Kisah Jodoh dan Rezeki

by - Thursday, July 06, 2017

Assalamualaikum jamilah.
aiyoyo... it's not that i don't want to get married.

i want kot! just that no matter how many people tell me to try harder or whatever, rezeki dan jodoh is Allah's part. not mine. we can only try but kalau Allah SWT kata belum lagi, He won't give us.

I percaya Allah Maha Mengetahui. He is the Best of Planners anyway. so bila i nampak sorang, dua, tiga, empat orang, astaghfirullahalazim.. tanya i bila nak kawin, kenapa i memilih sangat, orang takut nak dekat dengan i sebab status kerja, i nak jadi anak dara tua ke, i tak kawin sebab i gemok kot (although i know they only mean well) it gives me a feeling yang.. tak best.. it makes me feel like.. ish susah lak nak describe feeling tu! i tak kisah bila yang tanya i pasal nak kawin tu sebab i faham kadang-kadang itu cuma permulaan nak berborak je. I ok dan bukan jenis yang cepat melatah pun dengan soalan kahwin ni.. Please don't get me wrong. Cumanya, jangan lah tanya seolah-olah mendoakan yang tak baik. (u know what i mean right?)

Oh well.. baru-baru ni i ada baca perkongsian dari Fedtri Yahya di instagram beliau. Dan bila i baca, i memang sedar dah rasa yakin sedikit mengenai soal jodoh dan rezeki ni.. Ini apa yang beliau tulis.
***
Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Di fikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki. Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu Allah.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.
Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asyik tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan eh nanti tua siapa nak jaga kau. Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti.
Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.

Pendek kata
Allah ada.
Jangan takut... 


***
Subhanallah.. i tau masa itu akan tiba. Jodoh itu ada. Bukankah Allah dah tentukan setiap makhluk itu berpasang-pasangan. Doakan jodoh yang terbaik Allah nak beri pada i.. Ok. Lagipun, 27 tahun ni muda lagi kan? hehehehe.. Banyak lagi yang boleh i buat kan.. ngee~
 
Be happy 

Dan mereka yang belum bertemu jodoh, jangan lah cepat melatah bila jumpa orang lain, dan mereka tanyakan soalan mengenai jodoh.. Bila baca jawapan yang i jumpa di social media, MasyaAllah.. sedih membacanya..
Jaga adab.. jaga hati mereka.. Minta mereka doakan kita pula.. Tak salahkan. Daripada kita mengeluarkan kata-kata tak sedap didengar.. Jangan sampai mereka tiba-tiba tersumpah kau jadi penyapu pulak..baru kau kenal erti penyesalan..

xoxo

You May Also Like

5 comments

  1. Takpe miera. Relaks je.. Soal jodoh Allab yang aturkan. Biarkan je kata2 orang tu. Buat bodoh je.. InshaAllah jodoh miera akan tiba juga nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak..relax je.. akak doakan ye.. hehe

      Delete
  2. IQ dah single balik ni pun ada yang menanya, tak nak kahwin lagi ke?

    adess, susahnya nak jawab soalan tu, bagi IQ ada anak sorang ni cukup la peneman sampai tua...

    ReplyDelete
  3. Relax dulu. Ada jodoh nanti. Tak ke mana perginya. Hii. Sekarang sementara single, boleh spend masa dengan family dan kawan2 sepenuhnya. Dah kahwin nanti, more on husband =)

    ReplyDelete