Cara Farah Lee Mendidik Anaknya

by - Tuesday, August 29, 2017

Hai.
I suka tengok Farah Lee dengan anak dia, Maream Isabel. Kagum betul sebab Maream ni walaupun baru setahun lebih masatu dah boleh faham 3 bahasa; melayu, korea dan english. Dah lah petah, comel pulak tu kan.. Maream bukan hanya pandai cakap Korea bahkan pandai mengaji, mengalunkan Al Fatihah dan surah 3 Qul dengan lancar walaupun kata Farah Lee umurnya ketika itu baru setahun lebih. Hebat kan! 

So, baru-baru ni, Farah Lee ada buat perkongsian video di facebook macam mana cara beliau mendidik Maream seorang diri.. ha, i nak save kat blog  i ni, mana tau nanti i senang nak rujuk bila dah ada anak kan. hehehe..

Cara Farah Lee Mendidik Anaknya

Since last year lagi ramai tanya omma macam mana train Maream hafaz al-Fatihah, 3 Qul, doa walaupun baru setahun lebih. Terbaru Maream hafaz surah Taha 1 hingga 6. Hmm.. Sorry tau macam ignore soalan korang selama ni haha sebab nak share tapi takut orang cakap pepoyo pulak mengajar tu ni. Anak baru sorang, kecik lagi pulak tu. Long way to go, nanti besar anak entah jadi apa. And all the negative thoughts ??
Then fikir balik, alah kalau ikhlas nak share supaya bermanfaat pada yang nak memanfaatkan, why not kan.? Yang penting pandangan Allah, yang lain persetankan, kan.? Hiks. Jadi inilah dia. Omma share apa yang omma buat je. Ini bukan mengajar, ini bukan tips. Omma tak layak pun. Just apa yang omma amalkan pada Maream (she is now 2 years 11 months old). If rasa berguna boleh dipraktikkan, kalau tak, boleh dipersetankan muahaha ??

But please bear in mind, lain budak lain perkembangan, lain environment kehidupan, lain character. Boleh cuba but no pressure. Go slow and easy, for them and for yourself as well ?? Omma memang bercita-cita nak dedahkan anak2 dengan Quran dari kecil so before kahwin lagi selalu baca tips2 parents. Ni kira omma buat experiment jugak lah, melalui pemerhatian, pembacaan, keinginan dan logik akal. Ok muqaddimah yang panjang macam biasa ?? So basically

1. Masa pregnant omma selalu baca surah Maryam, Taha, Yusuf dan Ar-Rahman. Then masa tidur omma akan pasang audio ayat Quran. Dorang boleh dengar dunia luar kan even dalam perut so since dalam perut lagi omma dah biasakan dia dengan alunan Quran.

2. Since Maream baby, sebelum tidur omma akan dodoikan Maream dengan ayat2 ni : Al-Fatihah, Ayat Qursi (terang hati), Taha 1-6 (lembut hati) , Al-Hasyr 21-24 (ruqyah), Ar-Rahman 1-5 (disayangi menyayangi), An-Naba 1-10 (omma kekonon nak hafaz juzuk 30 tapi ini je yang lekat dalam kepala muahaha), Al-Inshirah (kemudahan hidup), 3 Qul (ruqyah) + mana-mana ayat yang omma sedang hafaz. So mungkin sebab ulang-ulang dengar, dia pun dapat hafaz secara tak langsung. Alah, macam anak-anak selalu dengar lagu Didi & Friends, kejap je mulut dah 'Semut berkawad satu satu horaa horeyy' tak.? ?? Sama lah macam ayat Quran jugak. Cuma mungkin susah sikit sebab bahasa tak biasa ?? Tapi dah besar ni kadang dia request taknak omma dodoikan mengaji, nak lagu Boboiboy Bebaskan Kuasamu ??

4. Oh ya, pemakanan pun mainkan peranan kot, "You are what you eat". Masa pregnant omma memang jaga makan. Fast food, caffein memang avoid. Banyak makan makanan sunnah dan fish oil (neurogain). Maream pun masa bawah setahun memang fully on breastmilk dan makan homemade food sahaja. Sekarang, gula2, jajan dan fastfood omma hadkan. Dia banyak makan proper food, vege and fruits. Dan gadget pun dikawal ketat ??

5. Just to let you know, Maream belum kenal pun arabic alphabet, apatah lagi tajwid. Proper schedule mengajar pun omma takde. I will keep it this way since dia pun kecil lagi. Taknak pressure dia sangat. Biar dia sayang Quran dengan kemahuan sendiri (with my effort of course)

So ini jelah kot. Maream ni pun mungkin dia jenis cepat pickup. Mungkin apa yang omma buat tu tak bantu dia hafaz pun cuma omma je perasan lebih ?? Again, omma just share apa yang omma amalkan yang mungkin effective, untuk korang yang bertanya. Untuk anak korang maybe boleh adjust sesuai dengan umur, preference, environment dan lifestyle kalian. Banyak lagi sharing mak ayah yang anak hafiz hafizah berjaya korang boleh google dan baca. Selamat mencuba dan selamat kawal diri supaya tak jadi monster mihmihmih ??

Semua yang baik dari Allah, ini semua jika bermanfaat juga ilham dari Allah. Alhamdulillah ala kulli hal ?? #ommabebel


Toodles ;*

You May Also Like

9 comments