumah tu mula berhabuk atau kotor sikit, badan i akan mula gatal-gatal. Haritu ada abang ekon datang buat servis ekon kat rumah, lepastu sebabkan dia keluar masuk rumah, agaknya ada habuk melekat kat lantai, tang-tang tulah i akan mula gatal badan. Dah mop lantai pulak, i tak boleh nak terus duduk kat kawasan tu. Nanti takut bahan kimia dari pencuci lantai tu, buat kulit i jadi kemerahan. Manja kulit i ni kan.

Pastu, bab nak alat mencuci pulak, chemical bukan boleh guna sembarangan. Kena yang selamat untuk kulit bayi jugak. Mana yang selamat pada kulit bayi, maka selamat juga la pada kulit i. Gichewww... Manja sangat ni. Sebab kan itu, i memilih untuk menggunakan produk pembersih rumah dari KLEENSO.
Kleenso ni produk pembersih rumah yang memang mesra alam dan selamat digunakan. Kleenso Loving Home Series menawarkan rangkaian produk penjagaan rumah yang selamat digunakan, ia bebas bahan kimia, organik, natural serta mesra pengguna dan alam semulajadi. Yang selamat untuk alam sekitar nilah yang sangat bagus untuk seisi rumah kita.

I really love this Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Anti Bacteria Cleanser. Bau nya best sangat, ada bau lemon, serai, citrus. Sangat menyegarkan. Pernah terbaca kalau nak halang nyamuk dan halau lipas, serai wangi ni berkesan. And surprisingly, yes.!! sangat berkesan di rumah i.. tak nampak dah lipas menari-nari lalu. Selama ni, kemain lalu kan.

Hanya guna 2 penutup + ½ baldi air. Ia sesuai digunakan disemua permukaan lantai, seperti marble, terazzo, ceramic, tiles, parquet dan selainnya. 

Paling best, tak perlu nak bilas lagi dengan air selepas kita gunakan. Paling best lagi, kulit pun dah takde dah gatal-gatal miang sebab lantai dah boleh dibersihkan dengan produk yang bebas bahan kimia. Semuanya terpaling best.
Ada anti bacteria tau.

Oh lepastu, masalah utama dalam kereta. Lipas. Eh lipas ni, semua tempat dia nak ada kan. Tapi i selesaikan masalah ni dengan Pesso Eco Cockroach Bait. 
1 kotak ni ada 2. 

Selamat pada alam sekitar. 

Cara gunakan pun mudah. Tarik kertas putih kat bawah tu, lepastu letakkan di kereta kat area yang disyaki ada lipas. Dan tunggu sehingga lipas hilang. hehe. Kereta i dah bebas lipas ok.

I rasa semua produk dari Kleenso ni best. I sokong produk yang mesra alam macam ni. Selamat digunakan. Harga pun berpatutan. Maklumat lanjut mengenai produk Kleenso di sini;

You May Also Like

0 comments