Resepi Bubur Oat Ayam yang Mudah & Sedap

by - Monday, July 24, 2017

Hai jelitawan dan kacakwan,
Dah lama simpan resepi ini dalam senarai peram (draft), jadi marilah kita mengotakan janji. Nak kotakan janji pun, tajuk haruslah membolot keyword google. Muahahaha..

Ok, habis gelak. Memandangkan i sekarang dalam "My 10kg Mission" maka i memang sedang mengawal kuantiti makan. Namun bukan mudah untuk insan bernama Miera Hassan menanggung beban di perut. Makanya, menu yang dipilih haruslah menu yang mengenyangkan juga supaya nanti takdelah asyik nak buka tutup pintu peti ais sahaja. So this time, i nak share menu ringkas yang mengenyangkan dan mudah dan lazat dan dan dan.. sesuai untuk yang tengah berdiet.

Resepi Bubur Oat Ayam


Eceh, saje sebut diet tu..padahal yang tak diet pun boleh. Eh, diet tu maknanya jaga pemakanan lah, bukan yang nak kurus sahaja.. Kesihatan ye.. kesihatan. Tapi serious aaa sedap, kita guna resepi mama kita. Rasa tetap sama macam bubur nasi, tapi ini lebih sihat dan lebih mudah. Tak perlu masa yang lama nak masak pun.. Dah takmo banyak bunyik terus ke resepinya. Let's jom!

Bahan-bahan:
- 3 sudu makan Quaker Oat (i guna yang warna biru)
- 100g daging ayam dipotong dadu (taknak timbang pun takpe, agak-agak sendiri nak makan)
- Bawang Putih dicincang halus
- Lobak dipotong bulat
- Brokoli
- 1/2 sudu teh stok ayam (i letak sikit je untuk jaga kuantiti diet)
- Daun sup / daun bawang
- Lobak masin (optional untuk tabur atas bubur)
- Serbuk lada sulah (optional untuk tabur atas bubur)
*untuk pilihan sayur, terpulang nak letak apa lagi. Sebab sayur ni sumber fiber dan mineral yang baik. (main sebut je mineral haish).. 

Cara Memasak:
Tumis bawang putih dengan sedikit minyak.

Kemudian renehkan sedikit air, dan masukkan ayam. Reneh sehingga ayam dah hampir masak.

Tambahkan air lagi, dan masukkan sayur-sayuran. Reneh sehingga sayur sedikit empuk

Kemudian, masukkan Quaker Oat dan masak sehingga oat nampak lembut dan jadi macam bubur nasi tu. Tak lama pun, dalam 2minit je oat dah mula masak dan lembut.

Akhir sekali, taburkan daun sup/daun bawang dan hirisan lobak masin. Kalau taknak lobak masin, letak serbuk lada sulah. Tujuannya untuk rasa masin sedikit sebab bubur oat ni tadi, i memang tak letak garam pun kan. 

Kalau suka bubur cair, tambah air masak lagi. Kalau suka pekat, jangan banyak air sangat. Dan kalau suka pedas, boleh tambah cili api yang ditumbuk. Gitewww tips sekali.

Sekarang, dah lengkap 1 hidangan oat yang sihat. Ada carbs yang baik dari Quaker Oat, sumber protein dari ayam dan sayur-sayuran. 

Boleh la buat untuk sarapan pagi atau makan malam. Memang kenyang lama sebab oat salah satu makanan yang tinggi serat.. Nak makan bersahur lagilah sesuai. Senang je kan. Lepasni boleh la ambil oat dalam menu makanan yang sihat. Takdelah plain je makan dengan air masak. huhu

Eh dah la.. Ok. bye.

You May Also Like

24 comments

  1. Ya Allah sedapnya.....boleh cuba ni..lepas raya badan ni macam kena kan dah...hahaha

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. should try.. sebab mudah je. jimat masa dan berkhasiat

      Delete
  3. nampak macam sedap! boleh cube nanti.. hihi

    ReplyDelete
  4. pandainya miera masak...tengok gambar tu dah tau rasa sedap ni

    ReplyDelete
  5. tak sangka ada bubur yang letak oat ya. macam sedap. mesti berlemak je bubur ni kan. nanti bila2 teringin nak cubalah. by the way, good luck "10kg Mission" :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sis.. hehe. berlemak dan senang..tp lemak yang baik.

      Delete
  6. Rasa nak join je 10kg mission tu, bolehlah cuba bubur oat ni

    ReplyDelete
  7. Terliur pulak...lepas ni boleh try wat bfast ni kt ank n husbnd

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.buat masa breakfast..cepat dan mudah je

      Delete
  8. Eloklah sangat Miera share resepi ni, indirectly bagi sis idea cara pelbagaikan lagi resepi oat untuk breakfast anak ke sekolah..

    Thank you dear..

    ReplyDelete
  9. yang penting rasanya sedap dan iannya juga berkhasiat hehehe

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. Miera guna instant oat ke?
    Blogwalking here =)
    Jemput singgah blog huda >> www.ceritahuda.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..
      aah.. instant oat yang biru untuk masak tu.. nak beli rolled oat takut tak termakan..hehe

      Delete