Pengalaman Hiking Gunung Nuang - First Time / Beginner

by - Wednesday, October 25, 2017

Hai,
dah lama tak hiking. Last tu masa zaman study. Eh! lamanya. So, this time, tiba-tiba my F4L team Puncak Alam (Puncak Hikers) ajak hiking ke Gunung Nuang T_T. Gituew, permulaan hiking untuk beginner ni ialah Gunung Nuang, gunung paling tinggi di Selangor. Semua yang naik, sebenarnya adalah beginner. Hahaha cuma coach dan guide kami je yang dah pernah hiking ni. Baik, kita follow jela dan merasalah sendiri. Dengan itu, sesuailah tajuk entry kali ni, 

PENGALAMAN HIKING GUNUNG NUANG VIA PANGSUN - BEGINNER

Nak naik Gunung Nuang ni, macam-macam perasaan lah. Risau punya pasal. Lepastu tanya akak-akak yang dah naiklah. Tapi itulah, tak puas kalau dengar pengalaman je, kena rasa sendiri. Nak naik Nuang ni ada 2 jalan sebenarnya, melalui Janda Baik dan melalui Pangsun. So, kami mulakan pendakian pada jam 7 pagi melalui Pangsun, Hulu Langat.

Jalan Balak ke Kem Lolo
Masa awal pendakian, di Jalan Balak dah mula mendaki.. Takda landai sangat tapi masih lagi daki manja-manja gitu (ni ayat guide kami.. manja sangat) . Bukan lah pacak pun. Tapi mencanak (hahahaha) dan jauh yakmat dalam 5km sebelum tiba ke Kem Lolo.. Fuhh. Sabar-sabar. Dah nama pun gunung. Diawal pendakian ni, akan jumpa beberapa pondok kecil untuk berehat. Dalam setiap 15min akan ada pondok kecil. Boleh la duduk rehat sikit lepaskan lelah sekejap sebelum mula mendaki.
 
Guide jangka kami akan sampai ke Kem Lolo dalam sejam setengah sahaja dan Alhamdulillah, walaupun semua beginner, kami berjaya tiba di Kem Lolo pada jam 9.00pagi. Tersasar ke 2 jam. Haha
Tempat berkumpul sebelum meneruskan pendakian ke Kem Lolo. Ni pondok last yang akan jumpa sebelum meneruskan perjalanan ke Kem Lolo. Kawasan lapang sedikit.

Kem Lolo ke Dataran Pacat
Kem Lolo ni cantik. Ramai hikers yang bermalam kat sini. Penuh jugak la dengan khemah. Kem Lolo ni cantik sebab ada sungai disini. Sini je punca air. Jadi kepada yang dah habis bekalan air masa naik tadi, boleh la isi sekejap. Kat Kem Lolo ni, kami cuma berehat sekejap je.. Yang mana tak sarapan lagi, makan sambil berjalan je. Hehehe
 Merentasi air sungai

Selepas Kem Lolo, perjalanan diteruskan ke Dataran Pacat. Permulaan trek ke Dataran Pacat ni berbatu dan berakar kayu. Ok lagi. Permulaaan ye. haha, lepas tu, memang mendaki je ke atas. Ni kami panggil memacak. Perjalanan dari Kem Lolo ke Dataran Pacat sangat jauh. Rasanya dah jauh dah daki ni, tapi tak jumpa-jumpa penghujung pulak.
Yang seronoknya bila hiking ni, ramai hikers yang sangat peramah dan akan bertegur sapa dengan kita. Nampak sangat i ni beginners, tapi mereka semua tetap beri semangat untuk sampai summit.

Sempat singgah berhenti makan di tepi. Kaki i dah mula sakit sebab seminggu sebelum tu, i terlalu banyak buat latihan cardio di studio sampai kena shin dn tumit dah mula mencucuk. Mengikut info dari peta yang i dapat, dari Kem Lolo ke Dataran Pacat memang jauh dan memacak. Jadi, diingatkan sila bawa bekalan air yang mencukupi.
Lepas berhenti makan, kami meneruskan perjalanan ke Dataran Pacat. Sikit-sikit pandang atas T_T
Pendakian i terpaksa stop setakat di Dataran Pacat je.
Nak ke Dataran Pacat ni menaik ja. Sifir di sini mudah.Selagi tak menaik sebanyak 3 kali dan tak jumpa balak tumbang yang perlu kita tunduk lalui,jauh lagi Dataran Pacat.Anggaran masa 2-3 jam. Nak ke sini pun dah minum banyak air. huhu.. Jadi memang diingatkan, isi air secukupnya di sungai Kem Lolo tadi. Boleh tanya hikers yang bermalam disitu sumber air yang bersih. Takut uols tak cukup air pulak nanti.
Dataran Pacat ada pokok akar rambut Rapunzel

Kaki i dah tak terlarat. Tumit kaki sakit sangat sebab i pakai kasut yang kurang sesuai. Memang padan muka la kan.. tambahan shin kaki pulak.. T_T
Dah naik tadi memacak, turun pun nasib badan la... Curam. huhu.. Sakit hujung jari kaki.. Tapi kami berlima je yang turun. Yang lain semua teruskan pendakian. Dalam jam 12.00 kami turun, singgah rehat di Kem Lolo. Lama jugak, sambil mandi sekali.

Apa yang i boleh simpulkan, Nuang memang mencabar minda bagi beginner macam i ni, tapi sebenarnya i terkilan tak dapat bersama-sama yang lain naik ke puncak. Seriously terkilan sangat. Hati i kata boleh lagi untuk i sama-sama naik ke puncak bersama yang lain, tapi badan dah tak mampu. Kaki dah mula sakit. InsyaAllah, ada kelapangan, i nak repeat lagi ke Nuang. Nak sampai puncak jugak.
Tahniah kepada yang sampai ke puncak Nuang walaupun semua beginner dan kita buat daypack je. Tahniah uols.

Ini adalah tambahan nota daripada beginners yang berjaya sampai ke puncak Nuang daripada Dataran Pacat ke Puncak Nuang. Disebabkan i tak sampai puncak, i share supaya mudah jadikan panduan beginner lain.

Pacat ke Kem Pengasih
Menaik lagi dalam 500-600m elevation.Bukan jarak ya.Boleh jadi 1-2jam. Sini mencanak sebab jaraknya yang pendek lebih kurang 1km lebih sahaja .So mendaki la dan yang mana kenderaan berat sebelah kiri ya.

Kem Pengasih ke Puncak Nuang
Kem Pengasih 1400m lebih dah dan Puncak Nuang 1499m tapi jangan happy lagi.
Dari pengasih kita akan turun semula sampai ke bawah lebih kurang 1100-1200m.lepas tu naik balik ke puncak. Dalam masa 1-1.30 jam .

Tips untuk begineer: Kepada beginner macam i, pastikan dah buat latihan fitness sekurang-kurangnya seminggu sebelum. Jaga tumit dan lutut sebelum naik tu. Hahaha sebab i dah alami. And paling penting, gunakan kasut yang sesuai. Hehehe, jangan macam i. Dah tau nak naik gunung, pergi bantai guna kasut running. Memandai je..Kan dah pewai. Pastikan bekalan air mencukupi. Nuang punya trek yang melalui Pangsun ni panjang. 
I won't give up. Lepasni nak try naik Nuang lagi sampai ke puncak. !! Fighting! - ok, kita banyakkan training lagi. All the best kepada yang baru nak mencuba daki melalui Pangsun, (Beginner sahaja)  uols mesti boleh la sebab ramai dalam team kami yang memang beginner hiking, dah sampai puncak. Kepada yang dah memang malim gunung tu, i respect sangat.. kental la Nuang ni :)

Level : Challenging (8/10)

You May Also Like

11 comments

  1. best kan.. akak dah lama tak hiking. huhu.. terasa rindu jugak nak hiking balik tapi apakan daya, banyak urat dah putus. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. best.. tak pe kak, boleh mula dengan bukit sikit-sikit. hehe

      Delete
  2. Di sungai tu la dulu melayan kaki terketar-ketar turun dari puncak sambil hilangkan dahaga. Kenangan yang tak boleh dilupakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, dapat rendam kaki dalam sungai ni lega sangat..sejuk

      Delete
  3. sama dengan DP, dah lama IQ tak hiking. cukup 10 buah gunung terus stop! haha!

    nuang ni antra gunung yang IQ dah naik. tapi nuang ni agak creepy bagi IQ. ramai cakap trek ni nuang ni keras. IQ masa keluar trun dari nuang pun ada pengalaman seram. Kira pondok2 yang ada disepanjang trek keluar tu rasa macam terlebih plak..haha!! dah la tak prepare lampu suluh, (sebab keluar masa maghrib), dan hanya guna lampu belakang hp nokia je masa tu,...cuak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang creepy. huhuhu.. dengan dengar suara mengilai melolong lagi awal pagi tu. huhuhu.. wow, dah 10 gunung. bestnya... nanti miera nak follow la.

      Delete
  4. Hiking ni bila part jumpa air terjun, terus rasa puas hati gila.

    ReplyDelete
  5. Tahniah berjaya menawan gunung nuang . Bagus aktiviti sihat ni

    ReplyDelete
  6. Dah lama bercita-cita nak hiking nuang tapi tak kesampaian..kenapalah jauh sangat..huhu

    ReplyDelete
  7. wah..bestnya..hakak dah xlarat nak panjat2 ni..haha

    ReplyDelete