Miera Hassan. Powered by Blogger.
  • Home
  • About Me
  • Personal
    • Fitness Lifestyle
    • Hyperthyroid
    • Personal
  • Career
    • Engineer's Life
    • Tips
    • Others
  • Outdoors
    • Sg Chiling
    • Gua Batu Maloi
    • 6th Mile Tunnel
    • G.Nuang via Pangsun (1st Time)
    • G.Nuang via Janda Baik
    • Denai 3 Puteri
    • Bukit Apek
    • Sg Lopo
    • Pine Tree Hill
    • G.Pulai Johor
    • Bukit Kutu
    • Tasik Biru Kangkar Pulai
    • 1st Viper Challenge Sepang
    • White Water Rafting and Waterfall Abseiling
  • Cycling
    • Folding Bike
  • Travel
    • Travelogue
    • Others
  • Recipe
  • Review
    • Food
    • Beauty
    • Books
    • Others
  • Contact
  • Sitemap
Google+ Facebook Instagram Pinterest Twitter

Miera Hassan

Lifestyle | Review | Events | Food | Travel | Beauty

Hai.
I suka tengok Farah Lee dengan anak dia, Maream Isabel. Kagum betul sebab Maream ni walaupun baru setahun lebih masatu dah boleh faham 3 bahasa; melayu, korea dan english. Dah lah petah, comel pulak tu kan.. Maream bukan hanya pandai cakap Korea bahkan pandai mengaji, mengalunkan Al Fatihah dan surah 3 Qul dengan lancar walaupun kata Farah Lee umurnya ketika itu baru setahun lebih. Hebat kan! 

So, baru-baru ni, Farah Lee ada buat perkongsian video di facebook macam mana cara beliau mendidik Maream seorang diri.. ha, i nak save kat blog  i ni, mana tau nanti i senang nak rujuk bila dah ada anak kan. hehehe..

Cara Farah Lee Mendidik Anaknya

Since last year lagi ramai tanya omma macam mana train Maream hafaz al-Fatihah, 3 Qul, doa walaupun baru setahun lebih. Terbaru Maream hafaz surah Taha 1 hingga 6. Hmm.. Sorry tau macam ignore soalan korang selama ni haha sebab nak share tapi takut orang cakap pepoyo pulak mengajar tu ni. Anak baru sorang, kecik lagi pulak tu. Long way to go, nanti besar anak entah jadi apa. And all the negative thoughts ??
Then fikir balik, alah kalau ikhlas nak share supaya bermanfaat pada yang nak memanfaatkan, why not kan.? Yang penting pandangan Allah, yang lain persetankan, kan.? Hiks. Jadi inilah dia. Omma share apa yang omma buat je. Ini bukan mengajar, ini bukan tips. Omma tak layak pun. Just apa yang omma amalkan pada Maream (she is now 2 years 11 months old). If rasa berguna boleh dipraktikkan, kalau tak, boleh dipersetankan muahaha ??

But please bear in mind, lain budak lain perkembangan, lain environment kehidupan, lain character. Boleh cuba but no pressure. Go slow and easy, for them and for yourself as well ?? Omma memang bercita-cita nak dedahkan anak2 dengan Quran dari kecil so before kahwin lagi selalu baca tips2 parents. Ni kira omma buat experiment jugak lah, melalui pemerhatian, pembacaan, keinginan dan logik akal. Ok muqaddimah yang panjang macam biasa ?? So basically

1. Masa pregnant omma selalu baca surah Maryam, Taha, Yusuf dan Ar-Rahman. Then masa tidur omma akan pasang audio ayat Quran. Dorang boleh dengar dunia luar kan even dalam perut so since dalam perut lagi omma dah biasakan dia dengan alunan Quran.

2. Since Maream baby, sebelum tidur omma akan dodoikan Maream dengan ayat2 ni : Al-Fatihah, Ayat Qursi (terang hati), Taha 1-6 (lembut hati) , Al-Hasyr 21-24 (ruqyah), Ar-Rahman 1-5 (disayangi menyayangi), An-Naba 1-10 (omma kekonon nak hafaz juzuk 30 tapi ini je yang lekat dalam kepala muahaha), Al-Inshirah (kemudahan hidup), 3 Qul (ruqyah) + mana-mana ayat yang omma sedang hafaz. So mungkin sebab ulang-ulang dengar, dia pun dapat hafaz secara tak langsung. Alah, macam anak-anak selalu dengar lagu Didi & Friends, kejap je mulut dah 'Semut berkawad satu satu horaa horeyy' tak.? ?? Sama lah macam ayat Quran jugak. Cuma mungkin susah sikit sebab bahasa tak biasa ?? Tapi dah besar ni kadang dia request taknak omma dodoikan mengaji, nak lagu Boboiboy Bebaskan Kuasamu ??

4. Oh ya, pemakanan pun mainkan peranan kot, "You are what you eat". Masa pregnant omma memang jaga makan. Fast food, caffein memang avoid. Banyak makan makanan sunnah dan fish oil (neurogain). Maream pun masa bawah setahun memang fully on breastmilk dan makan homemade food sahaja. Sekarang, gula2, jajan dan fastfood omma hadkan. Dia banyak makan proper food, vege and fruits. Dan gadget pun dikawal ketat ??

5. Just to let you know, Maream belum kenal pun arabic alphabet, apatah lagi tajwid. Proper schedule mengajar pun omma takde. I will keep it this way since dia pun kecil lagi. Taknak pressure dia sangat. Biar dia sayang Quran dengan kemahuan sendiri (with my effort of course)

So ini jelah kot. Maream ni pun mungkin dia jenis cepat pickup. Mungkin apa yang omma buat tu tak bantu dia hafaz pun cuma omma je perasan lebih ?? Again, omma just share apa yang omma amalkan yang mungkin effective, untuk korang yang bertanya. Untuk anak korang maybe boleh adjust sesuai dengan umur, preference, environment dan lifestyle kalian. Banyak lagi sharing mak ayah yang anak hafiz hafizah berjaya korang boleh google dan baca. Selamat mencuba dan selamat kawal diri supaya tak jadi monster mihmihmih ??

Semua yang baik dari Allah, ini semua jika bermanfaat juga ilham dari Allah. Alhamdulillah ala kulli hal ?? #ommabebel


Toodles ;*
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Hello rakyat Malaysia.
Sebabkan zaman sekarang ni, kisah travel merata dunia ni macam 1 fenomena oleh rakyat negara ini, ramai pula yang keluar kenyataan "I love Phuket", "I love Sydney" dan sebagainya sampaikan lupa, 

'hei.. Malaysia lebih banyak yang indah-indah'

Each country has its good and bad points. But, instead of focusing on the bad, mari kita senaraikan 3 sebab, kenapa kita sayang Malaysia. Let me put it this way. 

Apa Yang Seronok Menjadi Rakyat Malaysia?

1. Kepelbagaian budaya.
Photo credit : Enshahdi
Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan 3 kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India.. Daripada ketiga-tiga kaum ni, wujud pelbagai budaya yang ada di Malaysia, bermula dari makanan, adat, muzik dan agama. Kewujudan pelbagai budaya di Malaysia ni yang menjadikan negara kita unik. Di sini, semua orang meraikan festival kebudayaan masing-masing dan berkongsi dalam sejarah yang mereka buat bersama.

2. Malaysia sebagai syurga makanan dunia.
Kita ada makanan melayu like Nasi Lemak, Rendang, Laksa.. dan setiap jenis makanan ada perbezaan mengikut negeri. 1 contoh ketara, ialah laksa. Laksa je kat Malaysia ada pelbagai jenis mengikut negeri. Nak senaraikan ni, banyak oi.. Laksa penang, laksa kedah, asam laksa, laksa johor, laksa serawak. Oemji.. banyak kan. Belum campur makanan dari kaum lain seperti Cina dan India. Tak perlu susah-susah nak travel ke luar negara untuk merasa jenis makanan ni. Di Malaysia pun kita boleh nikmati makanan cina seperti Yong Tau Fu, Char Kuey Teow dan Nasi Ayam. Dan makanan India seperti Maruku, Tosai dan Roti Canai. Semua jenis makanan ni boleh dinikmati bila-bila masa sahaja di Malaysia. 

3. Antara negara paling banyak cuti di dunia
Kerana kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia, banyak sambutan dan perayaan yang ada di negara kita. Di Malaysia sahaja, kita ada lebih daripada 15 cuti umum seperti cuti raya dan cuti sambutan kemerdekaan. Belum termasuk lagi cuti khas setiap negeri seperti cuti keputeraan sultan. Fuhhh.. Seronok jadi rakyat Malaysia kan..

Yes, i love my country and i am happy to be a malaysian, where the food is amazing, people are amazing, life is amazing, everything is just amazing =')

Love you Malaysia and Love our fore fathers who brought this country to independence 60 years ago.
alhamdulillah =D
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Hi. Assalamualaikum cik akak cik abang.
Ok... cerita dia macam ni.. Malas nak intro panjang-panjang sebab bukan korang baca pun kan.

Entry kali ni mengenai aktiviti my Fit For Life team Puncak Alam. As usual, setiap sabtu adalah aktiviti riadah sambil membakar lemak.. Hewwheww.. dan kali ni, kami membuat ekspedisi ke Gua Batu Maloi, Negeri Sembilan. Wihuuu.. Sorak..

Jangan nak gembira sangat lah. Ok, Thrill seekers, Take note!

GUA BATU MALOI

Hutan Lipur Gua Batu Maloi ni terletak di Kampung Tanggai, Johol, Negeri Sembilan.. Kira-kira jarak perjalanan dari Kuala Lumpur cuma 2 jam memandu. Sebelum sampai ke sini, kami isi perut dahulu di RnR Seremban. Kira isi tenaga siap-siap sebab ekspedisi caving kali ini memang MENCABAR. (saje nak CAPSLOCK!) hehe 
Nampak tanda ni, jangan sampai terlepas pulak ye.. Ni tanda di simpang ke Gua Batu Maloi.
Dah sampai. Bertolak jam 6 pagi, tapi sampai lewat sikit sebab ada kemalangan di Seremban tu. So, inilah dia base camp di sini.. Parking kereta dan tandas berdekatan sahaja. I tinggalkan beg pakaian je dalam kereta.. Tak perlu nak susah payah bawa sekali. Senang nak tukar baju terus.
Kasut getah, head lamp dan drybag. Checked ✓
Sebelum memulakan pengembaraan, kami mendengar sedikit taklimat daripada guide kami, Kak Shihah. Sebenarnya F4L team Puncak Alam cuma ada dalam 18 orang sahaja termasuk Coach Wan, tapi haritu kami gabung sekali dengan team yang datang dari JB. Jadi total peserta kali ini ialah dalam 30 orang. Menurut Kak Sihah,

Gua Batu Maloi, bukan lah macam gua-gua lain di Malaysia yang merupakan gua batu kapur. Gua Batu Maloi merupakan gua yang terbentuk daripada susunan batu granit yang terdapat laluan di celah-celah batu ini. Laluan ini boleh dikatakan 80% kawasan berair (melawan arus sungai). Track gua ni pula sering berubah kerana batu-batu tersebut akan berubah hasil tolakan arus sungai yang laju terutama setiap kali hujan lebat.  

Baru dengar penerangan pun dah excited. Ekspedisi kali ini, kami ditemani oleh 3 orang guide yang berpengalaman (Kak Shihah, Mummy dan Ayoi). So, selesai taklimat kami mulakan ekspedisi kami tepat jam 10.30 pagi.
Awal-awal mula (dalam 10 minit jugak lah), dah redah denai dan air sungai sebelum sampai ke pintu gua. Masa kami pergi ni, musim hujan. Belum masuk pun dan berbasahan, kat dalam gua, confirm air banyak kan. Jadi gunakan kasut dan pakaian yang sesuai ye.
Dah sampai kat pintu masuk gua. Kecik tapi muatlah.. hehe.
 
Sepanjang gua ni, perlu meredah track yang agak susah jugak. Kena prepare mental & fitness! Paling penting adalah semangat Teamwork!. Apa yang mencabarnya, dalam gua ni berbatu dan bentuk muka bumi dalam ni memang sangat berbeza. Ada kawasan yang penuh air sehingga kita perlu menyelam sekejap. Ada yang kena melompat, merangkak, meniarap, menggelongsor, berenang, memanjat semua kena buat dalam air dan dicelah-celah batu. Especially part ada arus air deras dibawah gua. 80% aktiviti dalam ni, berkaitan dengan air.
Dalam ni, ada kawasan yang kecil dan sempit tau. Nasib baik punggung i muat (malas nak bagitau saiz berapa). Hahaha.. itupun jenuh nak adjustla..apa la.. Nasib muat masuk hoi. Kalau tak, i sangkut la kat dalam gua, tak keluar. Hahahaha. Kepada yang fobia pada tempat sempit dan ada air, inilah masanya untuk korang lawan ketakutan tu.
Total checkpoint dalam gua ni ada 24 checkpoint dan ada beberapa checkpoint yang akan menceritakan mengenai mitos dan kisah percintaan antara seorang pemuda bernama Maloi dan seorang puteri bunian.. Sambil tu, guide akan terangkan mengenai kesan-kesan pergerakan batu dan muka bumi sekali. Belajar Sejarah dan Geology sekali la kan. Gituuww.. bak kata pepatah, menyelam sambil minum air gua T_T

Checkpoint ke-5 ialah di Gua Kelawar. So dalam gua ni, kena masuk dengan senyap. Yang joyah-joyah tu, kena stop la bercakap sekejap.. dan matikan headlamp sekejap. Tujuannya supaya kelawar tak terkejut. Kalau dia terkejut nanti sibuk dia nak terbang larikan diri. Tak best lah.. Bau hancing kelawar pun kuat.Tahan la sekejap.

Ini pulak di Gua Kapal Layar checkpoint ke-6. Bentuk batu-batu ini kelihatan seperti kapal layar dan ada mengatakan bahawa di sini mempunyai mitos, kapal ini yang digunakan oleh Maloi untuk lari bersama Puteri bunian tapi dihalang dan kapal ni pecah. (Apesal nada pengacara nih?!). Nak ke checkpoint ke-6 ni pun jauh yakmat.. Dah sampai sini, berehatlah.. makan sikit untuk tenaga.
Ini pulak dicheckpoint yang ke - i pun dah lupa yang keberapa.. Tapi ini menunjukkan kononnya lakaran Maloi dan Puteri Bunian tu (yang sebenarnya terjadi daripada titisan air sehingga membentuk lakaran manusia).
Ini di checkpoint ke-18. Bolehlah berehat sekejap. Makan sebelum mulakan semula perjalanan (asyik makan je i ni). Ada lagi 6 checkpoint kak oi.
Finally, setelah berhempas pulas (kemain) selama 6jam dalam gua dan kesejukan, kami berjaya juga keluar dari gua melalui celah batu dan air terjun kecil. Macam ini
Hehe.. alhamdulillah.. I semakin bahagia bila dah keluar.
Dah keluar gua, belum habis lagi tau ekspedisi ni.. Nak kembali ke camp site, perlu jungle trekking sikit je lagi dalam 10 minit. Masa trekking tu, akan jumpa sebiji batu besar yakmat yang dipercayai, kat batu itu lah, Maloi bertapa untuk berhubung dengan dunia bunian. Dah sampai camp site, terus makan lunch yang disediakan. Nasib amik pakej yang ada lunch. Kalau tak, kelaparan la.. dah la penat 6 jam tak hilang lagi.
Apa yang i boleh cakap, ekspedisi kali ni, memang mencabar dan ektrem untuk mereka yang pertama kali buat aktiviti caving macam i. Kebiasaannya menurut guide, cuma 3 atau 4 jam je.. Tapi sebabkan keadaan muka bumi ni tak dijangka, ada kawasan yang air banyak, arus pulak deras, ekspedisi kami mengambil masa selama 6 jam (Tak dijangka ye). Tapi.. kenangan kat sini sangatlah bermakna dan ini pengalaman yang i takkan lupa sampai bila-bila. Tahniah F4L team Puncak Alam. We did it!! yeahhh~~

Jadi, nah i sediakan sedikit tips dan persedian untuk korang buat sebelum menjelajah Gua Batu Maloi ok.. Tak follow, rugi.. hahaha.. Especially yang first time baru nak pergi.

Tips dan Persediaan Jelajah Gua Batu Maloi :

1. Seeloknya, gunakan kasut getah. 
Kasut Adidas kampung tu. Memang tak lawa, tapi amat berguna untuk aktiviti luar. Dalam gua ni, air mengalir deras. Jadi batu-batu ada yang licin. So kasut getah ni amat membantu untuk grip permukaan batu. Lagipun harga murah (RM5.80 kat kedai Mr.DIY, less than RM12 kat kedai hardware), takdelah rasa macam sayang sangat kalau kasut kena bawa arus air dalam gua, dan takdelah rasa sayang sangat tapak kasut tu. Cumanya kasut ni, batu senang masuk. Jadi pakai stokin tebal sikit. 
Contoh sebelah kasut hilang dibawa arus air yang deras didalam gua T_T

2. Bawa 'headlamp'
Dalam gua gelap ye.. Pakailah headlamp untuk bantu kita mencari jalan dalam gua (sambil menyuluh katak).haha

3. Baju berlengan panjang dan seluar yang sesuai.
Aktiviti dalam gua ekstrem sedikit. Jadi pakai lah seluar yang sesuai. Yang tak mudah koyak dan sesuai untuk berlasak-lasak. I guna seluar sukan dari material yang STRETCHABLE. Senang nak bergerak dan memanjat. Kalau pakai seluar sukan biasa, make sure dalam tu pakai seluar tight atau legging. 

4. Pakai padding lutut , siku dan gloves tangan.
Ini takdelah wajib. Tapi kalau tak pakai, risiko luka, calar dan lebam tu amat tinggi T_T.. 

5. Wajib bawa snack, protein bar atau makanan ringan sedikit.
Perjalanan dalam gua yang ekstrem ni memang penat. So, bila dapat rehat sekejap di checkpoint, boleh makan sikit untuk beri tenaga. Ingat, kita caving di gua yang semulajadi. Cabaran la sikit kan. Macam kami, masa caving mengambil masa selama 6 jam tau (selalunya 3 ke 4jam je). So, tenaga banyak dah hilang lagi-lagi dengan air yang sejuk dan deras. I menyesal tak bawak makanan. Sebab i memang rasa kehilangan tenaga..over.! 

6. Gunakan 'drybag' atau bag 'waterproof'
Boleh digunakan untuk menyimpan barang berharga seperi hanfon dan kunci kereta. Seeloknya, letak barang-barang berharga didalam plastik dahulu sebelum disimpan didalam bag (Ini tambahan je). Sebab ada aktiviti kena menyelam kan. Bimbang air masuk tanpa kita sedar. 

7. Ubat-ubatan
Kepada yang mengalami asma, jangan lupa bawa inhaler.. Bersedia dengan sebarang kemungkinan. Bawa ubat-ubatan yang sesuai ye.

8. Pakai topi keras.
Ini tak wajib lagi. Tapi sepanjang pengalaman i, ada beberapa batu dah yang i terhantuk. Ni yang dikatakan sudah terhantuk baru tergadah. hahaha.. sebab ada kawasan yang batu rendah lah.. Besides, batu dalam gua ada yang licin. Ini adalah langkah berjaga-jaga sahaja untuk elak kepala terhantuk ke batu ketika melakukan aktiviti didalam gua.

Kepada yang nak merasai pengalaman menjelajah Gua Batu Maloi, bolehlah berhubung dengan :
Kak Rashihah Nordin (RNR Adventures)
+60 10-256 8685

Bergambar kenangan dengan muka ceria habis ekspedisi. Checked ✓

“The cave you fear to enter holds the treasure you seek.” 
― Joseph Campbell
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Assalamualaikum,
Hai Jamilah.. 

Banyak dah baca tips penjagaan rambut untuk wanita bertudung macam i ni, tapi tetap juga dirundung masalah (eh relevant betul ayat ni kat sini) dalam penjagaan rambut seharian. Serius ah.! Kepala i pernah alami masalah rambut gugur yang kronik sampaikan bila i sikat rambut, i mula sedar ada kawasan lapang di kepala. Lapang sebesar satu jari. Kering tidak berbaja. Gituew..
Macam ni.

Lepastu, bila bukak tudung, ingatkan benang serkop kepala yang tergumpal, rupanya ia adalah rambut sendiri yang gugur dan bergumpal sesama sendiri. Belum bab sikat rambut dan shampoo rambut. Ish..ish..ish.. kronik kan masalah ni. Baru nak sedar dari mimpi, ini rupanya masalah botak.

Dilemma orang rambut gugur nih, bila dah guna produk anti-hairfall..rambut akan jadi kering sebab produk anti gugur ni kesemuanya bantu kurangkan rembesan minyak dari kulit kepala. Nanti dah tak gugur, kering pulak. Aihh tak puas hati tukar balik shampoo yang melembapkan..pastuh gugur balik sebab kulit kepala berminyak kembali. masalah kan. lagi-lagi bila bertudung ni, bukan main susah nak jumpa yang sesuai. huhu..

Sehinggalah i jumpa penyelesaian kepada masalah rambut gugur bagi wanita yang bertudung.. Gugur rambut ni boleh menyebabkan masalah botak tu jadi sekelip mata je, sebab tu kena tangani secepatnya sebab nak tunggu tumbuh tu lama yakmat. 

Penyelesaian masalah rambut gugur bagi wanita bertudung

FRESHR!

I baru je guna produk ni seminggu..!! dan rambut i dah kurang masalah gugur. (Lompat bintang!)
Bila dibaca-baca semula, antara punca rambut gugur ni sebenarnya ialah kurang protein dan kulit kepala kering. Kering ni la jadi punca ada kelemumur. Nampak tak kat sini, kurang protein adalah punca sebenar sebab ia punca kulit kepala kering, lepastu terus ada kelemumur, lepastu mulalah kulit kepala gatal, rambut gugur, rambut botak terus tak confident. Betul tak?

Yang menariknya mengenai product ni, ia mengandungi Protein dan vitamin yang diperlukan untuk rambut! Bahan-bahan yang digunakan dalam FRESHR adalah organik, antaranya ialah minyak jojoba, minyak argan, minyak aloe vera dan minyak kelapa dara.. Semua bahan ini, memang bagus untuk merawat pelbagai masalah rambut seperti rambut gugur, rambut kusam, rambut bercabang, berbau dan mengubati masalah kelemumur.

Pengalaman peribadi:
Ini serious kegemaran kita wanita bertudung.

Macam ni caranya :
Cuma beberapa titis je di tangan, dan kemudian lumur rambut kita dengan FreshR pula! Selesai satu sesi. Nanti lusa ulang kembali lagi dan lagi dan lagi dan bergembiralah dengan hasilnya. I guna pada waktu pagi sebelum pakai tudung dan malam. Sebab nak sentiasa kekal segar bila keluar bertudung dan untuk elakkan rambut gugur sewaktu tidur.

Bau dia membuatkan rambut i sentiasa wangi dan bau yang segar.. Kulit kepala pun rasa segar je. Bila rambut bau best, kita pun rasa best kan. Yang i perasan, bila i ditengah hari panas, kulit kepala i jadi sejuk segar sebab FreshR ni mengandungi ekstrak pudina. Takde nak rasa rimas dan gatal-gatal pun. Sesuai pulak nama dia FreshR. Kulit kepala sentiasa segar walaupun bertudung. Gitueww..

Baru pakai seminggu, rambut gugur dah berkurang dan kawasan lapang dah mula tumbuh rambut.

Senang hati tak payah nak kutip rambut je. Hehehe.. Paling best, rambut i semakin lembut. U know, rambut panjang ni, kadang rasa rimas kan. Rimas tapi tetap nak bela jugak. Tapi, sejak seminggu guna, i rasa rambut i makin cantik, lembut dan beralun. Ohoi.. best (ni baru diri sendiri puji, belum lagi suami. hehe). Sebab FreshR ni ada tambahan minyak argan dan aloe vera.. patutlah kan..

Lagi-lagi yang bertudung ni. Walaupun rambut bertutup dari padangan awam dengan berhijab, bukan bermakna tak perlu penjagaan yang sesuai kan.. Eh takkan la nampak luaran je kemain cantik berkemas, lepastu time tengah tunggu kawan kat kedai minum, tiba-tiba terkeruk kepala (terkeruk maknanya tergaru-garu macam beruk. Eh?!).. Lepastu, balik rumah bukak je tudung, rambut bau hapak.. kan? kan? hehe.. ini contoh je lah. Ala, bagi contoh pun nak marah.

Antara kelebihan menggunakan serum rambut FreshR ialah :
1. Mengatasi masalah botak tengah -
FreshR ni bukan untuk wanita sahaja, malah sesiapa sahaja yang mengalami masalah botak tengah kerana FreshR serum ni mampu meransang pertumbuhan rambut
2. Mengatasi masalah rambut beruban -
FreshR pun mampu atasi masalah rambut beruban tanpa menggunakan pewarna. Semuanya secara semulajadi kerana FreshR mengandungi ekstrak Aloe Vera
3. Mengatasi kegatalan kulit kepala -
Kegatalan pada kulit kepala berpunca daripada rambut lembab yang tidak dikeringkan dan terkena panas matahari. Dengan FreshR, kulit kepala akan sentiasa sejuk dan segar.
4. Mengatasi masalah rambut gugur -
Rambut yang tidak sihat akan mudah gugur. Rambut perlukan vitamin yang mencukupi bagi mengelakkan keguguran. Gunakan FreshR untuk menambah vitamin yang diperlukan.
5. Boleh di bawa solat - 
sebab ia menggunakan bahan-bahan organik dan semestinya halal



Aloe Vera - dapat mengekalkan kelembapan sekaligus mengelakkan masalah rambut gugur
Argan Oil - mengandungi vitamin tocopherols yang baik untuk mengembalikan kesegaran rambut
Jojoba Oil - penyah fungus yang dapat membantu menghilangkan masalah rambut berbau dan gatal akibat fungus dan juga kutu
Virgin Coconut Oil - membantu menghitamkan rambut dan pertumbuhan rambut.


Wajah bahagia bila masalah rambut dah diselesaikan dengan caption 
"kulit kepala i segar, masalah rambut gugur kurang dan rambut i dah wangi"

Wajib dibawa ke mana-mana.

Yang buat i bertambah sayang dan yakin ni ialah FreshR dijamin selamat untuk digunakan kerana ia tidak mengandungi bahan kimia merbahaya. FreshR juga telah didaftarkan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia dengan nombor pendaftaran: NOT170505181K.

So, kat mana nak cari serum yang boleh bantu selesaikan masalah mahkota kewanitaan kita ni? Boleh ke website FreshR, ke Facebook page FreshR atau hubungi sahaja talian telefon yang i berikan dibawah ini.

www.FreshR.my
Sms / Whatsapp : 013 - 484 5540
Facebook/FreshR

Ok, last. Teka-teki. 
Apa benda, kalau jadi dekat orang muda seram, jadi dekat orang lelaki seram, jadi dekat orang perempuan pun seram. 

KEBOTAKAN.

Pandai, jadi mari selamatkan mahkota kewanitaan kita dari keseraman ini dengan FreshR. Barang baik mesti mau kongsi punya. Haha kalau i terpengaruh dengan pengalaman peribadi orang, i juga akan pengaruh awak dengan pengalaman peribadi i..! Toodles~~
Share
Tweet
Pin
Share
29 comments
TODAY I WANT TO TALK ABOUT MY ESCAPE DAY TO SUNGAI CHILING! IN CAPSLOCK?!

No, that’s just the excited intro. Hello. Hai.

Last 2 weeks, i dengan my Fit for Life (F4L) team Puncak Alam beriadah ke Sungai Chiling Kuala Kubu Baru. Memang aktiviti Sabtu kami khaskan untuk aktiviti luar. Kira macam our escape day la sebab hari biasa tu dah bizi dan kebanyakkan aktiviti fitness kitorang adalah di dalam gym atau di parking kereta belakang gym je kan. (belakang gym ada parking lot besar yang takde kereta pun kat situ tau)

Sebenarnya aktiviti asal tu, kami plan nak hiking ke Bukit Saga je. Entah macam mana..secara tiba-tiba, ting!! bunyi roti keluar dari toaster. Ting!! Coach Wan dapat ilham ke Sungai Chiling. Mungkinkah beliau dapat ilham ketika melihat kami beramai-ramai kena buat pumping? (tanda tak larat nak bukit ke? heii). I dah ke sini kali ketiga. So, sebabkan masa nak ke sini, ramai tak tau apa yang perlu dilakukan disana, entry kali ni i nak share sambil bagi tips sekali supaya boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada yang nak ke sini pula. Dah ready? Awas, entry panjang.

Sungai Chiling Kuala Kubu Baru

Ok.. ceritanya begini.

I bertolak ke Kuala Kubu Baru (KKB) ni dari Puncak Alam jam 6pagi dengan Kak Faz. Kira lepas Subuh la sebab janji nak jumpa semua orang around jam 7. Sebab masing-masing taknak berpanas. Dari Puncak Alam ke KKB ni dalam sejam je.. So, memang sampai dalam jam 7 pagi sharp, itupun sebab bersarapan Drive Thru Mekdi je. Hehe.. 

Masuk dalam. Kereta kena tinggal luar di parking lot. Palang gate tu memang takkan buka pun untuk orang ramai. Jadi, masuk ikut tepi, atau lompat kijang.
Tips : Nak ke camp site, kena jalan kaki ye. 200meter ke dalam (5minit berjalan). Jadi, bawa baju kering/beg siap-siap untuk ditukar selepas berbasahan. Ada toilet kat dalam camp site. Kalau tak bawa, lepas berbasahan nak tukar baju, keluar la balik ke kereta dan masuk balik tukar. Jadi, buang masa. Kalau sanggup, terpulang lah.. i dah bagi tips tu. I advise u. baju letak dalam plastik dan dalam beg. Bawa sekali atau u minta tolong orang yang jaga kawasan tu tengokkan. Tapi keselamatan barang tak dijamin.

Waktu buka:
Jumaat sehingga Ahad sahaja
 8.00pagi sehingga 6.00petang

Datang awal pun kena tunggu depan gate pulak, sebab terlalu awal sangat nih. Rupanya, buka jam 8.00pagi ye. Jadi sempat la kalau sesiapa nak singgah breakfast sebelum ke sini T_T
So, ini adalah area camp site. Kat area ni ada surau, toilet, gerai dan juga pondok pegawai perhutanan. Kat pondok ni, kena lapor dulu berapa ramai yang masuk dalam, berapa beg plastik yang kita bawa, dan kena bayar dulu sebelum masuk.  I tak pasti sekarang boleh camping ke tak, tapi i pegi dulu around 2012-2013 memang dah 3x kami camping (tido) dalam ni.

Tiket masuk RM1.00 untuk dewasa. 
Kanak-kanak bawah 12tahun, percuma.

Kalau cuma nak mandi area bawah ni (area sebelum seberang jambatan gantung), tak perlu bayar. Melainkan kalau nak masuk lebih dalam lagi. Tapi, kami datang sini bukan untuk mandi sematalah. Kita akan jungle trekking dan redah anak sungai untuk ke kawasan paling atas, AIR TERJUN!!
Ini adalah peta yang 'tiada gunanya'. Haha.. cuma berguna untuk tau, "Wei, kena redah 5 sungai sebelum ke air terjun" begitulah.
Selepas menyeberangi jambatan, akan ada trekking sedikit which is, dah mula ada air kat sini. Jadi, kat sini dah mula basah sikit. Jangan segan silu, i tak elak pun air sebab tau ada lagi nak kena redah. hehehe.. laluan nak ke air terjun berbatu, berakar dan ada beberapa kayu balak merintangi laluan, jadi gunakan kasut yang sesuai. Bukan selipar tau. 

Tadaa.. mula menyeberangi anak sungai.. 
Ada 5 anak sungai yang kena seberang ye. Ada yang diberi tanda, tapi ada yang takda. Sebabkan kami datang awal, ada team fitness lain yang kami jumpa, boleh la follow sekali. hehe.. i pun ingat-ingat lupa.
Tips : Memandangkan ada 5 anak sungai nak kena seberang, pastikan barang u semua disimpan dengan selamat didalam beg. I advise u sekali lagi (2x dah i ingatkan nih), gunakan dry bag atau letak barang-barang yang didalam bag tu dalam plastik. Hp pun, guna cover yang waterproof tu sebab masa seberang sungai, ada banyak batu. Berhati-hati sebab batu-batu ada yang licin dan air deras sikit. Takut terjatuh, sayang barang tadikan. 

Air sungai memang jernih dan boleh nampak ikan lagi.
 
Tips : Nak beli makanan ikan, ada dijual di pondok sebelum masuk tadi. Satu plastik RM2. Boleh bagi masa seberang tu sekali. Atau, bawa je roti (pastikan sampah plastik roti dibawa balik ye.. Jangan buang merata-rata di sana)

Trekking untuk sampai ke atas (air terjun) mengambil masa dalam sejam ke sejam setengah je. Itupun sebab banyak bergambar masa seberang sungai. hehe.. Selepas penat berjalan beronak duri (tipu) tu, ini pemandangan yang dinantikan.. Tadaaa... 
Air terjun.

Puas sangat bila dah sampai sini. baru lah boleh mandi puas-puas. Memandangkan kami sampai awal, jadi kat sini tak ramai orang sangat. Boleh bergambar dan berendam puas-puas kat sini. Rendam sampai kecut. hehe.. and paling best, kalori dibakar dalam air memang banyak.. So, keluar dari air memang lapar. Plus, banyak dah diburn masa trekking sebelum ke sini kan. 
Mandi dengan ikan. Haha buat fish spa la.

F4L team Pucak Alam.

Puas mandi, perlu trekking semula untuk balik. Laluan yang sama.. Total calories burn untuk aktiviti ni (based on my body weight lah ye) almost 1500kcal. Banyakkan.. So, I advise u, bawa la coklat atau pisang untuk recovery energy selepas mandi tu. Takut nanti takda tenaga pula bila nak balik. Jangan tinggalkan sampah ketika disana ye. Peliharalah alam sekitar kita. 

Nah sekeping gambar menatap keindahan ciptaan Tuhan dan menunggu laki meminang (gatai).. hehe

Level : Easy (3/10)

xoxo
Share
Tweet
Pin
Share
18 comments
Newer Posts
Older Posts

Total Pageviews

About me

|Malaysia Lifestyle Blogger|

About Me
Hello, my name is Miera Hassan. I'm an Engineer who love's to blog about lifestyle, food, travel and personal stuff. It's my journey to find my voice as well as to find myself, i want to share my story of experience.
Looking forward for any collaborations and reviews. I can easily be reached by email :
nmierahassan@gmail.com

Followers

Follow Me

  • Facebook
  • Instagram
  • Google+
  • Pinterest
  • Bloglovin'
  • Twitter

Press

Majalah Remaja (2011)

Labels

My Story Info love Random uitm study friends Tips Cantik myfitness review other blogger family Tips Sihat foodhunter review beauty travel Events review makan travelog Achievement Engineers misi jelajah indonesia resepi masak Business Hyperthyroid

Popular Posts

  • Resepi Spaghetti yang Ringkas dan Sedap
    Hai everyone! *lambai tangan Hehe.. tiba-tiba nak bagi resepi spaghetti kan..sebab spaghetti ni kan, salah satu daripada jenis makana...
  • Tips Bercuti ke Bandung
    Hai.. Assalamualaikum semua..  ** lambaian tanda ramah. Jadi.. I baru je pulang dari bercuti dari Bandung.. and apa yang I boleh ri...
  • Kerjaya Saya - Bridge Engineer
    Assalamualaikum.! Oke Hai.. Berasa sangat terpanggil untuk bercakap mengenai kerjaya sekarang di blog sendiri sebab nak mengenang, macam ...
  • 5 Don't When You're Sleeping
    Assalamualaikum.! ehem.. *konon sakit tekak I got this from my friend in facebook.. the 5 Don't When You're (ehem.. i mean, We&#...
  • Kurus dengan Detox Water
    Assalamualaikum.. hi everyone..!! sekarang memang tengah famous pasal detox water ni. Haha.. sampaikan Miera pun dah mula terikut buat s...

recent posts

Blog Archive

  • ►  2020 (7)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2019 (22)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (3)
  • ▼  2017 (69)
    • ►  December (2)
    • ►  November (8)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ▼  August (6)
      • Cara Farah Lee Mendidik Anaknya
      • Malaysia 60 Tahun - Merdeka!
      • Ekspedisi Gua Batu Maloi
      • Penyelesaian Rambut Gugur untuk Wanita Bertudung -...
      • Escape Day - Sungai Chiling Kuala Kubu Baru
      • July 2017 Wrap Up
    • ►  July (11)
    • ►  June (17)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2015 (15)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
  • ►  2014 (10)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  March (2)
  • ►  2013 (10)
    • ►  July (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2012 (32)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (4)
    • ►  January (5)
  • ►  2011 (35)
    • ►  December (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
All Comments
Atom
All Comments

NEWSLETTER

Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose