Miera Hassan. Powered by Blogger.
  • Home
  • About Me
  • Personal
    • Fitness Lifestyle
    • Hyperthyroid
    • Personal
  • Career
    • Engineer's Life
    • Tips
    • Others
  • Outdoors
    • Sg Chiling
    • Gua Batu Maloi
    • 6th Mile Tunnel
    • G.Nuang via Pangsun (1st Time)
    • G.Nuang via Janda Baik
    • Denai 3 Puteri
    • Bukit Apek
    • Sg Lopo
    • Pine Tree Hill
    • G.Pulai Johor
    • Bukit Kutu
    • Tasik Biru Kangkar Pulai
    • 1st Viper Challenge Sepang
    • White Water Rafting and Waterfall Abseiling
  • Cycling
    • Folding Bike
  • Travel
    • Travelogue
    • Others
  • Recipe
  • Review
    • Food
    • Beauty
    • Books
    • Others
  • Contact
  • Sitemap
Google+ Facebook Instagram Pinterest Twitter

Miera Hassan

Lifestyle | Review | Events | Food | Travel | Beauty

Izinkan hamba mengungkap sepatah dua kata..
Gitueew..

Dah jangan meleret sangat pendahuluan, korang bukan baca pun. Sebenarnya, baru-baru ni i dilamar masuk ke company yang dah lama sangat i nak.. Dari dulu pernah terniat nak masuk company ni. Pernah jugak berusaha apply hantar resume semua tu tapi belum ada rezeki atau mungkin memang rezeki i nak mulakan kerja di company consultant sebagai Structural & Bridge Engineer kot. Eh, itu pun memang kerjaya idaman. hehehe..

I dilamar melalui someone yang jumpa my profile from LinkedIn. Baca ini ye adik-adik. Penting update profile kita di LinkedIn. Jangan malas sebab kita tak sangka siapa connection kita yang tengok profile tu kan. And alhamdulillah, Allah dengar doa dan impian i. Dari dulu memang nak kerja dengan company ni sebab ni memang 1 of a biggest engineering company in Malaysia. Nama biarlah rahsia. ecewah. Dan Allah hantar someone untuk approach i dan kebetulan masih dalam bidang jambatan (yang memang i minat sangat). Submit resume, pergi interview, terus dapat. Alhamdulillah. Rezeki Allah.
So, after 4 years sebagai Structural & Bridge Engineer di consultant company, maka 27/10/2017 ni tamatlah kerjaya i as a desktop engineer. Eh bukanlah engineer repair desktop tuh, i mean selama ni kan kerja i di ofis. Membuat design bridge, design structure, check all the drawings, technical meeting and etc (ect ni macam banyak je kerja).. Memang banyak kerja lah. Balik pun lewat malam just because nak siapkan design. Sebab i kerja dengan CONSULTANT. So, i panggil desktop enginer la. now i dah dapat kerja baru, still dalam bidang jambatan cuma bukan buat design lagi.

FROM STRUCTURAL ENGINEER TO PROJECT ENGINEER

Ye.. dah tukar job title. Lepas ni more kepada duduk site.

Dah ready ke?
Ehmm.. susah nak cakap ready ke tak. Kerjaya lepasni, memang totally permulaan baru untuk i.

NEW job, NEW company NEW place, NEW experienced, NEW responsibilities, NEW challenged, NEW friends.. 

semuanya baru.
New place tu, sebab i will be transferred to Johor. Kena jaga project jambatan kat sana. Hahaha.. kali ni jadi hands-on Engineer. Duduk depan desktop and kena berjalan ke site. Gicheww.. Gelap lah wajahku. Ada sesiapa nak sponsor pencerah wajah? email me ok. Haha

Saying goodbye to your current workplace is hard when you are already comfortable being there. Starting at a new place means taking up new challenges with new set of people and adapting to new set of rules, and that can be terrifing and challenging.
To sum up my previous company, I believe it is a very good place to start working as a young engineer. Thank you for everything. I’ll make you guys proud.

Doakan kerjaya baru i ni, semoga dipermudahkan segala urusan and semoga i bertemu jodoh. Dah 27 tahun hoi.
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Hai,
dah lama tak hiking. Last tu masa zaman study. Eh! lamanya. So, this time, tiba-tiba my F4L team Puncak Alam (Puncak Hikers) ajak hiking ke Gunung Nuang T_T. Gituew, permulaan hiking untuk beginner ni ialah Gunung Nuang, gunung paling tinggi di Selangor. Semua yang naik, sebenarnya adalah beginner. Hahaha cuma coach dan guide kami je yang dah pernah hiking ni. Baik, kita follow jela dan merasalah sendiri. Dengan itu, sesuailah tajuk entry kali ni, 

PENGALAMAN HIKING GUNUNG NUANG VIA PANGSUN - BEGINNER

Nak naik Gunung Nuang ni, macam-macam perasaan lah. Risau punya pasal. Lepastu tanya akak-akak yang dah naiklah. Tapi itulah, tak puas kalau dengar pengalaman je, kena rasa sendiri. Nak naik Nuang ni ada 2 jalan sebenarnya, melalui Janda Baik dan melalui Pangsun. So, kami mulakan pendakian pada jam 7 pagi melalui Pangsun, Hulu Langat.

Jalan Balak ke Kem Lolo
Masa awal pendakian, di Jalan Balak dah mula mendaki.. Takda landai sangat tapi masih lagi daki manja-manja gitu (ni ayat guide kami.. manja sangat) . Bukan lah pacak pun. Tapi mencanak (hahahaha) dan jauh yakmat dalam 5km sebelum tiba ke Kem Lolo.. Fuhh. Sabar-sabar. Dah nama pun gunung. Diawal pendakian ni, akan jumpa beberapa pondok kecil untuk berehat. Dalam setiap 15min akan ada pondok kecil. Boleh la duduk rehat sikit lepaskan lelah sekejap sebelum mula mendaki.
 
Guide jangka kami akan sampai ke Kem Lolo dalam sejam setengah sahaja dan Alhamdulillah, walaupun semua beginner, kami berjaya tiba di Kem Lolo pada jam 9.00pagi. Tersasar ke 2 jam. Haha
Tempat berkumpul sebelum meneruskan pendakian ke Kem Lolo. Ni pondok last yang akan jumpa sebelum meneruskan perjalanan ke Kem Lolo. Kawasan lapang sedikit.

Kem Lolo ke Dataran Pacat
Kem Lolo ni cantik. Ramai hikers yang bermalam kat sini. Penuh jugak la dengan khemah. Kem Lolo ni cantik sebab ada sungai disini. Sini je punca air. Jadi kepada yang dah habis bekalan air masa naik tadi, boleh la isi sekejap. Kat Kem Lolo ni, kami cuma berehat sekejap je.. Yang mana tak sarapan lagi, makan sambil berjalan je. Hehehe
 Merentasi air sungai

Selepas Kem Lolo, perjalanan diteruskan ke Dataran Pacat. Permulaan trek ke Dataran Pacat ni berbatu dan berakar kayu. Ok lagi. Permulaaan ye. haha, lepas tu, memang mendaki je ke atas. Ni kami panggil memacak. Perjalanan dari Kem Lolo ke Dataran Pacat sangat jauh. Rasanya dah jauh dah daki ni, tapi tak jumpa-jumpa penghujung pulak.
Yang seronoknya bila hiking ni, ramai hikers yang sangat peramah dan akan bertegur sapa dengan kita. Nampak sangat i ni beginners, tapi mereka semua tetap beri semangat untuk sampai summit.

Sempat singgah berhenti makan di tepi. Kaki i dah mula sakit sebab seminggu sebelum tu, i terlalu banyak buat latihan cardio di studio sampai kena shin dn tumit dah mula mencucuk. Mengikut info dari peta yang i dapat, dari Kem Lolo ke Dataran Pacat memang jauh dan memacak. Jadi, diingatkan sila bawa bekalan air yang mencukupi.
Lepas berhenti makan, kami meneruskan perjalanan ke Dataran Pacat. Sikit-sikit pandang atas T_T
Pendakian i terpaksa stop setakat di Dataran Pacat je.
Nak ke Dataran Pacat ni menaik ja. Sifir di sini mudah.Selagi tak menaik sebanyak 3 kali dan tak jumpa balak tumbang yang perlu kita tunduk lalui,jauh lagi Dataran Pacat.Anggaran masa 2-3 jam. Nak ke sini pun dah minum banyak air. huhu.. Jadi memang diingatkan, isi air secukupnya di sungai Kem Lolo tadi. Boleh tanya hikers yang bermalam disitu sumber air yang bersih. Takut uols tak cukup air pulak nanti.
Dataran Pacat ada pokok akar rambut Rapunzel

Kaki i dah tak terlarat. Tumit kaki sakit sangat sebab i pakai kasut yang kurang sesuai. Memang padan muka la kan.. tambahan shin kaki pulak.. T_T
Dah naik tadi memacak, turun pun nasib badan la... Curam. huhu.. Sakit hujung jari kaki.. Tapi kami berlima je yang turun. Yang lain semua teruskan pendakian. Dalam jam 12.00 kami turun, singgah rehat di Kem Lolo. Lama jugak, sambil mandi sekali.

Apa yang i boleh simpulkan, Nuang memang mencabar minda bagi beginner macam i ni, tapi sebenarnya i terkilan tak dapat bersama-sama yang lain naik ke puncak. Seriously terkilan sangat. Hati i kata boleh lagi untuk i sama-sama naik ke puncak bersama yang lain, tapi badan dah tak mampu. Kaki dah mula sakit. InsyaAllah, ada kelapangan, i nak repeat lagi ke Nuang. Nak sampai puncak jugak.
Tahniah kepada yang sampai ke puncak Nuang walaupun semua beginner dan kita buat daypack je. Tahniah uols.

Ini adalah tambahan nota daripada beginners yang berjaya sampai ke puncak Nuang daripada Dataran Pacat ke Puncak Nuang. Disebabkan i tak sampai puncak, i share supaya mudah jadikan panduan beginner lain.

Pacat ke Kem Pengasih
Menaik lagi dalam 500-600m elevation.Bukan jarak ya.Boleh jadi 1-2jam. Sini mencanak sebab jaraknya yang pendek lebih kurang 1km lebih sahaja .So mendaki la dan yang mana kenderaan berat sebelah kiri ya.

Kem Pengasih ke Puncak Nuang
Kem Pengasih 1400m lebih dah dan Puncak Nuang 1499m tapi jangan happy lagi.
Dari pengasih kita akan turun semula sampai ke bawah lebih kurang 1100-1200m.lepas tu naik balik ke puncak. Dalam masa 1-1.30 jam .

Tips untuk begineer: Kepada beginner macam i, pastikan dah buat latihan fitness sekurang-kurangnya seminggu sebelum. Jaga tumit dan lutut sebelum naik tu. Hahaha sebab i dah alami. And paling penting, gunakan kasut yang sesuai. Hehehe, jangan macam i. Dah tau nak naik gunung, pergi bantai guna kasut running. Memandai je..Kan dah pewai. Pastikan bekalan air mencukupi. Nuang punya trek yang melalui Pangsun ni panjang. 
I won't give up. Lepasni nak try naik Nuang lagi sampai ke puncak. !! Fighting! - ok, kita banyakkan training lagi. All the best kepada yang baru nak mencuba daki melalui Pangsun, (Beginner sahaja)  uols mesti boleh la sebab ramai dalam team kami yang memang beginner hiking, dah sampai puncak. Kepada yang dah memang malim gunung tu, i respect sangat.. kental la Nuang ni :)

Level : Challenging (8/10)
Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
Hi hello.
Sesiapa yang memang follow instagram i, mesti tau, i suka sangat dengan aktiviti luar. I suka buat sesuatu yang mencabar diri. Oh, dan i ni pencinta alam sikit. Sikit-sikit rindu nak bau hutan la, nak bau batu la.. Eh..eh perempuan ni.!

So,
Haritu, i ke Lost World of Tambun dengan beberapa kawan bloggers lain. Asalnya, i ingatkan bila bercuti ni, takdelah nak buat aktiviti lasak.. Tapi i silap. Rupanya di Lost World of Tambun ni, ada sediakan pelbagai aktiviti lasak dan aktiviti luar untuk orang macam kita ni (u and i lah).. Dan kali ni, i berpeluang merasa pengalaman melalui 6th Mile Tunnel. Wihuuu.. gelak gembira i tau.

6th MILE TUNNEL

Apa itu 6th Mile Tunnel?
Sebenarnya, ni adalah gua kecil yang digunakan sebagai laluan komunis dahulu untuk melarikan diri dan menyembunyikan diri mereka. Yela, di Perak ni kan, struktur muka bumi banyak batu kapur. Jadi mereka menggunakan laluan batu kapur ni untuk bersembunyi. Kiranya macam ni jadi laluan tikus mereka dulu jugak lah kan. 

Sebelum kami mulakan aktiviti kembara (gitueww) kami ke 6th Mile Tunnel, kami diberi sedikit taklimat dan beberapa peralatan keselamatan untuk ke sana. So, tak perlu risau la ye. Semua pihak Lost World of Tambun dah sediakan.
Safety First!

Waterproof pouch tu memang i bawa sendiri dari rumah. (Tetap hp kena air jugak T_T)

Perjalanan kami ke kawasan gua ni dimulakan dengan menyeberangi tasik daripada camp site Lost World of Tambun ke kawasan perumahan. Selepas tu, kami perlu berjalan sikit melintasi kawasan perumahan tu, dan tiba di Camp X.. 6th Mile Tunnel ni terletak didalam kawasan Camp X. Untuk ke tunnel ni, perlu menyeberang lagi 1 tasik. Kali ni, bukan macam tasik pertama tadi, sebab tasik yang kedua ni, berselut dan berlumpur. Jadi, kena la terapungkan badan tu dan tarik badan dengan tali yang disediakan.
Dalam ye cik kak. Baju memang confirm basah dah ni. Ni dah nak masuk gua dah.
Tips: Elakkan membawa gadget anda kalau ia bukan kalis air. Sebab i konon-konon bawak. Memang dan masukkan dalam pouch kalis air tu, konon-kononnya!! Tapi still termasuk sedikit. Wuuwuwuwu.. Jaga dan sayangilah barang anda.

Bermulanya pengembaraan ke dalam tunnel ni.
Tunnel ni dinamakan 6th Mile sebab itu adalah jumlah panjang ke dalamnya. Kiranya 3 batu pergi, dan 3 batu balik. Pergi balik akan gunakan laluan yang sama. Sebab tu, kami kena cepat-cepat jalan sebab risau kalau hujan nanti, air akan naik dan lagi sukar untuk kami berjalan keluar. 

Setiap orang diberikan head lamp supaya dapat suluh jalan didalam tu. Keadaan memang gelap. Sebab dalam gua kan. Ada 1 masa tu, tiba-tiba guard suruh kami padamkan lampu dan cuba berjalan dalam gelap. Masa ni lah kami dapat merasa pengalaman macam mana la askar-askar komunis dulu berjalan tanpa lampu dalam ni. Bentuk muka bumi dalam ni, berbatu dan sempit. Kena jalan berhati-hati. Takut jatuh je. 
Baby kelawar.. Shomel.

Apa yang menariknya, dalam ni kami dapat melihat sendiri kristal yang sangat cantik. Kristal ni semua terjadi secara semula jadi. Kami juga diingatkan supaya tidak menyentuh dengan jari sebab sentuhan benda asing boleh mematikan pembentukan kristal ni.
Ada juga 1 kawasan ni, dinamakan air mata puteri, cantik sangat kristal dan air yang turun tu. Tak terbayang dengan kata-kata dan tulisan lah. Eh! kena la pergi dan lihat sendiri. hehe
Keluar dari tunnel.
Berjaya lepasi halangan dan rintangan di dalam gua. Yeay!!! Good job guys!
Perjalanan memakan masa selama sejam lebih untuk sampai ke hujung gua. Sejam lebih beb! balik ni confirm sejam lebih jugak kan. So, kita rehat dulu. Makan coklat dan minum air yang pihak Lost World of Tambun dah sediakan sebelum kita gerak tadi sambil menikmati kecantikan alam.

Ini adalah 1 pengalaman yang sangat berharga buat kami semua. Macam-macam kami dapat belajar mengenai ilmu di dalam gua daripada guide kami. Tak terbayang macam mana la komunis dulu dengan hati kental sanggup pulak bergelap cari jalan. Haish..!! Jauh pulak tu. Total kalori burn untuk aktiviti ni (based on my weight) ialah 850kcal. Gichewww sempat lagi baca kalori burn kat jam tangan. Hahaha.. eh kan i tengah misi kurus ni.!

Maklumat lanjut mengenai aktiviti lasak di Lost World of Tambun boleh rujuk sini.

SUNWAY LOST WORLD OF TAMBUN ADVENTURE PARK

Happy Exploring guys.!!
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Holla travellers,
I'm sure yang akan jumpa entry ni semua dari kalangan mereka yang suka travel dan nak ke KLIA & KLIA2 kan.. hehehe.. So, previous entry, i ada ceritakan pasal tips parking murah untuk KLIA & KLIA2 melalui Putrajaya Sentral. (Klik di SINI). Memandangkan ada yang sanggup emel dan pm tanya i pasal parking di Salak Tinggi macam mana pulak.. Lets cekidaut.

This time, i gerak dari rumah my mom di Klang. Kalau nak ke Putrajaya macam jauh sikitkan. Jadi, i cuba untuk ke Salak Tinggi pulak. Walaupun dah dekat dengan KLIA2 dah, tapi tetap nak cuba cara alternatif parking di tempat lain. Jimat kan. hehe..sambil-sambil boleh share kat orang lain kan.
Sebelum tu, mari kita recall dulu rate parking di KLIA2 macam mana..
Yes.. RM46 untuk hari pertama sehingga hari ke-3..selepas tu tambahan RM20 sehari pulak. Too pricey? Ok, here's come another option for you yang nak berjimat.
1. Parking kenderaan anda di Park & Ride Putrajaya. Entry di SINI
2. Parking kenderaan anda di Park & Ride Salak Tinggi.

Jadi, ini kiranya entry jimat parking ke KLIA versi kedua

PARKING JIMAT KE KLIA DAN KLIA2 DI PARK & RIDE SALAK TINGGI

Parking di Salak Tinggi ni sama je macam di Putrajaya. Ianya parking bertingkat dan berbumbung dan ada juga parking di kawasan luar yang tak berbumbung, tapi masih berpalang iaitu masih dikategori selamat dan dikawal dengan CCTV. Park & Ride Salak Tinggi ni ada 5 tingkat untuk parking kereta.
Ni parking yang berbumbung. Selamat dan dikawal CCTV. 
Untuk ke stesen ERL, terletak di sebelah tempat parking sahaja. Kena jalan kaki sikit. Ala, sebelah je pun.
The entrance. Terus boleh beli tiket ERL.
Daripada Stesen ERL Salak Tinggi ke KLIA dan KLIA2, tambang sehala bagi dewasa cuma RM4.90 sahaja bagi dewasa dan RM2.20 bagi kanak-kanak. Jimat juga. Masa pun jimat sebab dari Salak Tinggi akan terus tiba ke KLIA dan seterusnya KLIA2. Jarak perjalanan cuma 10minit sahaja.

Untuk ke KL Sentral amik platform 1 & 2 ye.. Tapi memandangkan kita nak ke KLIA, sila ambil platform 3 & 4.
Jangan tersilap ye.
Untuk masa perjalanan dan jadual perjalanan ERL boleh rujuk SINI
Rate parking di Salak Tinggi mahal sedikit berbanding di Putrajaya Sentral. Ala mahal lebih RM2 je pun. Hahaha..
Kiranya dalam RM8 rate parking sehari di sini. 
Sebenarnya bagi i, dah jimat jugak. Sebabnya RM8 ni untuk sehari, then harga tiket ERL ke KLIA pun cuma RM4.90 sahaja sehala. Jimat 2x ganda. Apapun, bergantung pada bajet anda sendiri ok.

Untuk ke stesen ERL dan Park & Ride Salak Tinggi, boleh rujuk map dibawah.


Selamat bercuti ;)
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
hokie. dokie. i'm home. at last.

Last week, i dengan fews bloggers sempat la bercuti bersama-sama. So, this time kami ke LOST WORLD OF TAMBUN bebeh!! Percutian kali ni cuma 2hari 1malam. Gitueww...2 hari yang penuh makna. hehe.. Actually, ni kali pertama i ke sini. It tooks us 2 hours to go to Ipoh from KL. Tak jauh pun kan.. Selama ni memang dengar jela cerita orang kan..Selama ni orang cerita kalau ke Lost World of Tambun, cuma ada taman tema air, kolam air panas, theme park tu, dan zoo. Rupanya ada banyak lagi tarikan menarik yang ada di sini. So, pengalaman pertama ni buat i rasa nak abadikan (ecewah) kat blog ni..

Anyway.
LOST WORLD OF TAMBUN. it was soooo much fun! So, read this ladies and gentleman.

TARIKAN TERBARU DI LOST WORLD OF TAMBUN


GLAMOROUS GLAMPING

Inilah penginapan kami. Hehe.. Sebenarnya, glamping ni merupakan salah satu tarikan terbaru di Lost World of Tambun. Berkhemah dengan konsep glamour. Macam tula kiranya. Glamping ni berbeza dengan perkhemahan biasa sebab di Lost World of Tambun ni, semua kemudahan yang disediakan lengkap macam duduk di sebuah bilik hotel. Aktivti glamping ni sangat sesuai untuk mereka yang inginkan sebuah percutian yang adventure, sambil menikmati keindahan alam semulajadi dengan gaya hidup yang selesa.
Ruang dalaman. 1 khemah yang luas ni boleh menempatkan 4 orang dewasa. Ada disediakan 2 katil single dan 1 katil Queen size. Glamping di Lost World of Tambun ni, tak perlu risau panas dan ada nyamuk ke tak. Sebab kat dalam ni, ada disediakan kipas dan kawasan sekeliling pun dikelilingi dengan serai wangi dan batu-batu kapur. Semuanya secara nature. Sesuai yang nak bawa 1 keluarga ke sini.
Pemandangan di waktu senja.
Buat masa ni cuma ada 1 glamping sahaja di atas air. Yang lain semua khemah di sekeliling tasik sahaja. Tapi pemandangan pun tetap cantik. Blogger perempuan, haruslah tido di glamping atas air. Hahaha.. bertambah glamour tau.

Maklumat lanjut mengenai pakej Glamping boleh ke sini https://sunwaylostworldoftambun.com

HIPPO KINGDOM

Di hippo kingdom, kami diperkenalkan dengan Juwita, badak air yang terkenal di sini. Di sini, kami dapat banyak sangat info mengenai badak air dan cara mereka bernafas. Ada 1 ruang khas yang disediakan untuk pengunjung melihat akiviti badak air dan buaya didalam air.
Bukan itu sahaja, kami juga dapat melihat sendiri dubuk / hyena live uols.. Hehehe.. selama ni tengok kat cite katun je. Rupanya hyena ni suka bila orang datang. Dia akan datang kearah kita konon nak minta perhatian.
Manja.
Oh ya, rusa disini pun dibiar berkeliaran bebas. Jadi, boleh la merasa sendiri pengalaman bermesra dan memberi makan rusa-rusa ni sendiri.
Semoga dia tak konfius antara lobak dan jari gemuk i

HAUNTED CHAMBER

Ini adalah antara tempat wajib pergi di Lost World of Tambun. Diketuai oleh nenek kebayan yang akan menjemput (muka scary woo) sampai la ke hujung rumah yang penuh dengan pontianak. Semua hantu-hantu kat Malaysia la. Hehehe.. Masa ni la nak cabar ketakutan dalam diri. Tiket masuk RM10 sahaja dan hanya boleh masuk 6 orang sahaja sekali masuk.

MINUM PETANG DI DULANG TEA HOUSE

Petang tu kami dibawa minum petang dengan gaya orang Perak.
First time i makan roti tumbuk dan dicampur dengan gula merah dan kelapa. So yummy dan rare sangat. Menariknya di sini, tea house ni di dalam gua. Hahaha.. Cantik sangat. Hiasan dalaman pun gaya design lama tu. I paling suka makan roti cicah kari ayam. Dagingnya sangat lembut.. Berebut la makan dengan semua.
Tea house dalam gua. Menarik kan..

AKTIVITI LASAK UNTUK PENGGEMAR SUKAN OUTDOOR

At first, i macam frust jugak sebab sepatutnya i ada aktiviti hiking masa i ke sini. U know how much i loooove outdoor activities.. Tapi tiba-tiba bila di beri tahu, kami ada activity lasak, i was like...YEAY!!!!.. hehe.. Rupanya di Lost World of Tambun, bukan aktiviti bermain air sahaja, malah memang disediakan pelbagai aktiviti outdoor untuk penggemar outdoor macam i ni.

So, kali ni, kami semua diberi peluang untuk merasa salah satu aktiviti outdoor disini iaitu trekking dan caving di 6th Mile Tunnel.
Kena lintas 2 lintasan tasik untuk ke tunnel ni.
Tunnel ni sebenarnya adalah bekas laluan komunis zaman dulu.. Panjang tunnel ni adalah sepanjang 1.8km. Masa perjalanan pergi dan balik melalui tunnel ni pula dalam 2jam lebih. Memang penat. Penat sebab laluan dalam gua bukan macam jalan kat shopping mall. Tapi berbatu tajam. Kena berhati-hati. Apapun, memang mencabar. Oh, estimated calories burn kat aktiviti ni (kemain i tengok jam kalori i) dalam 850kcal bagi berat macam i. hahahaha..best kan..
Banyak lagi aktiviti lasak yang boleh dibuat rupanya..
Berjaya sampai ke penghujung tunnel. Yeay!! Ok, now, patah balik... T_T

BREAKFAST DI WETLANDS

Keesokkan paginya, awalnya i terkejut jugak sebab buggy bawa kami terus ke Petting Zoo.. Kata ada breakfast, takkan terus tengok binatang kot..huhu. Rupanya kami dibawa breakfast di Wetland yang terletak di dalam Petting Zoo tu.. Pemandangannya, cantik sangat.. Macam dibawa ke dalam 1 lagi kawasan yang berasa di dunia luar. Berkonsepkan Back to Nature, breakfast kami pada pagi ni di atas 1 pelantar kayu yang dikelilingi paya dan batu kapur.
Kedatangan kami disambut oleh staff yang sangat peramah dan manis dengan senyuman. Kawasan di sini sejuk dan tenang sangat. Makan breakfast gaya buffet sambil di temani muzik yang menenangkan..
Semuanya fresh. Chef terus masakkan breakfast kita, air buah yang fresh dan manis tanpa gula.

PETTING ZOO

Ini adalah zoo untuk haiwan yang jinak dan comel dan haiwan yang boleh dibela.. kat zoo ni, ada lebih dari 55 spesis haiwan yang boleh dibela. Manja semua (including the tapirs, hahaha).

Hello Mr. Tapir yang comel tapi kalau kencing jauh. Why so cute ha?

Menariknya di sini, kita boleh sentuh dan beri makan pada semua haiwan disini. Zoologi pun akan ikut dan terangkan semuanya kepada kita. Zoologi di sini semua peramah. Disini ada Tarantula Alley, Girrafe, Rabbit Wonderland, Ruby and Friends, Tortoise Kingdom, Bird Paradise, Marmoset Tree House, Serpentium dan sebagainya.. Kalau bawak anak kecil, lebih seronok sebab dorang dapat tengok sendiri semua binatang ni dan dapat pegang lagi dengan pengawasan Zoologi yang terlatih.
Cik Ruby yang comel. Aummm.. (Eh! ape aumm pulak)

CATOPIA

Last but not least, sebelum balik, i sempat singgah di salah 1 tarikan yang menarik.. Khas untuk peminat kucing,

CATOPIA.
Kucing kat sini gebu gebas uols.. geram je. Bulu lebat dan gemuk. Hoi.. rasa nak culik bawak balik.

Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti menarik yang disediakan di Lost World of Tambun. Sangkaan pertama i tentang tempat ni, meleset sama sekali (gituu ayat). Bukan sekadar taman tema air dan taman tema mainan tu jela uolss.. ada bermacam-macam aktiviti kat dalam ni. Rasanya bercuti 2 hari 1 malam memang tak puas. I akan repeat ke sini dengan my family pulak. Dari pagi sampai malam full of activities, nak bercuti mana lagi kan..
Fuhh..
Sabar ye hati.! wajib datang lagi.!!!

Info lanjut, boleh ke sini
LOST WORLD OF TAMBUN
Theme park tel: +605 542 8888
Hotel tel: +605- 540 8888
Fax: +605- 542 8899
Email: lostworldoftambun@sunway.com.my
Website : https://sunwaylostworldoftambun.com
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Newer Posts
Older Posts

Total Pageviews

About me

|Malaysia Lifestyle Blogger|

About Me
Hello, my name is Miera Hassan. I'm an Engineer who love's to blog about lifestyle, food, travel and personal stuff. It's my journey to find my voice as well as to find myself, i want to share my story of experience.
Looking forward for any collaborations and reviews. I can easily be reached by email :
nmierahassan@gmail.com

Followers

Follow Me

  • Facebook
  • Instagram
  • Google+
  • Pinterest
  • Bloglovin'
  • Twitter

Press

Majalah Remaja (2011)

Labels

My Story Info love Random uitm study friends Tips Cantik myfitness review other blogger family Tips Sihat foodhunter review beauty travel Events review makan travelog Achievement Engineers misi jelajah indonesia resepi masak Business Hyperthyroid

Popular Posts

  • Resepi Spaghetti yang Ringkas dan Sedap
    Hai everyone! *lambai tangan Hehe.. tiba-tiba nak bagi resepi spaghetti kan..sebab spaghetti ni kan, salah satu daripada jenis makana...
  • Tips Bercuti ke Bandung
    Hai.. Assalamualaikum semua..  ** lambaian tanda ramah. Jadi.. I baru je pulang dari bercuti dari Bandung.. and apa yang I boleh ri...
  • Kerjaya Saya - Bridge Engineer
    Assalamualaikum.! Oke Hai.. Berasa sangat terpanggil untuk bercakap mengenai kerjaya sekarang di blog sendiri sebab nak mengenang, macam ...
  • 5 Don't When You're Sleeping
    Assalamualaikum.! ehem.. *konon sakit tekak I got this from my friend in facebook.. the 5 Don't When You're (ehem.. i mean, We&#...
  • Kurus dengan Detox Water
    Assalamualaikum.. hi everyone..!! sekarang memang tengah famous pasal detox water ni. Haha.. sampaikan Miera pun dah mula terikut buat s...

recent posts

Blog Archive

  • ►  2020 (7)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2019 (22)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (3)
  • ▼  2017 (69)
    • ►  December (2)
    • ►  November (8)
    • ▼  October (6)
      • Selepas 4 Tahun
      • Pengalaman Hiking Gunung Nuang - First Time / Begi...
      • Pengalaman di 6th Mile Tunnel, Lost World of Tambun
      • Parking di Park and Ride Salak Tinggi ke KLIA & KLIA2
      • Tarikan Terbaru Lost World of Tambun
      • Jamu Moden - Jamu Tun Teja
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (11)
    • ►  June (17)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2015 (15)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
  • ►  2014 (10)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  March (2)
  • ►  2013 (10)
    • ►  July (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2012 (32)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (4)
    • ►  January (5)
  • ►  2011 (35)
    • ►  December (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
All Comments
Atom
All Comments

NEWSLETTER

Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose