Tips Memohon Kerja di Jobstreet

by - Friday, September 15, 2017

Assalamualaikum. Hai. 
Baru-baru ni viral kat facebook, pemilik akaun Facebook Muhammad Shalhadi berkongsi tips macam mana nak memohon kerja sehingga dipanggil inteview. I share kat blog ni, supaya senang kepada sesiapa yang tengah search tips ni kan. Semoga bermanfaat kepada semua, terutama adik-adik yang baru habis belajar tu dan sedang mencari pekerjaan.

Tips Memohon Kerja di Jobstreet

“Di, banyak interview kau dapat di. Aku apply dah banyak tapi nak dapat satu interview pun susah. Macam mana kau apply? Apply kat mana?”

Selepas aku kongsikan cerita aku pergi interview dengan berberapa syarikat, ada beberapa yang pm tanya macam mana cara aku apply kerja. Jadi hari ini insha Allah aku akan kongsikan dengan semua. Aku tak kata cara ni paling betul, atau kau perlu ikut tapi ini lah cara aku mohon pekerjaan.
Ok jom tengok “kat mana” nak apply.

1.Laman web kerjaya seperti Mau kerja, jobstreet, SPA, mystarjob.com dan lain2.
2.Career fair
3.Secara terus dengan syarikat pilihan
4.Lain-lain medium 

Sesiapa yang ada lagi medium lain yang digunakan untuk mohon kerja harap boleh berkongsi.

MOHON KERJA MELALUI LAMAN WEB KERJAYA JOBSTREET

Ramai yang kata kalau apply kerja guna web kerjaya ni susah nak dapat panggilan.
Mula-mula aku minta, buang tanggapan negatif tu sebab panggilan interview yang aku dapat majoritinya dari permohonan melalui laman web kerjaya. Ye betul, aku tak tipu. Aku minta kau buang tanggapan tu sebab tak nak kau putus asa. Jangan baru hantar 10-20 permohonan, tak dapat panggilan kau dah putus asa. Mohon kerja ni satu persaingan, jangan putus asa. Sabar. Teruskan memohon. Ok macam ni

Profile Calon
1.Pastikan profile kau lengkap, isi semua about me, education, skills, experience, etc. jangan rasa leceh isi benda-benda ni. Untung kita nak apply kerja ni free tak perlu bayar. Majikan nak iklankan kerja kena bayar RM550++ untuk satu iklan. Sumber: Jobstreet
2. Upload gambar.
3. Upload resume. 
Dah selesai isi semua berkaitan diri baru kau apply kerja yang diiklankan. Aku ambil contoh jobstreet sebab ramai apply kerja melalui jobstreet ni.
Jumaat lepas aku pergi ke admin building nak jumpa dengan manager HR untuk bersembang pasal pandangan employer terhadap candidate yang mohon melalui jobstreet.com tapi bos tiada. Jadi aku sembang dengan cik HR kat situ untuk tahu macam mana sistem jobstreet ni “as an employer”. Cik HR ni baik, dia tunjuk satu-satu macam mana employer terima permohonan2 calon. Employer akan terima permohonan ataupun “search” resume candidate dan nama calon akan keluar dalam bentuk table. Boleh rujuk gambar kat bawah tu.

Tengok apa yang penting. SKILLS, EMPLOYMENT HISTORY, EDUCATION and EXPECTED SALARY.

Skills
Tolong tulis lagi skills lain yang berkaitan
Ada calon tulis ruangan skills tu Microsoft Office seketul je. Tolong tulis lagi skills lain yang berkaitan, contoh: adobe photoshop, autocad, etc. ataupun kau ada pengalaman guna apa-apa instrumens masa belajar/praktikal dulu kau tulis je (contoh: HPLC, GC). Barulah majikan ade semangat sikit nak klik untuk view resume kau. Kalau tak, dia akan scroll je kebawah melepasi resume kau macam kau scroll facebook tanpa klik like atau drop comment kat gambar kawan kau.

Expected Salary
Fresh grad aku mohon sangat2 jangan letak gaji terlampau tinggi. 
Bila kita nak apply sesuatu kerja tu kan ada info berapa range gaji untuk position tu. Kalau position tu range dia MYR 2500-3500 jangan kau mintak MYR7500. Sama, majikan akan scroll macam fb je nanti.

Work Location
Ubah “preferred work location”
CIk HR ni juga cakap kalau dia yang buat screening, dia akan tengok preferred work location di bahagian “candidate details”. Contoh company di Selangor, tapi candidate isi preferred work location di Pahang. Cik HR tu cakap “oh, calon ni jauh. Pahang.” Dia tak “view” pun resume calon tu. Jadi dah tahu kan apa perlu buat? Ubah “preferred work location” tu (kalau kau tiada halangan berkaitan lokasi kerja).

Pitching
Ramai calon abaikan 300 characters pitch ni dan terus click “submit application” je. Ok takpe, hari ni aku kongsi cara senang untuk pitching. Macam post aku yang sebelum ni, kalau aku nak jual laptop kat gamer, aku akan bagi spec laptop yang gamer mahukan. Jadi, untuk pitching, kau tengok “job description” and “requirements”. Kau pitching berdasarkan dua perkara tu.
Contoh
Requirements;
Bachelor degree in ________ or any related fields
Knowledge of __________ will be an added advantage
Experienced using _______ machine
Good team player with the ability to lead and manage other staff.
Willing to travel

So kau boleh pitch macam ni. Ni contoh mudah jela, nanti kau guna la ayat power sikit.
As a ___________ graduate, I am familiar with _________. I am able to work independently as well as in group environment. I am also equipped with the hands-on experience of using ______ machine. Kau tambah2 sendiri la ye.

Boleh baca tips yang i dah share di sini : Tips Pitching di Jobstreet

TINGKATKAN PELUANG DIPANGGIL TEMUDUGA

Ni cara yang kau boleh buat untuk bagi majikan nampak kesungguhan kau. Lepas apply melalui jobstreet, hantar juga permohonan melalui email, kalau rajin lagi pergi company tu hantar resume by hand ataupun pos.

TINGKATKAN PELUANG UNTUK DAPAT PEKERJAAN.

1. Mohon kerja dengan majikan, jangan lupa mohon dengan Tuhan.
2. Kalau ada kekosongan jawatan, bagitahu kawan-kawan. Memang kat atas aku cakap mohon kerja ni satu persaingan. Semakin kurang persaingan semakin tinggi la peluang kan? Tapi percayalah, takkan rugi orang yang memberi. Bila kau share kat kawan-kawan, kalau kau tak dapat job tu mungkin kawan kau dapat. Kau mudahkan urusan orang lain Allah mudahkan urusan kau. Insha Allah.

Dialu-alukan untuk share. Moga sama2 kita dapat mudahkan urusan orang lain. Moga bermanfaat. Sekian.

Sumber FB : Muhammad Shalhadi

Semoga berjaya

You May Also Like

4 comments

  1. Info yg bagus utk rujukan mereka yg memerlukan utk memulakan kerjaya. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  2. Memang bagus sangat Miera up info ni.. kadang2 yang nak isi job ni kan diaorang nak kerja tapi malas nak mengisi bagi detail sikit.. bagi orang nampak sikit kita tu memang berminat bak kerja.. macam miera tulis laa kalau letak skill tu letak laa byk2 sikit baru org bukak.mata kat kita.. tak gtu miera..bice sharing dear..

    ReplyDelete