Resepi Ayam Masak Merah yang Sedap

by - Saturday, July 08, 2017

Hai semua.
Ni resepi masak-masak campak-campak untuk orang yang nak menggembirakan hati yang sedang menunggu di meja makan dengan harapan, masakan yang kau masak lebih sedap dan cepat sebab dorang dah kelaparan.. Jadi, untuk yang nak masak tu, inilah dia..

Resepi Ayam Masak Merah yang Super Sedap dan Mudah.

Bahan-bahan pun senang nak dapat. Bahan biasa kat rumah tu lah.. Mari mulakan edisi masak memasak di dapur kak Miera Carey (pown boleh).. Yakin lah dengan resepi i ni, sebab i masak memang menjadi dan semua puji sedap termasuk perut i sendiri. Eh, apa ingat i cuma pandai melantak je ke?

So ayam masak merah, come to mommah!!

Bahan-bahan:
- Seekor ayam (goreng separuh masak)
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 sudu besar sos cili
- 4 sudu besar cili kisar
- 2 biji tomato (dibelah 4)
- Sedikit santan (Mengikut kepekatan yang disukai) - optional
- Garam
- Gula (sebagai perasa manis-manis)

Bahan-bahan kisar:
- 2 biji bawang besar
- 1 biji bawang putih (anggaran 10 ulas)
- 2 inci halia

Bahan hiris:
- Bawang besar / bawang holland dipotong bulat.
- 3 ulas bawang putih

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan hirisan, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar gaul rata.
3. Masukkan cili kisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak.
4. Kemudian, masukkan ayam yang digoreng separuh masak, dan gaul kan sehingga rata dan dibiarkan seketika.
5. Masukkan sedikit santan mengikut kepekatan kuah yang diinginkan. Kalau kuah terlalu pekat, masukkan sedikit air.
6. Akhir sekali, masukkan tomato yang telah dibelah 4 dan perasakan dengan sedikit garam. Kalau suka, boleh masukkan sedikit gula untuk rasa yang manis-manis sedikit. 
7. Kacau sehingga warna menjadi kemerahan cantik dan sebati.

 
Siap..! senang je kan.. Boleh la nak makan dengan nasi impit atau nasi beriyani. Nak makan dengan nasi minyak kat kenduri i pun boleh. Datang kenduri i, bawak ayam masak merah sendiri. Hehehe. Eh haip!

Selamat mencuba kepada yang nak cuba.
Cuba sekali, pasti hendak buat lagi. Ewaahh..

You May Also Like

9 comments

  1. Miera. Ayam masak merah ni favourite akak tau sejak dari kecik sampailah skrang. Hehe

    ReplyDelete
  2. LZ masih fail bab masak ayam masak merah..
    Bila baca resepi Miera macam mudah.. Bahan-bahan dan cara penyediaan pun jelas.. In shaa Allah LZ akan cuba resepi ini dan kongsi hasilnya nanti..

    Thanks for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. u should try sis..campak-campak style je..hehe
      welcome

      Delete
  3. Sedap! Ayam masak merah always be my favourite <3

    Btw, Salam perkenalan. Siqah follow sini =)

    ReplyDelete
  4. sedap dimakan bersama nasi tomato ..
    btw ccl new follower blog ini . salam perkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. sedap..
      ok ccl.. tq singgah blog miera. salam kenal

      Delete
  5. memang mudah resipe..boleh try buatlah

    ReplyDelete