Pengalaman di 6th Mile Tunnel, Lost World of Tambun

by - Saturday, October 21, 2017

Hi hello.
Sesiapa yang memang follow instagram i, mesti tau, i suka sangat dengan aktiviti luar. I suka buat sesuatu yang mencabar diri. Oh, dan i ni pencinta alam sikit. Sikit-sikit rindu nak bau hutan la, nak bau batu la.. Eh..eh perempuan ni.!

So,
Haritu, i ke Lost World of Tambun dengan beberapa kawan bloggers lain. Asalnya, i ingatkan bila bercuti ni, takdelah nak buat aktiviti lasak.. Tapi i silap. Rupanya di Lost World of Tambun ni, ada sediakan pelbagai aktiviti lasak dan aktiviti luar untuk orang macam kita ni (u and i lah).. Dan kali ni, i berpeluang merasa pengalaman melalui 6th Mile Tunnel. Wihuuu.. gelak gembira i tau.

6th MILE TUNNEL

Apa itu 6th Mile Tunnel?
Sebenarnya, ni adalah gua kecil yang digunakan sebagai laluan komunis dahulu untuk melarikan diri dan menyembunyikan diri mereka. Yela, di Perak ni kan, struktur muka bumi banyak batu kapur. Jadi mereka menggunakan laluan batu kapur ni untuk bersembunyi. Kiranya macam ni jadi laluan tikus mereka dulu jugak lah kan. 

Sebelum kami mulakan aktiviti kembara (gitueww) kami ke 6th Mile Tunnel, kami diberi sedikit taklimat dan beberapa peralatan keselamatan untuk ke sana. So, tak perlu risau la ye. Semua pihak Lost World of Tambun dah sediakan.
Safety First!

Waterproof pouch tu memang i bawa sendiri dari rumah. (Tetap hp kena air jugak T_T)

Perjalanan kami ke kawasan gua ni dimulakan dengan menyeberangi tasik daripada camp site Lost World of Tambun ke kawasan perumahan. Selepas tu, kami perlu berjalan sikit melintasi kawasan perumahan tu, dan tiba di Camp X.. 6th Mile Tunnel ni terletak didalam kawasan Camp X. Untuk ke tunnel ni, perlu menyeberang lagi 1 tasik. Kali ni, bukan macam tasik pertama tadi, sebab tasik yang kedua ni, berselut dan berlumpur. Jadi, kena la terapungkan badan tu dan tarik badan dengan tali yang disediakan.
Dalam ye cik kak. Baju memang confirm basah dah ni. Ni dah nak masuk gua dah.
Tips: Elakkan membawa gadget anda kalau ia bukan kalis air. Sebab i konon-konon bawak. Memang dan masukkan dalam pouch kalis air tu, konon-kononnya!! Tapi still termasuk sedikit. Wuuwuwuwu.. Jaga dan sayangilah barang anda.

Bermulanya pengembaraan ke dalam tunnel ni.
Tunnel ni dinamakan 6th Mile sebab itu adalah jumlah panjang ke dalamnya. Kiranya 3 batu pergi, dan 3 batu balik. Pergi balik akan gunakan laluan yang sama. Sebab tu, kami kena cepat-cepat jalan sebab risau kalau hujan nanti, air akan naik dan lagi sukar untuk kami berjalan keluar. 

Setiap orang diberikan head lamp supaya dapat suluh jalan didalam tu. Keadaan memang gelap. Sebab dalam gua kan. Ada 1 masa tu, tiba-tiba guard suruh kami padamkan lampu dan cuba berjalan dalam gelap. Masa ni lah kami dapat merasa pengalaman macam mana la askar-askar komunis dulu berjalan tanpa lampu dalam ni. Bentuk muka bumi dalam ni, berbatu dan sempit. Kena jalan berhati-hati. Takut jatuh je. 
Baby kelawar.. Shomel.

Apa yang menariknya, dalam ni kami dapat melihat sendiri kristal yang sangat cantik. Kristal ni semua terjadi secara semula jadi. Kami juga diingatkan supaya tidak menyentuh dengan jari sebab sentuhan benda asing boleh mematikan pembentukan kristal ni.
Ada juga 1 kawasan ni, dinamakan air mata puteri, cantik sangat kristal dan air yang turun tu. Tak terbayang dengan kata-kata dan tulisan lah. Eh! kena la pergi dan lihat sendiri. hehe
Keluar dari tunnel.
Berjaya lepasi halangan dan rintangan di dalam gua. Yeay!!! Good job guys!
Perjalanan memakan masa selama sejam lebih untuk sampai ke hujung gua. Sejam lebih beb! balik ni confirm sejam lebih jugak kan. So, kita rehat dulu. Makan coklat dan minum air yang pihak Lost World of Tambun dah sediakan sebelum kita gerak tadi sambil menikmati kecantikan alam.

Ini adalah 1 pengalaman yang sangat berharga buat kami semua. Macam-macam kami dapat belajar mengenai ilmu di dalam gua daripada guide kami. Tak terbayang macam mana la komunis dulu dengan hati kental sanggup pulak bergelap cari jalan. Haish..!! Jauh pulak tu. Total kalori burn untuk aktiviti ni (based on my weight) ialah 850kcal. Gichewww sempat lagi baca kalori burn kat jam tangan. Hahaha.. eh kan i tengah misi kurus ni.!

Maklumat lanjut mengenai aktiviti lasak di Lost World of Tambun boleh rujuk sini.


Happy Exploring guys.!!

You May Also Like

8 comments

  1. Banyak betul penambahbaikan kat LWOT sekarang. Kakfiza pegi dulu dalam 10 tahun lepas kot, masa tu taman tema je yang ada. Tapi time tu pun dah besttt sangat.

    ReplyDelete
  2. Seronoknyaa aktiviti korang tapi tue la Migha baru tengok gambar gua dah sesak nafas. Masalah betul la seketul Migha nie. :)

    ReplyDelete
  3. Kenapa tak tahu ada tunnel ni. Kena repeat ke sini lagi nampaknya.

    ReplyDelete
  4. Seronok sangat tengok Miera buat aktiviti lasak..
    Sis tumpang hayati pengalaman Miera melalui gambar, nak buat sendiri memang tak akan berlaku.. ;-)

    ReplyDelete
  5. Suka bau batu bau hutan ye dik miera...mmg mencabar...bukan senang nak harungi tasik tu sekali pandang mau akak tgk je kot haha...akak ni kalau bujang nak juga join..ni asyik2 nak bau anak...bau laki ehhhhhh hahahhahaha #alasansangat...by the way pengalaman hebat...akak dh pi lost world 2 kali...

    ReplyDelete
  6. Bestnya tpt ni.. Nanti nak dtgla sini

    ReplyDelete
  7. bestnya dapat pengalaman macam ni. Harap one day dapat rasa pengalaman macam ni juga.

    ReplyDelete