Ekspedisi Gua Batu Maloi

by - Thursday, August 17, 2017

Hi. Assalamualaikum cik akak cik abang.
Ok... cerita dia macam ni.. Malas nak intro panjang-panjang sebab bukan korang baca pun kan.

Entry kali ni mengenai aktiviti my Fit For Life team Puncak Alam. As usual, setiap sabtu adalah aktiviti riadah sambil membakar lemak.. Hewwheww.. dan kali ni, kami membuat ekspedisi ke Gua Batu Maloi, Negeri Sembilan. Wihuuu.. Sorak..

Jangan nak gembira sangat lah. Ok, Thrill seekers, Take note!

GUA BATU MALOI

Hutan Lipur Gua Batu Maloi ni terletak di Kampung Tanggai, Johol, Negeri Sembilan.. Kira-kira jarak perjalanan dari Kuala Lumpur cuma 2 jam memandu. Sebelum sampai ke sini, kami isi perut dahulu di RnR Seremban. Kira isi tenaga siap-siap sebab ekspedisi caving kali ini memang MENCABAR. (saje nak CAPSLOCK!) hehe 
Nampak tanda ni, jangan sampai terlepas pulak ye.. Ni tanda di simpang ke Gua Batu Maloi.

Dah sampai. Bertolak jam 6 pagi, tapi sampai lewat sikit sebab ada kemalangan di Seremban tu. So, inilah dia base camp di sini.. Parking kereta dan tandas berdekatan sahaja. I tinggalkan beg pakaian je dalam kereta.. Tak perlu nak susah payah bawa sekali. Senang nak tukar baju terus.

Kasut getah, head lamp dan drybag. Checked ✓

Sebelum memulakan pengembaraan, kami mendengar sedikit taklimat daripada guide kami, Kak Shihah. Sebenarnya F4L team Puncak Alam cuma ada dalam 18 orang sahaja termasuk Coach Wan, tapi haritu kami gabung sekali dengan team yang datang dari JB. Jadi total peserta kali ini ialah dalam 30 orang. Menurut Kak Sihah,

Gua Batu Maloi, bukan lah macam gua-gua lain di Malaysia yang merupakan gua batu kapur. Gua Batu Maloi merupakan gua yang terbentuk daripada susunan batu granit yang terdapat laluan di celah-celah batu ini. Laluan ini boleh dikatakan 80% kawasan berair (melawan arus sungai). Track gua ni pula sering berubah kerana batu-batu tersebut akan berubah hasil tolakan arus sungai yang laju terutama setiap kali hujan lebat.  

Baru dengar penerangan pun dah excited. Ekspedisi kali ini, kami ditemani oleh 3 orang guide yang berpengalaman (Kak Shihah, Mummy dan Ayoi). So, selesai taklimat kami mulakan ekspedisi kami tepat jam 10.30 pagi.
Awal-awal mula (dalam 10 minit jugak lah), dah redah denai dan air sungai sebelum sampai ke pintu gua. Masa kami pergi ni, musim hujan. Belum masuk pun dan berbasahan, kat dalam gua, confirm air banyak kan. Jadi gunakan kasut dan pakaian yang sesuai ye.
Dah sampai kat pintu masuk gua. Kecik tapi muatlah.. hehe.

 
Sepanjang gua ni, perlu meredah track yang agak susah jugak. Kena prepare mental & fitness! Paling penting adalah semangat Teamwork!. Apa yang mencabarnya, dalam gua ni berbatu dan bentuk muka bumi dalam ni memang sangat berbeza. Ada kawasan yang penuh air sehingga kita perlu menyelam sekejap. Ada yang kena melompat, merangkak, meniarap, menggelongsor, berenang, memanjat semua kena buat dalam air dan dicelah-celah batu. Especially part ada arus air deras dibawah gua. 80% aktiviti dalam ni, berkaitan dengan air.
Dalam ni, ada kawasan yang kecil dan sempit tau. Nasib baik punggung i muat (malas nak bagitau saiz berapa). Hahaha.. itupun jenuh nak adjustla..apa la.. Nasib muat masuk hoi. Kalau tak, i sangkut la kat dalam gua, tak keluar. Hahahaha. Kepada yang fobia pada tempat sempit dan ada air, inilah masanya untuk korang lawan ketakutan tu.
Total checkpoint dalam gua ni ada 24 checkpoint dan ada beberapa checkpoint yang akan menceritakan mengenai mitos dan kisah percintaan antara seorang pemuda bernama Maloi dan seorang puteri bunian.. Sambil tu, guide akan terangkan mengenai kesan-kesan pergerakan batu dan muka bumi sekali. Belajar Sejarah dan Geology sekali la kan. Gituuww.. bak kata pepatah, menyelam sambil minum air gua T_T

Checkpoint ke-5 ialah di Gua Kelawar. So dalam gua ni, kena masuk dengan senyap. Yang joyah-joyah tu, kena stop la bercakap sekejap.. dan matikan headlamp sekejap. Tujuannya supaya kelawar tak terkejut. Kalau dia terkejut nanti sibuk dia nak terbang larikan diri. Tak best lah.. Bau hancing kelawar pun kuat.Tahan la sekejap.

Ini pulak di Gua Kapal Layar checkpoint ke-6. Bentuk batu-batu ini kelihatan seperti kapal layar dan ada mengatakan bahawa di sini mempunyai mitos, kapal ini yang digunakan oleh Maloi untuk lari bersama Puteri bunian tapi dihalang dan kapal ni pecah. (Apesal nada pengacara nih?!). Nak ke checkpoint ke-6 ni pun jauh yakmat.. Dah sampai sini, berehatlah.. makan sikit untuk tenaga.
Ini pulak dicheckpoint yang ke - i pun dah lupa yang keberapa.. Tapi ini menunjukkan kononnya lakaran Maloi dan Puteri Bunian tu (yang sebenarnya terjadi daripada titisan air sehingga membentuk lakaran manusia).
Ini di checkpoint ke-18. Bolehlah berehat sekejap. Makan sebelum mulakan semula perjalanan (asyik makan je i ni). Ada lagi 6 checkpoint kak oi.
Finally, setelah berhempas pulas (kemain) selama 6jam dalam gua dan kesejukan, kami berjaya juga keluar dari gua melalui celah batu dan air terjun kecil. Macam ini
Hehe.. alhamdulillah.. I semakin bahagia bila dah keluar.
Dah keluar gua, belum habis lagi tau ekspedisi ni.. Nak kembali ke camp site, perlu jungle trekking sikit je lagi dalam 10 minit. Masa trekking tu, akan jumpa sebiji batu besar yakmat yang dipercayai, kat batu itu lah, Maloi bertapa untuk berhubung dengan dunia bunian. Dah sampai camp site, terus makan lunch yang disediakan. Nasib amik pakej yang ada lunch. Kalau tak, kelaparan la.. dah la penat 6 jam tak hilang lagi.
Apa yang i boleh cakap, ekspedisi kali ni, memang mencabar dan ektrem untuk mereka yang pertama kali buat aktiviti caving macam i. Kebiasaannya menurut guide, cuma 3 atau 4 jam je.. Tapi sebabkan keadaan muka bumi ni tak dijangka, ada kawasan yang air banyak, arus pulak deras, ekspedisi kami mengambil masa selama 6 jam (Tak dijangka ye). Tapi.. kenangan kat sini sangatlah bermakna dan ini pengalaman yang i takkan lupa sampai bila-bila. Tahniah F4L team Puncak Alam. We did it!! yeahhh~~

Jadi, nah i sediakan sedikit tips dan persedian untuk korang buat sebelum menjelajah Gua Batu Maloi ok.. Tak follow, rugi.. hahaha.. Especially yang first time baru nak pergi.

Tips dan Persediaan Jelajah Gua Batu Maloi :

1. Seeloknya, gunakan kasut getah. 
Kasut Adidas kampung tu. Memang tak lawa, tapi amat berguna untuk aktiviti luar. Dalam gua ni, air mengalir deras. Jadi batu-batu ada yang licin. So kasut getah ni amat membantu untuk grip permukaan batu. Lagipun harga murah (RM5.80 kat kedai Mr.DIY, less than RM12 kat kedai hardware), takdelah rasa macam sayang sangat kalau kasut kena bawa arus air dalam gua, dan takdelah rasa sayang sangat tapak kasut tu. Cumanya kasut ni, batu senang masuk. Jadi pakai stokin tebal sikit. 
Contoh sebelah kasut hilang dibawa arus air yang deras didalam gua T_T

2. Bawa 'headlamp'
Dalam gua gelap ye.. Pakailah headlamp untuk bantu kita mencari jalan dalam gua (sambil menyuluh katak).haha

3. Baju berlengan panjang dan seluar yang sesuai.
Aktiviti dalam gua ekstrem sedikit. Jadi pakai lah seluar yang sesuai. Yang tak mudah koyak dan sesuai untuk berlasak-lasak. I guna seluar sukan dari material yang STRETCHABLE. Senang nak bergerak dan memanjat. Kalau pakai seluar sukan biasa, make sure dalam tu pakai seluar tight atau legging. 

4. Pakai padding lutut , siku dan gloves tangan.
Ini takdelah wajib. Tapi kalau tak pakai, risiko luka, calar dan lebam tu amat tinggi T_T.. 

5. Wajib bawa snack, protein bar atau makanan ringan sedikit.
Perjalanan dalam gua yang ekstrem ni memang penat. So, bila dapat rehat sekejap di checkpoint, boleh makan sikit untuk beri tenaga. Ingat, kita caving di gua yang semulajadi. Cabaran la sikit kan. Macam kami, masa caving mengambil masa selama 6 jam tau (selalunya 3 ke 4jam je). So, tenaga banyak dah hilang lagi-lagi dengan air yang sejuk dan deras. I menyesal tak bawak makanan. Sebab i memang rasa kehilangan tenaga..over.! 

6. Gunakan 'drybag' atau bag 'waterproof'
Boleh digunakan untuk menyimpan barang berharga seperi hanfon dan kunci kereta. Seeloknya, letak barang-barang berharga didalam plastik dahulu sebelum disimpan didalam bag (Ini tambahan je). Sebab ada aktiviti kena menyelam kan. Bimbang air masuk tanpa kita sedar. 

7. Ubat-ubatan
Kepada yang mengalami asma, jangan lupa bawa inhaler.. Bersedia dengan sebarang kemungkinan. Bawa ubat-ubatan yang sesuai ye.

8. Pakai topi keras.
Ini tak wajib lagi. Tapi sepanjang pengalaman i, ada beberapa batu dah yang i terhantuk. hahaha.. sebab ada kawasan yang batu rendah lah.. Besides, batu dalam gua ada yang licin. Ini adalah langkah berjaga-jaga sahaja untuk elak kepala terhantuk ke batu ketika melakukan aktiviti didalam gua.

Kepada yang nak merasai pengalaman menjelajah Gua Batu Maloi, bolehlah berhubung dengan :
Coach Wan
+60 10-228 2114

Bergambar kenangan dengan muka ceria habis ekspedisi. Checked ✓

“The cave you fear to enter holds the treasure you seek.” 
― Joseph Campbell

You May Also Like

5 comments

  1. seriau nak masuk..sempit dan gelap..tp dalam kubur nnt mcm tu jgk..haha

    ReplyDelete
  2. Rindu nak buat aktiviti macam ni. Zaman muda dlu memang syookk...geng2 ktorg pggil kasut getah je...beli dkat yee fat taman u skudai..haha...

    ReplyDelete
  3. Miera! Lasak betul aktiviti haaaa...terkejut baca...kerlasssss super woman betul. Tak sangka Johol N9 ada kawasan rekreasi yg sungguh cantik!

    ReplyDelete
  4. Tengok gambar je pun dah rasa best... kalau dapat buat aktiviti ni mesti rasa lagi best. Saya pun tak pernah lagi buat aktiviti macam ni.. selama ni setakat hiking je :(

    ReplyDelete
  5. LZ sekadar tumpang tengok gambar kawan-kawan hiking macam Miera sebab LZ memang tak akan sertai aktiviti begini.. Salute dengan Miera suka aktiviti lasak..

    ReplyDelete