July 2017 Wrap Up

by - Tuesday, August 01, 2017

Assalamualaikum,
Hello ladies and gentleman,

Habis July, maka tibalah masa yang ditunggu. Ececeh.. macam semua orang nak tunggu je. Wakaka..~ baiklah, apa yang berlaku dalam bulan July 2017..? Lets cekidaut:


Blogging Life:
Alhamdulillah, bulan 7 ni dapat banyak job review untuk blog. Terima kasih kepada semua rakan blogger dan PR yang jumpa blog i.. Sebenarnya, tiba-tiba rasa menyesal tak mula blogging dari awal. Eh?! dah mula dari 2010 pun.. tapi sebabkan sibuk kerja, so memang terbengkalai blog macam kapal karam dilautan. Amboi. Menyesal tak aktif dari dulu.. huhu.. Takpe..takpe..

Takde yang gembira dan baru di blogging life i.. Kalau nak tau cerita boleh rujuk ruangan archive. hehehe..  Cuma yang i perasan, bulan ni kan my life dah mula bizi.. jadi masa untuk berblog dah mula kurang. I cuma berblog bila weekend sahaja. Itupun sebab weekend ada internet unlimited dari DiGi.. Hai DiGi.. mekasih. Sayang woo kalau tak guna internet bila weekend. hehe

Personal & Working Life:
I dah mulakan my fitness life.. Eh, sebenarnya dah mulakan my healthy lifestyle sejak join F4L team Puncak Alam pertengahan bulan haritu.. Banyak perubahan yang i rasa (padahal baru 2 minggu join.hehe) .. Kalau dulu, bangun pagi lemau sangat. Yela, since i pun masuk keje jam 9.30 pagi, lepas subuh confirm nak sambung tido. Pemalas nau nak bangun.. But, since i join my F4L team, bangun pun dah cergas. Paling best bila rutin harian dah berubah kepada healthy lifestyle. Daripada setiap malam lepas makan malam, tengok drama korea je.. Now malam je i akan ke gym.. buat workout dengan team members yang lain.. Weekend ada aktiviti riadah yang best, untuk burn at least 1000kcal pada hari itu. Eh, i dah turun berat badan. hahaha.. i diet dengan seronok. Takde dah nak sekat makan itu ini. And, i ada bukak new instagram tau sebagai diary diet i.. Yang mana nak follow, boleh follow @mie_dietgram kalau berminat nak tau my lunch box meal.. (mostly spaghetti sampai my coach tegur, makan nasi la woi)



Oh ye.. pasal working life.. sumpah now memang dah takde hati nak kerja.. Perasaan malas nak ke tempat kerja tu dah wujud. Hahaha. jahat. And u know what, dulu i pernah tau simpan perasaan nak kerja kat 1 company ni.. Kalau sebut semua orang tau kot.. 1 of the biggest engineering company in Malaysia.. tiba-tiba.. 1 day, ada someone called me.. dia kata dia nampak profile i from LinkedIn. Kalau di LinkedIn tu kan profile professional kerja kan, and he offered me to work with this company. Ada 1 position kosong dan dorang memang perlukan someone yang ada pengalaman dalam Bridge Design.. Bestnya.. yang tak best sebab i kena kerja kat Johor, maybe. Jauh la sikit dari my family kan. huhu..

So, baru je lepas interview Jumaat lepas. Jumpa Project Director. InsyaAllah kalau memang rezeki i, i akan dapat kerja dengan company tu. (Lama woo mengidam nak kerja situ).. Doakan i tau, tau.. Doakan yang terbaik untuk i.. hehe

i tak tau la nak kata kebetulan ke apa kan, tapi unexpected question during writing assessment is "Fitness Life". Hahaha.. macam tau-tau je i tengah buat fitness lifestyle, kemain soalan pun nak sama. Senang betul nak goreng. Kebetulan ke? atau memang rezeki? hahaha.. and hari yang sama pulak, plaza tol yang i lalu (touch&go lane) tak payah bayar sebab palang rosak. Then, sebabkan KL tu susah nak parking, i park my car dekat hotel. Supposed bayar RM10 sekali masuk. tapi alhamdulillah, masa nak bayar, tiket i tak boleh nak keluar. So kira free je. Tak payah bayar. Alhamdulillah, memang rezeki haritu. hihihi


Movie & Drama:
No movie again for this month. Takde nafsu nak tengok movie kat wayang. Ewaahhh... nafsu bagai kau..
For Korea drama, this month baru je habis tengok drama korea Tunnel. Eh eh.. cerita lama, tapi baru nak tengok.. Seronok la cerita ni.

Cerita ni mengisahkan tentang seorang Detektif yang bijak tengah menyiasat 1 kes pembunuhan ni. Masa tengah siasat kes ni, dia dipukul dalam sebuah tunnel dan tiba-tiba je bila sedar dia dah ada di tahun 2017 (30tahun di masa hadapan). Pada tahun ni, banyak la benda kelakar dia buat sebab dia kan dari zaman silam, so nak kena sesuaikan diri la di balai polis yang sama dia kerja dulu (sebabkan dia merentas masa, so dia dilaporkan hilang pada zaman silam dia). Tapi muncul di balai sama yang kebetulan nama dia sama dengan nama bakal pegawai yang sepatutnya kena lapor diri (tapi pegawai tu mati kena bunuh). Cuma pembantu lama dia je yang kenal dia siapa sebab masa ni pembantu dia dah jadi ketua balai. Ish..malas nak taip. Kalau yang belum tengok, pegi lah tengok.. memang best.

As usual, ini adalah wrap up i daripada instagram feeds i untuk bulan July..

July instagram diary feed.
Awak punya cerita bulan July macam mana pulak?

You May Also Like

12 comments

  1. wahhh, wrap up july yang best! Alhamdulillah dah amalkan gaya hidup sihat ni bagus. nak folo ig ler lepas ni. hehe

    ReplyDelete
  2. Good bye July, Hello ogosss.. hihihi

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. murah rezeki miera.. semoga bertambah2 lg rezeki Tu ye

    ReplyDelete
  4. tunnel tu kak zana dah khatam dah, best. biasa tercampak ke zaman dulu zaman raja2, xpun orang zaman raja-raja ke zaman moden. ni xlari jauh sgt 30 tahun je, unik laa . eh panjang lak bebel. salam kenal ;)

    ReplyDelete
  5. Yeay boleh follow menu miera😘😘😘

    ReplyDelete
  6. Fuuuh mmg buat wrap up tiap2 bulan ek?

    ReplyDelete
  7. Nampak aktiviti penuh sepanjang bulan Julai.

    ReplyDelete
  8. datang follow blog budak ngada2..haha

    ReplyDelete